Followers

Saturday, April 25, 2009

diari aku dan ibu

Jumaat 17 April 2009
Hari ini, ayah datang dari kedah melawat ibu bersama suamiku dan anak2ku. Rinduku pada anak2ku terubat jua. Ku lihat ayah agak emosi melihat keadaan mak. Mungkin sedikit terkilan kerana ayah selalunya dulu tidak begitu mengambil berat atau tidak berapa endahkan kesihatan ibu….biarlah ayah…biarkan semuanya berlalu…usah dikesalkan lagi….kita sama2 hadapi detik ini dengan penuh ketabahan dan pasrah.
Mereka sampai jam 11 pagi……lama la juga dapat bersama mak.
Petang, adikku dari KL juga balik berziarah mak. Kami sekeluarga berkumpul di sini. Namun malangnya jam 6 petang saat yang agak pahit bagi kami semua kerana kami dikejutkan oleh tumpah darah mak semula. Kami semua sedih….
Aku tahu…bila keadaan ini berlaku, kami akan berasa serba salah samada untuk memberitahu doctor keadaan sebenar mak….ini adalah kerana mak yang terlalu takutkan “disumbat” iaitu dimasukkan kain dalam saluran rahim bagi mengelakkan pendarahan berlanjutan, masing-masing berdoa agar pendarahan berhenti agar mak tidak di sumbat… Malam itu adikku balik agak lewat, jam 12 malam baru mereka beredar dari katil mak.
Selepas pampers pertama penuh, kedua penuh, ketiga juga penuh….kami benar2 berharap ianya tamat segera. Akhirnya pamper keempat yang kami tukar pada waktu subuh agak bersih. Kak ton dan aku yang bergilir2 berjaga sepanjang malam menarik nafas lega. Jam 9 pagi (sabtu) kami mandikan mak dan brikan makan. Misi atas nasihat doctor yang bertugas pagi memberikan mak beberapa jenis ubat….setelah itu mak tidur…





Sabtu. 18 April 2009
Mak tidur lagi….dah jam 11 pagi. Kini masuk hari ke 11 aku bercuti menemani ibu yang menerima rawatan di hospital P.pinang. Rawatan radioterapi 5 kali selamat di jalani. Teori rawatan ini ialah untuk mengecutkan pendarahan dalaman akibat kanser rahim di peringkat akhir, kerana cara lain sudah tidak dapat digunakan lagi.
Sepanjang rawatan ini, ibuku mebgalami beberpa saat tumpah darah yang kritikal.. yang memaksa kami semua beremosi. Kesakitan ibu menambahkan drita jiwaku…..kami semua memberikan sokongan yang sepenuhnya untuk mak. Sesungguhnya kesakitan mak menyatukan hubungan adik berdik yang agak renggang selama ini.
Bagiku, aku nekad bercuti separuh gaji….biarpun sebenarnya masalah kewanganku agak gawat. Aku serahkan semua nya pada ketentuan rezeki dari Allah. Aku merasakan betapa perlunya aku berbuat begini di saat2 begini….
Kak ton,
Kakakku memberi sepenuh komitmen, walaupun dia tidak dapat datang sepanjang hari,namun aku tahu hatinya di sini, bersamaku dan ibu. Dia akan bergegas sebaik habis bekerja,…membasuh baju kotorku…terima kasih kak ton,
Yon adik lelakiku jua begitu bersama azura isterinya. Mereka tidak berkira wang ringgit. Hari ini mungkin mereka akan masak untuk ibu kerana mereka bercuti. Teh dan Lela bersama anak sulung mereka Mohd Rafiqi akan bersama ibu lagi nanti.


Ahad - April 19, 2009
Keadaan menjadi semakin ok. Kami semua hepi dengan perkembangan mak. Aku sedikit gusar mengenangkan tugas dan cuti ku. Kawanku bgtau yang cuti separuh gaji ni Cuma boleh ambik 2 minggu…kmdn diikuti oleh cuti tanpa gaji.
Mak pagi ni ok je..makan dan minum. Dah berak, tekanan darahpun ok. Abang rahim mai hantaq nasi kul 9 pagi. Aku bagi mak makan. Satg nak mandi. Tadi buka laptop bagi mak tengok gambar2 kucing dan rumah kat kampong…mak tambah ceria.
Kerani sekolah telefon bagitau yang cuti rehat aku tamat pada 11 april dan aku perlu mulakan cuti separuh gaji pada 12 april.
12.00 tgh – doctor dari GH penang mai, bincang sikit dengan mak dan aku. Dari discussion tu aku faham yang mak sudah sampai tahap yang hanya boleh dibantu dengan ubat-ubatan sampingan je. Biarpun macam tu kami semua tk akan putus asa.
1.00 tengahari – yon dan teh mai, kak ton pn sampai. Bg mak makan….mandi dan mak solat zohor + asar sekaligus. Selepas makan aku ambik kesempatan menelefon fauziah…dia brpengalaman dalam cuti ni…. Katanya aku boleh memilih untuk bercuti separuh gaji selama 6 bulan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. So balik ni aku akan pi sekolah untuk uruskan cuti ni….aku terpaksa berbuat demikian….hanya itu tanda kasih sayangku sebagai seorang anak. Tentang duit memang aku bermasalah….namun aku hanya mampu berdoa agar aku dikurniakan rezeki dari sumber lain. Keluarga memang aku serahkan sepenuhnya kepada ya…..suamiku yang turut banyak berkorban…nasib la ain belum ke mana-mana., dapatlah dia tengokkan adik-adiknya.

3.30 ptg – Teh dah nak balik….yon pun ikut sama….
Mak pun dah mula tidoq…..Ya allah melihatkan mak tidok aku merasa belas kasihan…mulutnya ternganga…tentu keletihan sebab darah hilang banyak.
Kak ton tunggu mak sampai kul 7 ptg…dia balik dgn teksi.
Malam setelah tukar pampers mak bole tido…akupn tido gak…jam 4.00 pagi, aku Nampak pucat je…aku bangunkan dan pujuk mak agar menjamah sedikit roti dan susu. Setelah menukar pampers, mak mengadu lenguh22 so kena urut dan picit22 supaya mak bole sambung tisdo dengan selesa.

Isnin – 20 April 2009
Setelah solat subuh,,, aku pasangkan ayat2 suci agar deria mak sentiasa dibasahi dengan ayat2 rahmat allah. Itulah harapanku..
Hari ini darah sudah tak banyak, Cuma masih ada tompok2 yang kecil bercampur kencing..aku amat berharap ibu macam ni selalu.
Dalam hati aku teringatkan kesibukan suamiku menguruskan anak2 sekarang…kalau dulu aaku yang buat semua tu…kini tanggungjawabnya bertambah. Sabar saja le anak2..

Daerah Keinsafan ini menjadikan aku pemikir..
Terhadap sebuah kesakitan berpanjangan
Yang mungkin penghujungnya sebuah kematian!
Daerah malang ini,,,
Mana mungkin manusia ingin memasukinya..
Kalaulah ada kudrat untuk menghindarnya,
Sudah pasti ingin lari sejauh mungkin.
Inilah daerah keinsafan buatku yang msih dikurniakan kesihatan,
Berbanding penghuninya yang sudah hilang separuh jiwanya,
Dan mungkin terus hidup bersama ubat-ubatan separuh masa…
Melihat kesungguhan dan kekuatan untuk terus hidup
Amat memilukan;
Isteri-isteri yang hilang daya tarikan untuk suami..entah apakah yang difikirkan
Mungkin tersiksa memandang wajah suami yang kadangkala senyum hambar.
Ibu yang mempamirkan sekadar senyuman melihat kemeriahan lawatan saudara mara sesekali…ahhh aku amat insaf..

11.00 pagi
Bangunkan mak untuk makan nasi yang dihantar oleh abang rahim. Habis gak mak makan dah makan semua aku bagi mak exercise peparu dia….dapat la dia tarik 2 bola ke atas…Alhamdulillah,,,so far tak de darah banyak.
Tadi doctor dating ambik darah samada nak continue radioterapi atau tidak…..bagi aku kalau darah turun sikit macam ni, dah tak buat lgi pun bagus juga. Kesian tengok mak kelesuan setelah di laser. Kadang2 darah turun banyak juga.
Sekarang biaq mak tido…satgi bangun makan tengahari plak.

1.0 tgh

Mak ditambah darah lagi 2….ini yang aku risau….kalau kat umah, apalah boleh dibuat kalau kehilangan darah. Masuk ni sudah 18 beg darah dimasukkan ke dalam badan mak. Terima kasihlah pada sesiapa yang mendrma darah…walaupun mungkin darah dari orang lain yang tidak seagama mungkin, namun darah tetap sama….

Pkul 3.30
Doktor pakar GH mai lawat. Dia bgtau may be mak kena buat 5 rawatn lagi….hanya untuk paliatif iaitu rawatan sahaja. Memang pada peringkat ini mak akan diberi keselesaan dengan ubat sahaja…..tak dapat aku gambarkan saat mak kini telah diserang dari pelbagai sudut oleh virus jahat ini….apalah yang bole kami buat lagi…penyakit mak sudah diperingkat akhir. Doktor sini pun dah kata habis 5 kali rawatan ni…mak boleh balik. Maksudnya mereka pun tahu keadaan akan kesudahan mak yang tiada penawarnya lagi. Aku faham..Cuma aku tak sanggup nak hadapi saat itu….ahhh itu Cuma teori doctor, selagi ada hayat kita kena yakin ajal maut di tangan tuhan.

7.00 ptg
Kak Bedah mai…mak masih dalam proses tambah darah yang kedua…aku dok tunggu darah habih nak suap nasi. Pkul 7.30 baru habis. Yon sampai, depa ambik alih suap nasi kat mak. Adik abang rahim Hassan dan bini dia pun mai melawat. Aku ambik kesempatan ni berehat sat. Sebelum balik malam tu kak ton belikan aku sup daging. Kenyang aku makan.

Malam setelah semuanya beres, mak pun lena…pukul 2 pagi aku solat isyak. Aku pn boleh lena.

Selasa 21 April 2009
Jam 5.30, aku bangun check pampers mak. Tukar dan beri mak makan roti dan susu. Pastu bagi mak tido dulu…sampai kul 7.00. Misi mai kemaskan katil, mak makan lagi. Aku senang hati bila mak makan…banyak jugak. Doktor datang dan bagitau kalau drah elok, dia akan confirm dengan doctor Mirriam suapaya mak bole teruskan terapi.
Hari ni hujan lebat,…so aku ajak mak tido dulu…mandi lambat sikit. Sejuk.

Rutin harian seperti biasa.

Rabu 22 April 2009
Hari ini mak Nampak ok. Mizi mai melawat mak pukul 11.00 hingga 2.00 ptg.
Kul 2.00 ptg aku bawa mak ke M.Mirriam

Ptg lepas urus mak semua aku kemaskan barna…nak balik sebab ada exam master.
Kak ton hantaq aku dan ambik ain untuk jaga tok dia.

Khamis 23 April 2009
Hari ini aku ke sekolah untuk uruskan soal cuti separuh gaji.. tengok2 gaji dah masuk, aku pn settlekan mana yang patut…
Pastu p beli nasi kat ayah
Tengahari ain tipon kata dia dapat interview maktab….aku terpegun, terharu..lalu bergegas mencari lokasi yang ada internet nak sahkan….akhirnya kat tesco…aku semak permohonan dia….memang dia dapat.
Aku tipon kawan kat ipda…yati…insyaallah

Aku sekeluarga amat bersyukur…disebalik dugaan ada kegembiraan…amin. Ya Allah sememangnya engkau maha adil dalam perkiraanmu , hanya kami yang sering lalai dan tidak bersyukur…..ampuni kami…semoga ibuku di sana mendapat rahmat…

Jumaat 24 April
Aku kat rumah....kemas mana yang patut, ain yang pergi temankan mak telipon bagitau dia dapat interview maktab....aku macam x percaya je...rupanya impianku untuk melihat dia menyambung tugasku kini semakin hampir. Aku pun jadi ligat...cari maklumat di internet. Print mana yang patut.

Sabtu 25 april 2009
Hari ini Ya pergi kerja pagi...aku ambil peluang ulangkaji mana yang boleh untuk exam esok. Sepanjang hari dok umah....makan, studi....stadogggg

Ahad 26 April 2009
Tiba masanya, aku bangun awal, selepas hantaq anak2 ke sekolah, aku langsung bertolak ke UUM untuk exam. Sebenarnya x la susah sangat soalan tapi bila otak berserabut, x boleh juga nak habiskan menjawab dengan baik.
Petang ni aku akan kembali ke Penang untuk menemani ibu.....

Khamis 23 April 2009
Hari ini aku ke sekolah untuk uruskan soal cuti separuh gaji.. tengok2 gaji dah masuk, aku pn settlekan mana yang patut…
Pastu p beli nasi kat ayah
Tengahari ain tipon kata dia dapat interview maktab….aku terpegun, terharu..lalu bergegas mencari lokasi yang ada internet nak sahkan….akhirnya kat tesco…aku semak permohonan dia….memang dia dapat.
Aku tipon kawan kat ipda…yati…insyaallah

Aku sekeluarga amat bersyukur…disebalik dugaan ada kegembiraan…amin. Ya Allah sememangnya engkau maha adil dalam perkiraanmu , hanya kami yang sering lalai dan tidak bersyukur…..ampuni kami…semoga ibuku di sana mendapat rahmat…

Ahad 26 April 2009
Setelah 4 hari kembali ke rumahku,…sibuk dengan menguruskan suami dan anak2, aku kembali semula ke hospital Penang, nasib baik la exam dr arsay tadi tak teruk sangat,,,,setakat nak lulus tu bole la. Kami sampai kul 8 malam setelah sesat,…suamiku dah 4 kali mai pun masih sesat lagi tapi akhirnya sampai juga. Ain balik rumah.

Isnin 27 April 2009
Hari ini aku bawa mak ke M.Mirriam untuk kali ke 10, sampai kat sana doctor ferhad kata nak tambah 2 kali lagi. Macam-macam doctor ni, kejap 25 kali, kejap tukar pulak, apa-apapun aku terima dan aku berjanji akan menjaga mak sebaik mungkin,..kalau dia suruh balik pun aku akan jaga mak juga sebaik mungkin, sedaya upaya walaupun aku tahu tugas itu menjadi semakin sukar kerana kalau kad wad mungkin semuanya telah tersedia berbza dengan di rumah, akulah yang akan menguruskan semuanya.

Selasa 28 April 2009
Pagi bangunkan mak, solat subuh dan bagi nasi yang yon beli semalam setelah aku panaskan.
Pukul 2.00 petang pergi m.mirriam tapi setelah hamper sejam tunggu, kami disuruh balik sebab mesin rosak. Jam 4.00 petang, sampai semula kad wad, bagi mak makan nasi, lepas tu biar mak berehat sat, petang 6.30 kak bedah mai,,,,dekat pukul 7.00 petang, aku ajak mak pi bilik air, bersihkan diri dan nak buat solat asar dan maghrib sekaligus….
Tapi paling mendukacitakan, masa kat toilet, mak turuh drah pulak….darah cair, aku panic, banyak jugak….cepat2 bawa mak balik katil dan pakaikan pampers.
Bila yon dan kak ton sampai, kami jadi sedih…aku bacakan yasin, muka mak berkerut susah hati.
Nasib baik la lepas tu darah stop….kami pujuk mak tido…malam tu mak tido la tapi bila aku Tanya pagi selepas tu,,,dia kata tak boleh tido…
Kak ton bawa 2 pampers dan yon satu.

Rabu..29 April 29, 2009
Pagi2 aku suapkan roti, pukul 7 bangun mandi, lepas mandi makan lagi, nestum dengan susu. Doktor mai aku minta ubat berak…
Pujuk mak tido lagi….
2.00 ptg
Bertolak ke mirriam untuk terapi. Alhamdulillah lancar.
Balik mak tido keletihan sehinggalah petang, aku bersihkan kencing dan tukar pampers kmdn bagi mak buat asar. Dah uruskan semuanya, bagi mak makan nasi.
7.00 malm
Dekat maghrib bagi mak solat….pastu yon dan zura mai, kmdn kak ton dan abg rahim pulak mai. Setelah depa balik, aku bancuhkan susu untuk mak kmdn bagi mak tido.

Khamis 30 April 30, 2009
Pagi terakhir dalam bulan april, doctor dating masa mak makan, aku bgtau mak masih ada darah yang keluar…dia kata nanti jumpa doctor mont mirriam bagitau..Hari ni habislah terapi yang depa susun, tak tahula plak apa seterusnya, aku Cuma berharap mak semakin sihat. Setakat sekarang bacaan darah mak ok je….

Kerinduan

Melihat dedaun kering disapu di laman hospital
Aku menjadi rindu,,,
Itulah aku suatu masa dulu.
Menyapa dedaun layu yang gugur ke bumi,,
Menghimpun lalu kunyalakan api
Membara merah, habis semuanya menjadi sisa tanaman.

Mendengar alunan lagu
Aku menjadi rindu
Pada keresahan semalam,..
Sewaktu jiwa bergelora dengan resah kehidupan.
Sesungguhnya irama dan lagu
Bersatu menjadi diari kehidupan,
Memadu kenangan demi kenangan yang tak mungkin padam.

Kerinduan,
Bagaimana nak kulahirkan lagi,
Andai di sini aku bertemankan ibu yang kesakitan,
Rindu, memang amat rindu,
Dalam kepayahan ini,,meghimpun memori ingatan.
Cuma harapan saja diiring doa tiada berkesudahan.
Semoga kerinduan pada keriuhan semalam
Terubat jua nanti..
Di laman hospital ini..
Rupanya kerinduan makin bertandang
Memaksa kesayuan demi kesayuan
Merintih jiwa dan perasaanku’
Di laman keinsafan ini..aku semakin jauh melamun rindu
Pada sebuah kedamaian… dan sebuah kelegaan!

Petang..
Setelah berjumpa dr farhat dari m.mirriam, mak dibenarkan pulang setelah selesai rawatannya. Mak kelihatan gembira, begitu besar hatinya ingin bebas dari sengketa ubat-ubatan selama sebulan lebih di rawat di hospital.


Jumaat 1 Me1 2009
Hari ini cuti hari pekerja. Mak menyuarakan hasratnya untuk tinggal sekejap kat umah kak ton dan yon bila dia keluar nanti. Aku ikut je, kalau mak nak p rumah depa, aku akan jaga mak kat umah depa. Doktor Anil yang jaga kes mak dating, dia cadangkan agar mak dapat tahan untuk sehari lagi di wad, sebab nak pastikan betul2 keadaan pendarahan mak. Kalau semuanya ok, dia kata pagi esok boleh discas.
Pukul 3.00 petang baru yon sampai, Dia keberatan nak hantar aku balik kedah, tapi aku make do know, paksa dia hantaq je…memang macam tu perangai manusia, mulut janji lain tapi cepat lupa apa yang di kata, kelmarin je aku dengaq dia kata nak balik jumpa ayah…
Akhirnya sampai jua kat umah mak di kedah,…aku dah pesan suruh Ya bawa anak2 mai bersihkan rumah mak…memang teruk sebab tak terjaga…ayah pun bukannya sihat. Sampai je kat umah, anak2 sedang membilang siling tabungan tok, aku yang suruh sebab nak beli persiapan untuk nak bawa mak balik ke rumah. Aku pulak tanpa buang masa ambik penyapu terus jadi superwoman, banyak jugak la yang boleh kami bereskan walau hari dah nak maghrib. Yon dan zura balik selepas belikan nasi untuk ayah.
Malam ni kak ton yang tunggu dan jaga mak yang masih tinggal dihospital Penang. Mungkin esok mak discharge. Itu yang doctor bagitau. Terima kasih Hospital Pulau Pinanh, walaupun fizikal tak berapa memuaskan namun layanan first class!

Sabtu 2 mei 2009
Hari ini cuti minggu untuk penang….Yon tipon dari penang bagitau mak dah keluar dan ada kat umah dia, pada masa yang sama aku sekeluarga bertungkus lumus membersihkan lagi rumah mak, aduhai kesian anak2 aku…semuanya jadi bandaran, aku pun apa lagi, masa ni la peluang nak buang semua benda yang tak perlu dari dalam simpanan tak berfaedah dalam rumah tu. Kami sekeluarga buat kerja tu dari pagi sampai petang…dapat juga la tengok suasana yang agak tersusun dan bersih. Cuma bilik yang satu tu lagi tak sempat, aku mula lenguh2…manakala mohammad pula bersin tak berhnti akibat tersedut banyak habuk, memang dia alergik dengan persekiran berhabuk, sampai bengkak hidung dia gatal2…semoga allah merestu niat baik kita anak2ku…kalau boleh tok balik nanti, semua keadaan ok je…jangan sampai berserabut, biarlah kita yang penat…
Jam 6 petang aku dan yak e kedai perabut, tinjau tilam dan kati untu mak, campur2 duit tabungan mak, yon huloq RM 100, The bank-in RM150. ada la dekat RM 500. Setelah berkenan kami beli tilam, sebiji bantal, katil dan laci ubat. Harga semuanya RM 685…terpaksa tambah duit sendiri dekat RM 200. Memang tak berduit aku saat tu…namun aku jadi pasrah, kalau la makhluk lain tahu, tentu depa pun rasa kesian dengan aku. Hanya manusia kadang-kadang gagal mentafsir, bila melihat, rumah besar, disangkanya orang kaya tapi depa tak tahu nak dapatkan rumah besaq macam tu aku telah mengorbankan sebahagian dari pendapatan aku sehingga selepas pencen nanti. La ni plak aku ambik cuti separuh gaji, makin gawat la ekonomi aku. Nasib baik Ya suami yang boleh di bawa berkira…banyak yang dia pikul sekarang…urus kewangan dan anak2.

Ahad 3 Mei 2009
Pagi2 lagi aku, ya, mohammmad dan athirah ke rumah mak lagi….uruskan apa yang boleh dibuat. Ain tak pi. Dia aku suruh kemas umah. Kak Ton sms bagitau depa dalam perjalanan hantaq mak balik,,eh tertanya2 gak, sebelum ni mak kata nak duduk rumah depa barang se hari dua…dalam hati bagus juaga sebab tak perlu lagi aku p sana. Harga discas wad kali RM 176. Kak Ton yang bayaq. Selama ni pun kak ton yang banyak belanja.
Jam 10.00 tengahari, mak pun sampai, welcome back to ur home ma….mak Nampak terpegun melihat wad barunya di rumah sendiri, apa tidaknya, dari cadar, sarung bantal, semuanya dari hospital, aku minta tolong ya mohon kebenaran agar dapatkan cadar putih, biar bersih.
Aku ajak Ya ke Tesco, beli ayam 3 ekor dengan sedikit keperluan mak…balik cepat2 masak..tapi kak ton dengan abang rahim tak makan, Cuma zura dengan yon yang makan, biar la nak buat camna.
Jam 5.00 petang, Mizi mai…selepas salam mak dia mai salam aku dan bisik2kan kata maaf, mungkin tersentuh dengan sms yang aku kirim. Aku ingatkan dia agar pandai2la uruskan cuti waktu kecemasan, semua orang ada kerja tetapi kena pandai suarakan masalah kita pada pihak atasan, baru orang faham kita ada masalah.
Malam tu aku cadang nak temankan mak…namun aku mula rasa sesak nafas…badan lenguh, Ya ajak aku balik berehat, ayah dah tiduq dah, dah 11 malam. Aku suruh Farain anak abang fuzi yang duduk sebelah rumah mak tengok2kan mak. Setelah pastikan semua ok, aku balik. Biasanya waktu malam mak akan tidoq sehingga subuh.

Isnin 4 Mei 2009

Pagi2 setelah selesai hantaq abang dan adik ke sekolah, aku bergegas ke rumah mak. Dah lencun pampers mak, kesian. Setelah urskan mak, aku masak pula. Pukul 10 mak dapat makan nasi sam macam rutin kat hospital. Ramai jiran dan sanak saudara dating melawat.
Aku rasa badan makin lemah, kepala pun sakit,,rasa2 lelah dah sangkut balik. Petang tu ain mai untuk jaga tok dia, aku balik dan berehat, betul la lelah datng menyerang semula setelah agak lama tidak menziarahi aku….lumoq minyak angin banyak2222

Selasa 5 Mei 2009
Pagi tu aku minta Ya hantarkan anak2 ke sekolah…..jam 2 baru aku keluar untuk ambik abang dari sekolahnya, pastu pi tunggu adik pulak jam 2.30. selepas tu aku terus ke kelinik Kamal Kumar. Ambik ubat.
Terus kerumah mak….malam baru balik, aku rasa macam diserang dari pelbagai sudut….sakit sangat…badan panas…oh tuhan!..

Rabu 6 Mei 2009
Pagi ni Ya urus anak2 ke sekolah walaupun sepatutnya aku yang buat..dia sedikit mencuka…namun aku nak kata apa….dah sakit..tapi baju sekolah depa, aku dah iron dah.
Aku berehat saja….terkilan tengok sawang kat siling, habuk kat lantai tapi dalam situasi la ni aku dah tak berdaya…sabaq je tengok.
Setelah satu hari makan ubat,,kuarang sikit sakit…hari ni aku ke rumah mak. Nampak Ain boleh la diharap, walaupun tak seratus persen macam aku uruskan tapi 80 persen bolehlah, alhamdulah berkat didikan aku agar anak2ku peka dengan orang lain…dah sedikit berjaya. Ain kini menantikan hari temuduga untuk ke maktab perguruan pada 28 mei nanti..Ya allah berilah keizinanmu, permudahkan dia dalam urusannya itu. Akulah manusia yang paling bahagia kalau dia berjaya nanti. Biarlah kerja cikgu satu profession yang tidak glamour dan leceh, lagipula gaji pun tak banyak, namun aku puashati, kerjaya ini akn mnjadikan dia seorang yang peka insyaallah.

Friday, April 3, 2009

ibuku sakit

Hari ini aku hadir kuliah yang terakhir untuk semester 5. Perasaan ku agak berkecamuk kerana mengenangkan situasi ibu yang sedang dirawat dihospital. Aku gagahi jua untuk menamatkan kuliah ini.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he