SPM 2016
Hari ini 7 Nov 2016 bermulalah cabaran buat semua calon SPM 2016 di seluruh negara...selamat menjawab semua. Semoga semua akan sukses nanti.
Followers
Showing posts with label memori ct. Show all posts
Showing posts with label memori ct. Show all posts
Sunday, November 6, 2016
2015 dan 2016
2 tahun menyepi... sehingga hari ini...aku kembali menjejaki semula blog ini...semoga beroleh kekuatan untuk kembali berlari..menari nari papan kekunci semula mencatat detik demi detik...waktu yang pantas berlari..
SMK Syed Mohamed Al-Bukhary : sejak januari 2007 aku masih setia sebagai seorang guru mengajar di sini,,,hampir 10 tahun
Taman Kelisa 2 : Sejak disember 2008 menyemai suka duka di sini..dari berlima dengan anak-anak kini tinggal berdua dengan suami...
Sunday, May 4, 2014
Curi Makan Susu Adik
Semasa itu, mungkin aku hanya berusia 5 atau 6 tahun,..tak pasti tetapi kenangan itu masih segar...walaupun tak berapa manis namun cukup untuk dijadikan ingatan...
Alkisahnya pabila teringatkan kejadian itu,..aku terasa teringin amat...tau ke apa yang kumaksudkan...hahaha aku bocorkan rahsia ini...
jeng jeng...
Inilah benda makan yang aku maksudkan tu...masa tu aku ada adik kecik..mak sediakan susu ini untuk adik aku...tapi aku sering curu-curi makan...kalau mak nampak sudah tentu dia marah sebab masa tu keluargaku tak mampu nak sediakan susu untuk semua jadi yang kecik dan baby saja la dapat.
Akhirnya emak tahu juga aktiviti tidak sihat itu,..yang terharunya sehingga kini mak tak pernah marah...mak cuma senyummm...itulah kasih sayang seorang ibu.
Bagiku susu ini sedapppppp sangat...sehingga kini aku mencari-cari kalau aku shopping ...namun sebarang jenis susu yang aku beli tidak sama seperti igauanku...
Subhanallah..tak sama langsung...sudah tidak sesedap waktu aku mencedok dengan sudu plastik yang disediakan dalam tin susu itu ke mulutku suatu masa dulu..
Sesungguhnya kenangan tetap sebuah keindahan...tetap indah di ingatan.

Tuesday, October 22, 2013
Tinggal Sejarah,..PMR terakhir..
Tahun ini, 2013..aku ditugaskan sekali lagi untuk mengawas peperiksaan PMR..Penilaian Menengah Rendah...so rutin tahunan ini telah kulaksanakan di SMK Dato Syed Omar..yang jaraknya cuma 5 kilometer dari sekolah tempatku mengajar...walaupun tugasan ini sangat2 tidak digemari oleh rakan sejawatan,..aku gagahi jua...memandangkan keadaanku yang tidak punya banyak tugasan di rumah,..maklumla anak2 semua sudah remaja dan tak banyak karenah ....aku berkorban..berkorban untuk negara.!
Sedar tak sedar jangkamasa seminggu berlalu..pada hari akhir peperiksaan barulah terfikir..tahun depan PMR dah tak wujud lagi...barulah ada rasa nak snap gambar buat kenangan hehe...mungkin ada peperiksaan lain menggantikannya sebagai tapisan bagi para pelajar tetapi namanya bukan lagi PMR...kini ianya sudah jadi sejarah....heee.......sedih juga kan...
Thursday, January 24, 2013
Bye Bye Hempedu berbatu,...
Setelah semua prosedur untuk pengesahan dijalankan, pembedahan untuk membuang hempedu telah diatur tarikhnya,..pada pagi 12 januari 2013,.selamatlah aku menjalani pembedahan itu..kini aku telah kehilangan satu anugerah Allah terhadap jasadku..hempeduku kini sudah tiada..
Pembedahan secara laraskopi iaitu menebuk sedikit di bahagian abdomen untuk memasukkan segala peralatan seperti kamera, gunting, pisau dll. Aku sudah bersedia menerima takdir ini...kini fungsi untuk menapis lemak ditubuhku di ambil alih oleh organ hati...jadi aku mesti menjaga hatiku agar sentiasa sihat...Insya Allah..
Mungkin inilah gambaran kedudukan batu dalam hempedu...sebenarnya selepas operation doktor cuma memberiku satu bekas dan dalamnya berisi cuma 3 butir batu berwarna hitam..sebesar lada hitam...tidak banyak...namun kesakitan yang aku alami sangat mengazabkan...

Tuesday, January 15, 2013
Wednesday, December 19, 2012
Kisahku di Durian Tunggal Melaka...Rawatan Batu Hempedu.
Pengalaman yang menarik ini ingin kukongsi bersama...rawatan alternatif untuk membuang batu hempedu..,samada nak percaya atau tidak terpulang la...namun bukti berupa 2 butir batu ada padaku...
Bayaran untuk rawatan ini,...sebenarnya agak mahal...namun kita mempunyai pilihan,.sekiranya ingin ubat ektra..kenalah bayar lebih sedikit..lebih kurang RM100 macam tu..namun macam aku..aku just ambil air je dan sedekahlah setakat keihklasan....
Info ke rumah Haji Jamil..
Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.
Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.
Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...
![]() |
| Air jampi...kena minum banyak air. |
Info ke rumah Haji Jamil..
1. BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar
Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel:
013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Kami sekeluarga ke
rumah Tuan Haji Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya
Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak
signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri
PLKN. Terus jumpa muzium
automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak
simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan
...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100
meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard
Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk
kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke
rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...
Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.
PMR 2012...alhamdulillah...syukur...8A 1B..
19 Disember 2012,...jam 10 pagi...kami sudah sampai di sekolah tempatku mengajar...aku memahami perasaan adik..abang juga turut serta. Kami terus bergegas ke Dewan Iltizam untuk sama-sama menantikan keputusan yang akan diumumkan...aku pula terus ke pejabat...cikgu Rohana ucapkan tahniah...aku senyum dan tanya berapa...dia menjawab 8A dan 1B,..so aku tahulah adik memang dah tak boleh kekalkan rekod 9A abang tahun lepas...memang sudah kuduga...subjek Geografi adik mampu dapat gred B je...
Aku ke dewan untuk bersama waris lain...hari ini aku datang sebagai waris bukannya guru...
Anak-anakku,..Nur Helmi Izzat dan Nurain Athirah...mengambil PMR di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas,..semoga kecemerlangan mereka tidak berhenti di sini...
Anak-anak didikku,..semoga kalian akan terus mencapai kejayaan,..walaupun hari ini mungkin kecewa dengan keputusan yang diperolehi,..masa depan kalian masih panjang..asalkan terus berusaha..in syaa Allah..
Aku ke dewan untuk bersama waris lain...hari ini aku datang sebagai waris bukannya guru...
Tuan Pengetua, sempat berucap untuk mengalukan kedatangan pelajar dan waris.
Debaran menanti,...kelihatan abah dan abang tenang menanti keputusan adik diumumkan..
Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2012...bergambar bersama Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah, Pen Kanan Hem, Tuan Haji Azizan Bin Saud, Pen KananPuan Hajah Jamaliah dan Guru Kanan Bahasa Puan Rohana Yusuf.
Saat debaran seorang pelajar,..guru-guru bersedia untuk mengedarkan slip keputusan PMR 2012.
Anak-anakku,..Nur Helmi Izzat dan Nurain Athirah...mengambil PMR di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas,..semoga kecemerlangan mereka tidak berhenti di sini...
Terpancar kebahagian di wajah ibu dan anak...
Saturday, December 15, 2012
Kembara Hari ke 3 : Meredah 4 Negeri..
catatan ini tidak bertujuan apa-apa sekadar bacaan sendiri..mungkin untuk ditatap anak cucu setelah ketiadaanku..atau sebagai rujukan untuk pengembara seperti aku...
Pagi yang hening,..terasa kedamaian menjelma di sanubari,..lokasi Kesedar Inn tempat kami bermalam di Gua Musang memberikan suasana yang nyaman dan segar..
8.00 pagi : Usai je solat subuh kami bergegas berkemas untuk meneruskan perjalanan..sebelum tu sempat juga aku berposing dengan anak bujang dan suami..
Inilah 2 orang lelaki dalam hidupku...sayang sangat,..puteri2 2 beradik tu masih sibuk mengemas barangan mereka di kereta...
Singgah sekejap makan dan sarapan di Hentian R&R Gua Musang...
9.15 pagi: Meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke destinasi selanjutnya,..seumur hidup, kami tak pernah melalui jalan ini so sangat excited..masing-masing melayan perasaan hingga ada yang terlelap..dalam perjalanan di sepanjang laluan terdapat banyak gerai buah-buahan..kami singgah di satu gerai berhampiran Raub...tak ingat nama tempat tu...tapi sebelum sampai Kuala Lipis..
Keadaan jalanraya yang elok melancarkan perjalanan...kesian juga kat abang driver tapi nak tolong drive tak dibenarkannya,..so kerap la kami berhenti..
11.00 pagi : Kami sampai kat Pekan Kuala Lipis setelah melalui Felda Sungai Koyan...singgah minum kat gerai berhampiran Bazar Mara Kuala Lipis.
Setelah melalui Raub, kami pun sampai ke Bentong, sebuah pekan yang amat nostalgik...perasaanku semakin berdebar,.entah mengapa...
1.00 tengahari : Singgah bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong..memori 22 tahun silam menjelma kembali..mencari-cari semula monumen yang mampu menggamit ingatan...
...dari Bentong kami melalui tempat "posting" pertama aku sebagai guru...aduhai rumah itu masih wujud namun kelihatan usang dan telah ditinggalkan...kami singgah sekejap..snap beberapa sudut kenangan yang masih ada..pernah menyewa di sini,..
Pagi yang hening,..terasa kedamaian menjelma di sanubari,..lokasi Kesedar Inn tempat kami bermalam di Gua Musang memberikan suasana yang nyaman dan segar..
![]() |
| Berdiri kat pintu masuk Kesedar INN... |
![]() |
| Melalui 25 tahun bersama..(Jubli Intan). |
Inilah 2 orang lelaki dalam hidupku...sayang sangat,..puteri2 2 beradik tu masih sibuk mengemas barangan mereka di kereta...
Singgah sekejap makan dan sarapan di Hentian R&R Gua Musang...
9.15 pagi: Meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke destinasi selanjutnya,..seumur hidup, kami tak pernah melalui jalan ini so sangat excited..masing-masing melayan perasaan hingga ada yang terlelap..dalam perjalanan di sepanjang laluan terdapat banyak gerai buah-buahan..kami singgah di satu gerai berhampiran Raub...tak ingat nama tempat tu...tapi sebelum sampai Kuala Lipis..
![]() |
| kesian mak cik ni,..durian yang kami beli tu murah je..RM5.00 sebiji..nak beli banyak2 pun mana nak letak... |
11.00 pagi : Kami sampai kat Pekan Kuala Lipis setelah melalui Felda Sungai Koyan...singgah minum kat gerai berhampiran Bazar Mara Kuala Lipis.
Setelah melalui Raub, kami pun sampai ke Bentong, sebuah pekan yang amat nostalgik...perasaanku semakin berdebar,.entah mengapa...
1.00 tengahari : Singgah bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong..memori 22 tahun silam menjelma kembali..mencari-cari semula monumen yang mampu menggamit ingatan...
...dari Bentong kami melalui tempat "posting" pertama aku sebagai guru...aduhai rumah itu masih wujud namun kelihatan usang dan telah ditinggalkan...kami singgah sekejap..snap beberapa sudut kenangan yang masih ada..pernah menyewa di sini,..
![]() |
| Kami pernah tinggal di sini...menyewa bilik bersama tuan rumah selama sebulan sebelum mendapat rumah sewa sendiri..sayangnya penghuni rumah ini sudah berpindah.. |
![]() |
| Suamiku sedang memerhati keadaan persekitaran berhampiran rumah sewa kami dulu.. |
Nurain Izzatie,..membesar dalam kandunganku di tempat ini, usianya kini genap 21 tahun...
Singgag sekejap di SMK Ketari,..sekolah pertamaku setelah tamat kursus pada 1990...mula mengajar di sini pada Januari 1991...setahun sahaja sebelum bertukar ke Kedah semula..selama 30 minit melayan memori di sini....
3.15 petang : Bukit tinggi.
Tepat jam 3.15 petang kami sampai ke sana...tempat yang cantik...namun suasana yang agak asing..maklum la bangunan2 yang didirikan adalah ilham dari sebuah tempat luar..
Walaupun namanya Bukit Tinggi,..namun cuacanya agak terik..panas...kami tak lama di sini...setelah menjamu mata dan menjamu selera dengan bekalan yang dibawa sendiri...kami turun dari puncak untuk meneruskan perjalanan ke Melaka..
Alat GPS disetkan ke Durian Tunggal, Melaka...maka berterusanlah KDJ 9566 membawa kami ke destinasi..melalui sempadan Selangor dan Negeri Sembilan melalui lebuh raya Utara selatan..
6.30 petang: Singgah di R&R Seremban...minum dan makan..kali ini mengikut selera orang muda...KFC...kalau ikut aku..tak selera nak makan...
![]() |
| happy le dapat KFC.. |
Selepas itu kami teruskan perjalanan...
9.00 malam: kami sampai ke Kampung Gangsa..Durian Tunggal..Melaka...ayuhai..setelah meredah 4 negeri...nak sampai sini pun kena tanya orang...GPS tu cuma dapat cari Kampung Gangsa..kebetulan dstinasi kami tiada bernombor..susah sikit...akhirnya kami dapat juga menjejakinya...kami terus ke rumah Tuan Haji jamil...dan mengambil nombor giliran..no 47!...
Tujuan kami ke sini?...nantilah aku ceritakan...sabar...
10.30 malam: setelah mengalami sedikit kesukaran untuk mencari penginapan,..kami ditemukan dengan satu iklan penginapan...homestay..maka menginaplah kami di sini di Radzi Khai Homestay...sangat bagus dan cantik...sebuah rumah dengan 3 bilik dilengkapi peralatan memasak dan lain-lain kemudahan...
Hari ini perjalanan kami agak jauh,,memenatkan...esok menanti penuh debarannn....
Friday, December 14, 2012
Hari Kedua ; 14 Disember 2012 (Kelantan)
Percutian kami sekeluarga kali ini bermula di negeri Kelantan,..selepas menginap di PCB, pagi Jumaat 14 Disember 2012, kami sempat berposing di PCB yang jaraknya hanya 300 meter dari penginapan..jam 10 pagi ketika itu,..ombak kuat menderu menghempas pantai menimbulkan suasana keinsafan..sempat juga aku mentarbiah anak2..."cuba bayangkan seorang nelayan yang terpaksa mengharungi lautan ganas ini untuk mencari sesuap nasi buat keluarga..."
![]() |
| Pertemuan yang mengujakan, wan masih seperti dulu, lemah lembut dan manis...yang paling indah ialah mak wan masih sihat walafiat.. |
Perjalanan diteruskan dengan menjelajah Pasar Siti Khadijah,..sempat beli teleung dan sedikit keropok untuk buah tangan, waktu itu jam sudah pukul 12.00 tengahari...maka kami menunggu di situ sehingga suami dan anak bujang bersolat jumaat...lama juga kami menunggu...dan usai sahaja solat Jumaat,..kami meneruskan perjalanan ke Tumpat
Tumpat : Jam 3.30 petang - berbantukan alat GPS kami di bawa ke tempat yang pernah kami datang semasa 2010 lalu iaitu ke rumah seorang kenalan suami berhampiran Pondok Tok Selehor. Selepas berbual seketika kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang.
Jam 5.00 petang kami singgah makan di Kuala Krai dan seterusnya bersolat jamak takhir di Masjid Pahi.
Perjalanan ke Gua Musang memberikan pengalaman menarik,..kehijauan pemandangan dan melalui jalan yang berlengkok2,...kami agak keletihan,.rancangan nak terus mendaki ke Cameron Highland terpaksa dibatalkan memandangkan bila sampai ke Gua Musang,.jam sudah pun menunjukkan 8 .00 malam...kami makan2 di bandar Gua Musang..terpukau juga dengan kehebatannya...semua igauan yang menggambarkan Gua Musang sebuah tempat jin bertendang sudah hilang..malah kekaguman melihat kemajuannya...setelah meronda sekejap dan membeli sedikit keperluan..kami check ini di Kesedar Inn..dapatlah sebuah bilik yang boleh menampung family kami..untuk melelapkan mata malam ini.
Dengan harga bilik RM90.00 dapatlah kami sebuah bilik dengan 3 katil untuk bermalam malam itu...cukuplah sekadar nak bermalam,.pagi2 esoknya sudah nak berangkat..
Perhentian R&R Gua Musang serba moden dan masih baru..menjadi persinggahan orang ramai yang melalui Gua Musang untuk ke Kelantan dari Pahang dan sebaliknya...
Itulah perjalanan hari kedua percutian kami,..hari ini kami banyak dok dalam kenderaan sahaja....alhamdulillah perjalanan tidak ada aral...semua berjalan lancar,.terima kasihlah pada suamiku yang hebat,..memandu dengan tenang...esok menanti kami untuk hari ketiga..
Friday, November 30, 2012
Tinggal Kenangan
![]() |
| Gimau,..ditinggalkan keseorangan...kesian dia.. |
Telatah mereka yang bergomol dan berkejaran sesama sendiri sangat menghiburkan hati..
![]() |
Kini aku sedih sangat,..walaupun kucing namun kasih sayang antara kami tidak pernah berjurang...aku cuma mampu mengenang kembali semua kenangan indah waktu bersama..nasib baik juga depa ni sempat berposing...entah di mana mereka,..apalah nasib mereka dan entahkan hidup atau mati...semoga mereka bahagia walau di mana dan apa yang berlaku...
![]() |
| Tecik....nama yang istimewa dan ada cerita tersendiri...semasa kecik jadi habuan cacing...bila dewasa sangat comel dan manja yang melampauu..kalau waktu solat selalu mai dok depan tempat orang sujud. |
![]() |
| Gemon,...sehari sebelum kehilangannya, keletahnya mencuit hati....manjanya sangat hebat...makan banyak sampai lemak berbonjol kat perut seronok nak pelukkk. |
Tuesday, October 9, 2012
Hempeduku berbatu rupanya...
Aku sedari sejak kebelakangan ini aku kerap mengalami sakit di bahagian perut sebelah kanan tertutamanya selepas mengambil makanan berlemak,...di sepanjang bulan September 2012 ini sudah 4 kali aku diserang penyakit yang sama...aku mula mencari sebab dan jawapan permasaalahan ini dengan melayari internet. Sangkaku tentulah berkaitan dengan dengan appendik kerana aku memang suka makan sambal belacan....malah ramai yang kagum melihat betapa berlambaknya sambal belacan yang aku ambik bila makan di kantin sekolah...he he
Kemuncak kesakitanku berlaku pada 3 Oktober lalu, semasa sedang berkursus,...aku meminta keizinan untuk pulang awal dan terus ke sebuah klinik swasta berhampiran...setelah menyoal serba sedikit, doktor memberitahuku kemungkinan aku diserang penyakit batu dalam hempedu...! Hahhhhh...terduduk aku...apatah lagi sebelum ni,..seorang rakan guru dari sekolahku telah menjalani pembedahan membuang hempedu akibat penyakitt yang sama... aku mula cemas bila mengenangkan kata-kata doktor penyelesaiannya ialah terpaksa menjalani pembuangan hempedu.
![]() |
| Sambal belacan kegilaan.... |
Seterusnya 2 hari selepas itu aku menjalani pemeriksaan rapi di hospital kerajaan pula, memang disahkan oleh doktoor yang bertugas tentang adanya batu dalam hempeduku...dalam masa yang sama aku terusan menelan ubat tahan sakit yang diberikan...dan hari ini 9 Oktober aku dirujuk ke bahagian Klinik pakar Sultanah Bahiyah Alor Setar dan memang sahlah kenyataan itu...Aku redha...dan hari ini juga doktor menetapkan tarikh untuk dibedah.....nak tahu bila lambat lagi,..bulan Februari 2014 nanti...aku bersyukur juga kerana jangka masa yang lama ini membolehkan aku akan berusaha secara alami atau rawatan alternatif lainnya...aku juga kini berhati-hati bila nak makan...dan moral of this story adalah "Sudah sampai ketikanya aku disedarkan oleh Allah dengan sebab penyakit ini agar aku menjaga kesihatanku dengan lebih sempurna,"...selama ini cikgu siti cakap tak serupa bikin kut..ye lah kalau nasihattkan pelajar pandai pulak berhujah tentang menu sihat..tetapi diri sendiri..terabai...itulah pasal...apapun aku bersyukur....alhamdulillah...
Inilah rupanya alat ultra sound yang telah berjaya mengesan batu yang menyebabkan aku sakit perut selama ini...
Doktor juga menyarankan agar aku banyak meminum air kosong serta mengelakkan makanan berlemak..inilah hikmah Allah...selama ini aku makan aje apa yang aku makan...kadang-kala bangga sebab masih bebas dari gejala penyakit yang banyak menyerang rakan-rakan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung...pada pendapatku aku sihat...sehinggalah kini aku menerima kenyataan ini...aku tidak seperti yang aku fikirkan...terima kasih Ya allah....ujian ini menmyedarkan aku bahawa diri kita adalah apa yang kita makan...ada faham ke cikgu siti?
Friday, November 18, 2011
Cerita kelas 2A1 - Anak-anak disekolah 2011

Sebenarnya aku bernasib baik kerana mendapat pelajar seperti anak-anak 2A1...mereka semuanya baik belaka,..walaupun ada yang malas sedikit semasa belajar.
Kelas 2A1 tahun ini dianggotai pada mulanya seramai 37 pelajar...namun pada akhir tahun,..dah berkurang menjadi 35 sahaja kerana 2 pelajarnya berpindah,..Nurul fatihah Suhaimi berpindah ke Melaka pada September lalu dan terbaru Lokman hakim pula balik ke negeri kelahirannya di kelantan.
Di sepanjang bertugas sebagai guru kelas,..aku akui sukar pada awalnya,..maklum semuanya nak kena campurtangan cikgu,..barulah sesuatu tugasan nak berjalan lancar,..namun aku bersyukur kerana ramai pelajarnya seperti aishah, iman dan athierah yang sanggup membantu dalam menceriakan kelas..berkat kerjasama semua...kelas 2A1 berjaya menang sebagai johan pertandingan keceriaan kelas selama beberapa minggu..tahniah semua anakk2ku..
Kini sesi persekolahan 2011 sudah tamat,...semua yang berlalu menjadi kenangan...sehingga kini kami semua masih boleh berhubung melalui group dalam Fb yang dikendalikan oleh master Aqifi...tq aqifi,..walaupun malas nak belajar tapi kreatif....ha ha...masih teringat betapa gembiranya dia semasa aku bersetuju nak sambut birthdaynya bersama rakan sekelas...sempat la buat jamuan dengan anak-anak sekolah aku ni 2...3 kali sepqanjang tahun ni..mereka mudah bekerjasama...
Buat semua anak-anak cikgu,..aqifi, aqmal, iskandar,.ikmal, zhafri,.amir,.amar,..azmil,.lokman shafini,..azri,..lokman hakim,..shahmi hareez, danial,..dll...sorry tak berapa ingat...athirah, aishah, iman soleha, farhana rozali,.shazwani azwa, engku shifa, nadhirah,.farhana diyana,.afrina,.fatihahsuhaimai kamal. syadiah,.rabiatul, farhana hamzah dll...kalian semua tetap dalam ingatan...terima kasih semua...terima kasih kerana pernah memanggil cikgu mama kalian...Farhana rozali,..terima kasih kerana bagi cikgu kucing..comel sangat..cikgu panggil dia OWEN...semoga dia sihat selalu..
kenangan bersama 2A1 segar di memori..selamat bercuti semua,.tahun depan jumpa lagi..mungkin bukan lagi sebagai mama kalian semua..namun cikgu harap kalian semua masih boleh anggap cikgu seperti dulu..ok..
Monday, July 25, 2011
Julai dalam kenangan...
Julai 2011 kian mengensot pergi...
membawa bersamanya pelbagai suka duka kehidupan.
4 Julai - Birthday suami. Kami berkongsi tarikh lahir yang hampir sama...
5 Julai - hari lahirku...terima kasih kepada sesiapa sahaja yg memberi ucapan dan hadiah walau tidak pernah kupinta. Terima kasih teramat sangat atas ingatan anak2 didik kelas yang mengadakan majlis untukku...

17 Julai - suamiku dimasukkan ke wad untuk dibuangkan batu karangnya..maka tidurlah ia di wad selama 3 malam. Hari yang sama juga satu insiden yang memualkan berlaku,..bila anak gadisku yang sedang gatal tangan dan gila stereng menyebabkan kerosakan yang agak beribu juga..
24 Julai - Aku membakar 2 biji kek coklat yang ku ambil resepinya dari internet...aku malu sebenarnya nak bawa kek tu ke jamuan kelas seperti yang kijanjikan pada semua pelajar keran kek tu cacat..he he...tapi selepas ramai yang makan memuji sedappp...aku terasa nak buat lagi ...

25 Julai - aku MC dan tidak hadir ke sekolah...demam selesema makin menjadi2..batuk sampai sakit tekak...alhamdulillah dah lama tak demam..mungkin nak sambut ramadhan ni...
Antara Gejala demam selsema yang aku alami adalah seperti di bawah:
* Tekak yang kering
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana korda vokal (peti suara) membengkak.
Selain itu aku juga mengalami.
* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.
27 Julai
Menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Tahniah untuk diri sendiri...dah 20 tahun mengajar,..baru kini cemerlang,..adakah selama nin aku tak cemerlang?...biarlah diri sendiri yg jawab kan kerana hanya kita dan Allah jua yg arif tentang diri sendiri...semoga semakin cemerlang di dunia dan akhirat..
****Julai belum selesai...

Saturday, July 9, 2011
Terima kasih.
Happy Birthday mama....itulah yang tertulis di atas kek yang sederhana,..tidaklah cantik sangat decorationnya,..tiada berlilin,..namun semua tu menjadi simbol ingatan,...terima kasih anak-anak didikku,..tidak pernah ku pinta untuk ini,..kalian bertindak sendiri...aku amat bersyukur dan jauh di seudut hati..aku bangga kerana masih diraikan di hati kalian semua ..pelajar kelas 2A1 SMK Syed Mohamed Al-Bukhary 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog ini untuk semua....
Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!