Followers

Saturday, December 31, 2011

New year motivation...

Great start for January love for Febuary... Peace for March... No worries for April... Fun for May.. Joy for June to NOv... Happiness 4 December. Have a lucky & wonderful 2012... let the coming year be a glorious one that rewards all your future endeavors with success...

1. As you sow, so you reap
This has a lot of variation in different cultures but the bottom line is "What you give is what you get". Yes, your kindergarten teacher told you this. What you do to others is your karma, what they do to you is their karma. Don't be bothered by their karma, focus on your own story.

2. Play the lead role in your movie
Write your own script. Define your own dreams. Don't play a supporting role inside your head to someone's cause which you are not passionate about.
3. Stop giving past more power than the present.
I got fired. I still miss my ex. I feel hopeless because X did Y to me. I am miserable. The list of excuses never ends and to you it will always appear that your story is unique. Well it very well might be but its time to attach your emotions to the present and refer to point 2 above.

4. Worry will not solve our problem. It will make you weak.
So dont worry, but acknowledge and accept. Then formulate your game plan which will take you to the desired result. Milk is spilled - either buy a new house or clean the spill. Stop fretting.

5. Belief is more powerful than dreams and hopes.
We become what we believe.

6. The only prayer we need to say is "Thank You".
I have written a lot about being grateful. We need to be reminded of this quite often.

7. Stand up for what you feel you should do and is right for you.
If you make a choice that goes against what everyone else thinks, the world will not fall apart.

8. Trust your instincts.
Intuition doesn't lie. If you don't have instincts then meditate. You will develop them soon.

9. Love yourself
and then learn to extend that love to others in every encounter.

10. Let passion drive your profession
Hard to implement. But once you eventually find it there will be no stopping you and you will not need an alarm clock to get up.

11. Every day brings a chance to start over.
I need not say more.

12. Doubt means don't.
Don't move. Don't answer. Don't rush forward.

13. When you don't know what to do, get still.
The answer will come. Playfulness will always lead you to a solution. Enjoy the process.

14. Trouble don't last always.
This too shall pass.

Friday, December 30, 2011

Bye bye 2011

Selamat datang 2012,..semoga kehadiranmu membawa sinar gemilang buat semua,
pergilah 2011,..bersama ingatan yang manis mahupun pahit..
yang pastinya...hari pasti berganti..
detik demi detik..
banyak yang tercatat di sini sebagai ingatan,...
banyak rakaman kenangan kutitipkan,..


Kenangan bersama anak-anak di akhir disember 2011 - semasa bercuti di Taman Botanical Putrajaya...bersama menyelusuri kehijauan dan kemeriahan bunga-bungaan...

Pendatang baru dalam famili, owen...kucing betina jenis parsi pemberian anak didik....menambah keceriaan setiap hari...

Wednesday, December 28, 2011

Maafkan aku ayah dan ibu...


sesekali menjengah rumah itu, yang dulunya rumahku jua, namun kini menjadi singgahan waktu senggangku,..hatiku terharu dan pilu...apatah lagi rumah yang dulu pernah diriuhkan dengan senda gurau kami anak-anakmu,..tangis tawa bersama kini hanya riuh sesekali sahaja bermusim,...
Ayah dan ibuku,..dapur itu kini penuh berselerak,..sampah dan sisa makanan terbiar sendiri membasi..kudrat kalian sudah tak berdaya lagi...
Hidup kalian kini hanya mahukan sedikit kelapangan,...dapat makan dan minum sudah memadai..kemas atau tidak, bersih atau bersarap bukan lagi keutamaan..
Aku menangis sendiri, apa dayaku...aku juga kini memiliki kehidupan sendiri...sebolehnya aku ingin berbakti seperti dulu...namun apakan daya...maafkan aku ayah dan ibu...semoga Allah memberi kelapangan buat kalian...

Sunday, December 25, 2011

Hello cek siti, cuti dah habis daaa...


Tup tap, tup tap....tibalah kembali cek siti untuk ke sekolah,..cuti dah habis ok,..so jangan dok ingat nak bersantai lagi...bermula 26 Disember, mesyuarat sekolah dan bakal diikuti aktiviti pendaftaran semula pelajar tahun 2012...dan seterusnya P&P seperti biasa...selamat menjadi guru sekolah kembali diucapkan buat diri sendiri...semoga lebih komited.




Azam tahun baru,..
1. Nak cakap yang penting2 saja
2. Nak kerja tip top semampu yang boleh
3. Nak tutup telinga untuk berita yang tak penting dari persekitaran
4. Nak lebih masa untuk bermonolog dengan tuhan
5. Nak bebaskan diri dari sebarang hutang termasuk hutang budi.
6. Nak aktifkan diri..tak mau mandom2 dah
7. Nak jadi manusia terbaik untuk semua
8. Nak menabung banyak2
9. Nak tingkatkan komunikasi
10. Nakkena banyak bersabar dalam apa jua situasi
11. Kena jadi pemerhati yang prihatin dan ambil peduli dalam apa jua masalah sendiri atau orang lain
12. Nak jadi anak yang lebih solehah dari dulu...
13. Nak cantikkkk
14. Nak kurusssss sikit je...tak nak banyak2...
15. Nak positifkan minda dalam semua aspek..
16. Nak berbakti kepada semua orang
17. Nak puasa sunat banyak222....
18. Nak tingkatkan iman dan amal
19. Nak jadi kawan yang boleh dipercayai kawan lain
20. Nak jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Tudiaaa...banyak sungguh azam dan keinginan cek siti,..memang inilah target setiap tahun,...semoga semua yang dihajati akan tercapai...
pesan pada diri,...apapun mesti buat yang terbaik...insyaallah

Friday, December 23, 2011

alhamdulillah, Helmi sudah capai misi 9A


Keputusan PMR sudah diketahui umum,..ada yang cemerlang dan ramai juga yang kecewa...tahniah untuk putera tersayang, Helmi sudah berjaya mencapai targetnya dalam akademik 2011 dan berjaya memperoleh 9A dalam PMRnya.
Semasa keputusan diumumkan,..kami sekeluarga masih dalam urusan di Kuala Lumpur,..so kesian Helmi tak dapat meraikan kejayaan ini bersama rakan2 dan guru2nya...apa2pun kami sekuarga bershukur...
Sepanjang percutian banyak peristiwa diluar jangkaan berlaku yang memerlukan komitmen....banyak juga waktu cuti kena dihabiskan menyelesaikan masalah mendatang satu persatu...inilah sebabnya yang menjadikan cuti kami kali ini tidak begitu terurus, kepada pihak sekolah,..aku mohon maaf sebab saat bersejarah 22 Disember 2011 tak dapat dikongsi bersama...bukan sengaja namun masa tidak mengizinkan..
Sebagai ibu kepada Helmi,..aku mendoakan Helmi terus maju dalam hidupnya dan mampu merubah generasi mendatang ke arah yang lebih gemilang..

Friday, December 16, 2011

alhamdulillah,..Helmi dah balik.



Setelah seminggu ber"pondok",.Helmi selamat menyempurnakan misinya menuntut ilmu bagi bekalan diri dunia dan akhirat..alhamdulillah,..semoga apa yang dipelajari akan dipraktikkan setiap hari..
Para waris juga diingatkan oleh Penganjur Kem agar memastikan anak2 yang telah dilatih diberi pemantapan iman dan disuburkan dengan amalan yang telah diterapkan.
Insyaallah,.

Wednesday, December 14, 2011

Ayahku...sudah 2 minggu..terbaring

Hari ni genap la 2 minggu ayah terlantar dipembaringan akibat terjatuh di bilik air,..kejadian yang berlaku pada 1 Disember lepas menyebabkan tulang paha ayah patah bersepai...dibuktikan dengan imej X ray...malangnya ayah tak mahu dirawat dengan perubatan moden,..kini ayah menerima khidmat bomoh patah bagi mengurangkan kesakitan...kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk ayah...

Sunday, December 11, 2011

Nurain Athirah tak dapat cuti...kesian diaaa


Musim cuti sedang berlangsung,..aku yakin ibu bapa ramai yang sudang pening,..haaa baru tahu...susah kan nak jaga anak masa cuti,...selalu tugas tu guru2 yang buat...sekarang,..awak le ibu..awaklah guru...haaa macam mana...best tak?
Pada kebiasaannya,..bagi aku yang merangkap ibu dan guru...ni,..masa cuti adalah masa untuk bersantai sikit...nak jalan2,.tapi untuk anak2,..aku dah tetapkan program,...mana boleh bersantai sampai sebulan,..selain sediakan bahan bacaan tambahan,..aku juga menghantar mereka ke pusat tuisyen,...nampaknya cuti kali ini,..cuma Nurain Athirah je yang terlibat,...abangnya nak rehatkan minda selepas PMR....kesiannn adik no...tak de cuti le kan...Tuisyen Intensif ni selalunya berlangsung selama 1 bulan,..kali ni ianya bermula 1 Disember sehingga 28 Disember 2011...dah tu habisla cutinya...biarlah adik,..tahun depan kan nak exam,..kena ready le...bukankah adik pun nak cemerlang macam abang jugak kan?...
Untuk Nurain Athirah,...bersabar ye sayang....mak cuma ingin adik berjaya..mungkin nikmat cuti adik tak merasa sangat namun itulah yang terbaik,..ok...minggu depan,..mak bawa adik jalan2 ok...cuti seminggu...ok..selamat bertusyen ye..semoga adik menjadi wanita solehah yang bahgia di dunia dan di akhirat...amin.

Kem Pondok?...apa tu?...setelah kuamati banner yang direntang di simpang jalan masuk ke taman perumahanku....barulah aku tahu,..kem ini menerapkan pengajian dan kursus ala pondok....khas buat remaja di musim cuti sekolah...aku teringatkan Helmi,..puteraku yang sorang tu....
Rasanya Helmi tak berminat ni...fikirku...aku terus memujuknya sertai kem ini,..alhamdulillah akhirnya dia setuju...maka pada 9 Disember selepas solat jumaat, kami sekeluarga pun menghantarnya ke MRSM Kubang Pasu di mana kem ini akan berlangsung selama 1 minggu..bayaran yang dikenakan agak berbaloi,..cuma RM350 je...namun aku berdoa agar ilmu yang bakal diperolehi dapat memberi manfaat buat dirinya dan seisi keluarga...
Helmi anakku,,,kau saja anak lelaki mak,..padamu saja harapan mak dan abah....redhakanlah hatimu untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat kerana itu sahaja jaminan hidup...
Kini Helmi sedang berkursus, sedangkan aku terus berdebar..kerana Keputusan PMR akan diumumkan nanti...adakah Helmi dapat kekalkan prestasinya seperti peperiksaan percubaan peringkat sekolah?...aku tak putus berdoa....semoga 9A miliknya..apalah yang paling menggembirakan hati seorang ibu selain kejayaan anak-anaknya.
Insyaallah aku yakin Helmi akan menjadi manusia,..yang bakal merubah generasi keluargaku...

Thursday, December 8, 2011

Tak mungkin kulupa selamanya...

Selepas sahaja membeli barangan di Tesco,.maka tolak teroli turun eskalator....
apa jadi,..aku dah tak tau...troli tu tiba2 meluncur turunnnnn...ya Allah..aku menjerit..nasib baik la tak de orang ramai di laluan eskalator tu...cuma sorang pak cik...dalam keadaan tak terkawal itu...aku terpaksa melepaskan troli...malangnya aku turut terjatuh atas eskalator...dalam keadaan sedar aku mencuba bingkas bangun...alhamdulillah sempat la stabil sebelum sampai ke lantai bawah...hanya tuhan tahu,,..malu satu hal,...sakit apatah lagi...rupanya troli tu meluncur terus dan merempuh gerai jualan di depan...
Peristiwa ini ku simpan je...biarlah di sini je...pada family ku katakan aku terjatuh tangga..
P/S...kalau ikut hati nak saman Tesco tu...bukan salah aku...tayar troli tu dah tak melekat di eskalator....loose...sekali fikir mungkin musibah dan peringatan dari tuhan pada diri...mungkin aku banyak dosa kut....kejadian 8 Disember 2011 jam 10 pagi tetap akan ku kenang..rasa serik nak shopping kat Tesco lagi...

Monday, December 5, 2011

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Riwayat Muslim. Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
" Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

INFO HARI ASYURA - Peristiwa penting pada 10 Muharam
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  6. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
  7. Nabi Isa diangkat ke langit.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun
  11. .Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah mencipta alam.
  14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.Allah menjadikan Arasy.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  16. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

******Begitulah banyaknya peristiwa penting hari Asyura yang sewajarnya menjadi renungan kita bersama...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he