Followers

Thursday, July 2, 2009

Aku semakin tertekan...

hari-hari yang mendatang akan penuh dengan kesibukan, kadang kala aku tertekan. Masa menjadi semakin singkat. semuanya nak disiapkan. Dalam keadaan seperti ini aku perlu bersabar dan meraih kekuatan. Aku sedar dengan doa dan bertawakkal di samping usaha yang jitu sahaja yang mampu selesaikan semuanya. Insyaalllah.

DOA AMALAN UNTUK KESEJAHTERAAN KELUARGA.
Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan keluarga kita. Di samping itu perbanyakkan usaha untuk mencapai kesejahteraan melalui amalan seharian. Insyaallah berkat kesabaran disertakan kemuliaan ayat al quran, keluarga kita akan dilimpahkan rahmat di dunia dan akhirat. Berdoalah dengan keyakinan dan kesungguhan.


1. Ayat penunduk untuk suami/isteri yang bengis dan panas baran. ( Al Hasyr ayat 21)

Amalkan 3X selepas setiap kali solat. Kemudian berdoa “Berkat fadhilat ayat ini, Ya Allah lembutkanlah hati si polan bin sipolan itu”

21. sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

2. Doa memohon rahmat
(Ali Imran ayat 8 dan 9)

8. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

9. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah Yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) Yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

3. Doa mohon zuriat yang baik.
(Ali Imran ayat 38)

38. ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".

4. Doa anak kerjakan solat.
( Ibrahim ayat 40 dan 41)

40. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

41. "Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang Yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

5. Doa anak taat kepada Allah.
(Al Baqarah ayat 128)

128. "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah Kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada Kami syariat dan cara-cara Ibadat kami, dan Terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

6. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang. (Al Furqan ayat 74)

74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

7. Doa anak pandai belajar.
( surah Al Anbia ayat 79)
79. maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum Yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama Dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

8. Doa anak lembut hati,
(surah Al Anbiya ayat 69 serta Al Hasyr ayat 22 dan 23)

69. Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.

9. Doa anak rajin sekolah
(surah Taha ayat 1-5)

1. Taa' Haa.
2.Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.
3. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
4.(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
5.Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

2 comments:

mel said...

bagaimana keadaan ibu kak siti skrg? maaf sy baca keseluruhan diari kak siti dgn ibu & rasa nk tau.. sy cuma sempat menjaga ibu sy sehari sj sepenuhnya sebelum ibu sy pergi menemuiNYA tiga minggu lepas..

siti ajar bt yaakob said...

alhamdulillah, mak akak sihat sekarang, semoga keadaan ini berpanjangan. Mungkin virus masih ada ditubuhnya namun dengan harapan dan doa yang tidak putus2...kemungkinan untuk sembuh semakin tinggi.
terima kasih dik..anyway..akak ucapkan takziah. Ingatlah walaupun bondamu pada zahirnya sudah tiada namun rohnya sentiasa mendambakan simpati dan ikhsan kita yang masih hidup. K

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he