.pelbagai makanan tambahan kuambil jua...namun segala yang kuharapkan itu tidak menjadi kenyataan...kisah sakit tiba-tiba diperut sebelah kanan kembali lagi dan tiba ke kemuncaknya apabila aku mula mengalami simpton kesakitan yang kronik sejak seminggu lalu...aku muntah2,..dan warna kencing dah menjadi seperti teh pekat,..
12 Januari 2013 - aku ke hospital,..bila jumpa doktor,.kes aku disahkan sudah agak kronik dan terus masuk wad....Ya Allah tak kuduga secepat ini...bermula hari sabtu aku kat wad...hari ahad dan Isnin,,,3 hari aku berkisah,...
Sabtu = 12 Januari
Selepas pemeriksaan doktor dan mendaftar wad, hari ni aku disuruh berpuasa terus,..sampai jam 3 petang aku di bawa ke makmal untuk dibuat scan,...doktor bertugas memaklumkan memang ada batu dalam hempedu aku,..sahlah aku dah tak boleh bertugas esok,..
Setelah itu aku dipindahkan ke wad Kenanga 4B, Hospital Sultanah Bahiyah,..
Ahad = 13 Januari 2013
Berpuasa lagi, hari ini aku dijadualkan untuk Endoskopi iaitu dalam bahasa yang lebih mudah,Doktor akan memasukkan kamera melalui mulut aku sampailah ke perut bagi memastikan tidak ada batu yang tersumbat di salur hempedu.
Jam 2.30 petang, aku disuapkan dengan pakaian putih,..disorong ke wad radiologi dan diberi bius,..aku cuma sedar setelah aku dibawa semula ke wad,..rasa loya dan terbatuk2,..maklum la..kamera masuk melalui kerongkong...
Isnin = 14 Januari 2013
Hari ini aku berpuasa lagi, kebetulan hari Isnin, aku pun berniat puasa sunat, sekurang2nya aku mendapat pahala, aku di "standby" untuk dibedah bagi membuang hempedu,..aku semakin pasrah,..menerima sahaja apa yg akan dilakukan,..jiwaku semakin memikirkan kematian,..biasa la kan, nak dibedah,...sebelum ini aku banyak juga membaca mengenai pembedahan buang hempedu ni,..hanya 90 peratus berjaya,..
Tunggu punya tunggu, sampai 5.30 petang, aku masih di wad, tiada panggilan ke bilik operation...datang seorang misi suruh aku makan,..katanya operation aku ditunda sebab doktor tak cukup masa...apa lagi aku pun tak tunggu waktu berbuka dah,..perut sudahmeloya dan sebu,..makan la nasi hospital,..
![]() |
| inilah menu aku,...boleh ke aku makan macam ni,..sup ilan dengan rebus petola...hahaha memang kurus la lepas ni, |
Aku bercadang nak melawat, sampai ke rumah jam 12.30 tengahari,..masih sempat lagi,.tetapi keadaanku yang masih lemah dan pening menghalangnya,,so aku tak sempat melihat Najihah kali terakhir...











