Followers

Sunday, November 6, 2016

SPM 2016 
Hari ini 7 Nov 2016 bermulalah cabaran buat semua calon SPM 2016 di seluruh negara...selamat menjawab semua. Semoga semua akan sukses nanti.
2015 dan 2016
 2 tahun menyepi... sehingga hari ini...aku kembali menjejaki semula blog ini...semoga beroleh kekuatan untuk kembali berlari..menari nari papan kekunci semula mencatat detik demi detik...waktu yang pantas berlari..

SMK Syed Mohamed Al-Bukhary : sejak januari 2007 aku masih setia sebagai seorang guru mengajar di sini,,,hampir 10 tahun 

Taman Kelisa 2 : Sejak disember 2008 menyemai suka duka di sini..dari berlima dengan anak-anak kini tinggal berdua dengan suami...


Saturday, May 17, 2014

Hari Guru untuk Aku...

Selepas berbunga hati dengan pelbagai koleksi ucapan hari ibu, hati yang berbunga-bunga tu semakin mengembang apabila diraikan pula sebagai seorang pendidik di hari Guru!
Terima kasih kepada semua yang mengenang diri ini....setelah hampir 24 tahun menjadi guru....aku bangga le juga sebab dah ramai bekas pelajar yang pernah aku didik berjaya dalam hidup mereka...
Antara koleksi ucapan hari guru yang aku hargai... terima kasih














Alhamdulillah,  di tahun 2014 ini..setelah 24 tahun di sekolah, aku masih diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru...In sya Allah.

Sunday, May 4, 2014

Curi Makan Susu Adik

Semasa itu, mungkin aku hanya berusia 5 atau 6 tahun,..tak pasti tetapi kenangan itu masih segar...walaupun tak berapa manis namun cukup untuk dijadikan ingatan...
Alkisahnya pabila teringatkan kejadian itu,..aku terasa teringin amat...tau ke apa yang kumaksudkan...hahaha aku bocorkan rahsia ini...
jeng jeng...
Inilah benda makan yang aku maksudkan tu...masa tu aku ada adik kecik..mak sediakan susu ini untuk adik aku...tapi aku sering curu-curi makan...kalau mak nampak sudah tentu dia marah sebab masa tu keluargaku tak mampu nak sediakan susu untuk semua jadi yang kecik dan baby saja la dapat.
Akhirnya emak tahu juga aktiviti tidak sihat itu,..yang terharunya sehingga kini mak tak pernah marah...mak cuma senyummm...itulah kasih sayang seorang ibu.

Bagiku susu ini sedapppppp sangat...sehingga kini aku mencari-cari kalau aku shopping ...namun sebarang jenis susu yang aku beli tidak sama seperti igauanku...
Subhanallah..tak sama langsung...sudah tidak sesedap waktu aku mencedok dengan sudu plastik yang disediakan dalam tin susu itu ke mulutku suatu masa dulu..
Sesungguhnya kenangan tetap sebuah keindahan...tetap indah di ingatan.

Monday, March 17, 2014

Si comel yang rabun..

Anak kucingku yang satu ni rupanya mempunyai masalah penglihatan...aku baru saja menyedarinya....patutlah selalu saja trlanggar tiang..jalan masum longkang dan menghidu untuk mencari sesuatu..
Namanya Ciki...usianya sudah 5 bulan pada 21 hb Februari lalu...kesian la pulak...inilah kalipertama di antara banyak kucing yang aku bela bermasalah begini...
Bila diperhatikan..memang matanya seolah-olah berselaput..aku cuba merawatnya dengan memberi ubat titis...semoga matanya semakin ok nanti..

 

Wednesday, November 27, 2013

Hari ini dalam sejarah bagi subjek Sejarah kertas 3

Mengawas SPM lagi le cikgu ct oii..dah jd rutin tahunan. .tiada paksaan ok..sendiri yang mahu..
Tapi itu tak jd masalah langsung. ..ada yang menarik kali ini...semua calon diperkenalkan dengan satu format peperiksaan yang biasa saja namun baru pertama kali diadakan untuk calon kertas Sejarah tahun ini..bertambah satu tugasan lagi..Kertas 3 - "open book test"...


Tuesday, October 22, 2013

Tinggal Sejarah,..PMR terakhir..


Tahun ini, 2013..aku ditugaskan sekali lagi untuk mengawas peperiksaan PMR..Penilaian Menengah Rendah...so rutin tahunan ini telah kulaksanakan di SMK Dato Syed Omar..yang jaraknya cuma 5 kilometer dari sekolah tempatku mengajar...walaupun tugasan ini sangat2 tidak digemari oleh rakan sejawatan,..aku gagahi jua...memandangkan keadaanku yang tidak punya banyak tugasan di rumah,..maklumla anak2 semua sudah remaja dan tak banyak karenah ....aku berkorban..berkorban untuk negara.!
Sedar tak sedar jangkamasa seminggu berlalu..pada hari akhir peperiksaan barulah terfikir..tahun depan PMR dah tak wujud lagi...barulah ada rasa nak snap gambar buat kenangan hehe...mungkin ada peperiksaan lain menggantikannya sebagai tapisan bagi para pelajar tetapi namanya bukan lagi PMR...kini ianya sudah jadi sejarah....heee.......sedih juga kan...

Saturday, September 21, 2013

Bila kematian menjengah...

"Innalillah..Ya Allah,..masih terbayang gelak ketawanya,.kata-katanya yang memecah suasana,..jelingan dan senyumannya...kini dia sudah tiada...."
"MasyaAllah baru kelmarin aku berbual dengannya,..tak sangka dia kini terbaring kaku.."

Itulah kematian,..sesuatu yang ditakuti,,digeruni dan cuba dielakkan oleh semua makhluk yang bernyawa..suatu kejadian yang menamatkan banyak cerita...samada suka dan duka...pada zahirnya kematian adalah penamat suatu cerita.
Mungkin sudah lama, setahun, seminggu, kelmarin, hari ini atau sebentar lagi...episod kematian akan menjengah lagi...kalau bukan kita yang mati..tentu orang lain....mungkin yang rapat pertalian saudara dengan kita mahupun sekadar jiran tetangga....
"Mati itu Pasti"...

 " Sesungguhnya mengingati mati adalah pekerjaan yang paling bijak."
Sejujurnya apa perasaan kita semua bila disebut kematian?...seikhlasnya sejak kebelakangan ini aku amat memikirkan kematian,..seringkali membaca kisah-kisah kematian,..setiap kali menziarahi orang mati,.aku cuba membayangkan bahwa yang sedang terbujur kaku itu adalah aku...
Sejujur2nya,..aku cuba menyelami perasaan orang yang sudah mati,..
bagaimana rohnya yang masih melihat dan mendengar walaupun jasadnya tidak bergerak,..
apa perasaannya apabila yang ramai mengunjungi sekadar bertafakur memerhati wajahnya yang sudah tidak berdarah...
mereka sekadar mengucapkan takziah pada waris-warisnya dengan wajah yang turut sedih,..
mungkin juga yang ikhlas bersedekah wang ringgit bagi meringankan beban keluarganya?..

Perspektif agama menyatakan kematian adalah gerbang samada ke pintu shurga atau lubang neraka...Subhanallah...andai saja mayat yang kaku itu bisa menyatakan nasibnya, menceritakan waktu nazaknya,..apalah agaknya bakal dikatakan kepada yang masih hidup?...

Antara drama yang mengisahkan tentang kematian.....pertama kali tengok,.rasa insaf..buat sesiapa yang berminat bolehlah menonton semula...100 hari sebelum Kematian di https://www.youtube.com/watch?v=BehjHZqKnM8   

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he