Sewaktu rehat bersama suami selepas zohor hari ini, aku dapat panggilan telefon. Rupanya dari BPG untuk maklumkan ain anak sulungku berjaya dalam rayuannya untuk ke maktab perguruan. Aku terpana jua seketika...bukannya apa, waktu dia dimaklumkan gagal dalam pengambilan pertama dulu,...memang aku sangat sedih...kecewa sangat. Namun waktu tu aku pasrah dengan takdir tuhan. namun aku tidak pernah berhenti berharap agar ain dapat jadi cikgu...aku bimbangkan masa depannya. Kini harapanku kembali segar untuk melihat seorang lagi bakal guru dalam keluargaku..
Kini akulah ibu yang paling gembira, aku memeluk ain. airmataku berlinang...aku terlalu bersyukur...sekurang2nya aku tidak perlu sangat fikirkan soal kewangan sepanjang pengajiannya nanti sebab akan diberikan elaun...lagipun peluang pekerjaan sudah terbuka nanti,,,selepas maghrib tadi, kami sekeluarga tuanikan sunat nisfu shaaban, semoga Allah terus memelihara kami dalam keredhaannya. Amin.
1 comment:
Tahniah puan kerana kejayaan anak sulung menjejak langkah menjadi guru.
norafuad
Post a Comment