Followers

Monday, May 23, 2011

Tragedi Meruntun hati...


Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat: Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam (22 Mei 2011) apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

“Saya sempat tarik tangan adik selepas runtuhan pertama, namun kakinya tersangkut pada batang besi khemah, saya cuba tarik lagi tangannya tetapi ketika itu saya nampak ada runtuhan batu menuju ke arah kami.

“Masa itu saya terdengar jeritan meminta saya lari menyelamatkan diri. Sambil berlari, saya menoleh ke arah adik saya dan lihat batu besar menghempap kepalanya

“Ketika berlari keluar dari dewan saya meraung kerana teringat apa yang terjadi kepada adik,” kata Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang terselamat dalam tragedi tetapi kehilangan adiknya. Awie yang masih trauma tidak dapat melupakan kejadian yang sekelip mata mengorbankan adiknya, Mohd Riezman Abdul Latif, 9, dan 15 yang lain berkata dia sangat sayangkan adik bongsunya dan sentiasa ke mana-mana bersama, namun semuanya tinggal kenangan.

Ibunya, Intan Anisah Alang, 40, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Kajang, berkata dimaklumkan kejadian itu oleh anak saudaranya sekitar jam 5 petang.

Wajah-wajah ceria di pagi 19 Mei lalu,...mereka semuanya ceria berlatih nashid di sebuah khemah khas...yang akhirnya disapa oleh runtuhan pantas...sesungguhnya tiada seorang jua yang mengetahui ajal masing-masing. Semoga pemergian mereka membawa sedikit keinsafan BUAT KITA SEMUA,..AMIN.

Saturday, May 7, 2011

Malu tak bertempat...

Malu bertanya sesat Jalan...itulah bidalan lama yang paling tepat buat seorang musafir atau sesiapa saja yang baru di sesebuah tempat...Sifat malu adalah sifat terpuji..Sabda Nabi Muhamad s.a.w. "Malu itu separuh dari iman". maka berbahagialah sesiapa yang mempunyai sifat malu..namun kali ini ct terpanggil untuk menulis pasal sifat malu ni...namun ada yang tidak kena jika sifat malu ini tidak bertempat.

Banyak benar sikap dan sifat malu yang tidak kena pada tempatnya...di sepanjang perjalanan kehidupan ct...sudah terbiasa dengan pelbagai peristiwa yang dicetuskan akibat sikap sebegini...antara yang ct alami dan perhatikan ialah:

1. Malu nak mengaku diri tua....maka macam2 aksi dan perlakuan yang tidak sewajarnya terjadi,..rambut yang kian memutih diwarnakan supaya dapat menipu pandangan orang lain agar tidak menganggap dirinya dah berumur..., suntik botox dan kolagen asalkan kelihatan muda walaupun terpaksa menahan kesakitan dan belanja yang mahal.

2. Malu nak libatkan diri dalam masyarakat - ramai yang berasa malu nak ziarah jiran ketika hari raya,..nak dulukan salam jika bertemu,..nak sedekahkan senyum...sedangkan itulah sepatutnya dilakukan.

3. Malu nak bertanya - akibat ego dan tak mahu diri digelar orang lemah,..ramai yang tidak tahu tetapi keberatan untuk bertanya,...sikap ni paling ct geram....

4. Malu nak pegang tangan isteri kat tempat awam..- biasanya lelaki kalau ada malu macam ni memang tak ikhlas sayang isteri...malu konon,...benciiii.

5. Malu nak bawa ibu atau bapa jalan-jalan - memang anak tak kenang budiiii....

6. Malu nak tegur jika terlihat keburukan - sikap ni dah jadi macam tabiat ramai orang,...tiada kekuatan nak menegur walaupun sepatutnya ditegur,..contohnya bila tengok remaja berpeluk,..bole lihat je..eeeee...

7. Malu nak kerja sendiri - contohnya berniaga di pasar malam, Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?



Sebenarnya banyak le lagi yang ct lihat,..sikap dan sifat malu tak bertempat berlaku di sekeliling kita,..dilakukan oleh kita dan orang-orang keliling kita..sentiasa ada. Kalau ada la yang bersikap macam ni,..kena ubah le...biar le malu bertempat suapaya kena dengan syariat...ok ct malu bertempat ye...

Friday, May 6, 2011

Sempurnakan matiku Ya Allah

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian,..macam-macam cara kematian yang selalu kita lihat, mati terbakar, mati kemalangan, mati bunuh diri, mati ditembak, mati dibunuh kejam sehinggalah cara mati yang sangat syahdu seperti mati ketika bersujud, mati dalam tidur, mati ketika bersolat, mati dalam masjid, mati di Mekah dll.
Bagiku,..melihat suatu yang melibatkan kematian, selalu terbayang liang lahad yang sedang menanti...selalu terbayangkan jasad sendiri yang akan dikebumikan,..dan seterusnya melalui detik2 yang mengerikan di alam barzakh...apakah aku selamat di sana?
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah,..sempurnakanlah kematianku...ambillah nyawaku ketika aku sedang bersujud kepadaMu...berilah aku kesempatan untuk membayar segala hutang piutangku kepada Engkau dan juga makhluk Allah lainnya,..ambillah nyawaku di saat aku sudah membebasakan jiwa ragaku dari dosa-dosa...
Semoga doaku ini diperkenankan...amin.

Sunday, May 1, 2011

Ku selusuri semula Jejak-jejak kenangan di MPSAH


Mengimbau kenangan di surau yang banyak kenangan....terlalu banyak..


Dulu MPSAH, sekarang IPSAH...lokasi yang sama, penuh nostalgia.


Bahagianyaaaaaa....





Hari ini Hari pekerja...cuti umum ini aku ambil kesempatan untuk menjejak semula tempat yang banyak menimbulkan nostalgia. Pada aku, setiap penghuni asrama pasti tercari-cari semula bebayang silam yang mampu menimbulkan semula bayangan yang suatu masa dulu pernah dilaluinya, begitu jugalah aku...hari ini menjejaki semuala MPSAH (IPSAH) bersama anak2...hubby kena kerja...so drive je la pelan2 bersama memori yang samar2..(sebenarnya IPSAH bukanlah jauh pun, cuma kesempatan tidak memberiku peluang) alhamdulillah sampai jua aku ke sana..dengan rasa berbaur sedih dan terharu,..aku melangkah masuk ke destinasi..teruja...tempat pertama yang aku tuju ialah Bukit Gerko...seronok bercerita kepada nank2 aktiviti dulu-dulu di sini,..mereka sekadar tersenyum...hisshhh anak2 sekarang,..bukannya tahu makna kenangan...geram betullah...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he