Followers

Wednesday, December 19, 2012

Kisahku di Durian Tunggal Melaka...Rawatan Batu Hempedu.

Pengalaman yang menarik ini ingin kukongsi bersama...rawatan alternatif untuk membuang batu hempedu..,samada nak percaya atau tidak terpulang la...namun bukti berupa 2 butir batu ada padaku...


Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.

Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.

Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...



Air jampi...kena minum banyak air.
Bayaran untuk rawatan ini,...sebenarnya agak mahal...namun kita mempunyai pilihan,.sekiranya ingin ubat ektra..kenalah bayar lebih sedikit..lebih kurang RM100 macam tu..namun macam aku..aku just ambil air je dan sedekahlah setakat keihklasan....

Info ke rumah Haji Jamil..

1.   BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel: 013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
  
Kami sekeluarga ke rumah Tuan Haji  Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh.  bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...

Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.

PMR 2012...alhamdulillah...syukur...8A 1B..

19 Disember 2012,...jam 10 pagi...kami sudah sampai di sekolah tempatku mengajar...aku memahami perasaan adik..abang juga turut serta. Kami terus bergegas ke Dewan Iltizam untuk sama-sama menantikan keputusan yang akan diumumkan...aku pula terus ke pejabat...cikgu Rohana ucapkan tahniah...aku senyum dan tanya berapa...dia menjawab 8A dan 1B,..so aku tahulah adik memang dah tak boleh kekalkan rekod 9A abang tahun lepas...memang sudah kuduga...subjek Geografi adik mampu dapat gred B je...
Aku ke dewan untuk bersama waris lain...hari ini aku datang sebagai waris bukannya guru...


Tuan Pengetua, sempat berucap untuk mengalukan kedatangan pelajar dan waris.


Debaran menanti,...kelihatan abah dan abang tenang menanti keputusan adik diumumkan..


Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2012...bergambar bersama Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah, Pen Kanan Hem, Tuan Haji Azizan Bin Saud, Pen KananPuan Hajah Jamaliah dan Guru Kanan Bahasa Puan Rohana Yusuf.


Saat debaran seorang pelajar,..guru-guru bersedia untuk mengedarkan slip keputusan PMR 2012.


Anak-anakku,..Nur Helmi Izzat dan Nurain Athirah...mengambil PMR di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas,..semoga kecemerlangan mereka tidak berhenti di sini...


Terpancar kebahagian di wajah ibu dan anak...


 Anak-anak didikku,..semoga kalian akan terus mencapai kejayaan,..walaupun hari ini mungkin kecewa dengan keputusan yang diperolehi,..masa depan kalian masih panjang..asalkan terus berusaha..in syaa Allah..

Hari ke 6..Cameron Hihgland..

Bersarapan di gerai berdekatan hotel,..nak bertolak pulang ke rumah setelah kembara selama 6 hari...harga makanan agak mahal juga...

anak dara ni makan nasi berlaukkan ayam goreng dan sambal kerang...RM7.50

Anak teruna...sempat posing dengan mawar putih...mat bunga..
Kami sempat berposing ketika singgah ke sebuah nursery untuk membeli bunga haha...


harga sepasu pokok strawbery ni ialah RM12.00, ada buah yang masak ranum tapi malas nak beli...tau dah pokok tu tak mungkin hidup subur nanti..

Mama bunga....seronoknya dikelilingi bungaaaaaa..

Koleksi patriotik bertambah lagi 2 color...peach dan pink..menjadikan koleksi bunga raya kat rumah menjadi 8 color dah..

hidangan terakhir di hentian Gurun,...nasi dengan telor asin dan ikan parang masak kari serta sambal belacan...RM7,50...

Alat GPS yang banyak membantu perjalanan kembara kami,..berharga RM378. Memang berbaloi..

Pemandu yang hebat,...

Perjalanan selama 6 hari 5 malam yang berakhir pada jam 3.00 petang, selamat sampai ke rumah dengan perbatuan sejauh lebih kurang 2000 KM.

Sunday, December 16, 2012

Hari ke 4: 16 Disember

Aku bangun awal..fikiran resah menanti saat itu,..suatu kepastian atau kepalsuan?...
7.00 pagi: Setelah selesai bersolat subuh, aku dan suami bergegas ke rumah Ustaz Jamil yang terkenal seantero Malaysia. waktu aku sampai sudah ramai yang menunggu..rawatan bermula selepas solat subuh...no giliranku 47, ketika itu baru no 22...lambat lagi le gamaknya...
Nasib menyebelahiku bila aku dibenarkan masuk tanpa mengikut gikiran,,,

Tuan haji Jamil : datang dari mana ni?
Aku                 : Kedah
Tuan Haji jamil : sakit apa?
Aku                 : ada batu dalam hempedu saya..

Seterusnya beliau melumur tangannya dengan sejenis lotion dan mengusap perut di bahagian kanan,.tiba-tiba diunjukkan aku dengan 2 butir batu...aku terkedu...
Aku dinasihatkan supaya tidak memakan daging..apa2 daging sekalipun...
Aku keluar dengan perasaan yang berbaur...batu itu aku bawa balik sebagai buah tangan yang paling mahal...kami balik semula ke Radzi Khai Homestay sambil membawa sarapan yang istimewa hehe...nasi lemak berlaukkan telor dadar nipis..semua yang makan nasi tu senyum dulu...

Terbaik...Homestay Radzi Khai di Taman Seri Wangi berdekatan lapangan terbang Batu Berendam sangat sesuai untuk didiami...sempurna servicenya..RM160 sehari.

Hiasan dalaman yang menarik dan kemas membuat kami semua rasa nak posing sebagai kenangan..
Jam 10.00 pagi : Kami berangkat ke Bandar Hilir untuk bersantai di A Famosa...santai???...mana ada,.siap kami mendaki kota lama itu sampai berpeluh2..





Selepas puas merayau dan melawat serta posing di Bandar Hilir, kami terus menyelusuri laluan pantai berhampiran Klebang dengan harapan ada restoren untuk makan tengahari....

Helmi dengan hobinya...di Pantai Klebang.
Akhirnya setelah meronda mencari sesuap nasi, rezeki kami di sini..di Pantai Puteri..


Sebelum....hidangan tengahari di Pantai Puteri berhampiran Klebang...murah..RM41 untuk 5 orang..berbaloi2 dengan asam pedas kepala ikan stail Melaka

Tudia...selepas 30 minit...licin...hehe.

Perjalanan diteruskan untuk ke Kota Damansara Kuala Lumpur,..kembali membelah laluan ikut laluan ke Port Dikson sebelum masuk ke Lebuhraya Utara Selatan. 
Hampir jam 6 petang kami sampai ke rumah adik di Taman Palma Indah, Kota Damansara untuk menginap malam itu...Malam itu kami makan maggi je..sedap juga sesekali...malas nak keluar..letihhh..bye..

Saturday, December 15, 2012

Kembara Hari ke 3 : Meredah 4 Negeri..

catatan ini tidak bertujuan apa-apa sekadar bacaan sendiri..mungkin untuk ditatap anak cucu setelah ketiadaanku..atau sebagai rujukan untuk pengembara seperti aku...

Pagi yang hening,..terasa kedamaian menjelma di sanubari,..lokasi Kesedar Inn tempat kami bermalam di Gua Musang memberikan suasana yang nyaman dan segar..

Berdiri kat pintu masuk Kesedar INN...
8.00 pagi : Usai je solat subuh kami bergegas berkemas untuk meneruskan perjalanan..sebelum tu sempat juga aku berposing dengan anak bujang dan suami..

Melalui 25 tahun bersama..(Jubli Intan).


Inilah 2 orang lelaki dalam hidupku...sayang sangat,..puteri2 2 beradik tu masih sibuk mengemas barangan mereka di kereta...

Singgah sekejap makan dan sarapan di Hentian R&R Gua Musang...


9.15 pagi: Meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke destinasi selanjutnya,..seumur hidup, kami tak pernah melalui jalan ini so sangat excited..masing-masing melayan perasaan hingga ada yang terlelap..dalam perjalanan di sepanjang laluan terdapat  banyak gerai buah-buahan..kami singgah di satu gerai berhampiran Raub...tak ingat nama tempat tu...tapi sebelum sampai Kuala Lipis..



kesian mak cik ni,..durian yang kami beli tu murah je..RM5.00 sebiji..nak beli banyak2 pun mana nak letak...
Keadaan jalanraya yang elok melancarkan perjalanan...kesian juga kat abang driver tapi nak tolong drive tak dibenarkannya,..so kerap la kami berhenti..
11.00 pagi : Kami sampai kat Pekan Kuala Lipis setelah melalui Felda Sungai Koyan...singgah minum kat gerai berhampiran Bazar Mara Kuala Lipis.


Setelah melalui Raub, kami pun sampai ke Bentong, sebuah pekan yang amat nostalgik...perasaanku semakin berdebar,.entah mengapa...
1.00 tengahari : Singgah bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong..memori 22 tahun silam menjelma kembali..mencari-cari semula monumen yang mampu menggamit ingatan...


...dari Bentong kami melalui tempat "posting" pertama aku sebagai guru...aduhai rumah itu masih wujud namun kelihatan usang dan telah ditinggalkan...kami singgah sekejap..snap beberapa sudut kenangan yang masih ada..pernah menyewa di sini,..

Kami pernah tinggal di sini...menyewa bilik bersama tuan rumah selama sebulan sebelum mendapat rumah sewa sendiri..sayangnya penghuni rumah ini sudah berpindah..

Suamiku sedang memerhati keadaan persekitaran berhampiran rumah sewa kami dulu..

 Nurain Izzatie,..membesar dalam kandunganku di tempat ini, usianya kini genap 21 tahun...

Singgag sekejap di SMK Ketari,..sekolah pertamaku setelah tamat kursus pada 1990...mula mengajar di sini pada Januari 1991...setahun sahaja sebelum bertukar ke Kedah semula..selama 30 minit melayan memori di sini....

3.15 petang : Bukit tinggi.




Tepat jam 3.15 petang kami sampai ke sana...tempat yang cantik...namun suasana yang agak asing..maklum la bangunan2 yang didirikan adalah ilham dari sebuah tempat luar..
Walaupun namanya Bukit Tinggi,..namun cuacanya agak terik..panas...kami tak lama di sini...setelah menjamu mata dan menjamu selera dengan bekalan yang dibawa sendiri...kami turun dari puncak untuk meneruskan perjalanan ke Melaka..
Alat GPS disetkan ke Durian Tunggal, Melaka...maka berterusanlah KDJ 9566 membawa kami ke destinasi..melalui sempadan Selangor dan Negeri Sembilan melalui lebuh raya Utara selatan..
6.30 petang: Singgah di R&R Seremban...minum dan makan..kali ini mengikut selera orang muda...KFC...kalau ikut aku..tak selera nak makan...

happy le dapat KFC..
Selepas itu kami teruskan perjalanan...
9.00 malam: kami sampai ke Kampung Gangsa..Durian Tunggal..Melaka...ayuhai..setelah meredah 4 negeri...nak sampai sini pun kena tanya orang...GPS tu cuma dapat cari Kampung Gangsa..kebetulan dstinasi kami tiada bernombor..susah sikit...akhirnya kami dapat juga menjejakinya...kami terus ke rumah Tuan Haji jamil...dan mengambil nombor giliran..no 47!...
Tujuan kami ke sini?...nantilah aku ceritakan...sabar...


10.30 malam: setelah mengalami sedikit kesukaran untuk mencari penginapan,..kami ditemukan dengan satu iklan penginapan...homestay..maka menginaplah kami di sini di Radzi Khai Homestay...sangat bagus dan cantik...sebuah rumah dengan 3 bilik dilengkapi peralatan memasak dan lain-lain kemudahan...

Hari ini perjalanan kami agak jauh,,memenatkan...esok menanti penuh debarannn....

Friday, December 14, 2012

Hari Kedua ; 14 Disember 2012 (Kelantan)


Percutian kami sekeluarga kali ini bermula di negeri Kelantan,..selepas menginap di PCB, pagi Jumaat 14 Disember 2012, kami sempat berposing di PCB yang jaraknya hanya 300 meter dari penginapan..jam 10 pagi ketika itu,..ombak kuat menderu menghempas pantai menimbulkan suasana keinsafan..sempat juga aku mentarbiah anak2..."cuba bayangkan seorang nelayan yang terpaksa mengharungi lautan ganas ini untuk mencari sesuap nasi buat keluarga..."

Deruan ombak di Pantai Cahaya Bulan...yang masih lengang dari kunjungan ramai kerana masa masih awal pagi..


Selepas kami menghayati keindahan alam di PCB,.kami meneruskan perjalanan untuk menjejak seorang kawan lama yang sama menuntut di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada sesi 1988 - 1990. Sebelum itu aku sudahpun membuat panggilan untuk Wan Samariah yang kebetulan juga tinggal berhampiran PCB ini,..selepas 15 minit kami tiba di alamat yang diberikan...alhamdulillah hajat sekian lama untuk bertemu mata dengannya terlaksana..lebih indah kali ini kami bertemu dengan disertai anak2 masing2....
Pertemuan yang mengujakan, wan masih seperti dulu, lemah lembut dan manis...yang paling indah ialah mak wan masih sihat walafiat..
 

Perjalanan diteruskan dengan menjelajah Pasar Siti Khadijah,..sempat beli teleung dan sedikit keropok untuk buah tangan, waktu itu jam sudah pukul 12.00 tengahari...maka kami menunggu di situ sehingga suami dan anak bujang bersolat jumaat...lama juga kami menunggu...dan usai sahaja solat Jumaat,..kami meneruskan perjalanan ke Tumpat

Tumpat : Jam 3.30 petang - berbantukan alat GPS kami di bawa ke tempat yang pernah kami datang semasa 2010 lalu iaitu ke rumah seorang kenalan suami berhampiran Pondok Tok Selehor. Selepas berbual seketika kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang.
Jam 5.00 petang kami singgah makan di Kuala Krai dan seterusnya bersolat jamak takhir di Masjid Pahi. 

Perjalanan ke Gua Musang memberikan pengalaman menarik,..kehijauan pemandangan dan melalui jalan yang berlengkok2,...kami agak keletihan,.rancangan nak terus mendaki ke Cameron Highland terpaksa dibatalkan memandangkan bila sampai ke Gua Musang,.jam sudah pun menunjukkan 8 .00 malam...kami makan2 di bandar Gua Musang..terpukau juga dengan kehebatannya...semua igauan yang menggambarkan Gua Musang sebuah tempat jin bertendang sudah hilang..malah kekaguman melihat kemajuannya...setelah meronda sekejap dan membeli sedikit keperluan..kami check ini di Kesedar Inn..dapatlah sebuah bilik yang boleh menampung family kami..untuk melelapkan mata malam ini.

Dengan harga bilik RM90.00 dapatlah kami sebuah bilik dengan 3 katil untuk bermalam malam itu...cukuplah sekadar nak bermalam,.pagi2 esoknya sudah nak berangkat..


Perhentian R&R Gua Musang serba moden dan masih baru..menjadi persinggahan orang ramai yang melalui Gua Musang untuk ke Kelantan dari Pahang dan sebaliknya...
Itulah perjalanan hari kedua percutian kami,..hari ini kami banyak dok dalam kenderaan sahaja....alhamdulillah perjalanan tidak ada aral...semua berjalan lancar,.terima kasihlah pada suamiku yang hebat,..memandu dengan tenang...esok menanti kami untuk hari ketiga..

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he