Followers

Saturday, April 30, 2011

20 tahun Berlalu...hari ini Bertemu...



Gembira tidak terkata apabila berjumpa semula teman-teman yang suatu ketika dulu pernah menghiasi taman hidupku...


Bertempat di hotel Seri Malaysia Alor Setar,...jam 3.00 petang...aku melangkah dengan penuh harapan...semoga kerinduan selama 20 tahun akan terubat jua....walaupun Re union pertama kali ini kurang sambutan,..namun aku bersyukur...dapat jumpa ramai juga sahabat MPSAH sesi 1988-1990 sudi meluangkan masa.
Pada mulanya dijangka seramai 25 orang akan hadir, tapi cuma 16 orang saja yang sampai..yang lain tu sesat tengah jalan kut...paling jauh cikgu Hasni dari Gombak, ada yang dari Pulau pinang, Perak, Perlis dan Kedah. Walaupun kami agak kecewa namun setakat itu yang termampu...biarlah...
Selepas lebih kurang 2 jam bersama, kami sempat berbual lama serta bergurau senda,..yang bestnya cara kami tetap sama malah bertambah rapat...mungkin kami perlu berterima kasih kepada Facebook yang menemukan kami semua...itulah kegunaan teknologi sebenarnya, buruk baik bergantung kepada cara penggunaannya...melalui pertemuan ini kami mendapat banyak khabar tentang rakan2 lain..masing-masing ada kejayaan sendiri...alhamdulillah.

Friday, April 29, 2011

A women's heart....


A woman dreams ... with her heart, dreams of passion, beauty and peace on earth.
A woman cries . tears when she's wounded..replaced with smiles when she knows she will heal soon.
A woman loves ... with her soul, deep and true ... with all that she knows.....
A woman tries ... through every wrong, ... forgives past sins and finds the strength to move on.
A woman gives ... everything inside her ... she does not hold back because of the fears that remind her,.she could be hurt, be taken in, a woman protects herself with the love that lies within.....

Only a woman knows the secret truths that hide beneath the surface of her warmth and kindness.
Only a woman knows the tender touch that can heal all wrongs and relieve all fears.
Only a woman can give her all and have love left to give when the giving is done.
Only a woman ... with a woman's heart ... can understand and accept ... the many pains she will
encounter.
Only a woman ... with a woman's heart ... can possibly know the strength of her heart.....

A woman knows ... if all she owns was taken ... there are parts of her, the best of her ... that nothing on earth can ever take away ... the woman's heart, the woman's depths.
Only a woman knows ... it's the love within that makes her who she is, and love without pain could be a love that is dead

Friday, April 22, 2011

Gambaran Hari Kiamat nanti..

Gambaran Hari Kiamat - sumber dari Amar Sufi...terima kasih.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, April 20, 2011

Cemerlang ke?


Alhamdulillah,..kelmarin 20 April 2011...sekali lagi putera dan puteriku berjaya meraih anugerah kecemerlangan akademik mereka. Aku cuma mampu bersyukur,..alhamdulillah...anak-anak beroleh kejayaan walaupun aku tahu mereka tidak berusaha pada tahap yang optimum...kerana sebagai seorang ibu aku faham dan tahu sikap dan pembawaan mereka...kalaulah dapat lebihkan usaha sudah tentu mereka lebih cemerlang.

Aku juga bersyukur amat...mungkin rezeki dari Allah...sesuatu yang tidak pernah aku mimpi...sepanjang aku bertugas sebagai seorang guru...hingga kini sudah 20 tahun..tahun ni aku dikurniakan Anugerah perkhidmatan Cemerlang...ha ha..macam takj percaya je..layak ke orang low profile mcm aku ni...mana le berharap mendpat pengiktirafan macam tu..namun aku bersyhukur...alhamdulillah...bagi aku..tugasan sebagai guru menjanjikan kepuasan apabila bertemu pelajar dan bekas pelajar yang dari jauh melaungkan "cikgu"...walau di mana mereka bertemuku..itu lebih bermakna...apatah lagi bila melihat mereka berstatus yang lebih hebat dariku...seribgkali jua aku berpesan,..seorang guru tidak mengharapkan balasan apapun dari pelajarnya melainkan sedikit doa dan ingatan...insyaallah..

April tahun ni mungkin bulan cemerlang bagi aku sekeluarga kut...he he...aku gembira...terima kasih ya Allah..berilah aku kekuatan agar dapat bertugas dengan lebih cemerlang..itulah sebenarnya kecemerlangan hakiki..mendapat pengiktirafan terus dari Allah...amin.

Saturday, April 9, 2011

Tetamu datang membawa rezeki..














Hari ini, kawan baikku Shidah telepon nak datang rumah, aku berikan keizinan walaupun sebenarnya aku merancang untuk melawat saudara yang dirawat di hospiatal...Jam 9.00 pagi, shidah sampai dgn adik dan ibunya,..Kali sekeluarga sambut dengan senang hati....selepas menghidangkan minuman, aku bergegas pula menyediakan makanan tengahari...tepat jam satu..kami pun makan dengan lauk pauk ala kadar sahaja sebab tidak dirancang...dalam waktu yang sama aku juga sempat masakkan laksa untuk makan petang....hah..nampak sangat shidah sekeluarga gembira dan terpegun dengan sambutan ini...agak2 je bila lihat reaksi mereka..harap2 betul la..mak Shidah (mak jang) tak kering lidah memuji kesedapan kerabu taugeh yang kubuat,...habis satu mangkuk diratahnya... sambal belacan yang kusediakan jua habis licin..ha ha...

Aku juga tambah bahagia kerana suamiku sudi menjemput ibuku untuk datang makan bersama kami,..sungguh selera dia makan...aku bersyukur masih dapat gembirakannya hari ini..nampak dia terhibur.

Sebenarnya Shidah ada urusan di bandar,..so dia singgah ke rumahku dulu...kami berbual panjang...memang aku letih namun aku pasrah dengan rahmat Allah bahwa setiap tetamu yang datang ke rumah kita mesti dimuliakan...lagipun kedatangan mereka mesti membawa rezeki kan..he he..tetapi aku gembira...sebenarnya itulah yang berlaku...sebelum balik mereka membeli Perfumes yang kujual dengan kadar yang banyak...dan shidah juga memberikan kami sekeluarga buah tangan,,,terima kasih shidah...datangmu memberi rezeki buat kami..alhamdulillah.

Monday, April 4, 2011

Ayah,maafkan saya...

Ayahku hanya satu,...

Friday, April 1, 2011

Aku dan kenangan...


Sesuai dengan misi blog ini sebagai satu memories,..elok la kalau aku jelmakan kembali kenang-kenangan dalam hidup buat menyegarkan kembali minda..maklumla dah berusia semakin lupa...kalau da tercoret kat sini bole la dibaca semula nanti oleh anak cucu..kenangan ni mengenai dunia baru bagi seorang gadis,..hehe pengantin baru le.
Aku menjadi pengantin pd usia 21 tahun,..selepas gagal ke universiti,aku menganggur je...nak jadi jodoh kenal le dgn suami ni semasa dia membuat latihan praktikum berhampiran rumah. kebetulan, ayahku berniaga runcit...so kerap le bertemu wajah...mungkin jodoh kami kuat...habis je amali.dia masuk meminang..kawin le akhirnya..(sebenarnya hati tak nak kawin lagi sbb nak belajar lagi) tp desakan orng tua2...kena terima.

Tarikh 20 Disember 1987 menyatukan aku dan suami...dlm serba kekurangan, kami harungi saat indah bersama..ke hulu hilir menaiki bas...belum ada sbrg kenderaan kecuali basikal....cukup indah...selepas 3 bulan bersama...aku dan suami dipanggil temudugake maktab perguruan..malangnya hanya aku yang lepas...so mendaftarlah aku sbagai guru pelatih, meninggalkan suami yang masih terkial mencari pekerjaan tetap.
3 tahun di maktab menguji kekuatan kasih sayang kami....pelbagai ujian kami atasi dan akhirnya aku dipostingkan ke Pahang pada Disember 1990. Di sanalah kami belajar menjalani kehidupan bersama,..selama ini hanya berjumpa diwaktu hujung minggu je.
Setahun di pahang, aku mohon pertukaran ke Kedah,berjaya..kembali ke Kedah pada 1991. Kelahiran anak sulung pada Disember 1991 semakin menceriakan suasana. Bina rumah sendiri berhampiran rumah ibu bapaku Kini Nurain Izzatie sudah berusia 20 taun dan perkhwinanku pula sudah 24 tahun...segalanya masih baik..malah bertambah baik..aku bershukur kepada Allah kerana walaupun tidak terlalu banyak manisnya ceritaku namun segalanya terurus dengan baik...kebahagian yang dirasai kini semakin menyedarkan aku...ketabahan, kesabaran dan keimanan amat penting dlm sesebuah perkahwinan. Kalau tak sabar rasanya aku tak mungkin bersama orang tersayang seperti sekarang..24 tahun bersama kau suamiku...tidak terasa...terima kasih...walau banyak kekurangan antara kita..namun kesabaran yang kita pegang bersama telah membuktikan segalanya. Buat anak-anak pula,..mungkin cerita ini tidak indah...namun kalian harus jadikan semuanya sebagai pengajaran...semoga kita terus bersama selagi diizinkan Allah. Amin.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he