Followers

Tuesday, November 22, 2011

Keistimewaan gamat...

jom kita teroka kebaikan gamat melalui produk Gamat emas -
KEAHLIAN HANYA RM 60 SEUMUR HIDUP
KIT NIAGA
KHAIRAT KEMATIAN
KUPON DISKAUN RM 20/ RM 10/ RM 5
KEISTIMEWAAN MENERIMA MAJALAH DAN CD
KEISTIMEWAAN 8 JENIS BONUS**** Nak jual produk kena la cuba dulu,..dah sesuai baru bole cerita,..sesiapa yang ingin sertai hubungi saya ye..

Friday, November 18, 2011

Cerita kelas 2A1 - Anak-anak disekolah 2011



Kenangan 2011 bersama anak-anak pelajar kelas 2a1...
Sebenarnya aku bernasib baik kerana mendapat pelajar seperti anak-anak 2A1...mereka semuanya baik belaka,..walaupun ada yang malas sedikit semasa belajar.
Kelas 2A1 tahun ini dianggotai pada mulanya seramai 37 pelajar...namun pada akhir tahun,..dah berkurang menjadi 35 sahaja kerana 2 pelajarnya berpindah,..Nurul fatihah Suhaimi berpindah ke Melaka pada September lalu dan terbaru Lokman hakim pula balik ke negeri kelahirannya di kelantan.
Di sepanjang bertugas sebagai guru kelas,..aku akui sukar pada awalnya,..maklum semuanya nak kena campurtangan cikgu,..barulah sesuatu tugasan nak berjalan lancar,..namun aku bersyukur kerana ramai pelajarnya seperti aishah, iman dan athierah yang sanggup membantu dalam menceriakan kelas..berkat kerjasama semua...kelas 2A1 berjaya menang sebagai johan pertandingan keceriaan kelas selama beberapa minggu..tahniah semua anakk2ku..
Kini sesi persekolahan 2011 sudah tamat,...semua yang berlalu menjadi kenangan...sehingga kini kami semua masih boleh berhubung melalui group dalam Fb yang dikendalikan oleh master Aqifi...tq aqifi,..walaupun malas nak belajar tapi kreatif....ha ha...masih teringat betapa gembiranya dia semasa aku bersetuju nak sambut birthdaynya bersama rakan sekelas...sempat la buat jamuan dengan anak-anak sekolah aku ni 2...3 kali sepqanjang tahun ni..mereka mudah bekerjasama...
Buat semua anak-anak cikgu,..aqifi, aqmal, iskandar,.ikmal, zhafri,.amir,.amar,..azmil,.lokman shafini,..azri,..lokman hakim,..shahmi hareez, danial,..dll...sorry tak berapa ingat...athirah, aishah, iman soleha, farhana rozali,.shazwani azwa, engku shifa, nadhirah,.farhana diyana,.afrina,.fatihahsuhaimai kamal. syadiah,.rabiatul, farhana hamzah dll...kalian semua tetap dalam ingatan...terima kasih semua...terima kasih kerana pernah memanggil cikgu mama kalian...Farhana rozali,..terima kasih kerana bagi cikgu kucing..comel sangat..cikgu panggil dia OWEN...semoga dia sihat selalu..
kenangan bersama 2A1 segar di memori..selamat bercuti semua,.tahun depan jumpa lagi..mungkin bukan lagi sebagai mama kalian semua..namun cikgu harap kalian semua masih boleh anggap cikgu seperti dulu..ok..

Saturday, November 12, 2011

Romantisnya Rasulullah

Heran juga dengan ramai lelaki yang cuma romantis ketika isteri belum menjadi miliknya,..sesudah berkahwin,..ramai isteri yang bersedih dan mengeluh...hampeeehhhh...Jom kita renungkan sikap dan budi bahasa Rasulullah ketika melayani isteri-isterinya...seorang lelaki yang baik adalah yang paling baik terhadap isterinya... Bahasa cinta Rasulullah kepada isterinya banyak digambarkan dalam bentuk bukan lisan hingga baginda mengamalkannya dalam kehidupan seharian.




1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

2. Memberi wangi- wangian pada auratnya

Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi apabila meminyakkan badannya, baginda memulakan dari auratnya dan menyapunya dengan nurah (sejenis bubuk pewangi) dan isterinya meminyakkan bahagian lain seluruh tubuhnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Mandi bersama isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana. Kami biasa bersama- sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana)." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disisir isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Saya biasa menyisir rambut Rasulullah, saat itu saya sedang haid." (Hadis riwayat Ahmad).

5. Meminta isteri meminyakkan badannya

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah pada Aidiladha selepas baginda melakukan jumrah 'aqabah." (Hadis riwayat Ibnu 'Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama

Daripada Aisyah, beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya. " (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

7. Membelai isteri

"Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya." (Hadis riwayat Ahmad)

8. Tidur di pangkuan isteri

Daripada Aisyah, beliau berkata: "Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al- Quran." (Hadis riwayat 'Abdurrazaq)

9. Memanggil dengan kata-kata mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti 'Aisy dan Humaira (pipi merah delima).

Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra. Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: "Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan. " (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

10. Memberikan hadiah.

********Begitu indahnya kemesraan Rasulullah kepada isterinya. Ia memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan komunikasi bukan lisan kerana bahasa tubuh ini akan lebih berkesan menyatakan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri.*******

Wednesday, November 9, 2011

Bila kita diumpat,..senyumlah..


Kadangkala kita mengumpat,..kadangkala jua kita diumpat..apa yang harus kita perbuat?
mula-mula kita selidiki umpatan itu samada benar atau sekadar cerita dongeng...ha ha...kalau tak betul, ringankanlah mulut untuk tersenyum dan melafazkan alhamdulillah...mengapa ye...nak ucapkan alhamdulillah....sudah semestinya la...sebab kita waktu itu sedang dihujani oleh ganjaran free...kemudian senyumlah sampai ke telinga..

Hati pula mesti redha,..berilah kemaafan kepada mereka yang mengumpat itu,..mereka tidak tahu...sebab itulah umpatan berlaku..

Sebaliknya jika umpatan itu terkena batang hidung anda,..terimalah segalanya dengan berlapang dada,..buatlah perubahan untuk kebaikan dan kemudian berserahlah kepada Allah. insyaallah umpatan itu mendatangkan seribu hikmah..percayalah.


Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he