Antara perlakuan biasa golongan yang suka ambil kesempatan ini adalah....
a. Boss yang gunakan orang bawahan untuk buat kerja peribadinya
b. kawan yang selalu memijak kepala sahabat sendiri
c. saudara mara yang bersikap acuh tak acuh terhadap tanggungjawab kekeluargaan, kalau ada salah seorang anak yang bertungkuslumus menjaga ibu bapa mereka dengan rela...terus dilepaskan beban itu sepenuhnya..
d. anak-anak yang suka mengugut ibu bapa asalkan kehendaknya dituruti ibu bapa,..contohnya kalau nak ke sekolah mesti belikan motor besar dll
Sebenarnya banyak cuma tak mampuu nak senaraikan....moralnya kalau kita terdiri dari golongan ini sedarlah bahawa sikap kita amat menjelekkan, bukan saja dibenci manusia malah dilaknat para malaikat dan akan diberi balasan yang setimpalnya di akhirat kelak kerana kita telah menyakiti orang lain. Aku berdoa semoga aku bukanlah dari golongan ini..insyaallah.
1 comment:
ya...saya setuju sangat..memang ada yang jenis begitu..bagi betis nak peha pun ada..ingat nak tolong sesikit..sekali kena buat semua..aihh bikin panas kan
Post a Comment