Sejak keputusan SPM diumumkan pada 21 Mac lepas, satu demi satu berita dan artikel mengenai kejayaan pelajar-pelajar cemerlang...pelbagai cerita dan pengalaman mereka belajar diwar-warkan agar menjadi panduan pada pelajar2 lain. Apa yang menarik ialah sebahagian besar pelajar muslim telah menyenaraikan berpuasa sebagai satu sumber kekuatan untuk mereka.....melalui puasa itulah mereka beroleh kekuatan rohani yang mampu menjadikan mereka bertambah power dalam pembelajaran.
Dalam Islam berpuasa dilakukan bagi mendidik jiwa agar lebih lembut dan lunak untuk berbuat kebaikan. Memang telah terbukti,..amalan wajib dan sunat ini mampu dijadikan benteng untuk mendidik jiwa menjadi ikhlas, tabah, sabar, bersyukur dan pelbagai kesan rohani lain yang tidak terungkap.
Aku sendiri dapat merasakan, hari-hariku ketika berpuasa wajib mahupun sunat, segala aktiviti seolah-olah dipermudahkan,..terurus dan lancar serta lebih fokus...maka aku ingin menggalakkan semua pelajar belajarlah berpuasa...insyaallah bertambah power minda anda. yang paling penting adalah orang yang berpuasa disayangi Allah. Jom kita nikmati ibadah puasa...jom.
No comments:
Post a Comment