Followers

Tuesday, January 26, 2010

Happy Birthday sayang...

Esok akan genaplah usia anak lelakiku yang sorang ni,  dahpun 14 tahun...so aku pun cari la sedikit info tentang bulan kelahiran ....maka beginilah info tentang bulan Januari..



  • Bercita-cita tinggi
  • Suka mendidik dan dididik
  • Mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif dan befikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu
  • Daya tumpuan yang agak tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah di serang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  • Cukup sayang kepada kanak-kanak
  • Suka duduk di rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • Cemburu yang sangat tinggi

Banyak jugalah persamaan ciri-ciri di atas dengan Helmi,...walaubagaimanapun masih ada juga ciri-ciri yang bertentangan...apa2pun aku mengharapkan Helmi akan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..

"Sayang,…inilah ciri-ciri manusia yang dilahirkan dalam bulan Januari. Abang adalah salah seorang darinya. Anakku, dalam meniti usia remaja ini...bersabarlah kerana zaman ini adalah zaman ujian. Gunakan akal fikiran dalam setiap pertimbangan dalam menilai baik dan buruk sesuatu perbuatan Abang manusia istimewa. Mak bangga melahirkan abang...jika terkadang mak dan abah memarahimu, itulah tanda kami menyayangimu..tiada harta yang bakal kami tinggalkan untukmu kecuali ilmu dan iman. Belajarlah
menjadi sebaik-baik manusia. Didiklah jiwa dan minda kearah kecemerlangan...

Selamat Hari lahir sayang...selamat ulangtahun ke 14. selamat menjadi remaja yang berwawasan.
Sayang selalu dari seluruh isi keluarga,."...

5 comments:

insan pendidik said...

salam,

selmt hari lahir juga utk si anak tu. moga jd anak yg baik. mendengar kata kedua ibu bapanya. dan menyenangkan hati kedua ibu bapanya kelak.

JHaZKiTaRo said...

salam dari bumi Dublin, Ireland.. Blog hopping.. Rajin2, datang laa singgah blog hamba.. :)

abu muaz said...

Salam.Selamat ulangtahun. Moga jadi anak yang soleh.Yang menyenangkan dan tidak melukakan hati ibu dan ayah.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

nie anak yang ke berapa, kak? semoga die menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk kedua ibubapanya, insyaAllah.. :)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://www.puteramelaka.co.cc/ . TQ.

psst 2: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

siti ajar bt yaakob said...

Helmi anak kedua...diapit oleh kakak dan adik perempuan. seorang yang hard working and so far anak yang baik...insyaallah helmi akan menjadi anak soleh yang merupakan harta untuk kedua ibapanya...amin.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he