Mak cik tuan punya warung melihat Ida yang kegelisahan, naluri keibuannya seolah memahami pergolakan jiwa anak remaja itu...dia menggamit Ida, perlahan Ida menuju ke gerai. Mak cik Timah mengujuk sebuah kerusi untuknya...
"anak lapar,..marilah makan", mak cik Timah membuka sebungkus nasi lemak dan membawa segelas air kosong.
"Terima kasih mak cik, mak cik memang baik...', kata Ida dan terus makan dengan lahap. Mak Timah membiarkan Ida makan, selepas makan dia bertanyakan.
"Nak ke mana ni..."
"saya nak lari dari rumah..ibu dah tak sayangkan saya, ibu tak macam mak cik, mak cik baik,,,beri saya makan"...jawab Ida sambil tersedu-sedu..
"Nak...mak cik baru je beri sebungkus nasi lemak untuk anak makan,..anak dah kata mak cik baik..cuba hitungkan sudah berapa banyak yang ibu anak belanjakan untuk anak selama ini?...
Ida tersentak dengan jawapan mak cik timah, masih diingatnya kata-kata ibu yang menjadikan dia merajuk pagi tadi..
"Ida,..bukan mak tak benarkan Ida beli pakaian tu...pakaian Ida dah terlalu banyak..tak baik membazir"...patah-patah perkataan ibunya masih terngiang di telinga.
"Ida nak juga...semua kawan2 Ida ada baju fesyen baru tu...".Ida meninggikan suaranya.
" Kan lebih baik mak simpan duit ni untuk belanja sekolah Ida,.kita pun bukannya orang senang..."
"ahhhh sudahlah mak"....
Tiba-tibanya airmatanya mengalir...kata-kata mak cik Timah telah mencairkan hatinya...dia menyesal kerana menurut kata hati,...akhirnya Ida dihantar pulang oleh mak cik Timah...ibunya yang kesedihan dirumah kembali bercahaya melihat Ida..
"maafkan Ida mak.."
p/s: Kasih sayang ibu tidak pernah luput dan habis..hargailah ibu anda..Untuk remaja2 yang suka membantah percakapan dan tidak suka mendengar nasihat ibu bapa..ingatlah hakikat kejadian diri anda.
4 comments:
Hati muda..jiwa muda..mudah melatah..mudah mengikut desakan nafsu,..
Alhamdulillah sigadis menemui orang dewasa yg berhati murni..mempunyai sifat keibuan..
Sekirany api merajuk tadi disambut oleh tangan2 anak2 muda belia..? sudah tentu akan terjadilah seperti yg kita selalu nampak..selalu terbaca..sering kali terdengar di media massa..
terlibat dalam gejala sosial..
ye la mr lana..kisah ni saya jadikan panduan semasa mengajar sivik...persembahan powerpoint..ramai jugak le yang menitiskan airmata...sambil2 tu saya selitkan teladan dan kesan apabila lari dari dari rumah....
nampak mengancam nasi lemak tue.. =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
salam,
cerita yang bagus dan berkesan elok disampaikan kepada bebudak supaya lebih sedar akan pengorbanan si ibu...
Post a Comment