Followers

Friday, November 30, 2012

Tinggal Kenangan

Gimau,..ditinggalkan keseorangan...kesian dia..
Cuti sekolah kali ini kulalui dengan pelbagai peristiwa...bermula dengan perasaan gembira namun ada juga kesedihannya,..antaranya ialah aku telah kehilangan 3 ekor kucing yang selama ini aku anggap seperti anak sendiri..
Telatah mereka yang bergomol dan berkejaran sesama sendiri sangat menghiburkan hati..

Biasanya kalau kami tiada di rumah, anak-anak kucing ini dibiarkan bebas lepas dalam kawasan rumah..dan selalunya mereka jarang keluar...sehinggalah pada awal muharram 1434 hijrah yang lalu..sebaik sahaja pulang ke rumah,..keadaan tidak seperti biasa..tidak disambut sepetti biasa...tergolek2 minta dipeluk sebaik sahaja pagar dibuka...yang peliknya cuma tinggal seekor sahaj..Ghimau...je yang ada...dan dia bersikap pelik seolah2 nak bagitau kami kejadian yang berlaku...kami mencari2 Gebon, Gemon dan Tecik..tapi hampa...


Kini aku sedih sangat,..walaupun kucing namun kasih sayang antara kami tidak pernah berjurang...aku cuma mampu mengenang kembali semua kenangan indah waktu bersama..nasib baik juga depa ni sempat berposing...entah di mana mereka,..apalah nasib mereka dan entahkan hidup atau mati...semoga mereka bahagia walau di mana dan apa yang berlaku...

Tecik....nama yang istimewa dan ada cerita tersendiri...semasa kecik jadi habuan cacing...bila dewasa sangat comel dan manja yang melampauu..kalau waktu solat selalu mai dok depan tempat orang sujud.

Gemon,...sehari sebelum kehilangannya, keletahnya mencuit hati....manjanya sangat hebat...makan banyak sampai lemak berbonjol kat perut seronok nak pelukkk.


Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he