Followers

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan...terimalah diriku kembali.

Ramadhan,
Saban tahun datangmu membawa khabar gembira,
datangmu dengan segala kerahmatan, keampunan dan keredhaan.
Kini tampilmu disisiku...membawa aku kembali,
setelah hampir saja kesesatan dirimba duniawi,
syukur aku tersedar jua..dari mimpi-mimpi kelekaan...
sedarku!
insafku!
maluku!
bertandang setelah Ramadhan semakin mengensot diri...

Nuzul Quran yang menjelang..
aku kini membilang semula sesuatu yang hilang...
dulunya pernah kugenggam...
alhamdulillah..aku masih bernafas disisimu Ramadhanku...
walau suatu waktu aku tertipu...
oleh gelora nafsu tak menentu..
Ramadhan..kian jauh ke penghujung...
semoga aku tidak lagi tersandung...amin..

Monday, August 9, 2010

Al-kisah seketul daging bernama hati..

SETIAP manusia dikurniakan Allah hati.

Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari - 2/49)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :

* Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
* Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
* Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
* Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
* Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
* Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
* Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.

Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf: 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Friday, August 6, 2010

KECANTIKAN WANITA

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Thursday, August 5, 2010

Tangisan wanita

"Tangisan wanita lebih bertenaga dari senyumnya." Betul atau salah.

Tersenyum aku membaca kenyataan itu.

Jawapanku : Apapun kenyataan itu amat subjektif - terpulang pada keadaan kerana tangisan wanita punya pelbagai interpretasi.

Adakalanya tangisan wanita memberi kekuatan, melepaskan perasaan, membujuk diri, kecewa atau gembira. Tidak kurang juga tangisan itu melambangkan kelemahan pada sesetengah wanita. Tangisan boleh jadi senjata yang amat berguna dalam pelbagai keadaan. Kerana itulah TUHAN mencipta airmata untuk manusia terutama buat wanita.

Pada masa yang sama kekadang senyuman itu lebih bertenaga kerana gembira, terpaksa, membujuk atau menyindir.

Apapun padaku : jika wanita menangis tanpa airmata - lebih berbahaya dan kekuatannya amat luar biasa. Dan jika mereka senyum kerana terpaksa kekadang penuh racun berbisa atau mungkin terkandung sejuta rahsia. Sudah tentu kita tidak lupa pada senyuman MONALISA...

Oleh itu awas dengan tangisan dan senyuman wanita...

Apapun jika teman-teman di luar sana punya pandangan yang berbeza, silalah kongsi bersama.

Sunday, August 1, 2010

Aku, dia dan malam.


malamku bertemankan cetusan idea didada digitalmu,
mengungkap satu demi satu cerita duniaku.
menerobos satu persatu lelangit informasi.
mencari sesuatu yang kadangkala aku sendiri sukar mengerti..
Aku dia dan malam..adalah kisah tak bertepi..
boleh jadi memenuhi hasrat hati..
boleh juga menunaikan hajat insani..
mungkin juga kepuasan nurani sendiri..

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he