Tahun ni aku dilantik sebagai pengawas SPM 2008, di sekolah lamaku dulu....hampir 24 tahun lalu, disinilah aku belajar. Kenangan mengimbau semula bila kujejakkan kaki disitu. Masih aku ingat dewan peperiksaan semasa aku menduduki SRP dulu. Sudah banyak keadaan yang berubah,,,,bangunan lama masih kekal dan ditambah dengan bangunan baru...kemajuan yang tidak dapat disangkal lagi.
Dalam kesibukan ini juga, hatiku menjadi tidak keruan kerana ibuku kurang sihat Ibuku, saat ini kau bertarung dengan kesakitan. Aku Cuma mampu membantumu sedikit…kadangkala aku merasakan aku bukan anak yang baik kerana tidak mampu berbuat lebih dari itu…sekadar membeli ubat-ubat yang mampu….tidak mampu memberimu rawatan sewajarnya.
Ibuku, aku sedar kau merana dalam diam….kesakitanmu sudah lama kau sembunyikan sehingga kau kini sudah tidak mampu membendungnya lagi. Maafkan aku kerana tidak mampu bersama-samamu di saat kau memerlukanku.
Ayahku, kau juga mengalami kesakitanmu sendiri…dalam usia kalian,,,sepatutnya kalian berhak mencapai bahagia.. apa daya aku kini mempunyai kehidupanku sendiri….terpaksa menghabiskan masa dalam kadar yang banyak untuk keluargaku sendiri sehingga membiarkan kalian lebih banyak hidup sendiri….ketahuilah jauh di sudut hatiku, kuingin kalian menikmati hidup dengan tenang di hari-hari tua kalian…
Akhirnya Helmi Berjaya juga…..Tahniah anakku..kepayahan dan kesulitanmu kini sudah berbayar.! Tiada yang mak bole berikan padamu selain semangat untuk meneruskan perjuangan hidup yang saban hari semakin menuntut kesabaran dan pengorbanan. Hari ini khamis 13 Nov 2008. Helmi Berjaya meraih 5A dalam UPSRnya. Kebetulan aky bertugas mengawas SPM so tak dapat la nak berkongsi detik2 kegembiraan itu bersamanya, maafkan
mak sayang. Abahnya pulak asyik kerja siang malam…maklumla pendapatannya yang tak seberapa perlu ditambah dengan overtime….kesian helmi. Tap ketahuilah anakku….kasih saying kami tidak berbelah bagi untuk kalian semua.
Ain….dah 3 hari duduki SPMnya….dah lepas subjek yang agak mudah. BM, BI, Sejarah dan P.Islam. Kini ada lagi 6 subjek yang semuanya bagiku agak berat dan terbukti yang ain memang ada masalah. Sebbagai ibu aku sudah sedaya upaya membantunya….mencari bahan-bahan sokongan dari web untuk di bacanya di saat-saat akhir…terpulanglah padamu anakku. Sebagai anak sulong, aku amat berharap dia bakal menjadi contoh untuk adik-adiknya.
Hari-hari cuti kini sudah bermula….walau cuti aku tetap ada tugasan sendiri yang perlu aku selesaikan. Athirah perlu dihantar tuisyen intensif. Mohd Nurhelmi perlu diberi perhatian terhadap segala boring permohonannya untuk kesekolah ternama…ain pulak perlu diberi motivasi dalam SPM. Kedua ibubapaku pula tidak sihat…Cuti sekolah yang bermula 14 Nov bakal menjadi sibuk bagiku. Setelah menumpukan perhatian di sekolah tamat, bermulalah persepsi lain yang menuntut haknya untukku perhatikan dan bereskan. Tuhanku..dalam hidup ini, tiada kesenangan andai tidak disertai dengan kesukaran, oleh itu berikan aku kekuatan untuk menempuhi kesekaran agar dapat ku raih kemenangan. Amin
Followers
Saturday, November 22, 2008
Sunday, November 9, 2008
aku dan guru....
Aku memang seorang guru,..
sudah lama aku dipanggil cikgu!...
namun aku masih ragu...
adakah aku memangnya benar seorang sifu..
jauh di sudut hatiku...
aku tak dapat nak mengaku..
yang aku ini memangnya cikgu.
belum mampu.
Aku memang guru,
disekolahku aku membantu..
pelajarku yang mana perlu..
cuma aku..tak mampu,
menjadi cikgu.
sudah lama aku dipanggil cikgu!...
namun aku masih ragu...
adakah aku memangnya benar seorang sifu..
jauh di sudut hatiku...
aku tak dapat nak mengaku..
yang aku ini memangnya cikgu.
belum mampu.
Aku memang guru,
disekolahku aku membantu..
pelajarku yang mana perlu..
cuma aku..tak mampu,
menjadi cikgu.
Saturday, November 8, 2008
ain nak ambik spm
anakku ain dah nak exam....aku sebagai mak, merasakan takut jugak dengan apa keputusan yang bakal dia dapat. ain ni lain sikit....tak berapa minat nak belajar. aku selalu tengok kalau dia balik dari asrama...asyik tidok je....
Sebagai ibu, aku berdoa agar dia tenang dan tabah semasa menjawab. Selamat berjuang anakku..semoga sukses!
Sebagai ibu, aku berdoa agar dia tenang dan tabah semasa menjawab. Selamat berjuang anakku..semoga sukses!
pindah rumah
Malam 27 ramadhan 1428 hijrah bersamaan 27 September 2008 …..berpindahlah aku secara rasmi ke rumah baru. Walau keadaan sukar bagiku untuk berpisah dengan kedua-ibubapaku yang selama ini tinggal berjiran,,,,namun desakan suamiku agar beraya di rumah baru harus kuredhakan. Kami hanya membawa serba sedikit barangan keperluan, masih banyak lagi barangan yang ditinggalkan di rumah lama, maklum la jaraknya tidak jauh...bila-bila masa kami boleh mengambilnya.
Jauh di sudut hatiku....aku tidak la segembira mana. Entah la...tak tahu kenapa. Mungkin kerana kesibukan yang amat sangat....ya lah dalam masa yang sama aku harus siapkan tugasan master, kerja sekolah lagi. Penat sangat. Ramai kawan-kawan bertanya bil agaknya nak jemput mereka ke rumah baruku. Nantilah.
Jauh di sudut hatiku....aku tidak la segembira mana. Entah la...tak tahu kenapa. Mungkin kerana kesibukan yang amat sangat....ya lah dalam masa yang sama aku harus siapkan tugasan master, kerja sekolah lagi. Penat sangat. Ramai kawan-kawan bertanya bil agaknya nak jemput mereka ke rumah baruku. Nantilah.
Wednesday, September 10, 2008
helmi sudah habis exam
Hari ini 11 hb ogos, helmi anak keduaku telah tamat menghadapi ujian penilaian UPSR. Dah 3 hari dia menjalani ujian tersebut. Aku kagum dengan ketabahannya serta kematangannya dalam menghadapi saat2 peperiksaannya, walaupun masih kecil namun dia sudah dapat mengurus dirinya dalam menghadapi detik detik genting dalam hidupnya......setiap pagi ku lihat dia membaca yasin dan berdoa......
Wednesday, September 3, 2008
Ramadhan datang lagi....
Ramadhan,
Menjelma lagi menyapa diri...
membawa khabar rahmat dan bahagia.
Mampukah aku? jadikan ramadhan ini yang terbaik untukku. Insyaallah. aku akan cuba walau aku tahu pasti terlalu banyak dugaannya. Masa yang amat pantas dengan beban kerja yang semakin bertambah menjadikan aku perlu bermuhajadah dengan diri sendiri. menyusun masa yang berbaki untukmu Ya Allah. Keletihan menjadikan aku malas untuk beribadat....apatah lagi berjaga malam bersolat sunat....cuma yang pasti aku bertekad untuk khatam quran....insyaallah.
Menjelma lagi menyapa diri...
membawa khabar rahmat dan bahagia.
Mampukah aku? jadikan ramadhan ini yang terbaik untukku. Insyaallah. aku akan cuba walau aku tahu pasti terlalu banyak dugaannya. Masa yang amat pantas dengan beban kerja yang semakin bertambah menjadikan aku perlu bermuhajadah dengan diri sendiri. menyusun masa yang berbaki untukmu Ya Allah. Keletihan menjadikan aku malas untuk beribadat....apatah lagi berjaga malam bersolat sunat....cuma yang pasti aku bertekad untuk khatam quran....insyaallah.
Saturday, August 23, 2008
cuti seminggu.....aku bersantai
Sepanjang minggu lepas sekolah cuti, bole la aku bersantai sikit.......kami sekeluarga pergi berkemas ke rumah baru kami. Kami cuba la dok kat sana seminggu....best la juga...privasy! Tapi akhirnya aku mengaku walaupun agak privasy namun hati aku tak berapa tenang sebab selalu ingatkan mak dan ayah yang selalu dok depan mata....maklumla kami berjiran.
Anak-anak pulak jadi tak hepi sebab kat situ depa tak boleh bermanja dengan kucing-kucing yang ditinggalkan di rumah tok....
Akhirnya aku memujuk suamiku agar tidak berpndah buat masa ni...biarlah kami bole berpuasa dengan mak dan ayah aku. Kami pun balik semula ke umah lama kami....walaupun rumah tu tak sehebat rumah baru taoi aku akui ianya membawa ketenangan. Benarla kata orang,,,,melihat wajah ibu dan ayah setiap hari boleh memberi ketengangan...sampaila juga niat aku nak berpuasa di kampung...terima kasih suamiku....engkau memang suami yang baik..
Saturday, August 2, 2008
karenah anak-anak
Hari ni aku pagi-pagi lagi dah bengang dengan karenah anak-anak.....macam-macam karenah yang mereka lakukan yang tak berkenan di hatiku. Nampak sangat yang mereka tidak peka dengan keletihan ibu dan ayah yang saban hari sibuk dengan pekerjaan yang tidak pernah habis. Ketahuilah anak-anak ku,...ibu dan ayah selalu berharap agar kalian dapat memahami bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dunia yang semakin hari semakin menuntut pengorbanan. Sedarilah anakku semua,.........mak dan ayah sangat sayangkan kalian.
Tuesday, July 15, 2008
Seni itu indah
Saturday, July 12, 2008
Belajar lagi.
Kelmarin (12/7/08), aku kembali ke kelas master secara part time. Kini dah masuk semester 4. Ramai teman-teman bertanya kenapa aku masih berminat untuk belajar di saat sepatutnya aku bersenang. Entahlah....memang sepatutnya waktu cuti memang untuk berehat, tapi ramai juga yang masih sanggup meluangkan masa untuk terus belajar. Bagiku.....belajar tidak salah, mungkin keperluan kerana aku pasti tidak menyentuh buku-buku akademik seandainya aku sudah tidak belajar lagi sekarang ni. setidak2nya dengan menyambung pelajaran, dapat juga aku selak buku-buku ilmiah lagipun Islam menuntut supaya umatnya menuntut ilmu sehingga ke lahad.
Tuesday, July 8, 2008
Anak-anakku......dengarlah wasiat ibu
Anakku semua, hari ini mak ingin berpesan pada kalian, seandainya mak dan abah sudah tiada lagi di dunia ini, tolonglah mak dan abah di sana. Tiada lagi yang mak dan abah perlukan selain doa kalian semua.
Nurain
Sebagai anak sulung mak terlalu berharap agar engkau dapat menjadi contoh teladan dan ikutan adik-adik. Seandainya nanti ain dah berkeluarga didiklah anak dengan nilai agama dan berkeperibadian mulia, usahlah kabur dengan wang ringgit.
Helmi,
Sebagai anak lelaki didiklah diri sendiri untuk menjadi pemimpin pada keluarga dan masyarakat. Jadilah manusia yang cemerlang dunia dan akhirat.Tanggungjawabmu amat besar sayang...ingat jadikan agama sebagai tunjang kehidupan.
Athirah,
Engkau anakku yang manja dan mak dapat lihat keikhlasan diwajahmu. Kekalkan sifat yang baik ini, tambah dengan nilai kebaikan yang lain. Bersabarlah dengan karenah duniawi. Berusahalah jadi wanita solehah sayang.
Nurain
Sebagai anak sulung mak terlalu berharap agar engkau dapat menjadi contoh teladan dan ikutan adik-adik. Seandainya nanti ain dah berkeluarga didiklah anak dengan nilai agama dan berkeperibadian mulia, usahlah kabur dengan wang ringgit.
Helmi,
Sebagai anak lelaki didiklah diri sendiri untuk menjadi pemimpin pada keluarga dan masyarakat. Jadilah manusia yang cemerlang dunia dan akhirat.Tanggungjawabmu amat besar sayang...ingat jadikan agama sebagai tunjang kehidupan.
Athirah,
Engkau anakku yang manja dan mak dapat lihat keikhlasan diwajahmu. Kekalkan sifat yang baik ini, tambah dengan nilai kebaikan yang lain. Bersabarlah dengan karenah duniawi. Berusahalah jadi wanita solehah sayang.
Sunday, July 6, 2008
pelajar sekarang terlalu biadap
Saban hari aku terbaca komen negatif mengenai guru, pelbagai kritikan dilemparkan masyarakat. Aku amat sedih. aku akui ada kebenaranya, memang ada guru yang kaki ponteng, malas ke kelas dan bermasalah, namun janganlah dihukum semua guru begitu.
Atas kertas memang time kerja guru separuh hari tetapi bebanan terus dibawa hingga kerumah. kalau kerja lain ada rehat, guru-guru pula perlu membuat rutin yang lain semasa tiada kelas. Aku rasa tak elok la bagi masyarakat hukum macam tu. Perlu juga tengok bagaimana ragam pelajar sekarang.....amat berbeza sekali dengan pelajar dulu..kadangkala kebiadapan mereka melampaui batas. Takkan la ibu bapa tak tahu anak-anak mereka atau mungkin juga anak-anak sekarang bijak berlakon. So aku harap sebelum buat tuduhan buat la kajian sikit tentang tugas sebenar guru. K
Atas kertas memang time kerja guru separuh hari tetapi bebanan terus dibawa hingga kerumah. kalau kerja lain ada rehat, guru-guru pula perlu membuat rutin yang lain semasa tiada kelas. Aku rasa tak elok la bagi masyarakat hukum macam tu. Perlu juga tengok bagaimana ragam pelajar sekarang.....amat berbeza sekali dengan pelajar dulu..kadangkala kebiadapan mereka melampaui batas. Takkan la ibu bapa tak tahu anak-anak mereka atau mungkin juga anak-anak sekarang bijak berlakon. So aku harap sebelum buat tuduhan buat la kajian sikit tentang tugas sebenar guru. K
Sunday, June 29, 2008
Kanser oh kanser
Hari ini aku agak sedih kerana emak aku yang disyaki mengidap kanser servik nampak letih dan lesu. Aku sudah berusaha untuk membawanya ke hospital namun masalahnya mak aku ni amat penakut, belum apa-apa dah terketar-ketar dah....so lama la juga aku cuma dok belikan ubat dari luar dan berdoa. Tapi bila aku tengok darah yang menitik......hati aku mula susah....aku serabut, kesian tapi rasa malang sebab tak boleh nak bantu...makkkkkkkk
Ya tuhanku, sembuhkanlah penyakit ibuku....sesungguhnya ibuku amat baik pada tetamu yang berkunjung, tidak pernah dia tidak mnghidangkan minuman walaupun cuma secawan kopi. Dengan kebaikannya itu, Ya Allah sembuhkan dia dari kesakitan. Aminnnn
Tuesday, June 17, 2008
Remaja sekolah
Sebagai guru aku sudah masak dengan pelbagai karenah pelajar,...kat sekolah aku mengajar subjek yang dianggap kurang penting seperti Sivik dan Pend. Seni. Masalah yang sering aku hadapi ialah minat pelajar dalam subjek tersebut., mungkin mereka menganggap subjek2 tu tidak bermanfaat untuk kecemerlangan mereka.......semua ini menjadikan beban aku sebagai guru semakin bertambah, iaitu terpaksa memupuk semula minat mereka terhadap pelajaran tersebut sekaligus nak mendidik mereka supaya memahami subjek tersebut. Namun dalam aku berjuang setiap hari mengikis tanggapan tersebut, banyakla karenah yang pelajar2 aku lakukan yang kadangkala mencabar. Kadangkala aku kecilhati dengan anggapan sesetengah masyarakat yang menganggap kerja guru sebagai kerja yang senang dan banyak cuti...sedangkan hakikatnya bukan begitu......
Saturday, June 14, 2008
Baru2 ni masa aku berkursus di Pulau langkawi, aku terjumpa seorang bekas pelajarku yang kini bergelar guru. Aku pernah mengajarnya kira-kira 20 tahun lepas. Semasa tu dia berada di tingkatan 2 dan aku menjalani latihan praktikum. Rupanya dia sudah beranak empat, mengalahkan aku yang punya cuma 3 anak, he...he. Aku bersyukur walaupun sudah lama,...tapi aku yang menegurnya dulu,.maknanya ingatan aku memang lebih hebat lagi la kan..
Tuesday, June 3, 2008
kucingku sayang..
Seingat saya, sejak dulu hingga kini dah beratus ekor kucing yang saya dah bela...paling lama kucing saya bela hanya setakat usia 3 tahun, Tak tahu nape kucing-kucing tu tak panjang umuq...lepas sekor mati, saya bela lagi..sampai la ni...dah tak terhitung dah...kat umah saya sentiasa ada..la. Jom kita tengok kucing2 tu....ada yang come...tp ada gak yang tak come....
Sesuatu yang kita tak jangkakan selalu berlaku....sedih, gembira,pilu bersilih ganti. Dalam hidup ini selagi kita berdaya, kita mesti teruskan. Teman-teman semua, saya terjumpa suatu imej yang amat menyentuh perasaan semasa melayari internet. Nak tengok?, ....jom...pastu cuba fikir sejenak...apa perasaan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog ini untuk semua....
Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!