Followers

Wednesday, February 23, 2011

Diari Rabu yang menggebu...

Rabu datang bertamu, 23 Februari memulakan hari yang teramat padat bagi diriku maupun warga sekolah hari ini,..bermula
7.30 pagi: Guru-guru yg mengajar PMR ada taklimat mengenai penjadualan Kelas Intensif PMR yang akan berjalan selepas cuti Mac nanti.
Pelajar ting 1,2 dan 4 pula bersedia untuk perarakan sempena Maulidurrasul peringkat komplek pendidikan...manakala pelajar tingkatan 3 dan 5 belajar seperti biasa.
Sempat makan sekejap....
9.00 pagi: Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) pula menanti untuk dihadiri. Semua guru yg tiada kelas wajib mengikutinya...dlm masa yang sama pelajar sudahpun selesai berarak ....rugi rasanya tidak dapat ikut serta seperti tahun lepas...mereka kini di Dewan Iltizam untuk mendengar ceramah Maulidurrasul dari penceramah yang dijemput khas dari Insaniah. Selepas 40 minit LDP, guru-guru bergegas ke dewan,..sempat juga le menitiskan air mata keinsafan dengan isi ceramah...suasana shahdu sekali diakhir slot ketika pelajar dan semua guru berzikir memuji Allah...
11.00 pagi : Waktu ini diperuntukkan 2 waktu untuk keceriaan kelas,..hahhh kesempatan ini digunakan buat menyiapkan segala keperluan untuk menzahirkan suasana yang kondusif sewaktu P&P nanti...banyak juga kelas yang berjaya diserikan,..sebagai guru kelas aku juga berpeluh ketiak...alhamdulillah nampak dah sempurna dah...
12.50 : P&P kembali berjalan, memang letih le...tapi bila lihat pelajar datang ke Makmal untuk belajar, aku jadi kuat kembali...tamatlat sesi persekolahan hari ini.
Waktu balik, di saat pelajar dan guru-guru yang lain bergegas meneruskan hari masing-masing, sebahagian kami masih di sekolah...masih ada satu lagi aktiviti...
2.30 petang: Di bilik Citra Wawasan, ramai guru dah sedia,..teruja juga melihat kesungguhan rakan-rakan untuk belajar menghasilkan blog. Aku, Shahnur dan Tipah dari unit ICT dipertanggungjawabkan mengendalikan slot ini...alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak..selama 2jam berkongsi ilmu, semua blog bagi unit masing-masing berjaya diwujudkan..
Nampaknya semakin meriahlah blog sekolah selepas ini...semakin banyak "entri" yang lebih menyeluruh..insyaallah.

Tamat sudah episod di sekolah,..balik rumah..selepas asar,..menjengah ke dapur kejap...nampaknya kena bergegas lagi untuk membeli barang keperluan...bertemankan anak anak yang setia bershopping...kami ke Tesco berhampiran...walaupun badan dah letih...digagahi jua...sempat singgah berziarah ke rumah mak sekejap..menghantar sedikit bekalan...
Malamnya aku dah tidak berdaya..tidurrrrr....
Itulah kisah hari rabu..menggebu-gebu dengan aktiviti yang padat..namun apa yang paling best ialah masa aku timbang berat kat Tesco petang tadi...turun lagi 600....bukan kilo la..600 gram..amin...walau tak banyak...tapi janji turunnnnn he he...teruskan ct..mesti terus kan ok...teguk la air putih banyak2...ha ha..

Sunday, February 13, 2011

Wasiat terakhir Rasulullah s.a.w.

Sempena Maulidur rasul yang akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. - ketahuilah wasiat baginda yang terakhir.
Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.

*****Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah****semoga menjadi pedoman buat semua umat Islam kepada kekasih Allah.

Thursday, February 10, 2011

Yang pertama biasanya sukar dilupakan..


Setiap dari kita, tentunya ada banyak pengalaman yang pertama. Pertama kali ke sekolah. Pertama kali ke dusun buah-buahan. Pertama kali jatuh cinta. Pertama kali dilukai. Pertama kali bernikah. Pertama kali kehilangan orang tersayang. Dan macam-macam lagi 'yang pertama'.

Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua.Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.

Kata orang lagi, luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar untuk disembuhkan, walaupun tidak berdarah, namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa dan sabubari.Hebatnya penangan pertama. Ada orang sanggup berkorban apa saja demi memastikan 'yang pertama' sentiasa kekal dalam genggamannya. Ada orang sanggup mengharungi lautan api demi pertahankan yang pertama. Sungguh, yang pertama selalunya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Persoalannya. Mengapa? Apakah keistimewaan dan keajaiban yang ada pada 'yang pertama'?
Adakah kerana kemampuan otak kita yang terbatas? Cuma mampu menyimpan kemas memori untuk kali pertama sahaja? Kemudian seterusnya adalah caca merba? Atau kerana kita terlalu menyayangi memori yang kita cipta, menyimpannya kukuh dalam ingatan dan enggan menerima memori yang baru? Atau kenapa? Misteri yang hanya mereka yang berkenaan, dan Allah sahaja yang tahu..

Mencipta kenangan terindah sememangnya sukar namun untuk mengekalkan keindahannya ternyata jauh lebih sukar. Oleh itu, kita sering memandang kebelakang, mencari yang pertama sehingga kerap mengenepikan yang lain-lain walaupun berkemungkinan, yang kedua atau ketiga jauh lebih baik dari yang pertama.

Mencari pelangi pertama yang pernah kita tatap, kononnya itulah pelangi paling indah yang pernah kita nikmati tanpa mempedulikan pelangi-pelangi lain yang jauh lebih menawan. Hanya kerana ia adalah yang pertama.

Indah dan bahagia menjadi yang pertama, namun suratan Ilahi tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan buat kita. Di dunia ini kita adalah pengembara, yang berjalan merentasi masa. Bermulanya kita seorang bayi, kemudian mendekati mati yang kita sendiri tidak tahu di mana garis akhirnya. Dalam hidup ini, ada suka dan duka. Ada pahit dan manis. Firman Allah, di sebalik kesusahan ada kesenangan. Oleh itu, bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki hari ini.

Mungkin 'yang pertama' pernah kita kecapi tidak semanis madu, namun bersyukurlah kerana ramai lagi insan lain yang mengharungi 'yang pertama' dengan air mata dan darah. Andai yang pertama kita indah, berwarna-warni ibarat pelangi, maka bersyukurlah dan hargailah setiap dari anugerah pemberian-Nya, kerana kita tidak tahu, apa yang menanti kita pada esok hari.

Yang pertama tidak semestinya yang terindah, namun, apa yang ada dalam genggaman kita hari ini adalah anugerah dan pemberian dari-Nya, maka, hargailah dengan sebaik yang mungkin, kerana esok, belum tentu lagi ia menjadi milik kita...

Dengan lafaz bismillah. Moga Allah kurniakan yang terbaik buat kita, bukan hanya untuk di dunia, tapi juga di akhirat, insyaAllah.

Monday, February 7, 2011

Pahala Yang Kita Tak Nampak Tapi Berterusan


kadangkala kita ingin bersedekah,..tetapi kerapkali tertanya2 apa bentuk sedekah yang boleh memberi pahala yg berterusan..mungkin ini ada jawapannya.
1.Berikan Al-Quran pada seseorang..dan setiap ayat yang dibaca..anda mendapat hasanahnya..
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap org sakit menggunakannya, anda dpt hasanahnya..
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun minda dengan orang lain..
4.Bantu mendidik seorang anak..
5.Ajarkn seseorng sebuah doa.Pada setiap bacaan doa itu..InsyaaAlllah anda mendpt hasanahnya..
6.Berkongsi CD Quran atau Doa..
7.Terlibat dlm pmbngunan sesebuah masjid..
8.Temptkan pendingin air ditempat umum..
9.Tanam sebuah pohon..setiap orang atau binatang yg berteduh dibawahnya,anda mndpt hasanahnya..
10.Sebarkan pesanan ini kepada org lain. Jika seseorg menjalankan salah satu dari perkara diatas,anda akn mndpt hasanah sampai hari Qiamat..
Insyaa Allah...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he