Followers

Wednesday, April 28, 2010

yang jingga dan kelabu...hari selasa.


Bersama ustaz hadi yang banyak membantu..tq ustaz..

Pagi selasa (27 April 2010)
pagi ni raptai penuh, aku antara yang terlibat sepenuhnya..alhamdulillah perjalanan raptai berjalan lancar. Jam 10.00 pagi..raptai tamat...aku sempat juga menambah mana yang kurang untuk presentation...
Jam 12.00 tengahari, raptai nak diadakan sekali lagi...waktu ini aku terdengar deringan handset...berlari keluar dewan untuk meredaka telinga dengan bingitan sound sistem yang memenuhi dewan...apa yang aku dengar...suamiku terlibat kemalangan dan kini dalam wad kecemasan..ya allah...macam mana ni...aku termenung sejenak..lantas kuambil keputusan sendiri, shutdown laptop dan mencari anakku ain untuk kehospital...hanya sempat beritahu beberepa orag kawan,..aku pun bergegas...
Sampai je kat wad kecemasan,,,aku bertanya pd petugas dan dibenarkan masuk..ahhh sedih nya hati melihat suami terlantar...ku genggam tangannya, mohon kemaafan..sebenarnya aku terkilan kerana panggilan telefon memaklumkan kemalangan itu sudah ada sejak jam sembilan lagi, cuma aku tak mendengarnya....kulihat airmata suamiku bergelinangan...ahhh tragedi kelabu dalam hari selasa...



Pada masa yang sama pagi tadi, semasa raptai.anakku helmi melangkah bergaya dipentas menerima anugerah kecemerlangannya...dialah paling banyak menerima anugerah..sembilan hadiah semuanya.satu lagi peristiwa...namun berwarna jingga yang ceria di pagi selasa...kelabu dan jingga seringkali silih berganti menemani disepanjang perjalanan hidup kita..

Saturday, April 24, 2010

Anugerah yang dipinta...alhamdulillah.



Baru seminggu lepas aku berkata seandainya aku mempunyai masa dan wang yang lebih akan kubelikan anak kucing untuk dibela...namun kelmarin aku bersyukur kerana apa yang kuhajati nampaknya ditunaikan oleh Allah yang maha mengetahui...tidak perlu beli kerana wajah2 comel tu muncul sendiri....
3 ekor kitten di belakang dapurku, bukan kucing biasa tapi memang berketurunan yang aku suka...

Thursday, April 22, 2010

Bila agaknya...


Arwah Kamarul rakan sekelas..muda lagi, namun sudah dijemput ilahi..semoga tenang dalam keabadianmu di sana.

Terasa sebak di hati bila dapat tahu kawan2 yang pernah kita gauli dan kenali sudah kembali ke sana, sedih dan terpaku seketika..baru2 ni ada kawan lama maklumkan kematian rakan sekelas semasa kat kolej.(kak nab), tadi ada juga kawan selitkan gambar sorang lagi arwah..rakan sekelas juga semasa buat degree...rasanya kenangan bersama mereka adalah nostalgia yang masih menghijau diingatanku...
tertanya pada diri bila agaknya giliran sendiri...

Tuesday, April 20, 2010

MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI ?.



RAMAI ORANG MENGEJAR KEKAYAAN, HARTA, PANGKAT DAN DARJAT.
" Tetapi mengapa ramai yang tak mengejar untuk hidup Sihat dan gembira ?. " serta mendapat ketenangan jiwa diwaktu hari-hari tua nanti jika dianugerahkan Allah umur yang panjang.

Pagi petang, siang dan malam, berkerja lintang pukang. Meeting sana dan sini, Bincang itu dan ini, target dan sasaran, strategi dan perancangan. Semuanya kerana harta, pangkat dan darjat. Dah dapat yang dicari, Badan pun lembik, sakit itu dan ini. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh. ' MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI ?.

SEBABNYA....

Mudah sahaja jawapannya. Kerana kita terlupa, kerana kita lalai. Pengaruh kekayaan hidup telah merajai fikiran. Otak dirasuk dan dipengaruhi sepenuhnya oleh emosi. Sedangkan kesihatan yang menjadi punca segala-galanya, untuk kita mampu berjuang, berkerja dan berusaha siang dan malam tidak diambil peduli.

Orang dah dapat banyak duit senang je falsafahnya. Beli obat mahal-mahal beratus-ratus ringgit untuk menjaga kesihatan, tetapi itu bila setelah penyakit mengundang tiba. . " OOHHH....TERLAMBAT "
Obat yang bernilai ratusan ringgit malahan ribuan ringgit pun kadang-kadang tak mampu menebus kesihatan yang mulai tercalar dek kelalaian peribadi .

UNTUK SIHAT DAN GEMBIRA dan menentukan ketenangan Jiwa dan kebahagiaan hidup, seimbangkanlah usaha mengejar kekayaan, harta, pangkat dan darjat dengan disiplin menjaga kesihatan serta sering-sering klik online dengan Allah s.w.t dan muhasabah diri, Jika tidak sesampainya anda kepenghujung cita-cita kebanyakannya sudah berpenyakit. Kegembiraan tidak akan muncul, tetapi duka nestapa yang datang. Gundah gulanalah jiwa. Hanya Alam tersenyum melihat kita mengeluh dan kegelisahan, kerana Falsafahnya - " Dari Alam untuk manusia, dari manusia kepada Alam ".

Selamat bermuhasabah diri tentang kesihatan dan kegembiraan hidup menjelang hari tua. Bukan harta, pangkat dan darjat yang mampu mengembirakan kita, tetapi keberkatan, kesihatan dan amal kebaikan yang kita imarahkan semasa muda dalam perjalanan kehari tua.

Sunday, April 11, 2010

kadangkala...



kadangkala,...
kita tersilap menafsir kehijauan belantara..
dengan ketenangan yang singgah di mata...
sehingga ingin saja kita menyelinap ke dalamnya...
tanpa disedari...di situ jua ada mara bahaya...

kadangkala...
kita alpa dengan kejernihan dan kristal air yang mengalir,
sehingga kita terlupa di arusnya ada jua baktiria yang menerjah nyawa..
bagaimana pula angin sepoi yang bertiup tenang bersama lenggok dedaun kelapa..
membelai tari di jiwa...menyapa kenangan sehingga menyebak di dada...

Itulah kita...atau mungkin hanya aku sahaja..sering tertipu
dek kesegaran udara pagi di pinggiran tanah tinggi..
namun tiba2 menjerit lantang kerana di celahan jari kaki ada titisan darah digigit pacat yang entah bila menjelma...
alahai akukah yang seringkali terleka..
sehingga kadangkala ingin lari dari kesibukan dan kebisingan kota...kesebuah desa indah yang tiada indahnya...
mungkin jua...kita seringkali escapism..ingin dan ingin apa yang jauh dari kita...
kadangkala...aku bertanya...mahu ke mana?
entah...apa jawabnya...memangnya kita tak mungkin puas selagi bernama manusia..

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he