ya allah,..lamanya tak menulis di sini,..entah mengapa..nak buat entri je rasa malas....hari ini menggagahkan juga diri ini menulis,..sekarang masih kat sekolah..baru habis kelas...ambik masa kejap...sejujurnya aku rasakan tahun 2012 adalah tahun yang agak kelamkabut....kalau di sekolah,..aku dan rakan guru sekelian dikelamkabutkan dengan pelbagai program dan sistem online...dirumah pula asyik melayan anak2 dan juga anak kucing,..sementelah pula tiap hujung minggu kena melawat anak yang tinggal di asrama...
Semua yang berlaku meninggalkan bekas padaku...aku keletihan....amat letih...mungkin aku tidak setabah adik NurMadihah,..bekas pelajar cemerlang SPM 2008...dialah idolaku walaupun usianya masih muda...tiap kali rasa culas melanda aku akan ingakan Madihah...Ya Allah sungguh luarbiasa kekuatan anak gadis ini..http://blog.scoreanetwork.com/index.php/kisah-kejayaan-nik-nur-madihah.html (bole rujuk).
selalu saja aku sebut namanya didepan anak2ku buat menyuntik semangat mereka...kubeli buku kisah hidupnya sebagai panduan sekeluarga..sememangnya aku amat kagum...aku sendiri mengaku yang aku tidak setabahnya...
apa yang aku harapkan ialah biarpun aku letih dan lelah,..janganlah aku mudah mengalah...aku harus bershukur kerana aku masih dipanjangkan umur dalam keadaan yang sihat walafiat...insyaallah. semoga Allah sentiasa memberikan aku taufik hidayahnya...
Semoga semangat adik Madihah akan terus meresapi hidupku...aku jua berdoa agar beliau terus tabah dan kuat meneruskan hidup dan perjuangannya..akulah insan yang akan turut gembira dengan kejayaannya...selain kedua ibubapanya yang bertuah itu...