Sambal belacan kegilaan.... |
Seterusnya 2 hari selepas itu aku menjalani pemeriksaan rapi di hospital kerajaan pula, memang disahkan oleh doktoor yang bertugas tentang adanya batu dalam hempeduku...dalam masa yang sama aku terusan menelan ubat tahan sakit yang diberikan...dan hari ini 9 Oktober aku dirujuk ke bahagian Klinik pakar Sultanah Bahiyah Alor Setar dan memang sahlah kenyataan itu...Aku redha...dan hari ini juga doktor menetapkan tarikh untuk dibedah.....nak tahu bila lambat lagi,..bulan Februari 2014 nanti...aku bersyukur juga kerana jangka masa yang lama ini membolehkan aku akan berusaha secara alami atau rawatan alternatif lainnya...aku juga kini berhati-hati bila nak makan...dan moral of this story adalah "Sudah sampai ketikanya aku disedarkan oleh Allah dengan sebab penyakit ini agar aku menjaga kesihatanku dengan lebih sempurna,"...selama ini cikgu siti cakap tak serupa bikin kut..ye lah kalau nasihattkan pelajar pandai pulak berhujah tentang menu sihat..tetapi diri sendiri..terabai...itulah pasal...apapun aku bersyukur....alhamdulillah...
Inilah rupanya alat ultra sound yang telah berjaya mengesan batu yang menyebabkan aku sakit perut selama ini...
Doktor juga menyarankan agar aku banyak meminum air kosong serta mengelakkan makanan berlemak..inilah hikmah Allah...selama ini aku makan aje apa yang aku makan...kadang-kala bangga sebab masih bebas dari gejala penyakit yang banyak menyerang rakan-rakan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung...pada pendapatku aku sihat...sehinggalah kini aku menerima kenyataan ini...aku tidak seperti yang aku fikirkan...terima kasih Ya allah....ujian ini menmyedarkan aku bahawa diri kita adalah apa yang kita makan...ada faham ke cikgu siti?
1 comment:
salam cikgu, boleh kongsikan rawatan alternatif yg tlh cikgu jalani?
Post a Comment