Followers

Tuesday, March 24, 2009

Helmi, jangan hampakan mak dan abah




Helmi anakku sayang,


Mak masih ingat semasa kelahiranmu,....hari-hari yang berlalu adalah hari yang amat membahagiakan. Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama dan abah sebagai anak yang comel, tidak banyak karenah dan berbakat. Masih teringat gelak tawamu yang mengekek-ngekek hingga saat ini. Rupanya engkau anak yang hebat, persekolahanmu penuh dengan kejayaan yang membanggakan keluarga sehingga engkau diiktiraf sebagai pelajar cemerlang di sekolahmu.


Tiada apa yang mama dan abah mohon agar dikekalkan kejayaan ini walaupun kini kau sedang mengalami sedikit krisis dalam penyesuaian sekolah menengah. bersabar anakku, percayalah walau di mana sekalipun kau bersekolah, pasti ada masalah. Hadapilah segalanya dengan tenang. Mama mendoakan agar "abang" akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he