Followers

Wednesday, November 9, 2011

Bila kita diumpat,..senyumlah..


Kadangkala kita mengumpat,..kadangkala jua kita diumpat..apa yang harus kita perbuat?
mula-mula kita selidiki umpatan itu samada benar atau sekadar cerita dongeng...ha ha...kalau tak betul, ringankanlah mulut untuk tersenyum dan melafazkan alhamdulillah...mengapa ye...nak ucapkan alhamdulillah....sudah semestinya la...sebab kita waktu itu sedang dihujani oleh ganjaran free...kemudian senyumlah sampai ke telinga..

Hati pula mesti redha,..berilah kemaafan kepada mereka yang mengumpat itu,..mereka tidak tahu...sebab itulah umpatan berlaku..

Sebaliknya jika umpatan itu terkena batang hidung anda,..terimalah segalanya dengan berlapang dada,..buatlah perubahan untuk kebaikan dan kemudian berserahlah kepada Allah. insyaallah umpatan itu mendatangkan seribu hikmah..percayalah.


Sunday, October 23, 2011

Sunday, October 16, 2011

Kesan Pornografi Terhadap Otak..

Ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”

Fikiran mengenai seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya

Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual. Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :
a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.

Inilah info yang ingin kusebarkan kembali setelah aku membacanya dari sebuah web...sama2 kita awasi diri sendiri dan ahli keluarga dari gejala ini. Sesungguhnya kita tak mungkin dapat lari dari gejala di zaman global ini, namun sebaiknya kita ada alternatif bagi mengelakkan diri kita terseret ke lembah hina ini.

Saturday, October 8, 2011

Sadis...Aku tak dapat terima. kenyataan ini...


Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hariApa nak jadi ni?? Hatiku,..apatah lagi persaanku langsung tak dapat menerima berita dari Harian Metro hari ini...Ya Allah...


KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksa
an.

****Bayi berusia 23 hari..?...****aku tidak mampu bersuara lagi...airmata sahaja yang jadi saksi betapa pedihnya hati...

Gurindam Solat

Saban hari kebelankangan ini,..aku merasa terhibur amat dengan kawan-kawan FB yg pandai berbahasa,...setiap hari ade je yang tag aku dengn kiriman bahasa yang indah...didatangkan dalam bentuk pantun dan gurindam..indah bersulam bahasa...apa sahaja peristiwa yang istimewa pasti menjadi habuan cerita...aku cuma mampu kagum ...terima kasih tidak terhingga...

Berikut adalah salah satu dari kiriman bahasa indah yang aku terima...kutitipkan di sini sebagai penghargaan buat mereka dan peringatan buat semua..dalam seloka sama-sama kita bermuhasabah.


Tajuk : Gurindam Solat.


Fajar sadiq Allah ciptakan,

di situlah solat subuh diperingatkan.

Solat dengan seribu kebaikan,

aura pagi Allah sertakan mengiringi sepanjang perjalanan.

Solat subuh solatnya Nabi Adam,

bersyukur kepada Allah terlepasnya kegelapan malam.

Solat zuhur solatnya Nabi Ibrahim,

solat bersyukur keberkatan dikirim.

Solat asar solatnya Nabi Yunus,

bersyukur terlepas dari perut ikan paus.

Solat maghrib solatnya Nabi Isa,

bersyukur kepada Allah terselamat fitnah dunia.

Solat isyak solatnya Nabi Musa,

bersyukur terlepas daripada kesedihan melanda jiwa.

Hamba Allah yang bersolat,

tanda hamba yang mensyukuri segala nikmat.

Allah berjanji kepada hambanya yang mensyukuri nikmat diberi,

ganjaran berganda didamaikan hati menanti pasti.

Kasih sayang Allah kepada hambaNya yang bersolat sangat tinggi,

diselamatkan kehidupan dunia dan akhirat daripada hati yang mati.

Nukilan:Rahmat Salihon

30 Jun 2011 - Khamis

3.45 pagi

Sunday, October 2, 2011

Miskinkah kita?...

Atas dasar kemiskinan yang melampau,...ramai kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai buruh walaupun mereka memiliki kudrat yang lemah.

Kemiskinan yang melanda ramai umat Islam di dunia ini mungkinkah kerana mereka malas berusaha?

Kisah dan Tauladan (Hayatilah kisah ini, semoga menjadi panduan berguna)

Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad kerana ingin meminta bantuan.Beliau berasal daripada kaum Ansar dan miskin.

"Wahai utusan Allah,saya memohon bantuan daripada tuan sedikit wang untuk saya dan tanggungan saya,"kata lelaki itu.
"Adakah di rumah saudara tidak mempunyai apa-apa?"tanya Nabi Muhammad.

"Saya hanya mempunyai sehelai tikar kain untuk kami duduk dan beberapa gelas minuman,wahai kekasih Allah,"jawab lelaki Ansar itu kehairanan.mengapa pula Nabi Muhammad bertanya berkenaan barang-barang yang ada di rumahnya sedangkan beliau hanya memerlukan sedikit wang daripada Nabi Muhammad,tidak lebih daripada itu.

"Bawakan barang-barang saudara itu kepada saya,"kata Nabi Muhammad meminta lelaki itu membawa barang-barang yang ada di rumahnya kepada beliau.
Lelaki itu mentaati perintah Nabi Muhammad lalu beliau berjalan pulang ke rumahnya.Beliau masih memikirkan tujuan Nabi Muhammad menyuruhnya berbuat demikian. Sambil berfikir,tanpa disedari beliau sudah sampai ke rumah. Diambilnya sehelai tikar yang dibuat daripada kain serta beberapa gelas minuman.Kemudian beliau berjalan kembali bagi menemui Nabi Muhammad.

Beliau menyerahkan barang-barang itu kepada Nabi Muhammad.Lelaki itu tetap dalam kebingungan.Beliau masih tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan barang-barang itu.

Nabi Muhammad mengambil barang-barang itu dan bertanya kepada beberapa orang sahabat yang berada bersama-samanya,"Siapakah antara saudara yang ingin membeli barang-barang yang ada pada saya ini?" tanya Nabi Muhammad.

"Saya ingin membelinya dengan satu dirham,"jawab seorang sahabat.
"Siapa yang mahu membelinya lebih daripada satu dirham?"Tanya Nabi.
"Saya ingin membeli kesemuanya dengan dua dirham!'sambut seorang sahabat yang lain.

Nabi Muhammad pun memberikan barang-barang itu kepada sahabatnya yang mahu membeli dengan dua dirham.Selepas wang dua dirham diserahkan kepada Nabi Muhammad,beliau memanggil lelaki Ansar yang kehairanan itu.Lelaki Ansar itu berfikir,sudahlah beliau orang miskin,Nabi Muhammad pula menjual semua harta-harta yang tinggal sedikit itu.Tetapi beliau tidak menyuarakan kehairanannya kerana menghormati Nabi Muhammad.

mendengar namanya dipanggil oleh Nabi Muhammad,lelaki itu segera menghampiri beliau.

"Ambil satu dirham ini.Wang ini saudara belikan makanan untuk anak-anak dan isteri saudara.Kemudian satu dirham lagi ini,saudara pergi kepasar dan belikan kapak.Bawa kapak itu kepada saya,"kata Nabi Muhammad.

Lelaki yang kebingungan itu bertambah bingung.Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam fikirannya.Namun beliau tetap tidak membantah arahan Nabi Muhammad.

"Baiklah,wahai kekasih Allah,"kata lelaki itu.

Diambilnya wang dua dirham yang diserahkan oleh Nabi Muhammad.Kemudian beliau pergi kepasar membeli makanan dan sebilah kapak yang tidak mempunyai pemegang.

Sebelum pulang menemui Nabi Muhammad,beliau singgah ke rumah memberikan makanan yang dibeli tadi kepada isteri yang sedang menunggu beliau.Isteri beliau terlalu gembira sehingga menangis kerana mendapat makanan itu.Lalau isteri beliau membahagi-bahagikan makanan itu kepada nak-anaknya.Lelaki itu memerhatikan gelagat anak-anaknya yang sedang menjamah makanan.Beliau berasa sedih dan sebak melihat anak-anak yang sudah beberapa hari tidak makan.

Kemudian lelaki itu pergi menemui Nabi Muhammad bersama kapak yang tidak mempunyai pemegang itu dan diserahkan kepada Nabi Muhammad.Nabi Muhammad mengambil kapak itu lalu mengikatnya dengan sebatang kaya sebagai pemegang.Apabila selesai,beliau memberikan kapak itu kepada lelaki Ansar tadi.

"Pergilah saudara ke dalam hutan.Carilah kayu-kayu kering dan bawa kayu-kayu itu ke pasar bagi dijual sebagai kayu api.Saudara jangan kembali ke sini berjumpa dengan saya selama 15hari,"kata Nabi Muhammad.

Tanpa banyak bersoal jawab,lelaki itu terus pergi ke hutan.Dicarinya kayu-kayu kering,kemudian dipotong kecil-kecil,lalu kayu-kayu diikat dan dibawa ke pasar bagi dijual.Begitulah kerja lelaki Ansar yang miskin dan taat pada arahan Nabi Muhammad.Beliau melakukan kerja itu selama 15hari.Pada hari yang ke-16,beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad bersama-sama dengan wang jualan hasil kerjanya sebanyak 10 dirham.

Sambil tersenyum gembira,lelaki itu menyerahkan wang 10 dirham kapada Nabi Muhammad dan berkata, " Wahai kekasih Allah,teirmalah 10 dirham ini. Wang ini saya peroleh hasil kerja-kerja yang saya lakukan atas perintah tuan dahulu."

"Ambillah wang itu dan belanjakan dengan sebaik-baiknya.Pekerjaan saudara ini lebih baik daripada saudara datang pada hari kiamat nanti dengan wajah yang mempunyai titik-titik hitam.Meminta-minta itu tidak baik kecuali orang yang sangat miskin,orang yang mempunyai hutang yang banyak dan orang yang mempunyai tanggungan diyat," kata Nabi Muhammad memberi nasihat kapada lelaki itu.
* Begitulah apa yang seharusnya kita perbuat. Kemiskinan bukan alasan untuk meminta-minta. Allah pasti memberi ganjaran kepada yang berusaha.


Saturday, September 10, 2011

sekilas antara Malaysia dan Somalia.

..dunia kita di Malaysia menjadi berbeza amat dengan Somalia..Di bulan Syawal ini, di mana-mana sahaja ada jamuan raya,...(teringat aku kepada penduduk Somalia),..di sini makanan melimpah ruah,..penuh se meja,..(di sana ayaq paip pun tak de...hujan pun tak mau turun)..di sini, Rumah terbuka setiap masa,..ada sentiasa..sehingga naik rimas tak terkejar...(kat sana, rumah memang dah terbuka,..berbumbungkan langit semata...).
Malaysia yang kaya dan makmur,..makanan melimpah ruah...sedangkan bumi Somalia semakin gersang,..rakyat kita sakit kerana terlebih makan namun di sana mati tiada makanan,..mati pun tidak berkapan!

Sekeping gambar berbicara....membawa pelbagai persoalan.

Seorang kanak-kanak dan seekor burung helang,..kedua-duanya makhluk Allah...masing-masing mempunyai qadarnya sendiri. Si kecil ini sedang menunggu masa untuk meninggalkan bumi Somalia yang kejam padanya,..bumi yang tidak lagi sudi menerbitkan buahhan dan tanaman...si helang juga menunggu...setia untuk mendapatkan rezekinya...masyaallah...

Wednesday, August 31, 2011

Fenomena Hari Raya...dilema...!!

Alhamdulilllah,..beraya sudah kita ye,..setelah melepasi Ramadhan,..Syawal membawa sinarnya untuk kita..dengan rahmat Allah bersamanya..
malam raya,..selepas shaja diumumkan pengesahan oleh Penyimpan mohor raja2,..maka bersemaraklah segala rancangan hiburan,..aku termenung jauh,..hiba benar rasa di hati,..baru sahaja melepasi ramadhan,..yang penuh ketenangan dan kesederhanaan tiba-tiba beralih arah...astaga..,dilema betul...



Terus mencuba mempertahankan benih-benih kemanisan iman yang dipupuk sepanjang Ramadhan,..tinggalkan TV sambil berpesan kepada anak2 agr beraya dengan cara yang betul agar tidak hilang segala pahala yang dikumpul sebulan...
Isnin,..30 Ogos,...Aidilfitri tiba jua,..sepanjang malam cuba bertakbir dan bertahmid..namun hanya sendirian,.tidak berteman..anak2 leka melayan FB mereka,..ahhhhh gerammmm
Terfikir kini,..bagaimana raya yang betul,..apa yang difahami ialah,..saling menziarahi dan bermaafan...tapi fenomena sekarang,..sangat menyedihkan,..hiburan raya menjadi santapan...dilema....mungkin diri sendiri dapat dikawal namun persekitaran,,,anak2,..dan masyarakat macam mana?...semoga Allah memberi kemudahan untuk kita kembali merayakan Aidilfitri sesuci fitrah Ilahi..insyaallah..

Saturday, August 13, 2011

menangislah untuk ramadhanku yang kian menjauh..

Menangislah, Jika itu bisa melapangkan gundah yang mengganjal sanubarimu.
Bahwa Ramadhan sudah bergegas di akhir hitungan.
Menangislah,Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir.

Menangislah, Allah tak menjanjikan apa-apa untuk Ramadhan tahun depan,
apakah kamu
masih disertakan, sedangkan Ramadhan sekarang cuma tersisa beberapa belas.
Menangislah untuk Ramadhan yang kian hilang, bersama nostalgia yang terus tumbuh bersama usiamu.

Menangislah, Untuk dosa-dosa yang belum juga diampuni, tapi kamu masih juga menambahi dengan dosa baru. Menangislah. Dan tuntaskan semuanya di sini, malam ini. Karena besok waktu akan bergerak makin cepat,

Ramadhan semakin berlari. Tahu-tahu sudah sepuluh hari terakhir dan kamu belum bersiap untuk itikaf. Dan lembar-lembar quran menunggu untuk dikhatamkan.

Menangislah Sekarang, atau mungkin tidak bisa sekali lagi bersama Ramadhan yang kian menjauh pergi..menangislah.…

Wednesday, August 10, 2011

Biarkan Ramadhan itu sepanjang tahun..


Kini sudah melewati 10 Ramadhan,..bahang puasa sudahpun menampakkan hasilnya..ramai para pelajar yang mula mengantuk dalam kelas..ahhh...alasan saja tu...bagi aku










Ramadhan sangat bermakna kerana:
1. Hariku lebih tenang,..tidak perlu fikirkan makan atau nak ke kantin...
2. Balik sekolah dengan jiwa merdeka dari fikir nak masak...
3. ada masa untuk baca quran
4. merasa kuat untuk bangun sahur....
5. kerap ke masjid..
Itulah antara yang aku rasakan,..memang betul,..jiwa lebih tenang di bulan Ramadhan..ingin rasanya sepanjang tahun biar seperti Ramadhan saja...fikiran lebih fokus dari berfikr dan buang masa di dapur...legaa..
alhamdulillah juga..anak-anak tidak cerewet nak makan itu ini,..sekadar apa yg ada..amin.
itulah keindahan ramadhanku..semoga aku mampu jadikan bulan-bulan seterusnya sebagai ramadhan jua..

Thursday, August 4, 2011

SOLUSI - ubat minda terbaik



Solusi yang kini menjadi solusiku,..
ubat mindaku,
dekatkan aku yang dulu jauh,
rapatkan aku pada yang dulunya renggang,
membacanya membuatkan jiwaku tenang.
jom kita baca solusi...isu terkini mengenai pengisian ramadhan...sama-sama kita santaikan diri dengan solusi...tidak terlalu berat untuk difikirkan...cuma keinsafan menerjah pemikiran..carilah solusi.

Friday, July 29, 2011

Sebaik-baik puasa adalah yang diterima Allah,..tanda-tandanya ialah...

TANDA-TANDA PUASA YANG DITERIMA ALLAH
1. jiwanya merasa lebih bersih dan ikhlas
Dalil: " Tiap-tiap amal Bani Adam untuknya kecuali Puasa, ia untuk-KU" (Bukhari-Muslim), apakah anda merasakan anda-anda benar berpuasa dengan penuh Ikhas sebagaimana mafhum hadith itu?

2. Fizikal anda bertambah sihat dan jiwa anda amat bahgia selepas 30 hari berpuasa.
Dalil: "Orang yang berpuasa merasai dua kebahgiaan: bahgia ketika berbuka dan ketika bertemu Allah dan ia berbahgia dengan puasanya." (Bukhari-Muslim)
Jika anda merasa damai dan bahgia, maka ia 30 hari yg sukses.

3. Puasa melakukan suatu kejutan dan perubahan kepada rutin dan kebiasaan seseorang dan memasukkan jatidiri atau membina perisai.
dalil: "Puasa adalah perisai dari sekelian banyak perisai orang mukmin." HR Tabrani disahihkan oleh al-Albani dalam Sahihul Jaami'

4. Kendurnya gelora seksual seseorang.
Dalilnya: "Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu diantara kamu, maka menikahlah, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. B/siapa tidak mampu, bepuasalah..kerana ia adalah perisai." Bukhari

5. Tajamnya perasaan kita terhadap nikmat Allah dan kita menjadi lebih bersyukur.
Dalil: Nabi menggambarkan kehidupan hariannya walaupun status insan pilihan memilih untuk lapar sehari dan kenyang sehari (puasa Daud)...baginda menjelaskan kenapa," bila aku lapar, aku merendah diri dan berzikir kepada-Mu, bila aku kenyang, aku memujiMu dan bersyukur." {HR Ahmad dan Termidzi, tapi sayang dinilai dha'if oleh al-Albani}

6. Gabungan dari semua itu, puasa membawa puasawan menjadi lebih TAQWA. Dalil: QS 2:185 (agar kalian bertaqwa)

Tapi pastikan bila anda menjalani madrasah 30 hari, anda kena periksa banyak mana INPUT atau usaha yang anda lakukan spt:

a. menjaga sunnah2 puasa
b. menghindari omong2 kosong dan yang sia-sia
c. tarawih
d. tahajjud
e. derma/sedeqah
f. i'tikaf 10 terakhir
g. tilawah, dll

****** semoga puasa kita kali ini diterima Allah,..jom check sendiri nanti...
- suber dari Jabatan Agama Islam Seberang Prai.-

Monday, July 25, 2011

Julai dalam kenangan...

Julai 2011 kian mengensot pergi...
membawa bersamanya pelbagai suka duka kehidupan.

4 Julai - Birthday suami. Kami berkongsi tarikh lahir yang hampir sama...

5 Julai - hari lahirku...terima kasih kepada sesiapa sahaja yg memberi ucapan dan hadiah walau tidak pernah kupinta. Terima kasih teramat sangat atas ingatan anak2 didik kelas yang mengadakan majlis untukku...





17 Julai - suamiku dimasukkan ke wad untuk dibuangkan batu karangnya..maka tidurlah ia di wad selama 3 malam. Hari yang sama juga satu insiden yang memualkan berlaku,..bila anak gadisku yang sedang gatal tangan dan gila stereng menyebabkan kerosakan yang agak beribu juga..

24 Julai - Aku membakar 2 biji kek coklat yang ku ambil resepinya dari internet...aku malu sebenarnya nak bawa kek tu ke jamuan kelas seperti yang kijanjikan pada semua pelajar keran kek tu cacat..he he...tapi selepas ramai yang makan memuji sedappp...aku terasa nak buat lagi ...



25 Julai - aku MC dan tidak hadir ke sekolah...demam selesema makin menjadi2..batuk sampai sakit tekak...alhamdulillah dah lama tak demam..mungkin nak sambut ramadhan ni...

Antara Gejala demam selsema yang aku alami adalah seperti di bawah:
* Tekak yang kering
* Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
* Hidung tersumbat
* Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
* Batuk-mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
* Suara parau-suara kasar dan parau kerana korda vokal (peti suara) membengkak.

Selain itu aku juga mengalami.
* Mata rasa kepanasan sedikit
* Hilang deria bau dan rasa.
* Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
* Demam.
* Sakit-sakit badan.

27 Julai
Menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Tahniah untuk diri sendiri...dah 20 tahun mengajar,..baru kini cemerlang,..adakah selama nin aku tak cemerlang?...biarlah diri sendiri yg jawab kan kerana hanya kita dan Allah jua yg arif tentang diri sendiri...semoga semakin cemerlang di dunia dan akhirat..
****Julai belum selesai...

Wednesday, July 20, 2011

Hati tidak tenang?,..apa sebabnya?

Kerapkali hati kita selau merasa tidak tenang dan tenteram kan?...apa sebabnya ye.. Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

  • Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
  • Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
  • Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana IA memiliki sifat ketuhanan.
  • Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat DLL. Dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan IA tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
  • Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak….lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! Yang dikatakan harta atau rezeki Kita bila IA dipakai atau digunakan oleh Kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki Kita. (mungkin Ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan
  • Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
  • Ego- ibu segala mazmummah jadi IA membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
  • Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika IA dipuji, IA akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, IA akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau Kita riak..takabbur dgn aper yg Kita Ada..
  • Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Biler mati cuma bawa amalan Dan DOA anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat IA merupakan barang buruan Dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati Dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi Dan akhirat dibawa mati.

Saturday, July 9, 2011

Terima kasih.


Happy Birthday mama....itulah yang tertulis di atas kek yang sederhana,..tidaklah cantik sangat decorationnya,..tiada berlilin,..namun semua tu menjadi simbol ingatan,...terima kasih anak-anak didikku,..tidak pernah ku pinta untuk ini,..kalian bertindak sendiri...aku amat bersyukur dan jauh di seudut hati..aku bangga kerana masih diraikan di hati kalian semua ..pelajar kelas 2A1 SMK Syed Mohamed Al-Bukhary 2011.



Thursday, July 7, 2011

Apa nak jadi ni..?

Ya Allah, apalah nak jadi ni,..dah selalu sangat dengar ayat ni,..kat mana2 pun boleh dengar, kat mana2 pun selalu keluar,..terutamanya apabila melihat tajuk berita di Harian Metro...betul kan..ha ha..ayat ni sinonim sangat dengan kita, mungkin keluhan,..mungkin jua rungutan,..mungkin jua tak puas hati...dalam dunia hari ini,..ramai sangat yang tertekan...
Bagi ct,..ayat ni selalu keluar dari mulut ct waktu dalam kelas...terutamanya kalau reaksi pelajar dah tak boleh saman.."Heiii...kamu ni nak jadi apa 5 tahun lagi?"...lebih kurang macam tu la juga..he he.
Tetapi hari ni,..saat ni..ct tanyakan semula diri sendiri dengan soalan yang sama..apalah nak jadi dengan aku ni?..mungkin aku dah mula boring dengan rutin harian,..mungkin jua aku rasakan hidupku kini tak banyak berubah,..mendatar tanpa sebarang ledakan atau apa sahaja yang boleh mendesak untuk mengubah jadual...tak pasti,..kadang2 teringat...sampai bilakah aku boleh bernafas lagi,..adakah aku sudah bersedia dan rela untuk saat yang penamat itu?...
Apakah aku akan hidup 5 tahun lagi?..Siapalah aku untuk memberi jaminan itu?..entah esok atau lusa..bersediakah aku..belummmmm...aku belummmmm bersedia,..Ya Allah apalah nak jadi...saban hari masa tersisa sedikit cuma untukmu..ke mana masaku,..entah...tak tahu,..yang pasti...hari biasa di sekolah..hari cuti kat rumah..
Apalah yang aku cari?...yang pasti..aku sedar masih banyak yang belum pasti,..masih panjang perluku berlari..dan masih abnyak perkara perlu dilunasi...Ya Allah apalah nak jadi...so akhirnya..Ya allah..jadikan diriku manusia yang masih sempat mengingatimu tatkala waktu susah dan senangku...aminnnn..

Wednesday, June 29, 2011

Israk Mikraj,,sekadar cuti bersantai?

Cuti lagi,..sepanjang hari berkemas dan bersiap untuk program lawatan ke Melaka,...sambil2 tu aku bermuhasabah,.cutiku hari ini dihabiskan untuk urusan duniaku,..sedikit benar masa seharianku..dapat digunakan untuk menambah ilmu..sibuk sungguh,..maka aku pun sempat sms pada anak2 agar menyempatkan diri mencari ilmu dan info berguna sebelum masa mencemburui seperti yang aku alami sekarang...
Dari tinjaun kendiri, ramai yg bersantai hari ini,..ada yang tak tahu kenapa bercuti dan bila dikabarkan sempena hari kebesaran Islam, diwajah tergambar kekosongan,...seolah2 tidak memahami makna hari ini....aku sedih benar,..tapi nak kata apa lagi,..bila aku test ilmu anak2.....mereka juga kurang faham,..sekadar menjawab Israk Mikraj tu adalah pengembaraan nabi Muhammad s.a.w ke langit untuk menerima perintah Allah terutamanya dalam ibadah solat...sebiji macam buku teks...tak de penambahan..so pi mai2 dok tang tu la juga...
aku masih mampu menginagti cerita israk mikraj yang telah didengar sejak puluhan tahun lalu...waktu itu usia baru 7 tahun, dibawa ke suarau oleh nenek,..yang aku ingat,..hatiku jadi kecut bila dicritakn bab nabi di bawa melihat siksaan dalam neraka...kebnyakannya wanita,..masih terngiang suara ustaz itu...mungkin masa tu kehidupan serba kuno dan tidak ada banyak alatan moden yang menyusup masuk seperti hari ini. Kesian aku kalau fikrkan betapa generasi baru saban hari diterjah oleh pelbagai godaan duniawi yang mengcengkam diri dan nilai iman....yang aku akui,,generasi lama masih terpelihara jiwa dan minda berbanding zaman kini...apapun aku berdoa semoaga Israk dan Mikraj ini menjadi pemangkin kepada sebuah perjalanan hidup yang lebih suci...insyaallah.

Friday, June 24, 2011

lagi-lagi cukai,...tension!

Baru je bulan lepas settlekan cukai tanah yang tertunggak 4 tahun,...dekat rm 500 jugak le...bukan tak nak bayaq tp tak pernah dapat apa2 makluman pun dari pejabat tanah,..aku pun diam je la..tup tap2,..kerajaan kedah la ni korek punya korek,..sampai la kat ct satu notis,..kena bayaq segera dalam tempoh 14 hari...sesekali macam nak menjerit...habih ranap gaji ct bulan lepas,...
bulan ni pulak kena settle cukai pintu la pulak,..setahun dekat rm 500 jugak..
Sekarang ni, kalau gaji 3 ribu,..dah jadi orang miskin le...kadang2 nyesal gak beli rumah ni, dah le separuh bayaq untuk setiap bulan, macam2 cukai pulak dikenakan,...yang lawaknya semua cukai ada, cukai longkang dan parit pun ade tapi selama ni tak de la pulak orang yang datang nak cuci pun..
tu baru cerita cukai,..belum lagi bab lain,,,,kadang2 ct rasa tak nak keluar rumah,..apa taknya, kalau keluaq rumah mesti terbang juga sekeping dua...hakikatnya,..sejak beli rumah ni,..kewangan ct agak ketat...bak kata orang,...selalu sesak...nasib baik le yang lain2 tu ada yang settle...makan, kereta, perbelanjaan harian...alhamdulillah.
Insaf juga le bila kenangkan bagaimana peritnya kehidupan manusia lain yang lebih susah,..jadi ct kena bermuhasabah dan cuba amalkan gaya hidup sederhana..itu pilihan yang ada. Insyaallah.

Saturday, June 18, 2011

Babi,...senjata ampuh untuk lemahkan umat Islam.











Hari ini, babi atau khinzir amat sinonim dalam keperluan harian umat Islam terutamanya barang makanan, saban hari makin banyak yang kita ketahui...kadangkala terfikir,..mengapa kita diasak begini hebat,...Ternyata musuh islam akan berbuat apa sahaja bagi melemahkan umat Islam maka mereka kini menjadikan barangan keperluan dan makanan sebagai satu saluran yang boleh melemahkan minda umat Islam.

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he