Followers

Saturday, May 17, 2014

Hari Guru untuk Aku...

Selepas berbunga hati dengan pelbagai koleksi ucapan hari ibu, hati yang berbunga-bunga tu semakin mengembang apabila diraikan pula sebagai seorang pendidik di hari Guru!
Terima kasih kepada semua yang mengenang diri ini....setelah hampir 24 tahun menjadi guru....aku bangga le juga sebab dah ramai bekas pelajar yang pernah aku didik berjaya dalam hidup mereka...
Antara koleksi ucapan hari guru yang aku hargai... terima kasih














Alhamdulillah,  di tahun 2014 ini..setelah 24 tahun di sekolah, aku masih diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru...In sya Allah.

Sunday, May 4, 2014

Curi Makan Susu Adik

Semasa itu, mungkin aku hanya berusia 5 atau 6 tahun,..tak pasti tetapi kenangan itu masih segar...walaupun tak berapa manis namun cukup untuk dijadikan ingatan...
Alkisahnya pabila teringatkan kejadian itu,..aku terasa teringin amat...tau ke apa yang kumaksudkan...hahaha aku bocorkan rahsia ini...
jeng jeng...
Inilah benda makan yang aku maksudkan tu...masa tu aku ada adik kecik..mak sediakan susu ini untuk adik aku...tapi aku sering curu-curi makan...kalau mak nampak sudah tentu dia marah sebab masa tu keluargaku tak mampu nak sediakan susu untuk semua jadi yang kecik dan baby saja la dapat.
Akhirnya emak tahu juga aktiviti tidak sihat itu,..yang terharunya sehingga kini mak tak pernah marah...mak cuma senyummm...itulah kasih sayang seorang ibu.

Bagiku susu ini sedapppppp sangat...sehingga kini aku mencari-cari kalau aku shopping ...namun sebarang jenis susu yang aku beli tidak sama seperti igauanku...
Subhanallah..tak sama langsung...sudah tidak sesedap waktu aku mencedok dengan sudu plastik yang disediakan dalam tin susu itu ke mulutku suatu masa dulu..
Sesungguhnya kenangan tetap sebuah keindahan...tetap indah di ingatan.

Monday, March 17, 2014

Si comel yang rabun..

Anak kucingku yang satu ni rupanya mempunyai masalah penglihatan...aku baru saja menyedarinya....patutlah selalu saja trlanggar tiang..jalan masum longkang dan menghidu untuk mencari sesuatu..
Namanya Ciki...usianya sudah 5 bulan pada 21 hb Februari lalu...kesian la pulak...inilah kalipertama di antara banyak kucing yang aku bela bermasalah begini...
Bila diperhatikan..memang matanya seolah-olah berselaput..aku cuba merawatnya dengan memberi ubat titis...semoga matanya semakin ok nanti..

 

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he