Followers

Saturday, October 31, 2009

Aku cuba menyelaminya...


situasi : ibu yang beranakkan anak luar nikah
Terbaca tentang isu buang bayi yang ditulis Tirana, aku pun mengandaikan diriku dalam situasi tersebut. Katakan akulah watak sebagi ibu tu...selepas melakukan dosa besar, aku mengandungkan anak itu...mungkin aku menyesal tetapi nasi dah menjadi bubur..bila kandungan memboyot, mula la mencari-cari jalan bagaimana nak selamatkan diri dari suasana yang akan mengubah seluruh kehidupan. Aku pun mula merancang untuk membuang bayi yang ku kandung ini...atau aku bagi orang lain atau aku bertaubat serta mengaku kesilapan serta memelihara sendiri...mana satu pilihan terbaik..Kalau aku waras tentulah aku pilih memelihara serta bertaubat...namun gelabah mula menjengah sanubari...siapa yang nak jaga sedangkan aku masih belum bekerja.
Sampai ketikanya aku mula sakit....sedangkan ketika itu aku di sekolah...perutku mula memulas..aku gagahi ke tandas..menahan kesakitan,...darah mula berhamburan...rasa ada yang keluar dari rahim...tiba-tiba muncul bayi yang penuh darah...aku panik...nak menjerit takut orang tahu..bayi mula menangis...macam mana ni?..tanpa ku sedari aku lantas campakkan bayi yang masih bertali pusat dalam lubang tandas..gagahi mengepamnya supaya hilang dari pandangan..namun dek saiznya yang agak besar...lubang tandas tak menerimanya...tangisan bayi stopp tapi kaki bayi masih terkodek2...kepalanya sudah masuk mangkuk...aku makin kejam..rasa malu nak berdepan membuatkan aku memaksa bayi itu mati...(sampai di sini je...aku tak sanggup beremosi lagi...aku menangis...)

lelaki sejati adalah...


Aku bertanya pada Ibu, siapakah lelaki sejati?
Ibu menjawab, Nak...Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang sasa,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya....
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa ...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...
Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tugas yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...
Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari kerapnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dia baca...

*****Adakah anda salah seorang lelaki sejati?****

Friday, October 30, 2009

jus untuk bonda...













Jam 10 pagi aku bersama hubby dan athirah go to Sua Rasa TV 9. Pusing-pusing jumpa la satu jus iaitu jus Goji dihatiku...melihat kepada promosi aku pun membelinya umtuk bonda. Yang menarik ustaz handsome iaitu Wan sohor Bani Leman berkesempatan mendoakan jus yang ku beli. Semoga bertambahlah keberkatannya...khas buat bonda tercinta.

Jus D'HatiKu merupakan jus rumusan jalinan 2 penawar iaitu penawar fizikal dan penawar spiritual.
Penawar fizikal adalah menerusi rumusan makanan anjuran sunnah:madu, kurma, habbatussauda dan buah tin di samping herba dan buahan terpilih terdiri daripada safron, aloe vera, kolagen dan buah goji. Penawar spiritual pula adalah menerusi standard Amalan Pengilangan Islam (Islamic Manufacturing Practice - IMP). J

Jus D'HatiKu Penawar Fizikal dan Spiritual dikemukakan kepada masyarakat sebagai menyahut seruan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Berpeganglah kamu dengan dua penawar: madu dan al-Quran."
(Hadis Sahih riwayat al-Hakim)

*****Kepada sesiapa yang pernah mencuba jus ni..bolehlah bagitau kebaikannya k****

Ragam Pelajar


Hari : Khamis (29 Oktober 2009)
Lokasi : Kelas Tingkatan 2
Aktiviti : Peperiksaan Akhir Tahun - subjek Geografi
Masa : 8.15 - 9.30

Aku melangkah masuk kelas ni jam 7.40 pagi (waktu pertama). Bawa kertas soalan Geografi tapi belum edar sebab tak sampai masa lagi. Sampah ada di mana-mana. Kelas ini terdiri dari semua pelajar lelaki dan dalam ranking terakhir bagi tingkatan 2. Aku yang bagi salam, ada yang jawab...yang lain buat tak dengar je. Aktiviti pertama aku suruh pelajar kutip dan bersihkan sampah. Ramai yang buat tak indah...asyik cakap je...setelah 5 minit berjaya la juga ubah suasana kelas tu...
Sebenarnya kelas ni selalu digeruni oleh ramai guru apatah lagi guru perempuan,,,tapi pagi ni aku diberikan kekuatan...biasanya aku hanya menunggu mereka ke makmal komputer je...hari ni baru aku lihat suasana kelas mereka sebenarnya. Dalam hati aku berdoa agar dipermudahkan.
Ada seorang pelajar tak ada respon...macam tunggul...bila aku suruh kutip sampah ditepi meja tadi dia buat dek je...alahai nak buat camna ni...aku pergi ke mejanya dan suruh dia kutip dan bawa ke tong...dia menyepi dan membantu...dari belakang terdengar suara-suara, "cikgu, dia ni pyscho sikit..." memang aku perasaan pelajar tu jarang benar bergaul dan bersuara.
Sampai jam 8.15 - edarkan soalan. Belum apa-apa ada sorang tu dicapainya kertas objektif terus ditandakan tanpa membaca soalan. ( dia ni tak pandai membaca dan menulis). 5 minit selepas tu ada pelajar tidur kat meja...aku tegur..bangun kejap..lepas tu tidor lagi. Bisik-bisik masih kedengaran walau berkali kutegaskan semasa exam tak dibenarkan bercakap. Instinct aku merasakan pelajar ni memang tidak berminat langsung nak belajar..mungkin mereka terpaksa je ke sekolah.
Kalau dalam kelas lain biasanya dapatla aku mengawas sambil duduk kat belakang..tapi kelas ni..aku terpaksa meronda dan mata melilau memantau...
Aku terfikir...bagaimana nasib mereka nanti...PMR mungkin selamat sebab semua soalan berbentuk objektif tapi kalau SPM? Tidak haeran la kalau berbagai masalah sosial berlaku di sekolah sekarang...mungkin pelajar seperti nilah puncanya...dah tak minat...hanya terpaksa.
***Kalau anda seorang guru...bagaimana nak tolong pelajar-pelajar ni ye****

Thursday, October 29, 2009

Dah nak tamat oktober...cepatnya masa

Hari ni dah 30 Oktober....betapa cepatnya masa berlalu...mungkin dunia hampir ke penghujungnya kut...ye lah salah satu tanda khiamat ialah cepat dan pantas masa berlalu...aku masih disibukkan dengan segala macam urusan samada urusan peribadi mahupun kehidupan yang perlu dibereskan...
Pagi ni dah senaraikan apa yang perlu dibuat...pi keluarkan duit...and then langsaikan segala hutang yang perlu setiap hujung bulan....banyak juga la....nasib la ada sikit simpanan...harapkan gaji 25 hab November depan la....
mungkinkah aku perlukan amalan ni...memang dok buat tapi jarang2..
Ayat Seribu Dinar
Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki. Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.
Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan ayat ini.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.
Terjemahannya :
"Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki )Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Ringkasnya, jika ingin murah rezeki atau mendapat rezeki yang tidak di sangka-sangka, caranya ialah tingkatkan pasrah dan ketakwaan kepada Allah. Insyaallah.

Wednesday, October 28, 2009

uweeek....



KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin. Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut. "Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.

"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

Jangan salahkan guru...

1 lemas, 2 hilang, 19 selamat

BAHAGIAN lantai jambatan yang runtuh tersadai di tebing Sungai Kampar, Perak
KAMPAR 27 Okt. – Gerakan mencari dua murid yang hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini malam tadi masih diteruskan hari ini.

Mayat seorang daripada tiga murid yang hilang dalam kejadian pukul 10.30 malam itu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi ini. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, mayat murid perempuan, N. Dina Deve, 11, ditemui kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian di Jalan Lama Kuala Dipang, kira-kira pukul 8.40 pagi.Mangsa merupakan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, Kampar.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam tadi, jambatan gantung tersebut tiba-tiba runtuh menyebabkan tiga murid yang sedang mengikuti perkhemahan 1Malaysia itu hilang. Bagaimanapun, jumlah mereka yang hilang dalam kejadian itu disahkan hanya tiga orang, manakala 19 lagi yang sebelum ini dikatakan turut lemas, terselamat. Tambah Zakaria, perkhemahan selama empat hari itu bermula semalam dan disertai seramai 298 murid daripada 60 buah sekolah daerah Kinta Selatan iaitu Kampar, Ipoh dan Batu Gajah.

Zakaria berkata, berikutan kejadian itu, pusat kokurikulum tersebut diarahkan tutup serta-merta bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

P/S: Setelah kejadian ini...akan dengarlah pelbagai rungutan...kemungkinan antaranya ialah kecuaian pihak guru, bila terjadi sesuatu kejadian guru adalah orang pertama yang akan disalahkan. Seua ni akan menjaikan guru hilng minat dan motivasi nak buat aktiviti luar. Pengalaman saya sebagai guru menjadikan saya serik apabila seorang pelajar yang menyertai projek khidmat masyarakat panitia sivik hampir lemas di air terjun. Pelajar tidak akan mematuhi arahan guru..yang menerima kesan ialah guru. Kepada kaum guru, bersabarlah.

Tuesday, October 27, 2009

Potret kenangan.



















Ni potret aku ketika muda-muda dulu yang dihasilkan oleh kenalan seni..bestnya kalau boleh lukis macam ni. Terima kasih. Walaupun mungkin tidak menyamai 100 peratus tapi aku amat mengkaguminya...itulah kelebihan seseorang berbanding orang lain.

Selamat Menghadapi Peperiksaan.


Jejak Jaya Azali Azlan

"Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya",kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.

"Saya tidak pernah mempunyai jadual kerana kalau ada jadual saya akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Saya belajar apabila saya rasa ada semangat untuk belajar.Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu, kata Azali yang turut mendapat Anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.

Azali mendapat 20 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi, Fizik, Kimia, Biologi, Tasawur Islam, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Syariah Islamiah, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Dia juga mendapat 2A untuk subjek English for Science and Technology.
Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berkata, ayahnya seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya juga seorang guru. Menurut Azali, ibunya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi manakala bapanya mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian. Pelajar cemerlang itu bagaimanapun berkata, keputusannya untuk mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan kerana mahu mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini.
"Bagi saya, kalau saya buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tidak bermakna apa-apa" Menurutnya, dia mendapat keputusan lima A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sembilan A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

******* Untuk semua pelajar yang sedang dan bakal menghadapi peperiksaan, ukurlah kata-kata Azali ini dengan tindakan yang sudah anda lakukan..tidak perlu pecahkan rekod Azali tetapi pecahkan rekod diri sendiri...Do your Best...Be The Best Among The Best!******
<a href="http://testi.iluvislam.com"><img src="http://farm3.static.flickr.com/2666/4110258065_5488139c09.jpg" border="0"><br /><b>Dapatkan Mesej Bergambar di Sini</b></a>
Bookmark and Share

Kaabah...jejakkan kakiku dibumimu.



Lmbaian Kaabah: Asal ke Makkah (petikan harian metro)

KELANA JAYA: Sudah menjadi kebiasaan sekiranya ibu bapa dikirimkan doa oleh anak-anak ketika pergi mengerjakan haji tapi bagi pasangan suami isteri, Johari Ali Piah, 55, dan Rahmah Baba, 55, pemergian mereka pada kali ini diiringi pesanan doa daripada jiran dan penduduk taman perumahan mereka di Taman Terus Maju, Setiawan, Perak. Malah, pasangan berkenaan turut membawa sebuah beg khas berisi kertas pesanan doa daripada jiran tetangga dan keluarga ketika menunaikan rukun Islam kelima itu. Johari berkata, pemuafakatan penduduk di taman perumahan itu banyak membantunya bersama isteri termasuk mengadakan kenduri doa selamat dan sebagainya membuatkannya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa mereka.

“Pak cik tak tahu bagaimana hendak membalas jasa mereka, selain daripada ucapan terima kasih mungkin inilah cara sesuai iaitu mengirim doa.
“Dengan izin Allah, kiriman mereka itu akan kami laksanakan satu persatu,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, petang, semalam.

Bagaimanapun, Johari yang juga seorang pesara tentera tetap bersyukur kerana selain dibantu jiran tetangga, tujuh anaknya turut membantu khususnya dalam usaha mengumpul wang tabungan yang selayaknya bagi mengerjakan haji. Johari terharu dengan usaha anaknya yang sanggup memotong gaji bulanan semata-mata untuk menghantarnya dan isteri mengerjakan haji bersama.

Membaca petikan ini,,menyedarkan aku...hinggakan tertanya sendiri bila agaknya aku dapat menjejakkan bumi ke tanah suci..kalau ikut pendaftaran lambat la lagi..musim haji silih berganti. Berbahagialah sesiapa yang menjadi tetamu Allah. Jauh disudut hati...aku amat menginginkan ...semoga aku dipercepatkan bertemuMu di sana...izinkan aku Ya allah..

Monday, October 26, 2009

ehhh tak malunya...


Namanya Babuji, kucing kampung je...mungkin benih sesat jadilah bulunya panjang sikit...comel tapi agak pendiam, asyik tido je.....manja. Kalau dah tido..tak tahu nak malu...nampak semua..heish...buji ni...

Sunday, October 25, 2009

Gawatnya poket...

Gawatnya kewangan aku ketika ini,..maklum lagi 25 hari baru dapat gaji...yang bulan ni dah habis belanja raya. Dah dapat awal...time raya pula...keluarnya macam angin je...tak terasa pun..sepatutnya hari ni baru gaji masuk. Apa-apapun kami sekeluarga terpaksa la berjimat cermat...sehari dua ni memang kerap la goreng telor...ahh makan tak kisah tapi kalau kereta nak kena minyak jugak..
Memang aku terasa sangat...gajiku semasa bercuti waktu mak aku sakit dah mula dipotong..inilah tak sedapnya, dah le pakai duit...gaji pulak dipotong..apa nak buat., walau sebesar manapun pengorbanan aku tak mungkin terbalas jasa bonda. Untuk ringankan tension..biarlah Tuhan je yang tentukan...aku bermohon agar dilimpahkan kemurahan rezeki dan keberkatan agar dengan pendapatan yang sedikit dapat memberi sumbangan yang besar untuk semua orang..Insyaallah aku akan pergunakan setiap rezeki yang diberikan dengan berfaedah...

Saturday, October 24, 2009

Kebaikan Tembikai

Bila sebut tembikai.. tentu ramai yang suka makan tembikai kan..
tetapi ramai yang tidak tahu tentang buah tembikai yang mempunyai banyak khasiat.

Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Kebaikan buah tembikai
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Friday, October 23, 2009

Hati-hati....

Tiga jam mamai mata direnung
Oleh Sarah Zulkifli

KUALA LUMPUR: Hanya dengan renungan, dua penjenayah pakar pukau dipercayai mampu menghilangkan ingatan seorang wanita sebelum melarikan barang berharga miliknya di hentian teksi berhampiran stesen LRT Sentul, di sini.

Difahamkan, mangsa berusia 20-an itu menjadi tidak waras selepas 'terkena' ilmu pukau apabila hanya duduk berseorangan di hentian teksi lebih tiga jam.Bagaimanapun, seorang wanita yang kebetulan melalui tempat berkenaan dan mengenali mangsa kemudian membantu dengan membawa wanita terbabit pulang ke rumahnya di Sentul.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin itu, wanita yang bekerja di sebuah bank di ibu kota dalam perjalanan pulang ke rumah daripada tempat kerja. “Mangsa dikatakan menaiki LRT dan duduk bersendirian menunggu teksi sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal yang tidak dikenali,” katanya.

Menurut sumber, seorang daripada penjenayah terbabit turun daripada motosikal berkenaan dan berpura-pura sesat lalu bertanya arah jalan kepada mangsa. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan enggan melayan pertanyaan itu.

“Dalam masa sama, lelaki itu mendekati mangsa sebelum dikatakan merenung mata wanita berkenaan dengan sekali lagi bertanya arah jalan.

“Mangsa dikatakan sudah 'terkena' ilmu pukau apabila tidak menyedari apa yang berlaku selepas ditegur lelaki berkenaan,” katanya. Sumber berkata, mangsa hanya tersedar daripada dipukau pada jam 6 pagi keesokannya di rumahnya selepas dihantar wanita yang mengenalinya itu dan mendapati beg tangan yang mempunyai beg duit dan telefon bimbit lesap.

Menurutnya, mangsa yang bingung dan tidak dapat mengingati apa-apa selepas 'ditegur' dua lelaki itu kemudian bertanya kepada ibu mengenai perkara yang menimpa dirinya.

“Mangsa terkejut selepas dimaklumkan yang dirinya dalam keadaan tidak waras duduk bersendirian di hentian teksi,” katanya.

Wednesday, October 21, 2009

lelaki...kembalilah pada azali

Hari ni..sembang2 di kantin, topik kami adalah lelaki...di mana peranan mereka sebenarnya. Sebagai guru kami sering berhadapan dengan para pelajar yang mempunyai banyak masalah. Bila diselidiki...puncanya ialah dari kaum bapa yang biasanya tidak menunaikan tanggungjawab kepada keluarga..kalaulah semua lelaki dapat kembali kepada fitrah mereka dihidupkan di bumi ini, pasti semua gejala yang tidak sihat berkurangan. Apa kata lelaki bila mereka dikatakan punca kepada kecelaruan keluarga dan masyarakat? Tentunya mereka akan bermati-matian menegakkan benang basah dan sebaliknya akan menuding pula kepada kaum wanita. Untuk kepastian, kita tidak perlu bertegang urat...lihatlah siapa yang benar...baca dan akur kepada tanggungjawab lelaki dan wanita. Sesudah itu sama-sama kita cuba beralih arah untuk kebaikan. Okey.

LELAKI
1.Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan..Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... .sayangnya ALLAH pada wanita. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

So apa komen anda...masih nak jadi lelaki?. Kalau nak...kembalilah ke azali.

Tuesday, October 20, 2009

Kejamnya...manusia!














Dunia yang makin gila...sanggup berbuat apa saja untuk meningkatkan seksualiti. Memang diakui apa-apa je yang boleh meningkatkan tahap seks akan dimakan sehinggakan janin bayi pun menjadi hidangan. Aku melihat kebanyakan manusia terlalu pentingkan benda-benda macam ni, maka sebarang benda atau barangan yang dijual pasti ramai pembelinya jadi kalau nak kaya cepat bolehlah cipta apa saja bahan yang boleh merangsang seks pasti mudah dijual.
Mentaliti yang patut diubah, memanglah seks itu sebahagian dari kebahagian namun gunakanlah akal sebagai tapisan dalam apa jua tindakan.

Saturday, October 17, 2009

Serba tak kena..












Pagi ini, aku berpeluang menyediakan sarapan untuk keluarga sebab masih bercuti sempena Deepavali kelmarin, aku cuma buat cokodok jagung je tapi seronoknya sebab selalunya kami bersarapan kat tempat kerja masing-masing. Sambil menggoreng, jiwaku tersentuh dengan aktiviti yang akan menjadi rutin dalam hidup kita, kalau yang tidak bekerja, mampulah ia siapkan sendiri srapan, masakkan lauk tengahari dan minuman petang hatta makan malam sekalipun dengan air tangannya sendiri. Bagi yang kerja dan sibuk seperti aku pula tentulah dengan rutin harian yang menuntut sedikit pengorbanan fizikal dan mental...terfikir juga kalaulah tak bekerja alangkah seronoknya, bagi yang tak bekerja pula mesti menginginkan suasana pekerjaan, jemu dengan rutin harian yang tak pernah lekang dari tangan, serba tak kena jadinya....
Sebenarnya manusia memang diberikan nafsu yang melampau...tidak ada yang pernah berpuashati dengan yang dimiliki, diberikan satu gunung intan pun mahu dimiliki dua, tiga lagi..tamak..So aku bersyukur sangat dengan apa yang ada, itulah hidupku. Kini menjadi kewajipan bagiku untuk melakarkan kebaikan demi kebaikan sehinggalah masa yang ditetapkan, mungkin kita akan mengeluh dengan pelbagai dugaan namun itulah kemanisan hidup, bak kata seorang sahabat...ibarat timun, sengkuang, mempelam, nenas, cili padi dan belacan, manis, tawar, pahit, masin, busuk, pedas, jika disatukan bersama, ianya akan menjadi rojak yang sedapppppp. Betulkan. So aku ringkaskan kata-kata itu "Hidup biarlah macam rojak, barulah sedap". Semua ada!

Latif Maulan...A wonderful Creation.

Klip video ini memaparkan beberapa koleksi lukisan Latif Maulan, sengaja ku susun agar memberikan impact pada mata yang memandang,,,sesungguhnya kehalusan dan keindahan ini perlu dikongsi bersama dengan penuh kesyukuran. hakikatnya kita mungkin mencipta namun tak mungkin mampu menandingi ciptaanNya. Namun andainya ciptaan kita cuba menyedarkan siapalah kita disisinya..itulah keinsafan. Terima kasih latif, akulah pencinta karyamu..


video

Pulanglah..

video

Khusus untuk saudara2ku yang jauh, kepulangan kalian menjengah ayahanda dan bonda pada Aidilfitri lalu memang menampakkan keceriaan yang amat nyata...kini tinggallah aku di sini bersama mereka. Tidak mungkin aku boleh mengisi masaku sepenuhnya seperti yang kalian dapat lakukan bila balik ke sini, kerana aku jua ada hal sendiri, cuma yang dapat kulakukan ialah cuba memberikan apa yang aku terdaya, dari segi masa dan keperluan mereka, so aku bermohon seandainya berkelapangan, pulnglah selalu kerana kepulangan kalian amat dinantikan.

lagi lagi kucing..


Entah mengapa aku suka sangat dengan kucing, seingat aku dari dulu sampai la ni dah beratus kucing aku bela, semuanya diberi nama. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Bila ada kucing beranak, aku pun mula mencari-cari nama yang sesuai dengan identiti dan penamilan yang ada pada mereka.....he he.

Aku teringin juga nak tahu samada orang lain yang bela kucing ni berperangai macam aku.....dulu waktu aku belum kahwin, kucing ku ajak tidur sekali...siap peluk lagi...dapat suami tak suka kucing, alahai...tak bolehla lagi, tapi aku tetap sayang kucing walaupun aku tahu najisnya mengalahkan bau.......tak tahulah bau apa. he he.yang pasti kucing amat senang dipandang, sangat comel.

Nak tahu lanjut mengenai kucing, sila klik.
http://www.kelabkucingmalaysia.com/mcc/

Friday, October 16, 2009

Muhasabah diri

Alangkah Peliknya Kita......

Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.
Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.
Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.
Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.
Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.
Pelik ya,
kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.
Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel, tapi
bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Bagaimanakah hidupku? Usia hidupku cuma tiga hari saja
semalam, hari ini dan esok
Semalamku sudah menjadi sejarah
Hari ini apa yang aku lakukan
Esok hari yang belum pasti.
Hidupku cuma ada dua nafas Nafas naik Nafas turun.

Bahan ini dipetik dari emel dr adikku...memang naluri manusia sukakan sesuatu yang tidak disukai Allah, namun semua itu adalah ujian bagi mendidik hawa nafsu supaya tunduk dan patuh. Seandainya hawa nafsu sudah dididik...yang pelik itu akan menjadi benar.

Thursday, October 15, 2009

alhamdulillah...

Alhamdulillah, helmi dah mampu imamkan aku..dan selepas mahgrib tadi kami sempat hadiahkan bacaan yassin untuk semua para muslimin dan muslimat. Semoga Helmi akan menjadi anak yang soleh dan mampu membimbing generasiku akan datang. Amin. Tiada harta sebenar melainkan anak yang soleh, yang akan mendoakan aku nanti..terima kasih Helmi.

Nyanyian alam...terapi jiwa, relax la kejap..

video

Wednesday, October 14, 2009

selesai sudah PMR 2009



Selesailah sudah PMR 2009. Bagi pelajar tingkatan 3 di seluruh Malaysia, mereka kini sudah selesai dan melepasi waktu dan detik yang mencabar dalam kehidupan mereka. Mungkin ada yang berkata andainya mereka berusaha lebih sedikit, sudah tentu semua soalan yang diberikan dapat dijawab....namun begitulah adat pelajar, semasa diminta belajar tidak mahu namun setelah bekerja nanti, sementelahan pula jika bidang pekerjaan itu cukup mencabar fizikal dan minda,...barulah mereka berkata alangkah baiknya jika waktu dapat berundur...akan kutebus semua kesilapan lalu.
Semoga semua pelajarku akan berjaya...

Tuesday, October 13, 2009

Selamat menjadi dewasa sayang



Hepi birthday athirah...dah 12 tahun pada 11 Oktober 2009 lalu. Dari kecil kau ku didik penuh kasih sayang, memberi sekadar yang mampu..semoga kedewasaanmu berbekalkan khazanah budaya dan santun yang tak kunjung padam.
Ingatlah sayang masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita..tiada terkejar mahupun bayang-bayangnya yang sudah berlalu. Yang mampu kita lalui ialah terus mengejar kesibukan ini semoga garis penamat dapat dijulang dengan kejayaan. Dewasamu bersama ujian yang semakin mennghambat kesabaran, berbekalkan keimanan yang jitu layarilah hidupmu di lautan hidup yang maha luas ini, hindarkan meredah laluan yang sering dipukul ribut taufan...kemudikan haluanmu dengan ilmu yang jitu..Insyaallah hidupmu pasti bahagia di sini mahupun di sana menanti...

hari-hari yang sunyi..tanpa deringan telefon


Tertinggal handset dalam bilik pensyarah, hingga hari ni dah masuk 3 hari..dalam hati macam sepi, namun lagi sepi kalau laptop kacau, tak dapat nak akses internet, hati pun bertambah sepi. Macam ada yang kurang...bagi mengisi kesepian ini, aku isilah dengan aktiviti lain...tapi hati masih sepi...ku gagahi jua, he he.
Agaknya itulah bahana teknologi dalam kehidupan sekarang...handset dan internet lebih penting dari IC?

Friday, October 9, 2009

kucing memang comel...














kucing..makhluk allah yang dapat menenangkan jiwa dan melihat telatah mereka menjadikan hidup bertambah ceria...so pakat2la bela kucing kerana adalah satu terapi hidup...

Thursday, October 8, 2009

Kenangan lalu...ceritera untuk anak2ku



Anak-anakku,
Tahukah kalian...tatkala melewati batas-batas persawahan...ingin kucoretkan semula ingatan yang makin malap ini, agar terus subur menghijau, menjadi ceritera pada kalian.
Mungkin semua ini tidak penting namun mama percaya, suatu waktu nanti, ketika mama sudah tiada lagi...kalian akan mula menyelak lembaran kenangan yang mama pahatkan di blog ini. Cukuplah andai waktu itu kalian tahu apa makna batas sawah pada mama....kerana kalian mungkin tidak pernahpun melaluinya...hanya mungkin melihat...sekadar mengagumi kehijauan padi.
Batas sawah itulah yang menjadi denai laluan mama sepanjang persekolahan dulu..meredah embun pagi dengan berkaki ayam, membimbit kasut yang diperbuat dari getah di bahu, menjunjung beg sekolah yang berisi buku-buku teks yang amat bermakna. Walaupun kudrat mama tidak sekuat itu...tetap gagah merentas hujan dan panas berbatu-batu sebelum sampai ke sekolah yang cuma satu...dengan satu tujuan, menggapai ilmu.
Amat penting untuk mama kenangkan, kesusahan, kesulitan dan kepayahan yang dilalui...tidak mungkin sama dengan situasi kalian hari ini, pergi berhantar dan balik berjemput...kalau hujan berpayung hingga ke kelas...berbekalkan wang yang lebih dari cukup...sedangkan mama dulu sekadar mengalas perut waktu rehat, manakala waktu pulang bersulamkan air paip dan buah-buahan liar sebelum sampai ke rumah. Batas sawah adalah lambang denai hidup mama...penuh lumpur tapi jua subur...membekal zat untuk semua. Waktu menguning...denai itu menjadi lorong sempit dek ketinggian padi yang hanya ditanam setahun sekali. Meredah bahang panas mentari di celah-celah pohon padi adalah anyaman kehidupan yang amat indah...segar diingatan. Batas sawah...amat indah...seindah ciritera bagi kalian, tetapi ianya bukannya dongengan, yang pasti kenangan.

alahai bekas sekolah lama aku...SMKTJJ2



Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (kiri) melihat kesan kebakaran di sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan PMR sambil diberi penerangan oleh pengetua sekolah, Meskam Masbor di SMK Johor Jaya 2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Pelajar bakar dewan peperiksaan sekolah

JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.

Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.

Berikutan itu, seramai 75 pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut terpaksa menduduki peperiksaan hari pertama mereka di bilik kuarantin Influenza A (H1N1) di sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

Katanya, ini kerana siasatan pihaknya mengesan bau bahan bakar yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kami akan dapatkan bantuan forensik untuk menyiasat perkara ini. Polis bagaimanapun belum dapat mengesahkan berapa ramai pelajar yang terlibat dalam perbuatan khianat itu,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran berkata, kebakaran kira-kira pukul 6 pagi itu melibatkan sebahagian kecil dewan tersebut termasuk peralatan pembelajaran.

Menurutnya, kejadian hanya disedari seorang pengawas peperiksaan yang datang ke sekolah pukul 6.25 pagi dan ketika itu api sudah hampir padam.

“Kami percaya kejadian ini perbuatan khianat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Malah, guru tersebut ternampak kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian.

“Perkara ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan kerugian dianggarkan berjumlah sekitar RM20,000,” katanya selepas meninjau kesan kebakaran di sekolah itu hari ini.

Markom berkata, perbuatan seperti itu jelas menyalahi undang-undang dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ini merupakan kejadian kedua di sekolah ini selepas yang pertama dua tahun lepas,” katanya.

Beliau turut menasihati pelajar supaya tidak sesekali melakukan perbuatan provokatif seperti itu kerana ia merupakan tindakan salah di sisi undang-undang selain menyusahkan orang ramai.

Sementara itu, menurut Markom, seramai 58,185 pelajar menduduki PMR di 473 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini mulai hari ini.

Beliau berkata, setiap pelajar diambil suhu badan mereka sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan dan turut dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.

Wednesday, October 7, 2009

Kangkung....mengimbau kenangan mesra dan pilu.


Suatu waktu..terakhir ini, sewaktu pulang ke rumah dari menziarahi mak dan ayah, aku terpandang 2 lelaki warga Bangladesh (firasatku) menuju ke tepi jalan menghala ke taman perumahanku...aku sengaja nak tahu apa yang diperbuat, ahhh kutip kangkung liar rupanya. Ohhh di sini rupanya mereka "membeli" kangkung. Selalu juga aku lihat mereka berjalan balik ke rumah kongsi membawa kangkung, boleh dikatakan setiap hari, cuma orangnya saja yang berlainan.
Tahulah aku betapa mesranya mereka dengan kangkung...teringat kenangan ketika aku masih bebudak..dalam lingkungan 9-10 tahun dulu, kangkunglah sayur harianku. Kalau tak disayur goreng, direbus pun sedap, cicah dengan cili padi kampung. Bagiku..kangkung mempunyai memoir pilu....pernah aku berlaukkan kangkung rebus saja. Kehidupan waktu itu penuh kekurangan, dugaan dengan perpecahan keluarga menjadikan aku begitu sinonim dengan kangkung. Sesekali melawat nenek di desa, nun jauh di tengah persawahan, aku di ajak mengail ikan, puyu, keli dan haruan akan menjadi santapan, di sulam dengan kangkung rebus sebagai ulam...ahhh hingga sekarang enaknya masih terasa..lantas aku lebih senang memilih lauk kampung andai bersantap di luar...kalau ada kangkung rebus..lagi best, teringatlah aku wajah nenek yang tenang...pasti sibuk mengukus pulut untuk di makan dengan kelapa parut dan ikan kering di waktu sarapan, kemudian menggiling chili kering sebesar penumbuk yang akan ku ratah seperti ayam..tak pedaspun, sedap sangat..tak dapat ku lupakan. Andainya dapat ku ulangi masa itu, akan ku catatkan resepi chili giling nenek yang tersangat istimewa...mengalir air mata, Al Fatihah untuk nenek dan datok. Kalian dalam ingatan...tak pernah padam... moga bertemu di sana.

Monday, October 5, 2009

Aku tertipu lagi...

Hari ini, sejarah 4 tahun lalu berulang lagi...begini ceritanya.
Aku dan seorang rakan guru sibuk dengan P&P dalam makmal komputer...suasana agak kelam kabut kerana pelajar dalam waktu rehat, tiba-tiba seorang pelajar datang memberitahu ada waris ingin berjumpa denganku..so aku pun menjemput waris tu masuk serta dihulurkan kerusi untuknya. Tanpa perlu ditanya dia pun mengatakan dia adlah waris kepada salah seorang pelajar kelasku..memang betulpun. Aku mengagak mungkin dia datang untuk menjelaskan yuran sekolah anaknya namun cerita lain pulak terkeluar..
"Cikgu...saya ni bekerja sebagai pemandu lori ikan, hampir 70 kilogram ada dalam lori tapi tayar lori pancit..kebetulan saya tidak mempunyai wang langsung jadi saya ingin meminjam wang dari cikgu sebanyak RM 23"
Muka aku mula berkerut..."ehh kalau ye pun mengapa datang cari aku...? bertanya sendirian.
"Saya pinjam duit cikgu dulu...nak hantar ikan kat market, nanti saya datang bayar balik, atau saya kirim melalui anak saya nanti" meyakinkan aku.
Rakanku berbisik "macam pelik je"
Aku menjawab "memang pelik...aku pun tak faham"
Entah kenape, mungkin disebabkan kemanusiaan yang agak menebal dalam jiwa, tidak terlintas langsung niatnya ingin menipu...akupun beredar mengambil wang untuknya.
"Ok cikgu..nanti saya datang bayar" Dia pun berlalu.

Peristiwa itu menjadikan aku pemikir...lalu aku pun memanggil anaknya (seperti yang didakwa)
Selepas mendapat penjelasan dan bertemu bual beberapa ketika, sahlah aku memang kena tipu...aiii tipah tertipu lagi.
Mengimbau semula kenangan 4 tahun lalu..ditipu saudara sendiri...
Kes yang agak sama...seorang penagih, dan sorang lagi gila judi...agaknya inilah bahayanya jika kita terlalu mudah simpati pada orang lain...Suatu pengajaran untuk ku...mungkin juga untuk pembaca sekelian.

Dalam 24 jam...berapa peratus untuk Tuhan?

Setiap manusia dikurniakan jumlah jam yang sama. Dengan 24 jam sehari, kita bebas mencorak kehidupan sendiri, maka congak dan hitunglah sendiri...peratus untuk tidur mugkin sudah 1/3 dari 24 jam, urusan peribadi (makan, mandi, bersolek, hatta membuang najis) pun kadangkala menuntut masa. Kalau yang masih bersekolah 1/3 lagi dihabiskan. Menonton, berhibur berapa peratus? Mengakses internet, bermain games,...wah banyak benar masa ke situ...so berapa yang tinggal untuk urusan dengan Allah...sedangkan kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini sebenarnya adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya!!...Bermuhasabahlah kita, seandainya dalam waktu soalt yang mungkin cuma 6-7 minit pun tidak fokus...berapa peratuskah masa yang dimiliki ini untuk Tuhan?
Itulah yang aku fokuskan dalam pengajaranku dalam kelas hari ini. Pelajar Tingkatan 1 aliran agama kuberikan sedikit masa untuk membina carta pengurusan masa sendiri...ramai yang mengeluh...ahhh selama ini kita banyak bermain rupanya, dalam diam semua mengakui hanya sedikit masa mereka habiskan untuk yang berfaedah seperti mengulangkaji serta membaca al-Quran. Semoga tugasku mendidik mereka bukan sekadar menjadikan mereka orang biajk pandai namun selebihnya biarlah mereka menjadi manusia yangsedar diri...tahu arah tuju, dan dapat mengetahui hakikat sebenar kehidupan ini...Amin

Sunday, October 4, 2009

Rambutku banyak yang gugur....

Sejak akhir-akhir ini banyak rambutku yang gugur, kenapa ye...mungkin aktor usia dan rawatan yang tidak betul. Stress pun ada juga...risau sangat...setiap kali pegang rambut, pasti ada yang berbaki di jari...aku memang tahu...memang normal rambut gugur 100 helai sehari...tapi kalau macam tu botak la kepala....
Dulu selepas aku gunakan syampoo rawatan gugur...dah ok dah tapi sekarnga masalah tu berulang lagi...pasti ada je rambut kat lantai rumah yang menyemakkan mata....
Aku cuba mencari info dari internet....petua dll. Masih teringat lagi dulu aku amat rajin merawat rambut dengan perahan santan, tapi itu sebelum kahwin...lepas kahwin mana ada masa untuk semua itu...walau cuba berbagai rawatan lain...tapi aku berpendapat rawatan santan mampu melebat dan menghitamkan rambut...

Saturday, October 3, 2009

Hujan lagi...

Hari ni..hari Sabtu...Aku dan Hazidah ke kuliah di UUM untuk semester akhir kami...apa yang kami perasan setiap kali ke keliah samada waktu pergi atau balik ialah kami selalu kena hujan....seingat aku...kerap sungguh, yang peliknya dari alor setar cuaca elok je...sampai kat Jitra mula hujan, dekat Changloon lagi lebat...dah la hari ni aku drive ViVa je...selalunya Hazidah bawa kereta mewah dia...dapatlah aku merasa naik Wish, CRV dan kadang kala naik Jip...he he.
Hari ni kami sampai lewat ke rumah, dah masuk maghrib baru sampai...nasib baik le anak2 dah besaq kalu tak haru biru jugak....apa-apa pun aku bersyukur kerana kami akan menamatkan tempoh yang agak menekan ni tak lama lagi...aku akan merdeka....yeahhh.

Thursday, October 1, 2009

Malam Jumaat

Baiasanya malam Jumaat dikaitkan dengan banyak kebaikan, malah juga ketakutan dan tak ketinggalan malam yang penuh keghairahan.
" Jangan lupa malam ni malam jumaat tau"....pesan suami pada isteri masing-masing...
" Oii budak-budak, cepat masuk dalam rumah, ni malam jumaat ni...banyak hantu"...jerit para ibu.
" Aku kalau malam jumaat selalunya mesti baca surah yasin, air yasin malam jumaat ni berkat..." bisik seorang rakan.
"Malam Jumaat barulah Tok Moh ni mahu berubat, malam lain dia tak nak"..sembang Pak ali di kedai kopi.
Rasanya dalam masyarakat Melayu, malam Jumaat mempunyai maksud yang tersendiri...biasanya ia akan menjadi resam yang diperturunkan kepada generasi...banyak cerita yang dikaitkan dengan malam jumaat. Dalam islam sendiri, Hari Jumaat mempunyai darjatnya yang tinggi...mungkin dunia kita pun akan diranapkan pada hari Jumaat....dan kepercayaan yang aku pegang sampai kini hasil didikan ibu bapa...siapa2 yang meninggal pada malam jumaat tiada siksaan kubur....ohhh aku berdoa andainya aku atau ahli keluargaku akan dijemput menemui Tuhan pada malam Jumaat...Siksa kubur, alangkah bertuah dan beruntungnya sesiapa yang tidak akan melaluinya...
Jadi...apa yang kita harus buat pada malam Junmaat...tepuk dada tanya iman.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he