TANDA-TANDA PUASA YANG DITERIMA ALLAH
1. jiwanya merasa lebih bersih dan ikhlas
Dalil: " Tiap-tiap amal Bani Adam untuknya kecuali Puasa, ia untuk-KU" (Bukhari-Muslim), apakah anda merasakan anda-anda benar berpuasa dengan penuh Ikhas sebagaimana mafhum hadith itu?
2. Fizikal anda bertambah sihat dan jiwa anda amat bahgia selepas 30 hari berpuasa.
Dalil: "Orang yang berpuasa merasai dua kebahgiaan: bahgia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah dan ia berbahgia dengan puasanya." (Bukhari-Muslim)
Jika anda merasa damai dan bahgia, maka ia 30 hari yg sukses.
3. Puasa melakukan suatu kejutan dan perubahan kepada rutin dan kebiasaan seseorang dan memasukkan jatidiri atau membina perisai.
dalil: "Puasa adalah perisai dari sekelian banyak perisai orang mukmin." HR Tabrani disahihkan oleh al-Albani dalam Sahihul Jaami'
4. Kendurnya gelora seksual seseorang.
Dalilnya: "Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu diantara kamu, maka menikahlah, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. B/siapa tidak mampu, bepuasalah..kerana ia adalah perisai." Bukhari
5. Tajamnya perasaan kita terhadap nikmat Allah dan kita menjadi lebih bersyukur.
Dalil: Nabi menggambarkan kehidupan hariannya walaupun status insan pilihan memilih untuk lapar sehari dan kenyang sehari (puasa Daud)...baginda menjelaskan kenapa," bila aku lapar, aku merendah diri dan berzikir kepada-Mu, bila aku kenyang, aku memujiMu dan bersyukur." {HR Ahmad dan Termidzi, tapi sayang dinilai dha'if oleh al-Albani}
6. Gabungan dari semua itu, puasa membawa puasawan menjadi lebih TAQWA. Dalil: QS 2:185 (agar kalian bertaqwa)
Tapi pastikan bila anda menjalani madrasah 30 hari, anda kena periksa banyak mana INPUT atau usaha yang anda lakukan spt:
a. menjaga sunnah2 puasa
b. menghindari omong2 kosong dan yang sia-sia
c. tarawih
d. tahajjud
e. derma/sedeqah
f. i'tikaf 10 terakhir
g. tilawah, dll
****** semoga puasa kita kali ini diterima Allah,..jom check sendiri nanti...
- suber dari Jabatan Agama Islam Seberang Prai.-
Followers
Friday, July 29, 2011
Monday, July 25, 2011
Julai dalam kenangan...
Julai 2011 kian mengensot pergi...
membawa bersamanya pelbagai suka duka kehidupan.
4 Julai - Birthday suami. Kami berkongsi tarikh lahir yang hampir sama...
5 Julai - hari lahirku...terima kasih kepada sesiapa sahaja yg memberi ucapan dan hadiah walau tidak pernah kupinta. Terima kasih teramat sangat atas ingatan anak2 didik kelas yang mengadakan majlis untukku...
17 Julai - suamiku dimasukkan ke wad untuk dibuangkan batu karangnya..maka tidurlah ia di wad selama 3 malam. Hari yang sama juga satu insiden yang memualkan berlaku,..bila anak gadisku yang sedang gatal tangan dan gila stereng menyebabkan kerosakan yang agak beribu juga..
24 Julai - Aku membakar 2 biji kek coklat yang ku ambil resepinya dari internet...aku malu sebenarnya nak bawa kek tu ke jamuan kelas seperti yang kijanjikan pada semua pelajar keran kek tu cacat..he he...tapi selepas ramai yang makan memuji sedappp...aku terasa nak buat lagi ...
25 Julai - aku MC dan tidak hadir ke sekolah...demam selesema makin menjadi2..batuk sampai sakit tekak...alhamdulillah dah lama tak demam..mungkin nak sambut ramadhan ni...
Antara Gejala demam selsema yang aku alami adalah seperti di bawah:
* Tekak yang kering
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana korda vokal (peti suara) membengkak.
Selain itu aku juga mengalami.
* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.
27 Julai
Menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Tahniah untuk diri sendiri...dah 20 tahun mengajar,..baru kini cemerlang,..adakah selama nin aku tak cemerlang?...biarlah diri sendiri yg jawab kan kerana hanya kita dan Allah jua yg arif tentang diri sendiri...semoga semakin cemerlang di dunia dan akhirat..
****Julai belum selesai...

Wednesday, July 20, 2011
Hati tidak tenang?,..apa sebabnya?
Kerapkali hati kita selau merasa tidak tenang dan tenteram kan?...apa sebabnya ye.. Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
- Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
- Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
- Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.
- Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
- Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak….lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan
- Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
- Ego- ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
- Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..
- Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.
Saturday, July 9, 2011
Terima kasih.
Happy Birthday mama....itulah yang tertulis di atas kek yang sederhana,..tidaklah cantik sangat decorationnya,..tiada berlilin,..namun semua tu menjadi simbol ingatan,...terima kasih anak-anak didikku,..tidak pernah ku pinta untuk ini,..kalian bertindak sendiri...aku amat bersyukur dan jauh di seudut hati..aku bangga kerana masih diraikan di hati kalian semua ..pelajar kelas 2A1 SMK Syed Mohamed Al-Bukhary 2011.
Thursday, July 7, 2011
Apa nak jadi ni..?
Ya Allah, apalah nak jadi ni,..dah selalu sangat dengar ayat ni,..kat mana2 pun boleh dengar, kat mana2 pun selalu keluar,..terutamanya apabila melihat tajuk berita di Harian Metro...betul kan..ha ha..ayat ni sinonim sangat dengan kita, mungkin keluhan,..mungkin jua rungutan,..mungkin jua tak puas hati...dalam dunia hari ini,..ramai sangat yang tertekan...
Bagi ct,..ayat ni selalu keluar dari mulut ct waktu dalam kelas...terutamanya kalau reaksi pelajar dah tak boleh saman.."Heiii...kamu ni nak jadi apa 5 tahun lagi?"...lebih kurang macam tu la juga..he he.
Tetapi hari ni,..saat ni..ct tanyakan semula diri sendiri dengan soalan yang sama..apalah nak jadi dengan aku ni?..mungkin aku dah mula boring dengan rutin harian,..mungkin jua aku rasakan hidupku kini tak banyak berubah,..mendatar tanpa sebarang ledakan atau apa sahaja yang boleh mendesak untuk mengubah jadual...tak pasti,..kadang2 teringat...sampai bilakah aku boleh bernafas lagi,..adakah aku sudah bersedia dan rela untuk saat yang penamat itu?...
Apakah aku akan hidup 5 tahun lagi?..Siapalah aku untuk memberi jaminan itu?..entah esok atau lusa..bersediakah aku..belummmmm...aku belummmmm bersedia,..Ya Allah apalah nak jadi...saban hari masa tersisa sedikit cuma untukmu..ke mana masaku,..entah...tak tahu,..yang pasti...hari biasa di sekolah..hari cuti kat rumah..
Apalah yang aku cari?...yang pasti..aku sedar masih banyak yang belum pasti,..masih panjang perluku berlari..dan masih abnyak perkara perlu dilunasi...Ya Allah apalah nak jadi...so akhirnya..Ya allah..jadikan diriku manusia yang masih sempat mengingatimu tatkala waktu susah dan senangku...aminnnn..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog ini untuk semua....
Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!