Followers

Wednesday, October 10, 2012

Zikir Harian sebagai pemberat timbangan amal...

Sebagai manusia yang bersifat lemah,..ada kalanya kita terlalai dan terleka untuk menyebut serta memuji Allah...apa kata kita istiqamah untuk perbanyakkan zikir yang mudah dan ringkas...semoga perkara yang ringan ini menjadi timbangan yang memberatkan pada hari akhirat nanti...insyaallah..

JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI,
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.

ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI,
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.

SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI,
SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.

KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.

PMR adik....

Hari ini dah masuk hari ke 2 peperiksaan PMR berlangsung,..pada tahun ini anak bongsuku Nurain Athirah menduduki peperiksaan ini bersama rakan-rakan yang lain di Sekolah Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas....sebelum  tu..pada Ahad bersamaan 7 Oktober lalu,..Majlis Bacaan Yassin diadakan di surau sekolah..sebagai guru aku turut mendoakan anak2 didikku dan sebagai waris aku hadir sebagai ibu untuk mendoakan kejayaan "adik"...

he he..tudia...cap ibu dan anak..
Semoga adik berjaya mengulangi kejayaan abang dan kakaknya..insyaallah...esok pula 11 Oktober birthday adik..semoga adik berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..amin.

Tuesday, October 9, 2012

Hempeduku berbatu rupanya...

Aku sedari sejak kebelakangan ini aku kerap mengalami sakit di bahagian perut sebelah kanan tertutamanya selepas mengambil makanan berlemak,...di sepanjang bulan September 2012 ini sudah 4 kali aku diserang penyakit yang sama...aku mula mencari sebab dan jawapan permasaalahan ini dengan melayari internet. Sangkaku tentulah berkaitan dengan dengan appendik kerana aku memang suka makan sambal belacan....malah ramai yang kagum melihat betapa berlambaknya sambal belacan yang aku ambik bila makan di kantin sekolah...he he
Sambal belacan kegilaan....
Kemuncak kesakitanku berlaku pada 3 Oktober lalu, semasa sedang berkursus,...aku meminta keizinan untuk pulang awal dan terus ke sebuah klinik swasta berhampiran...setelah menyoal serba sedikit, doktor memberitahuku kemungkinan aku diserang penyakit batu dalam hempedu...! Hahhhhh...terduduk aku...apatah lagi sebelum ni,..seorang rakan guru dari sekolahku telah menjalani pembedahan membuang hempedu akibat penyakitt yang sama... aku mula cemas bila mengenangkan kata-kata doktor penyelesaiannya ialah terpaksa menjalani pembuangan hempedu.

Seterusnya 2 hari selepas itu aku menjalani pemeriksaan rapi di hospital kerajaan pula, memang disahkan oleh doktoor yang bertugas tentang adanya batu dalam hempeduku...dalam masa yang sama aku terusan menelan ubat tahan sakit yang diberikan...dan hari ini 9 Oktober aku dirujuk ke bahagian Klinik pakar Sultanah Bahiyah Alor Setar dan memang sahlah kenyataan itu...Aku redha...dan hari ini juga doktor menetapkan tarikh untuk dibedah.....nak tahu bila lambat lagi,..bulan Februari 2014 nanti...aku bersyukur juga kerana jangka masa yang lama ini membolehkan aku akan berusaha secara alami atau rawatan alternatif lainnya...aku juga kini berhati-hati bila nak makan...dan moral of this story adalah "Sudah sampai ketikanya aku disedarkan oleh Allah dengan sebab penyakit ini agar aku menjaga kesihatanku dengan lebih sempurna,"...selama ini cikgu siti cakap tak serupa bikin kut..ye lah kalau nasihattkan pelajar pandai pulak berhujah tentang menu sihat..tetapi diri sendiri..terabai...itulah pasal...apapun aku bersyukur....alhamdulillah...

Inilah rupanya alat ultra sound yang telah berjaya mengesan batu yang menyebabkan aku sakit perut selama ini...

Doktor juga menyarankan agar aku banyak meminum air kosong serta mengelakkan makanan berlemak..inilah hikmah Allah...selama ini aku makan aje apa yang aku makan...kadang-kala bangga sebab masih bebas dari gejala penyakit yang banyak menyerang rakan-rakan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung...pada pendapatku aku sihat...sehinggalah kini aku menerima kenyataan ini...aku tidak seperti yang aku fikirkan...terima kasih Ya allah....ujian ini menmyedarkan aku bahawa diri kita adalah apa yang kita makan...ada faham ke cikgu siti?


Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he