Followers

Saturday, August 29, 2009

Setelah seminggu bercuti...


Akhirnya setelah berazam untuk menyiapkan proposal tesis aku semasa cuti sekolah seminggu ni, dapatlah disiapkan jua. Itupun setelah aku berhempas pulas, menguatkan semangat, berjuang melawan keletihan...tesis aku pun bermula...may be...dalam 3 bulan lagi siap le...and then at the end of this year, i'm becoming a teacher with Master degree! Eleh,,,hebat sangat ke...

Rasanya bukan gelaran tu yang hebat..tapi perjuangan di sebaliknya adalah kehebatan...he..he.ye la berjuang mengejar masa yang semakin pantas...tapi aktiviti semakin banyak...menjadikan hidup aku begitu sibuk...

Tajuk tesis aku ialah "Pembangunan Perisian Multimedia bagi subjek Sejarah tingkatan 2 KBSM berasaskan Power Point 2003". Setelah siap bole la aku uplad, ,,,so mana2 yang berminat nak membacanya tunggulah ianya siap dulu ye...he. he, he

Tuesday, August 25, 2009

sedapnya kurma muda!!

Aku mula rasa kurma muda ni tahun lepas,,,sejak tu aku rasa amat sukakan rasanya yang unik, tak manis sangat....sedap la...ada rasa macam rapuh, rangup. Kurma yang kuning ni lebih enak rasanya dari yang merah. terkilan juga bila waktu lain susah nak dapat...ianya muncul waktu ramadhan je..tu pun harganya agak mahal...apa2pun i love it.

Monday, August 17, 2009

These are what I asked.


These are what I asked....
I asked for Strength.........

And God gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........And God gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........And God gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........And God gave me Danger to overcome.

I asked for Love.........And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favors.........And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ........I received everything I needed!

Wednesday, August 12, 2009

This is Tipah poem.....

My Heart

Once..in my life
There was a sunshine,
Forever craft my eyes sparkle,
There was a storm,
Come swiftly and blow me away dried,
There was a black haze,
Roofed my sunshine and bring me tears..

All the color of my heart..
Bleeding me till end…

Day goes on,
I seem a dry leaf without aspiration….,

What I left?
No more vigor,
No more audacity,
Even a hope,
What I left?..
Only a fate…..

Tuesday, August 11, 2009

mencari sahabat lama











Assalamualaikum,
Wahai sesiapa yang berkenaan, sekiranya anda adalah sahabat aku semasa kita sama-sama berkursus ke, seminar ke...apa2 la..tolongla hubungi aku. Aku amat merindu kalian semua. Ingin nak tahu kisah kau orang semua.
Salwa, roseyatimah, fauzi, rahmat, mustafa, bob, wan samariah, yom amnah, kak nab, dn sapa2 lagi yang kenal aku ni..silalah emailkan cerita kat aku k. My emel syaakob@yahoo.com.

Sunday, August 9, 2009

sedih dan terkilan sungguh...

Hidup di dunia hanya sementara, namun kesementaraan itulah menjadikan manusia amat sibuk. Aku jua salah seorang yang merasakan hidupku seolah-olah tidak cukup masa. Terkilan sungguh sebab dengan kesibukan jualah aku tidak sempat menziarahi saudaraku yang tenat di hospital dan akhirnya meninggal sudah. Ya allah dalam aku sedih kerana menjadi manusia yang sibuk...maafkan aku Ta...aku bukannya tidak mahu menziarahi suamimu sewaktu kau khabarkan keadaannya yang kritikal sebelum itu,,,cuma aku ternanti2 masa yang agak lapang untuk ke sana..sedar2 am sudah pergi....maafkan aku..semoga rohnya selamat menemui ilahi dengan aman. amin.

Wednesday, August 5, 2009

akhirnya ain akan menjadi bakal guru...


Sewaktu rehat bersama suami selepas zohor hari ini, aku dapat panggilan telefon. Rupanya dari BPG untuk maklumkan ain anak sulungku berjaya dalam rayuannya untuk ke maktab perguruan. Aku terpana jua seketika...bukannya apa, waktu dia dimaklumkan gagal dalam pengambilan pertama dulu,...memang aku sangat sedih...kecewa sangat. Namun waktu tu aku pasrah dengan takdir tuhan. namun aku tidak pernah berhenti berharap agar ain dapat jadi cikgu...aku bimbangkan masa depannya. Kini harapanku kembali segar untuk melihat seorang lagi bakal guru dalam keluargaku..

Kini akulah ibu yang paling gembira, aku memeluk ain. airmataku berlinang...aku terlalu bersyukur...sekurang2nya aku tidak perlu sangat fikirkan soal kewangan sepanjang pengajiannya nanti sebab akan diberikan elaun...lagipun peluang pekerjaan sudah terbuka nanti,,,selepas maghrib tadi, kami sekeluarga tuanikan sunat nisfu shaaban, semoga Allah terus memelihara kami dalam keredhaannya. Amin.

Monday, August 3, 2009

Berakhirnya sebuah kehidupan

Hari ini, 3 ogos 2009, bersamaan 13 shaaban 1430 hijrah selamatlah bersemadinya bapa saudaraku sebelah ibu iaitu Wa lazim. Setelah mengalami kesakitan sekian lama dan menghabiskan sisa kehidupannya atas kerusi roda..tamatlah sudah kini. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah. Amin.

Saturday, August 1, 2009

malasnya aku nak menulis.....


mengapa aku la ni semakin malas, nak mula menulis tesis terasa macam terlalu susah.....bahan banyak dah dapat...memang aku ni boleh la dikategorikan sebagai orang yang suka buat kerja kalau terdesak je....tuhan berikan aku sedikit kekuatan mental....
Rasanya bukan la malas sangat namun keletihan bekerja menjadikan aku begini..bila sampai kat rumah rasa nak rehat je...lagipun bila usia meningkat...memang la malas sikit nak mikir2 ni...kan, kan.
p/s....
dah hantaq pun tesis aku...selamat diserahkan pada 12 hb Disember 2009,..maka selesailah sudah satu bab yang kurasakan agak membebankan. Kini tamatlah sudah pengajian peringkat master...entah nak bersambung atau tidak belum dapat kupastikan lagi..biarlah aku berehat sekejap...


Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he