Followers

Monday, July 12, 2010

Monolog...pesanku pada hati..


Aduhai ct...alangkah baiknya...
Alangkah baiknya andai engkau sentiasa menghulurkan tangan, bersalaman dengan orang lain yang banyak menyakitkan hatimu...memohon keampunan biarpun pada perkiraan mindamu...engkau dipihak yang benar..
Alangkah baiknya andai engkau sedia memaafkan segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh pihak lain walaupun itu mengundang rasa pahit berpanjangan,..kosongkan segalanya dan biarkan ianya berlalu bagai angin lembayu yang membawa bersamanya sendumu...
Alangkah indahnya andai bebunga yang disirami saban hari kini, yang mekar mewangi jua dapat menerbitkan kuntuman yang bakal mewangikan hidup orang lain dipersekitaran...
Alangkah enaknya andai kata-kata yang mengasyikkan darimu yang lahir dari jiwa yang luhur juga dapat dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat,...
Apalah lagi aduhai ct...apalah lagi yang dapat kau berikan pada dunia ini,...hulurkan sementara sisanya masih berbaki untuk kau terokai...selepas itu ct, barulah kau sedari betapa indahnya hidup ini...oklah ct,..jangan lupa prinsip sendiri..hari ini lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini...ok ye ct..ingat tuuu.

2 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam ukhwah.. blog hopping.. ada masa, jemput ziarah blog hamba jika berminat nak baca my TRAVELOGUES IN 45 COUNTRIES.. :)

siti ajar bt yaakob said...

tq,..nanti saya akan explore blog tu..insyaallah..bertuah badan dapat travel di seluruh negara di dunia ni.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he