Followers

Tuesday, November 30, 2010

Bila Al-Quran berbicara


~ Dipetik dari blogs peribadirasulullah.wordpress.com

Waktu engkau masih kanak-kanak………….

kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi…

Aku kehilangan lagi..(kanser oh Kanser).

Setelah dua hari pemergiannya, barulah aku tahu...jiwaku tersentuh lagi..sudah ramai sahabat dan sanak saudara dijemput Allah dengan penyakit Kanser payudara sebagai penyebabnya...apa yang menyedihkan ialah temanku yang baru pergi ini masih muda dan sedang bersemangat untuk hidup..diakhir hayatnya..dia sedang di semester akhir pengajian master..takziah..
Kami cuma kenalan biasa...cuma pernah beberapa kali bertembung semasa bertugas..namun jauh di sudut hati ia pernah berjanji denganku..menunggunya menamatkan pengajian master untuk bersama-sama menyambung ke peringkat PHD...sedangkan waktu itu kansernya sudah ditahap akhir..memang aku berhajat begitu..dan kini aku amat kehilangannya...seorang teman yang tidak pernah meratapi nasibnya..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. amin.

Bertuahnya anak-anak zaman sekarang..

Pagi ahad, 28 November, aku bergegas membawa kedua-dua anakku, Helmi dan Athirah ke sebuah Pusat Tuisyen berhampiran untuk Program Intensif masa cuti...sebenarnya mereka jarang ke pusat tuisyen...kadang2 bila perlu sahaja..bayarannya agak mahal juga..untuk sebulan bagi mereka berdua..mencecah RM 500.00. Bagiku yang tidak pernah menjejak pusat tuisyen semasa dulu, inilah beruntungnya anak-anak sekarang..tidak cukup di sekolah,,ibu bapa beri peluang lagi belajar di pusat tuisyen..sangkaku tidak mungkin seramai mana...namun jangkaan meleset...ramai rupanya para waris sedang membuat pendaftaran..jenuh juga la menunggu..akhirnya selesai juga dan selamatlah dan bermulalah Helmi dan Athirah bertuisyen.
Apa yang menarik perhatianku ialah semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa nampaknya melebihi anak-anak..masing-masing mahukan yang terbaik bagi anak mereka tanpa mengira wang ringgit..bertuah sungguh generasi sekarang...cuma yang aku harapkan dari anak-anak ialah gunakan peluang ini sebaik-baiknya...semoga pengorbanan masa cuti kita sama-sama dirahmati Allah dan dipermudahkan oleh Alah..amin.

Saturday, November 27, 2010

Hatiku tersentuh lagi..Pilihan jahanam..

26 November 2010
KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit. Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya. Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

* petikan Harian Metro Online
****** membaca berita ini menjadikan emosiku resah, marah, geram...amat empati dan simpati kepada ibu ini, tidak tergambar bagaimana perasaannya ketika itu,..hanya Allah maha menghakimi...andai aku di situasi begitu...tidak dapat nak kubayangkan..semoga Diampuni segala kesalahannya (jika bersalah)..amin.^^^^

Saturday, November 20, 2010

Minum air najis - menginsafkan..


DI laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat.Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka.Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan.

Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu.Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin.

Air najis - Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban.Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut.Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini. Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu.

Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih. LIMPAHAN air banjir yang kotor juga boleh menjadi penyebab kepada penularan pantas wabak taun.


SEORANG lelaki mengheret mayat bapa mertuanya yang mati akibat taun di Cap Haitian.
Ia berlaku apabila kuman taun daripada pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar.

Wednesday, November 10, 2010

Diari Banjir...

Diari banjir ( Rabu.03- 11- 2010)
Pagi tu pagi Rabu, bila bangun pagi air paip tingkat bawah dah tak de...nasib le ada air tangki..masih dapat mandi mcm biasa dan ke sekolah...waktu tu kawasan alor setar belum dilanda banjir tapi daerah Jitra dah tenggelam, hujan dah berhenti setelah 3 hari berturut2 turun...khabarnya air yg dilepaskan dari Empangan Timah Tasoh di Perlis sudah melanda Jitra...
Suasana di sekolah mcm biasa,..namun yag sedihnya rumah cikgu-cikgu di Jitra termasuk rumah pengetua dah tenggelam, so hari ni jadual disusun semula kerana ramai guru terpaksa bercuti..peperiksaan akhir tahun selamat dijalankan hari ini
Waktu balik, jam 2.30 petang semasa melintasi jalan menuju kerumah, didapati air sungai Kedah sudah melimpahi jalan2 disekitarnya...dalam hati terasa amat gundah gulana memikirkan bekalan air paip yg dikhabarkan sudah putus dan akan berpanjangan selama seminggu,..jenuh aku melawat kedai2 yg menjual mineral water...mahal sungguh...dapat le 4 botol...
Balik ke rumah, air tangki masih ada sikit2,..masih boleh mandi dan berwuduk...
Khamis (04-11-2010)
Ambik keputusan tidak ke sekolah, hari ini tiada jadual peperiksaan,..aku, helmi dan athirah bercuti awal la nampaknya...semuannya gara=gara air..walaupun banjir tidak sampai ke kediaman namun keputusan bekalan air menjadikan perasaan tidak mahu ke sekolah...
Berbekalkan air tangki, kami berdikit2 membasahkan tubuh dan berwuduk..aku berpesan kepada anak2 kalau ada pinggan nk berbasuh, kena berjimat cermat.
Tengahari masak sardin je...makan le...
Selepas asar aku keluar ke bank berdekatan, alamak jalan dah jam..esok kan depavali..apatah lg dlm keadaan banjir, kereta berduyun,..aku gagahi jua ke Tesco untuk mencari air...nasib baik le..dapat 2 kotak...balik Tesco singgah hantaq sdkit makanan dan sedihnya bila mak dan ayah dah sediakan periuk dan bekas besar tepi pintu..nak tunggu ayaq..tp ayaq tak mai2...
Maghrib ayaq tangki dah stop, maka first time in my life...berwuduk degn mineral water...hah sekarang aku menginsafi bahawa selama ini aku sekeluarga banyak membazir air..aku sedar ini mungkin peringatan Allah..
Suaminya kerja malam ni,bimbang juga nak lepaskan dia melalui jalan-jalan yag kebanyakannya sudah digenangi air...namun jam 11...dia kembali dengan selamat. Ain masakkan nasi, berlkauk gulai daging yg dipanaskan semula...kami bersyukur kerana masih ramai yg lebih susah dan sulit dari ini...alhamdulillah.

Jumaat (05-11-2010)
Bangun lewat...Ya Allah ampuni aku, rasa menyesal dalam hati...pagi jumaat yg sepatutnya bangun awal dan ke masjid..aku ketiduran...dah 6.30 pagi rupanya..namun yg sedihnya walaupun terlewat bangun,,akulah orang pertama terjaga...ohhh anak2ku...terkilan.
Tiba-tiba hujan turun,..aku bergegas turun..mencari bekas-bekas yg boleh ditadahi airnya buat menyucikan mana-mana yang patut...suamiku mengangkut air ke kolah dalam umah..sempat jua aku suruh helmi cuci bilik air...aku pn berkemas dan membasuh mana yag patut, cuma pakaian sahaja yag tak dapat nak cuci lagi...berlonggok la kat bakul...
Jam 12.00 tengahari....alhamdulillah bekalan air paip dah ada..biarpun kecil je namun dapat le bereskan banyak kerja yg bertangguh sejak bekalannya terputus..hanya kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah..
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...bekalan air yang sedikit terputus lagi...ingat kut dah ok..telefon mak bertanya khabar,..syukurlah keadaan di sana ok..maafkan aku ibu...hari ni aku tidak mengunjungimu...itulah kelemahan aku yg paling ketara,..aku tidak sekuat mana untuk menjengukmu setiap hari...kadang2 2 hari sekali...entah kenapa bila sampai je rumah, hati terasa berat nak keluar semula...sebab itulah biasanya selepas sekolah,...aku akan singgah dulu ke rumah mak sebelum balik...
Ain yang bercuti sejak Rabu dulu..balik semula ke maktabnya...anak aku yang sulung ni dah nak habis 3 semester pengajiannya...lagi 4 tahun sebelum jadi guru sepenuhnya..mengikut jejakku.
Jam 4.30 pagi,...aku terjaga...turun ke bawah..hajat di hati nak basuh pakaian yg dah direndam..tapi syukurlah rupanya cik abang aku dah ambil alih tugas tu..banyak juga yang dibasuhnya...itulah kelebihan lelakiku ini..terima kasih abang.
Sabtu (06-11-2010)
Pagi ni selepas subuh aku masak nasi, lapar pula rasanya...goreng ikan masak asam dan rebus tom yam cendawan,..jam lapan dah makan...lepas makan dan berkemas...keluar rumah kejap..meneliti persekitaran yg berserabut sejak dibina pagar...kemas mana yg patut..manakala suamiku menjalankan operasi mengemaskini taman kecil kami..
Selepas zohor- aku, helmi dan athirah keluar meninjau persekitaran banjir di kawasan alor setar yg dikatakan semakin teruk...memang..sedih juga bila melihat kebanyakan rumah dimasuki air...aku empati..hanya doa yang mampu kupohonkan agar mereka (mangsa banjir) tabah..aku merasa amat bertuah kerana terselamat dari bencana ini...walaupun semua rakyat Kedah merasa bahang yang sama iaitu keputusan bekalan air...namun penderitaanku tidak sama seperti mereka...
Selepas melencong...dan meninjau..masuk ke Supermarket...banyak juga yg aku beli...nampak gayanya kena kuatkan semangat supaya kurangkan kunjungan ke tempat begini...namun aku bersyukur semua keperluan aku dapat dibeli bulan ini walaupun belanja lebih sikit...
Bersolat asar terlewat lagi dirumah mak,..sempat minum teh dn sebaik sampai ke rumah,..azan maghrib berkumandang,...selepas maghrib,..membakar pizza yg separuh siap dibeli tadi,..tidak sesedap pizza buatan sendiri...
Tengah malam berjaga untuk menadah air, suami bertugas malam ni..so kena la penuhkan mana-mana bekas dengan air...jam 4.00 pagi baru tidur semula..
Ahad (07-11-2010)
Pagi ni agak malas, internet yg terganggu menjadikan hidup semakin jemu,..suami pulang dengn bekalan mkanan,..tak perlu la nak memasak pagi ini.
Tengahari,..masak nasi goreng je ..semakin kerap makn nasi goreng,..lebih mudah dan ringkas...
Setelah solat zohor, bersiap sedia untuk membakar pizza yag dipesan oleh sepupuku...
Petang dia datang nak ambil...bersama 2 lagi sepupu..kesian kini mereka berkampung di salah sebuah rumah yg tidak sampai air....keadaan yg tidak pernah terduga oleh sesiapa pun..dalam hati, aku tetap merasakan banjir kali ini amat pelik,..bukannya kerana hujan, mugkin air lebihan dosa Hadyai menerkam sama kami di sini...Ya Allah setiap yang berlaku ada hikmah pengajarannya.
Isnin (08-11-2010)
Pagi ini sekolah berjalan seperti biasa,...aku sampai di sekolah awal pagi ini....meninjau persekitaran di sepanjang laluan ke sekolah,..nampaknya keadaan sudah pulih macam biasa. Sampai di sekolah aku dapati ramai pelajar yang datang,..mungkin sedikit sahaja yang terlibat banjir,..sebanarnya peperiksaan akhir tahun sedang dilangsungkan di sekolah pada masa ini...
Sebaik sahaja melangkah turun dari kereta untuk ke pejabat bagi melaporkan kedatangan, hidungku menjadi terpana...begitu jua dengan guru-guru lain...semuanya menekup hidung...rupa2nya itulah bau dari tandas....Alamak dari jauh dah terhidu..rupanya SMKSMAB dijadikan pusat penempatan mangsa banjir...gara-gara bau yang amat tidak menyenangkan itu, urusan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan mengalami sedikit perubahan.mereka terpaksa membawa meja masing-masing ke Anjung Mutiara bagi meneruskan sesi ujian hari ini...

*****Biar apapun yang telah berlaku dalam tempoh ini, penduduk negeri Kedah khasnya telah diperingatkan dengan suatu peringatan dan tanda kebesaran Allah yang sangat dahsyat,..ramai yang meratapi kehilangan segala harta benda dalam sekelip mata, banjir besar kali ini bagiku amat pelik,..melangkaui pemikiran, tempiasnya terasa sepanjang zaman...alhamdulillah, kini banjir sudah reda walaupun kesannya amat sebak didada...bagiku,..banjir kali adalah penghapus dosa bagi orang yang sabar dan redha...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he