Followers

Saturday, March 24, 2012

Puasa menambah power!...


Sejak keputusan SPM diumumkan pada 21 Mac lepas, satu demi satu berita dan artikel mengenai kejayaan pelajar-pelajar cemerlang...pelbagai cerita dan pengalaman mereka belajar diwar-warkan agar menjadi panduan pada pelajar2 lain. Apa yang menarik ialah sebahagian besar pelajar muslim telah menyenaraikan berpuasa sebagai satu sumber kekuatan untuk mereka.....melalui puasa itulah mereka beroleh kekuatan rohani yang mampu menjadikan mereka bertambah power dalam pembelajaran.
Dalam Islam berpuasa dilakukan bagi mendidik jiwa agar lebih lembut dan lunak untuk berbuat kebaikan. Memang telah terbukti,..amalan wajib dan sunat ini mampu dijadikan benteng untuk mendidik jiwa menjadi ikhlas, tabah, sabar, bersyukur dan pelbagai kesan rohani lain yang tidak terungkap.
Aku sendiri dapat merasakan, hari-hariku ketika berpuasa wajib mahupun sunat, segala aktiviti seolah-olah dipermudahkan,..terurus dan lancar serta lebih fokus...maka aku ingin menggalakkan semua pelajar belajarlah berpuasa...insyaallah bertambah power minda anda. yang paling penting adalah orang yang berpuasa disayangi Allah. Jom kita nikmati ibadah puasa...jom.

Friday, March 23, 2012

Hati kita,...kita yang tahu

Hidup kita sentiasa berlari atas jambatan masa...begitu jua hati kita..selalu berubah mengikut masa....hanya kekuatan iman yang dipandu akal sahaja dapat mengawal pergerakan rasa hati agar selalu dalam peliharaan allah.
Duhai hati,..sihatlah engkau dari segala macam penyakit..bebaskan dari segala parasit agar insan yang memilikimu sentiasa dalam redha Allah.
Sengaja kali ini aku berbicara tentang hati...rupanya hati kita tidak sama,..kerapkali kita terpedaya kerana merasakan hati semua insan di dunia ini sama...rupanya tidak sama sekali...selalu saja kita menyangka apa yang hati kita rasa sama dengan orang lain,..lantas kita mudah percaya, kita mudah tertipu...rupanya hati kita,..hanya kita yang tahu.
Hatiku agak tersentuh dengan persekitaran kehidupanku...ada hati-hati yang tidak senang denganku...aku baru tahu...ada hati-hati yang selalu menyalahkan aku, malangnya aku tak sedar...oh hatiku tidak pernah menyangka semua itu...selama ini aku berbaik sangka dengan semua orang. Rasaya aku perlu bermuhasabah selalu...kena ingatkan hati agar jangan berhasad dengki dan iri hati....semua yang berlaku adalah dengan izin Allah.
Aku yakin dengan janji hakiki itu..jadi tak perlulah hatiku ini tercari-cari alasan atau apa saja untuk menyedapkan diri...cukuplah penyerahan jitu kepada Allah...aku tahu mana2 hati yang tak senang dengan orang lain adalah timbul dari hati yang berpenyakit...semoga hati mereka cepat sembuh Ya Allah.
P/S : semoga hati aku semakin tenang dan bersih setelah dicuci dengan pelbagai rintangan dan halangan...insyaallah.

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he