Followers

Saturday, September 26, 2009

Kenduri la pulak

Sadam.....anak mizi...si nakal yang tak duduk diam.....anak bongsu mizi adikku. Dah namapun sadam...ganas la. tapi aku nampak dia makin ok...maklum dah besaq.
Jam 12, bersiap semua ke rumah mak untuk berkonvoi....ke rumah pak cik mat....Hari ni kenduri kahwin anak lelaki pak cik iaitu Daud. Sepanjang perjalanan kami dok mengusik si Ipin ni....kami menculiknya naik dengan kereta kami...

Yang shoknya si epin ni ...tak nangis pun....muka baru bangun tido..


Aku sekeluarga, mizi sekeluarga, Teh dengan mak dan abang Fuzi serta umai juga satu kereta, so 3 kereta la semuanya....yang shoknya kat kenduri tu kami boleh dapat aiskerim sebagai pencuci mulut...buatan sendiri pulak tu. dalam perjalanan aku terpesona dengan satu susunan landskap yang penuh dengan bunga2an....rasa macam nak culik la pulak bunga tu....tapi....mana boleh!

Semasa balik kami singgah lagi suatu kenduri iaitu rumah Pak Long ya kat Taman Wira...aku tak makan pun, dah kenyang. banyak benar aku makan kat rumah pak cik tadi...sedap plak lauk dia. sebenarnya lauk macam tu la best, sup dan air asam. tak perlu ayam golek dll. Balik rumah jam 3 petang, Suamiku beregegas nak ke tempat kerja...kesian dia.....




No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he