Followers

Tuesday, April 20, 2010

MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI ?.



RAMAI ORANG MENGEJAR KEKAYAAN, HARTA, PANGKAT DAN DARJAT.
" Tetapi mengapa ramai yang tak mengejar untuk hidup Sihat dan gembira ?. " serta mendapat ketenangan jiwa diwaktu hari-hari tua nanti jika dianugerahkan Allah umur yang panjang.

Pagi petang, siang dan malam, berkerja lintang pukang. Meeting sana dan sini, Bincang itu dan ini, target dan sasaran, strategi dan perancangan. Semuanya kerana harta, pangkat dan darjat. Dah dapat yang dicari, Badan pun lembik, sakit itu dan ini. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh. ' MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI ?.

SEBABNYA....

Mudah sahaja jawapannya. Kerana kita terlupa, kerana kita lalai. Pengaruh kekayaan hidup telah merajai fikiran. Otak dirasuk dan dipengaruhi sepenuhnya oleh emosi. Sedangkan kesihatan yang menjadi punca segala-galanya, untuk kita mampu berjuang, berkerja dan berusaha siang dan malam tidak diambil peduli.

Orang dah dapat banyak duit senang je falsafahnya. Beli obat mahal-mahal beratus-ratus ringgit untuk menjaga kesihatan, tetapi itu bila setelah penyakit mengundang tiba. . " OOHHH....TERLAMBAT "
Obat yang bernilai ratusan ringgit malahan ribuan ringgit pun kadang-kadang tak mampu menebus kesihatan yang mulai tercalar dek kelalaian peribadi .

UNTUK SIHAT DAN GEMBIRA dan menentukan ketenangan Jiwa dan kebahagiaan hidup, seimbangkanlah usaha mengejar kekayaan, harta, pangkat dan darjat dengan disiplin menjaga kesihatan serta sering-sering klik online dengan Allah s.w.t dan muhasabah diri, Jika tidak sesampainya anda kepenghujung cita-cita kebanyakannya sudah berpenyakit. Kegembiraan tidak akan muncul, tetapi duka nestapa yang datang. Gundah gulanalah jiwa. Hanya Alam tersenyum melihat kita mengeluh dan kegelisahan, kerana Falsafahnya - " Dari Alam untuk manusia, dari manusia kepada Alam ".

Selamat bermuhasabah diri tentang kesihatan dan kegembiraan hidup menjelang hari tua. Bukan harta, pangkat dan darjat yang mampu mengembirakan kita, tetapi keberkatan, kesihatan dan amal kebaikan yang kita imarahkan semasa muda dalam perjalanan kehari tua.

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he