Followers

Thursday, September 30, 2010

Jangan putus asa dengan rahmat Allah..

Dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang kita lalui saban hari sebenarnya adalah guru yang baik bagi menjadikan kita lebih menjadi manusia. Apatah lagi jika dugaan itu terasa berat dan sukar untuk dihadapi, semakin berat dugaan menimpa semakin banyaklah pengalaman yang diperolehi sekiranya dapat menyelesaikannya. Ramai yang terkandas dan merasa kecewa apabila menghadapi sesuatu bencana, ada yang kecewa sehingga sanggup mengambil nyawanya sendiri...tindakan yang amat mengecewakan! Sebagai umat Islam yang percayakan ketentuan aku jua terus dilambung pelbagai dugaan,..ada yang beralun dengan ombak yang besar dan kadangkala turut dihempas gelombang yang tinggi. Sakitnya tidak terkata apabila terhempas...dari segi fizikal mungkin hanya terlihat dengan penampilan yang kurang kemas dan berserabut tetapi kalau emosi memang terganggu habis.
Aku amat bersyukur kerana nilai iman yang ditanamkan oleh kedua ibu dan bapa masih membekas, sedikitpun tidak terdetik untuk menyalahkan sesiapa..apatah lagi takdir tuhan..semuanya ku selesaikan satu persatu dan alhamdulillah sehingga kini aku seolah-olah tidak percaya bahawa aku mampu berbuat seperti itu...
Aku cuba membandingkan lautan hidup yaang telah aku lalui dengan gelombang kecil yang diharungi oleh anak-anak masa kini...berbeza sekali...amat berbeza...lautan dalam yang penuh ranjau yang pernah ku tempuhi tidak sama gelombangnya..namun mengapa ramai generasi masa kini yang terus tenggelam di sekadar pinggiran badai...apakah nilai iman yang dibekalkan tidak cukup bagi mereka terus berkayuh semula ke pantai harapan...atau mereka sebenarnya terlalu dibelai dengan pelbagai kesenangan sehinggakan tidak mampu menongkah arus?
Buat para remaja,..berfikir dulu sebelum bertindak, jangan sampai ingin membunuh nyawa sendiri kalau putus cinta atau ditinggalkan kekasih hati...nanti kita yang akan mengharungi lautan api di neraka sedangkan si dia berseronok di dunia tanpa setitis pun airmata..malah tersenyum sinis mengenangkan kebodohan kita...sambil menghirup nafas lega kerana kehilangan suatu beban yang dulunya turut menghantuinya terlepas begitu sahaja.

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he