Followers

Wednesday, December 5, 2012

Selamatkan Kembara Kami Ya Allah

Sebenarnya sudah lama aku merancang percutian begini,...selalu juga aku sekeluarga bercuti tapi kali ini aku dapat merasakan aku lebih teruja...aku merancang untuk memulakan percutian ini pada 14 Disember nanti....kebetulan hajatku melancong denga kereta lebih selesa telah termakbul,..walaupun bukan kereta yang besar dan mewah namun aku sudah cukup bersyukur...tak perlu lagi anak2ku berhimpit dalam ViVa kecilku...aku berharap semuanya akan berjalan lancar...

Semoga 9566 yang baru ini memberi lebih keceriaan kepada keluarga di sepanjang percutian kami  - Alza yang didaftarkan pada 29 November 2012.
Selebihnya aku mencari2 tarikh yang sesuai agar tidak bertembung dengan keputusan PMR 2012.harap2 la suamiku dapat melapangkan masanya lebih kurang seminggu untuk kali ini dan harap2 juga PMR tidak diumumkan semasa kami sedang bercuti, .anak bongsuku yang terlibat..kali ini...tak mahu mengulangi peristiwa sama seperti tahun lepas,..Helmi tak dapat ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaannya kerana ketika kami sedang melancong! Tapi bahagia sangat bila PMR anak lelaki tunggalku itu mencapai target...
Banyak juga aku selusuri perjalanan maya yang bercerita mengenai pengalaman masing-masing ketika bercuti...sekurang2nya aku bermaklumat juga mengenai tempat2 yang akan dilawati nanti...

Masjid Kristal menggamit kami di Taman Tamaddun Islam.
Antara lokasi yang dirancang ialah Taman Tamaddun Islam di Terengganu,..sambil2 tu nak menjejaksahabat lama di Maran,..itupun kalau ada kesempatan..rindu untuk melihatnya setelah kami terpisah lebih 20 tahun..
Seterusnya kami akan singgah di Kelantan dan akan pusing-pusing lokasi menarik...berikutnya kami akan cuba mencari Taman Negara yang berdekatan Gua Musang dan bermalam di sana..tentu menarik..aku merancang untuk berkhemah dan memasak sendiri...berkelah.

Lokasi santai impian kami sekeluarga.
Nak bermalam di Opah Strawberi Farm nanti...
Seterusnya dari Gua Musang kami akan mendaki Cameron highland pula...walaupun agak jemu namun biarlah anak2 bergembira di sana..nak cuba menginap di Opah Strawbery Farm pulak...dari Cameron kami akan turun ke Negeri Pahang melalui Raub...aku bercadang membawa anak2ku ke Ketari kerana sekolah pertama yang aku bertugas dulu selepas tamat maktab perguruan adalah SMK Ketari Bentong,..masih teringat lagi kisah aku berkelana di sana,..naik bas ke hulu hilir sebab belum ada kenderaan...selalu saja aku dan suami berulang alik berjalan kaki dari rumah sewa di Ketari ke Pekan Bentong...jauh juga tu..tapi semua itu terpahat menjadi kenangan indah...dan aku juga ingin mencari seseorang...seorang kakak yang amat mengambil berat keadaan kami semasa setahun di sana..Kak Salbiah yang pernah mengajar di sekolah sama...semoga dipermudahkan Allah..

sekolah pertama selepas tamat kursus Maktab Perguruan - mula mengajar pada Januari 1991
Rasanya perancanganku itu dah ambil masa 4 atau 5 hari dah...dari Pahang kami mungkin akan ke rumah baoa saudara sebelah suami di Johor...mungkin sahaja...ikut keadaan..dan yang paling wajib ialah berpatah balik ke Melaka dari Johor untuk ke rumah Hj Jamil..seorang bomoh handal dalam membuang batu hempedu dan batu karang..aku tahu berita ni dari internet dan aku nekad untuk berjumpanya...aku berdoa semoaga usaha aku ini akan diberkati Allah...semoga batu hempeduku berakhir tanpa sebarang pembedahan..aku amat berharap..perkenankan Ya Allah...mungkin selepas selamat berubat kami akan jalan2 sekejap di Melaka..

Nak cuba snow walk kat ICT..masih teringan kaki yang hampir kejang kerana terlampau sejukkk
....dan sebelum kami balik kami akan singgah bermalam di Kuala Lumpur..kalau tak de aral singgah je kat rumah Farah..atau kalau malu singgah kat rumah adikku...so sebelum balik aku teringin nak ke ICT...walau dah pernah masuk ke Taman ais tu tapi suami dan anak sulungku belum merasa..kesiaan juga...maklumlah hati ibu,..begitulah selalu fikir dari A sampai Z...dan pelaksanya yang utama tentulah suamiku yang hebat...tak pernah merungut walaupun aku tahu dia amat penat memandu..
Untuk keluarga tercinta...tiada apa yang lebih membahagiakan sekiranya masa yang akan kita habiskan bersama nanti menjsnjikan kebahagian..mungkin aku terpaksa berhabis sikit untuk percutian ini tapi tak kisahlah asalkan kita semua bahagia..tak sabarnya.....Ya Allah izinkan kami dan selamatkan kembara kami ini..tiada lain hanya untuk melihat dan menghargai kebesaranMu...in syaa Allah.

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he