Followers

Thursday, December 31, 2009

muhasabah


Ini ada satu artikel tulisan Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin, dari IKIM mengenai sambutan tahun baru masihi. Bacalah semoga dapat ambil pengajaran daripadanya.
selamat-tahun-baru-2010

Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.
Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.
Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.
Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.
Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).
Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.
Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.
Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.
Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.
Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.
Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.
Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.
Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.
Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.
Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”
Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.
Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.
Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.
Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.
Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.
Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.
Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.
Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.
Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.
Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.
Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.
Sumber artikel : IKIM

Thursday, December 24, 2009

Semoga sujudku ikhlas keranaMu ya Allah..


SUJUD SAJADAH


سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)
Solat subuh pagi ini aku bersama anak2 ain, athirah dan helmi ke masjid,...lama benar dok tangguh nak buat...memang berat  nak kejutkkan anak2 waktu subuh...so aku dah pesan siap2 kat depa supaya berniat untuk bangun awal sebelum tidur..aku memandu sendiri kerana  hubby aku tak sihat...sampai kat masjid terasa lega sebab hajat aku dah sampai...memang dah lama berhajat nak bawa akeluarga setiap subuh Junmaat supaya dapat merebut apahala berjemaah serta bersujud sejadah..alhamdulillah.  Aku beriltizam..semoga hijrahku pada Jumaat penghujung Disember 2009 ini membawa makna yang sangat bermakna. Insyaallah. Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku petik dari desertasi ustaz Iskandar Zulkarnain mengenainya.
"Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah."
Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.
Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.


Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.
Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan: 
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar
.
"
Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah ini. Semasa di Madinah dan juga di Mekah, iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma'mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah. Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.
Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang ssudah tahu, kenalah buat.

Tuesday, December 22, 2009

Banyak manfaatnya...jom kita laksanakan.


Rahsia Solat Di Awal Waktu

dipindahkan dari  By: PakarHowTo Category: Rahsia
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sujud menyembah yang Masa Esa
Sujud menyembah yang Masa Esa

  • Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


  • Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

  • Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

  • Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Friday, December 18, 2009

sebungkus nasi lemak..



Kata-kata ibunya tadi menjadikan Ida merajuk...dia lantas bergegas keluar dari rumah,..ibunya berlari megejar sambil memanggil-manggil namanya.,namun Ida tekad..terus berlari dan berlari..setelah penat, ia menoleh ke belakang dan dilihat kalibat ibunya sudah tiada..Ida terus berjalan sambil menangis. Akhirnya Ida sampai ke sebuah stesyen bas..hatinya sudah bulat..ingin lari dari rumah..jauh dari kongkongan keluarga. Dia lantas duduk di sebuah kerusi..perutnya memulas kelaparan kerana belum sempat makan tadi. Dia memandang deretan bungkusan nasi lemak di warung berhampiran.
Mak cik tuan punya warung melihat Ida yang kegelisahan, naluri keibuannya seolah memahami pergolakan jiwa anak remaja itu...dia menggamit Ida, perlahan Ida menuju ke gerai. Mak cik Timah mengujuk sebuah kerusi untuknya...
"anak lapar,..marilah makan", mak cik Timah membuka sebungkus nasi lemak dan membawa segelas air kosong.
"Terima kasih mak cik, mak cik memang baik...', kata Ida dan terus makan dengan lahap. Mak Timah membiarkan Ida makan, selepas makan dia bertanyakan.
"Nak ke mana ni..."
"saya nak lari dari rumah..ibu dah tak sayangkan saya, ibu tak macam mak cik, mak cik baik,,,beri saya makan"...jawab Ida sambil tersedu-sedu..
"Nak...mak cik baru je beri sebungkus nasi lemak untuk anak makan,..anak dah kata mak cik baik..cuba hitungkan sudah berapa banyak yang ibu anak belanjakan untuk anak selama ini?...

Ida tersentak dengan jawapan mak cik timah, masih diingatnya kata-kata ibu yang menjadikan dia merajuk pagi tadi..
"Ida,..bukan mak tak benarkan Ida beli pakaian tu...pakaian Ida dah terlalu banyak..tak baik membazir"...patah-patah perkataan ibunya masih terngiang di telinga.
"Ida nak juga...semua kawan2 Ida ada baju fesyen baru tu...".Ida meninggikan suaranya.
" Kan lebih baik mak simpan duit ni untuk belanja sekolah Ida,.kita pun bukannya orang senang..."
"ahhhh sudahlah mak"....
Tiba-tibanya airmatanya mengalir...kata-kata mak cik Timah telah mencairkan hatinya...dia menyesal kerana menurut kata hati,...akhirnya Ida dihantar pulang oleh mak cik Timah...ibunya yang kesedihan dirumah kembali bercahaya melihat Ida..
"maafkan Ida mak.."
p/s: Kasih sayang ibu tidak pernah luput dan habis..hargailah ibu anda..Untuk remaja2 yang suka membantah percakapan dan tidak suka mendengar nasihat ibu bapa..ingatlah hakikat kejadian diri anda.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal hijrah - I Muharram 1431 Hijrah



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah kepada semua umat islam walau di mana sahaja berada dengan satu harapan agar kita sama2 berhijrah kearah kebaikan,.. dalam apa sahaja bidang dan perbuatan hatta sekecil memberi salam sesama kita..semoga tahun baru islam ini membawa keberkatan kepada diri,bangsa, agama dan negara kita keseluruhannya. Amin.


Tuesday, December 15, 2009

masam-masam manis...holiday!

percutian selama 3 hari 2 malam bersama keluarga di Langkawi membawa pelbagai kenangan,..banyak yang manis la..tapi ada juga yang sedikit masam dan kelat..biasanya kan..kalau manis je..tentu tak sedap...

Bersama anak2 di Underwater world.


konon2 nya dok di antartika....he he

bermanja dengan helmi di Laman Padi..mengimbau kenangan semasa kanak2 dulu, berlari di batas sawah menangkap belalang dan bermain serunai batang padi..


kenangan kat pantai  pulau Beras Basah...


amboiii...jeling...
semua kegembiraan seolah-olah terhenti seketika apabila kereta yang kami sewa dilanggar lari...

 kerete kena rempuh semasa parking...kena baiki..RM400...menangis tak berlagu..tak pasal2 kena bagi duit free kat orang...duit tu cadang nak shopping la,,apa boleh buat..inilah kenangan yang msam dan kelat..yang lain tu manis-manis belaka..apa2pun terima hakikat bahwa hidup tidak selalu indah dan kiata hanyalah manusia yang lemah...yang hanya mampu merancang...

Friday, December 11, 2009

jom pi langkawi

malam ni sibuk berkemas,,,esok kami nak bercuti ke Langkawi...dalam 3 hari la juga...tak bawa banyak pakaian...sebab boleh beli kat sana nanti..yang susah hati musim cuti ni ialah tempat tidur la...dah naik rate...kalau biasa RM100 dah jadi RM150...sewa kereta lagi...semua naik...kalau nak murah kena pi masa sekolah buka...so tak ada pilihan, kalau sekolah dah buka kena pi sekolah la bukannya melancong...apa2pun aku berdoa agar urusan perjalanan kami sekeluarga dipermudahkan...amin.

Wednesday, December 9, 2009

Tidak pernah terlambat untuk berbuat kebaikan...

Hadis dari Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan.
Kisah ini menjadi pengajaran untuk diri sendiri...Allah maha pengampun!...sedangkan pada hakikat sebenar, seorang pelacur amat banyak dosa besar yang dilakukan namun dengan keihklasan dan kasih sayang walaupun pada haiwan, dosanya diampunkan...dalam islam perbuatan baik tetap dikira walau sebesar zarah...pahala kebaikan pula dapat menghapuskan dosa-dosa...marilah kiya sama2 berbuat kebaikan...mungkin tidak bermakna untuk manusia namun membawa erti kepada kehidupan sebenarnya...baca selengkapnya kisah ini


 



Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he