Followers

Tuesday, September 29, 2009

Hidup ini suatu persinggahan je...

Grateful

Fluttering to the ground,
like colorful autumn leafs,
fragile wild birds,
create a serene motif.

Attracted by a tasty feast,
thistle and sunflower seeds.
Cool water in a fountain
fulfilling all their needs.

The vision makes me grateful,
to be just who I am.
Bow my head in silent prayer,
thank you Lord : amen.

Setiap detik yang berlalu adalah waktu yang sudah terlepas dari hidup kita...yang ada hanyalah sekadar masa yang bakal di lalui...mungkin sedetik lagi, sehari, sebulan, bertahun2 namun yang pasti ialah kita wajib bersyukur kerana di saat ini kita masih bernafas. Masih sempat melihat sinar mentari dan cahaya rembulan. Yang penting kita sendiri kenal diri...sedar bahawa kita hanyalah pelancung yang singgah...sementara.

Monday, September 28, 2009

Aku MC hari ni...

Hari ni aku tak ke sekolah kerana Helmi bengkak kaki akibat bermain bola....kesian pulak aku tengok...so aku ambil keputusan untuk bercuti. Helmi ni orangnya "indoor". Jarang nak main bola atau outdoor games...yang dia tau main games dlm rumah...tu lah sekali sepak bola boleh bengkak kaki..he..he.
Bukan aku tak suruh dia keluar beriadah tapi dia ni pelik sikit...dia rela dok dalam rumah..risau tengok....apa2pun aku harap dia akan lebih positif dalam kehidupannya nanti.

Saturday, September 26, 2009

Info Baguih

Alphabetic Facts!
A >> Avoid negative sources, people, places, things and habits.
B >> Believe in yourself.
C >> Consider things from every angle.
D >> Don’t give up and don’t give in.
E >> Enjoy life today - yesterday is gone, tomorrow may never come.
F >> Family and friends are hidden treasures
G >> Give more than you planned to.
H >> Hang on to your dreams.
I >> Ignore those who try to discourage you.
J >> Just do it.
K >> Keep trying no matter how hard it seems.
L >> Love yourself first and most.
M >> Make it happen.
N >> Never lie, cheat or steal; always strike a fair deal.
O >> Open your eyes and see things as they really are.
P >> Practice makes perfect.
Q >> Quitters never win, and winners never quit.
R >> Read, study and learn about everything important in your life.
S >> Stop procrastinating.
T >> Take control of your own destiny.
U >> Understand yourself to better understand others.
V >> Visualize it!
W >> Want it more than anything.
X >> Xcellerate your efforts.
Y >> You are unique of all God’s creations
Z >> Zero in on your target

Posted by Sinchu Haneefa

Know a Cancerian..

If a Cancer has an interest in you, they will drop subtle clues. Don't expect them to be forward, as they don't know how to be.
Since they have a tendency to be old-fashion in beliefs, the perfect date would be tickets to the theater, a romantic restaurant, or a cultural event. As they tend to be romantic day dreamers, and reflect in the past, bring up some old stories so that they can relate some of theirs. Show an interest to this sentimentalist when they bring out their collections or old pictures.

They thrive on admiration and praise. Let them know how much you admire them. Compliments will get you everywhere. Ask their opinion, and be sure to be sincere about hearing their response.
Keep in mind that a Cancerian hates rejection and is extremely cautious about making any commitment. They will try to avoid giving an answer, and whatever you do, don't try to rush them into one.

Usually if the answer is no, they will go to all lengths to avoid the subject. The Cancer has an excellent memory and a jealous nature. Because they can recall situations in their past very easily, it would be a tremendous mistake to ever be insincere to this person.

To them betrayal is devastating, and it will take a very long time for them to forgive, and to top it off, they may never forget. Once emotionally wounded, there will always be a void in the relationship.

Emotional and financial security is of the utmost importance in this relationship. They don't like frivolous spending, since it means a loss of control and security.

If you can give an enormous amount of attention and constant reassurance, you have found the perfect mate. In return you will find Cancer to be affectionate, romantic, sympathetic, imaginative, and quite seductive.

Although they tend to want your complete devotion, if they are in love, they will cherish and protect their partner always

Ain oooo ain

Makin tembam....maklum banyak makan dan tido...haihhh pa nak jadi ni....bawa2 la berdiet sikit....awak tu kan bakal cikgu....nanti murid2 gelak kut...

duit raya Helmi....




Baiasanya duit raya adalah harta tetap pemiliknya....bagi Helmi setiap kali dapat duit raya walaupun tak banyak, (RM 80 je) untuk tahun ni,,,,dia akan simpan dalam SSPN sebagai tabungan masa depan. Mungkin aku topup sikit genapkan seratus, so setiap kali raya bertambahlah simpanan depa.

Kenduri la pulak

Sadam.....anak mizi...si nakal yang tak duduk diam.....anak bongsu mizi adikku. Dah namapun sadam...ganas la. tapi aku nampak dia makin ok...maklum dah besaq.
Jam 12, bersiap semua ke rumah mak untuk berkonvoi....ke rumah pak cik mat....Hari ni kenduri kahwin anak lelaki pak cik iaitu Daud. Sepanjang perjalanan kami dok mengusik si Ipin ni....kami menculiknya naik dengan kereta kami...

Yang shoknya si epin ni ...tak nangis pun....muka baru bangun tido..


Aku sekeluarga, mizi sekeluarga, Teh dengan mak dan abang Fuzi serta umai juga satu kereta, so 3 kereta la semuanya....yang shoknya kat kenduri tu kami boleh dapat aiskerim sebagai pencuci mulut...buatan sendiri pulak tu. dalam perjalanan aku terpesona dengan satu susunan landskap yang penuh dengan bunga2an....rasa macam nak culik la pulak bunga tu....tapi....mana boleh!

Semasa balik kami singgah lagi suatu kenduri iaitu rumah Pak Long ya kat Taman Wira...aku tak makan pun, dah kenyang. banyak benar aku makan kat rumah pak cik tadi...sedap plak lauk dia. sebenarnya lauk macam tu la best, sup dan air asam. tak perlu ayam golek dll. Balik rumah jam 3 petang, Suamiku beregegas nak ke tempat kerja...kesian dia.....




Friday, September 25, 2009

Raya ke 6...santai je kat rumah




Hari ni...lepas subuh, aku bersantai je kat rumah...letih dah. Raya tahun ni agak meriah dari tahun lepas, ramai pula orang mai umah...seronok...so hari ni bolehla bersantai sikit. Merawat mana2 pokok bunga yang bermasalah, membersihkan laman dan selebihnya berinternet...mencari bahan untuk tesis aku...rasanya tak sabar nak habiskan tesis dan menikmati hidup yang lebih bermakna.



Seronok juga bila menatap pokok ros yang berbunga lebat, naik semangat pula nak menanam yang lain lagi...insyaallah...nanti akan bertambah lagi la rose aku...

Wednesday, September 23, 2009

upin dan epin

Huwaimir amzar...upin....wajahnya macam orang Jepun.
Mohamad Rafiqie yang digelar ipin, mirip china la pulak....

Kedua anak saudaraku....aku gelar upin dan ipin, bukannya kembar tapi selang seminggu. Si upin anak abang fuzi dan si ipin pula anak adik Asri. Seronok betul mereka beraya, maklum merekalah bayi-bayi dalam keluarga kami...yang lain semua dah besaq2..

Kenangan bersama keluarga di aidilfitri

Abang Rahim, suami kak ton memang pandai memasak...mamak la katakan...
Hepinya mak bila anak-anak balik dan berkumpul..tiada kegembiraan selain detik ini....apatah lagi setelah mak baru selesai di rawat sebagai pesakit kanser...

Yon, adik bongsuku...kini bekerja di Pulau Pinang bersama isterinya azura. dia adalah anak yang paling manja. Kehadirannya amat dinantikan oleh ibuku,,,,


Azura, isteri Yon...menantu mak yang cantik...




Umi Farah Diyana, anak gadis kak ton. Kini sedang di tahun akhir pengajian ijazah perubatan di Jakarta indonesia, gadis lembut tapi berjiwa tegas.




Hidayat Fahmi, anak teruna kak ton seorang jurutera, bakal kahwin tahun depan.





Suasana barbique di rumah mak pada malam raya ke 2....meriah....





Ayah dan mak, yang hidup bersama selama 5o tahun. Semoga Kami semua dapat menggembirakan kalian berdua seadanya...amin.














Raya ke 4







Hari ini dah msuk hari ke 4 berhari raya, aku dan keluarga berkunjung ke rumah cikgu Tipah, dia buat laksa berkuah lemak. Aku pula sempat membakar 2 biji pizza. Satu di bawa ke rumahnya dan satu lagi untuk kawan2 ain yang berkunjung ke rumah. Semalam (raya ke 3) sempat juga aku menjamu pizza untuk keluargaku. Kak ton, Asri, abang fuzi dan yon berserta mak sempat la merasanya. Puas juga hati ni...ye lah dah hampir 2 tahun aku tidak membakar pizza...aku juga menggoreng cendawan dan masak maggie tom yam..yang shoknya depa sapu licin...



Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya


Gambar aku sekeluarga bersama ayah dan ibu..di hari raya,,,(malam). Mungkin inilah hari raya kami yang paling bersejarah kerana berjaya mengabadikan kenangan bersama kedua orang tua...sebelum ni amat payah nak bergambar...

Saturday, September 19, 2009

Raya yang betul caranya...

CARA MENYAMBUT AIDILFITRI (dari jabatan Mufti Melaka)
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah swt sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:

Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)
Mandi sunat di pagi hari raya
Memakai pakaian baru atau bersih
Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok
Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain
Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid
Solat Sunat Hari Raya
Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.

Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.

Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

Esok hari raya


Akhirnya setelah berpuasa sebulan, penyimpan mohor besar raja-raja pun membuat pengumuman. Hari raya esok hari....ahad 20 September 2009. Seperti jangkaan ramai orang..namun yang aku tak berapa seronok nak dengar ialah dentam-dentum mercun mula bersahutan di mana-mana., sebaliknya ke mana hilangnya gema takbir yang amat kurindukan. Lantas aku cuba ajak anak2 bertakbir...namun sedih juga bila hanya sorang dari tiga yang ikut...akhirnya setelah 10 minit bertakbir,...kami berhenti. aku solat isyak langsung tertidur...bangun je dah pukul 10.00 malam. Kembali berkemas-kemas apa yang patut...Raya kali ni...adalah kali ke 2 di rumah baruku...tiada sebarang hiasan baru...semuanya masih elok. Aku pun tidak berminat nak membazir...yang penting bukannya persiapan namun cara kita menyambut aidilfitri yang sepatutnya diperkemas dengan perbanyakan kesyukuran. Aku berazam perbetulkan keluargaku dahulu...untuk kurangkan masa depan tv dan banyakkan berziarah walaupun aku tahu aku akan berdepan dengan cabaran yang maha besar....Ya Allah perkenankan.

Di saat aku menulis ini, anak-anak semuanya dah tidur...suami baru balik dari mengambil ketupat yang ditempah...memang aku terpaksa membeli kerana kesihatan ibu yang selama ini menyumbang ketupat tidak mengizinkan....biarlah mak...bukan ketupat yang penting...kesihatan mak lebih utama dari segalanya. Kekaguman aku pada ibu walaupun beliau pesakit kanser serius...masih menggagagkan dirinya berpuasa genap sebulan, semoga puasanya diterima alllah dan diberi kesembuhan dari penyakitnya. Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah dan ibu. Esok akan ku peluk dan ku mohon ampun dan maaf dari mereka. Allah hu akbar.

Friday, September 18, 2009

Kesibukan saat akhir aidilfitri


Semua sekolah telah mula bercuti satu minggu mulai hari ini bagi menyambut ketibabaan hari raya, semua masyarakat sibuk membuat persiapan di saat terakhir. Masing-masing dengan urusan yang tidak pernah selesai, walau berkali-kali shopping ada-ada je yang blum puas hati, masih tak mencukupi...itulah persoalan yang terdetik di hatiku saat melihat kesibukan yang ada di mana-mana. Aku naik rimas bila terpaksa bersesak di jalanraya, pusat beli belah...dsbnya...akhirnya aku yang masih tercari-cari persiapan raya membatalkan niatku..biarlah orang lain bersiap dulu,,,nantilah bila suasana menjadi reda sedikit...lagipun jika diturutkan hati...mati.

Dalam hati terasa masyarakat kita hari ini agak salah membuat tafsiran mengenai sambutan hari raya...sepatutnya hari yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, saling berziarah dan bermaafan bagi meleraikan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan....aku sebenarnya cuba terapkan semangat ini dalam famili sendiri namun kurasakan terlalu banyak pengaruh hiburan yang menghalangnya...ada dulu pernah ajak sekeluarga bertakbir dan tahmid selepas mahgrib...dapatlah dalam 20 minit...selepas tu masing-masing bergegas ke depan tV yang sibuk juga memanggil manusia menonton rancangan sajian yang istimewa (kononnya)...tak berjaya juga le...apa-apapun aku harus tabah dn bersabar...insyaallah malam esok aku akan cuba lagi....

Esok Sabtu 19 hb September bersamaan 29 Ramadhan....adalah hari akhir bagi (mungkin tidak) untuk kita semua berpuasa...hari ini semakin sedih...tak dapatla lagi aku nak lapangkan masa siangku lagi, tentulah aku akan kembali sibuk untuk memasak kembali....menyediakan sarapan dll....alangkah indahnya kalau berpuasa terus!

Namun aku bertekad akan sedaya upaya banyakkan puasa sunat nanti.... insyaallah

Wednesday, September 16, 2009

Menyentuh hati kecil ini...



terbaca kata-kata di atas dari blog lain, aku tertarik dan tersentuh. Sememangnya kita sering melupa dan mengabaikan apa yang selalunya ada pada kita, milik kita sehingalah suatu hari bila kita sudah kehilangannya barulah terpana dan merasa menyesal. Dalam konteks ini perkaitan ini bolehlah dilihat dari sudut hubungan anak dengan ibu bapa. Terlalu ramai anak-anak yang sering membiarkan ibu bapa sendiri hidup tanpa kasih sayang dan perhatian. Aku berpesan pada diri ini agar akan membahagiakan kedua ibu bapaku selagi mereka masih ada...indahnya kerana aku masih berpeluang berbakti, menggembirakan mereka. Akutidak mahu perasaan terkilan wujud apabila suatu hari aku kehilangan mereka...ayah dan ibu adalah wali-wali keramat.

Monday, September 14, 2009

Kisah anai-anai moden


tertarik betul dengan cerita dari blogger ni...beliau membuat perbandingan kisah anai-anai dengan kehidupan seharian kita. Katanya anai-anai yang kecil namun kuat dalam kesatuan mereka mampu merobohkan dinding rumah, tiang,siling hatta sebuah bangunan sekalipun. Memakan sedikt demi sedikit sehingga akhirnya ranap dan reput dalam keadaan senyap...bila ini berlaku semuanya sudah tidak bermakna lagi...

Beliau menyamakan anai-anai ini dengan manusia yang sudah rosak akhlah dan akidahnya seperti mat rempit, peminum arak, perogol dan manusia yang berjiwa syaitan yang mampu menggugat instituisi masyarakat dengan gejala negatif mereka...yang menariknya mungkin anai-anai mampu dimusnahkan jika betul teknik menghapusnya namun bagaimana pula jika anai-anai dalam masyarakat...bagaimana nak cari puncanya...

Akhirnya sebagai kesimpulan, beliau menyarankan agar instituisi kekeluargaan adalah tempat pencegahan pertama dari terjadinya manusia anai=anai...sama-sama kita fikirkan.

Thursday, September 10, 2009

melewati ramadhan yang kian berlalu.

Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita..dah masuk hari ke 20 hari ini..jiwa halusku makin sayu...terasa kehilangan ketenangan yang semakin ku raih sikit demi sedikit selama ini. Tenang dari masalah memasak makanan pada waktu siang dan tenang dek banyaknya ayat-ayat suci yang dapat dibaca dek kelapangan masa yang tersisa,
Raya tahun ni aku tak ingin buat persiapan yang berlebihan...hiasan rumah masih yang lama, cuma sikit kuih muih yang ku sediakan untuk tamu yang mungkin berkunjung nanti. Ada yang beli kat kawan dan kedai dan ada yang ku buat sendiri....lagipun kewangan tidak mengizinkan. Semoga semua ini tidak menghalang kami dari terus melafazkan syukur, Baju raya anak2 lebih diutamakan kerana biasanya kami hanya membeli baju baru setiap kali raya je,...waktu2 lain cuma sekadar pelengkap keperluan.

Tuesday, September 8, 2009

UPSR anak bongsuku..








hari ni, 8 september 2009, tibalah masanya anak bongsuku mengambil UPSR. Seperti ibu yang lain, akulah manusia yang paling bimbang...sempena ramadhan ni aku banyak berdoa semoga dipermudahkan baginya menjawab soalan2 tu. Aku berusaha mencari soalan2 dari internet sebagai santapan hariannya, memberinya makanan kesihatan dan memberi sepenuh galakan. Anak ku yang kecik ni tidakla setekun abangnya namun dikurniakan juga otak yang bijak cuma agak malas,....dalam percubaan UPSR dia cuma mendapat 3A 2B je...harap2..dapatla dia 5A nanti. dapatlah mengulangi lagi kejayaan abangnya dulu.




Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he