Aku menjadi pengantin pd usia 21 tahun,..selepas gagal ke universiti,aku menganggur je...nak jadi jodoh kenal le dgn suami ni semasa dia membuat latihan praktikum berhampiran rumah. kebetulan, ayahku berniaga runcit...so kerap le bertemu wajah...mungkin jodoh kami kuat...habis je amali.dia masuk meminang..kawin le akhirnya..(sebenarnya hati tak nak kawin lagi sbb nak belajar lagi) tp desakan orng tua2...kena terima.
Tarikh 20 Disember 1987 menyatukan aku dan suami...dlm serba kekurangan, kami harungi saat indah bersama..ke hulu hilir menaiki bas...belum ada sbrg kenderaan kecuali basikal....cukup indah...selepas 3 bulan bersama...aku dan suami dipanggil temudugake maktab perguruan..malangnya hanya aku yang lepas...so mendaftarlah aku sbagai guru pelatih, meninggalkan suami yang masih terkial mencari pekerjaan tetap.
3 tahun di maktab menguji kekuatan kasih sayang kami....pelbagai ujian kami atasi dan akhirnya aku dipostingkan ke Pahang pada Disember 1990. Di sanalah kami belajar menjalani kehidupan bersama,..selama ini hanya berjumpa diwaktu hujung minggu je.
Setahun di pahang, aku mohon pertukaran ke Kedah,berjaya..kembali ke Kedah pada 1991. Kelahiran anak sulung pada Disember 1991 semakin menceriakan suasana. Bina rumah sendiri berhampiran rumah ibu bapaku Kini Nurain Izzatie sudah berusia 20 taun dan perkhwinanku pula sudah 24 tahun...segalanya masih baik..malah bertambah baik..aku bershukur kepada Allah kerana walaupun tidak terlalu banyak manisnya ceritaku namun segalanya terurus dengan baik...kebahagian yang dirasai kini semakin menyedarkan aku...ketabahan, kesabaran dan keimanan amat penting dlm sesebuah perkahwinan. Kalau tak sabar rasanya aku tak mungkin bersama orang tersayang seperti sekarang..24 tahun bersama kau suamiku...tidak terasa...terima kasih...walau banyak kekurangan antara kita..namun kesabaran yang kita pegang bersama telah membuktikan segalanya. Buat anak-anak pula,..mungkin cerita ini tidak indah...namun kalian harus jadikan semuanya sebagai pengajaran...semoga kita terus bersama selagi diizinkan Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment