Followers

Saturday, September 19, 2009

Esok hari raya


Akhirnya setelah berpuasa sebulan, penyimpan mohor besar raja-raja pun membuat pengumuman. Hari raya esok hari....ahad 20 September 2009. Seperti jangkaan ramai orang..namun yang aku tak berapa seronok nak dengar ialah dentam-dentum mercun mula bersahutan di mana-mana., sebaliknya ke mana hilangnya gema takbir yang amat kurindukan. Lantas aku cuba ajak anak2 bertakbir...namun sedih juga bila hanya sorang dari tiga yang ikut...akhirnya setelah 10 minit bertakbir,...kami berhenti. aku solat isyak langsung tertidur...bangun je dah pukul 10.00 malam. Kembali berkemas-kemas apa yang patut...Raya kali ni...adalah kali ke 2 di rumah baruku...tiada sebarang hiasan baru...semuanya masih elok. Aku pun tidak berminat nak membazir...yang penting bukannya persiapan namun cara kita menyambut aidilfitri yang sepatutnya diperkemas dengan perbanyakan kesyukuran. Aku berazam perbetulkan keluargaku dahulu...untuk kurangkan masa depan tv dan banyakkan berziarah walaupun aku tahu aku akan berdepan dengan cabaran yang maha besar....Ya Allah perkenankan.

Di saat aku menulis ini, anak-anak semuanya dah tidur...suami baru balik dari mengambil ketupat yang ditempah...memang aku terpaksa membeli kerana kesihatan ibu yang selama ini menyumbang ketupat tidak mengizinkan....biarlah mak...bukan ketupat yang penting...kesihatan mak lebih utama dari segalanya. Kekaguman aku pada ibu walaupun beliau pesakit kanser serius...masih menggagagkan dirinya berpuasa genap sebulan, semoga puasanya diterima alllah dan diberi kesembuhan dari penyakitnya. Aku bersyukur kerana aku masih mempunyai ayah dan ibu. Esok akan ku peluk dan ku mohon ampun dan maaf dari mereka. Allah hu akbar.

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he