Followers

Showing posts with label anak2ku.... Show all posts
Showing posts with label anak2ku.... Show all posts

Monday, March 17, 2014

Si comel yang rabun..

Anak kucingku yang satu ni rupanya mempunyai masalah penglihatan...aku baru saja menyedarinya....patutlah selalu saja trlanggar tiang..jalan masum longkang dan menghidu untuk mencari sesuatu..
Namanya Ciki...usianya sudah 5 bulan pada 21 hb Februari lalu...kesian la pulak...inilah kalipertama di antara banyak kucing yang aku bela bermasalah begini...
Bila diperhatikan..memang matanya seolah-olah berselaput..aku cuba merawatnya dengan memberi ubat titis...semoga matanya semakin ok nanti..

 

Wednesday, April 17, 2013

Nurain Athirah,..jalanmu masih berliku anakku..

Hari ini 17 April 2013, hari Rabu..aku cuba mencatatnya di sini agar suatu masa nanti ia mampu menjadi rujukan...Nurain Athirah sekali lagi tampil di pentas sekolah untuk emnerima hadiah kecemerlangannya dalam PMR 2012...jauh di sudut hati memang aku bersyukur kerana anak2ku sentiasa memberiku kebanggaan,..namun jauhhh dilubuk hati..terpendam juga kebimbangan terhadap mereka...Masih panjang perjalanan yang perlu ditempuhi bersama onak duri ranjau berbisa di kiri kanan persimpangan...doaku sentiasa mengiringi langkah anak2ku menuju kesempurnaan...
Anakku,..teruskan langkahmu sehingga ke penghujung bahagia...semoga kita terus bersama di sana...

Wednesday, December 19, 2012

PMR 2012...alhamdulillah...syukur...8A 1B..

19 Disember 2012,...jam 10 pagi...kami sudah sampai di sekolah tempatku mengajar...aku memahami perasaan adik..abang juga turut serta. Kami terus bergegas ke Dewan Iltizam untuk sama-sama menantikan keputusan yang akan diumumkan...aku pula terus ke pejabat...cikgu Rohana ucapkan tahniah...aku senyum dan tanya berapa...dia menjawab 8A dan 1B,..so aku tahulah adik memang dah tak boleh kekalkan rekod 9A abang tahun lepas...memang sudah kuduga...subjek Geografi adik mampu dapat gred B je...
Aku ke dewan untuk bersama waris lain...hari ini aku datang sebagai waris bukannya guru...


Tuan Pengetua, sempat berucap untuk mengalukan kedatangan pelajar dan waris.


Debaran menanti,...kelihatan abah dan abang tenang menanti keputusan adik diumumkan..


Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2012...bergambar bersama Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah, Pen Kanan Hem, Tuan Haji Azizan Bin Saud, Pen KananPuan Hajah Jamaliah dan Guru Kanan Bahasa Puan Rohana Yusuf.


Saat debaran seorang pelajar,..guru-guru bersedia untuk mengedarkan slip keputusan PMR 2012.


Anak-anakku,..Nur Helmi Izzat dan Nurain Athirah...mengambil PMR di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas,..semoga kecemerlangan mereka tidak berhenti di sini...


Terpancar kebahagian di wajah ibu dan anak...


 Anak-anak didikku,..semoga kalian akan terus mencapai kejayaan,..walaupun hari ini mungkin kecewa dengan keputusan yang diperolehi,..masa depan kalian masih panjang..asalkan terus berusaha..in syaa Allah..

Wednesday, October 10, 2012

PMR adik....

Hari ini dah masuk hari ke 2 peperiksaan PMR berlangsung,..pada tahun ini anak bongsuku Nurain Athirah menduduki peperiksaan ini bersama rakan-rakan yang lain di Sekolah Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas....sebelum  tu..pada Ahad bersamaan 7 Oktober lalu,..Majlis Bacaan Yassin diadakan di surau sekolah..sebagai guru aku turut mendoakan anak2 didikku dan sebagai waris aku hadir sebagai ibu untuk mendoakan kejayaan "adik"...

he he..tudia...cap ibu dan anak..
Semoga adik berjaya mengulangi kejayaan abang dan kakaknya..insyaallah...esok pula 11 Oktober birthday adik..semoga adik berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..amin.

Thursday, September 27, 2012

Nurain Athirah,..


Dilahirkan pada 11 Oktober 1997, kini hampir menjangkau usia 15 tahun,..bakal menghadapi PMR pada 9 Oktober nanti,..semoga sukses dan menjadi hadiah hari lahir yang amat bermakna...
Anak bongsuku ini,..unik sikit,..agak degil dan emosinya  kadangkala tak menentu...
dari pemerhatianku,..anakku ini agak manja,..pemalu juga orangnya dan mempunyai sikap biasa yang ada pada remaja lain...yang pastinya  dia ni terlalu meminati Hiburan dari Korea...sesuatu yang merimaskan aku...
Adik,..panggilan manja,..sengaja mak buat entry ni khas adik...selamat menghadapi PMR, selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran yang ke 15 dan selamat menjadi dewasa...semoga laluan perjalanan adik akan dipermudahkan oleh Allah..mak minta maaf sebab selalu leterkan adik...selalu bising-bising bila adik buat silap...mungkin mak terlalu sayangkan adik...

Nurain Athirah sangat sayangkan kucing,..kalau ada kucingnya yang mati,..dia menangis,..
Baru2 ni aku telah ambil keputusan untuk serahkan salah seekor kucing pada orang lain untuk dipelihara,..menangis dia...

Ghimau yang kembali ke rumah atas doa adik...
 Semoga anakku ini akan berjaya dalam hidupnya...amin..

Friday, July 6, 2012

Perkongsian abadi..insyaallah

4 hb Julai adalah tarikh kelahiran lelaki yang berkongsi hidup denganku..manakala 5 hb Julai adalah tarikh kelahiranku sendiri..berkongsilah kami berdua pada hari hari yang indah itu...
Sejak mengetahui dan melalui detik persamaan itu mulai 3 Disember 1997...iaitu tarikh kami bersatu..aku amat gembira..dan merasakan Allah menyatukan kami untuk bersama melayari kehidupan dengan rahmatNya. Alhamdulillah kini usia masing-masing dah hampir menjangkau warga emas...haha....
berkongsi segalanya,..itulah makna kehidupan kami..semoga terus bersama hingga ke shurga nanti..
Terbaru, bersama putera dan puteri yang menerima pengiktirafan dalam kecemerlangan sekolah..semoga buah cinta kami akan terus gemilang sebagai khalifah Allah...insyaallah.
Anak2 yang sihat...kini sudah dewasa dan sedang berjuang menentukan hala tuju masing-masing...semoga mereka berjaya menjadi khalifah Allah..



Wednesday, February 29, 2012

29 Februari .....hadirmu bersama hilangnya...



29 Februari 2012,..tarikh istimewa yang berkunjung setiap 4 tahun,..membawa makna sepi dalam hidupku...hari ini seorang lagi anakku memulakan kehidupan sendiri,..tidak lagi sebumbung...pagi-pagi lagi bersiap untuk mendaftar di sekolah berasrama penuh...walaupun berat rasa hati tetapi aku merelakannya,..demi masa depan dan cita-cita.



gambar semasa Helmi menerima anugerah PMR cemerlang dari Tan Seri Muhyidin Yassin pada 14 Februari 2012 lalu di padang Keda Pokok Sena.

Helmi,
Setelah berjuang dalam PMR 2011 dan berjaya melepasi target,..akhirnya saat kehilangannya tiba jua...sedih tapi tak terungkap...hanya doa berpanjangan di sepanjang perjalanan tadi...jam 1.30 selesai semuanya dan kami (aku, abah dan adiknya) berangkat pulang...meninggalkan Helmi dalam kembara ilmunya...di SBPI Kubang Pasu.

LEGASI HELMI.
Sejak kecil, anak lelakiku yang sorang ni suka bersaing,..dalam usia 6 bulan beliau beberapa kali memenangi pertandingan bayi sihat...
masuk ke sekolah rendah,..sering mendapat hadiah kecemerlangan akademik
ke sekolah menengah juga meneruskan kegemilangannya...sehingga kini aku berharap beliau terus berjaya mengukir sejarahnya sendiri...
cita-citanya nak menjadi doktor...aku selalu mengusik..."bila abang dah jadi doktor nanti,..mama dah pencen dan sakit-sakit...bolehlah merawat mama nanti"...
anakku yang sorang ni tak banyak bercakap tapi banyak berfikir...dahinya dah berkerut dah walaupun baru remaja...entah apa yang difikirkan....cuma suatu hari dia pernah berkata "mama banyak hutang kan,....abanglah yang kena bayarkan nanti'...aku tersenyum sendiri...dalam hati nak tergelak pun ada...bagusla kalau dia sedar tanggungjawab seorang anak lelaki...
Kini dia di asrama...aku amat terasa...tinggallah kami bertiga...(aku. suami dan adiknya)...kak long dah lama tinggalkan rumah..sejak tingkatan satu lagi menginap di asrama...aku redha dengan situasi ini dan sentiasa menyedari hidup kita pastinya sendiri juga...sejak azali..kena terima hakikat ini..

P/S: Berjuanglah anak-anakku,..menuntut ilmu itu adalah suatu ibadah.


Friday, December 23, 2011

alhamdulillah, Helmi sudah capai misi 9A


Keputusan PMR sudah diketahui umum,..ada yang cemerlang dan ramai juga yang kecewa...tahniah untuk putera tersayang, Helmi sudah berjaya mencapai targetnya dalam akademik 2011 dan berjaya memperoleh 9A dalam PMRnya.
Semasa keputusan diumumkan,..kami sekeluarga masih dalam urusan di Kuala Lumpur,..so kesian Helmi tak dapat meraikan kejayaan ini bersama rakan2 dan guru2nya...apa2pun kami sekuarga bershukur...
Sepanjang percutian banyak peristiwa diluar jangkaan berlaku yang memerlukan komitmen....banyak juga waktu cuti kena dihabiskan menyelesaikan masalah mendatang satu persatu...inilah sebabnya yang menjadikan cuti kami kali ini tidak begitu terurus, kepada pihak sekolah,..aku mohon maaf sebab saat bersejarah 22 Disember 2011 tak dapat dikongsi bersama...bukan sengaja namun masa tidak mengizinkan..
Sebagai ibu kepada Helmi,..aku mendoakan Helmi terus maju dalam hidupnya dan mampu merubah generasi mendatang ke arah yang lebih gemilang..

Friday, December 16, 2011

alhamdulillah,..Helmi dah balik.



Setelah seminggu ber"pondok",.Helmi selamat menyempurnakan misinya menuntut ilmu bagi bekalan diri dunia dan akhirat..alhamdulillah,..semoga apa yang dipelajari akan dipraktikkan setiap hari..
Para waris juga diingatkan oleh Penganjur Kem agar memastikan anak2 yang telah dilatih diberi pemantapan iman dan disuburkan dengan amalan yang telah diterapkan.
Insyaallah,.

Sunday, December 11, 2011

Nurain Athirah tak dapat cuti...kesian diaaa


Musim cuti sedang berlangsung,..aku yakin ibu bapa ramai yang sudang pening,..haaa baru tahu...susah kan nak jaga anak masa cuti,...selalu tugas tu guru2 yang buat...sekarang,..awak le ibu..awaklah guru...haaa macam mana...best tak?
Pada kebiasaannya,..bagi aku yang merangkap ibu dan guru...ni,..masa cuti adalah masa untuk bersantai sikit...nak jalan2,.tapi untuk anak2,..aku dah tetapkan program,...mana boleh bersantai sampai sebulan,..selain sediakan bahan bacaan tambahan,..aku juga menghantar mereka ke pusat tuisyen,...nampaknya cuti kali ini,..cuma Nurain Athirah je yang terlibat,...abangnya nak rehatkan minda selepas PMR....kesiannn adik no...tak de cuti le kan...Tuisyen Intensif ni selalunya berlangsung selama 1 bulan,..kali ni ianya bermula 1 Disember sehingga 28 Disember 2011...dah tu habisla cutinya...biarlah adik,..tahun depan kan nak exam,..kena ready le...bukankah adik pun nak cemerlang macam abang jugak kan?...
Untuk Nurain Athirah,...bersabar ye sayang....mak cuma ingin adik berjaya..mungkin nikmat cuti adik tak merasa sangat namun itulah yang terbaik,..ok...minggu depan,..mak bawa adik jalan2 ok...cuti seminggu...ok..selamat bertusyen ye..semoga adik menjadi wanita solehah yang bahgia di dunia dan di akhirat...amin.

Kem Pondok?...apa tu?...setelah kuamati banner yang direntang di simpang jalan masuk ke taman perumahanku....barulah aku tahu,..kem ini menerapkan pengajian dan kursus ala pondok....khas buat remaja di musim cuti sekolah...aku teringatkan Helmi,..puteraku yang sorang tu....
Rasanya Helmi tak berminat ni...fikirku...aku terus memujuknya sertai kem ini,..alhamdulillah akhirnya dia setuju...maka pada 9 Disember selepas solat jumaat, kami sekeluarga pun menghantarnya ke MRSM Kubang Pasu di mana kem ini akan berlangsung selama 1 minggu..bayaran yang dikenakan agak berbaloi,..cuma RM350 je...namun aku berdoa agar ilmu yang bakal diperolehi dapat memberi manfaat buat dirinya dan seisi keluarga...
Helmi anakku,,,kau saja anak lelaki mak,..padamu saja harapan mak dan abah....redhakanlah hatimu untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat kerana itu sahaja jaminan hidup...
Kini Helmi sedang berkursus, sedangkan aku terus berdebar..kerana Keputusan PMR akan diumumkan nanti...adakah Helmi dapat kekalkan prestasinya seperti peperiksaan percubaan peringkat sekolah?...aku tak putus berdoa....semoga 9A miliknya..apalah yang paling menggembirakan hati seorang ibu selain kejayaan anak-anaknya.
Insyaallah aku yakin Helmi akan menjadi manusia,..yang bakal merubah generasi keluargaku...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he