7.00 pagi: Setelah selesai bersolat subuh, aku dan suami bergegas ke rumah Ustaz Jamil yang terkenal seantero Malaysia. waktu aku sampai sudah ramai yang menunggu..rawatan bermula selepas solat subuh...no giliranku 47, ketika itu baru no 22...lambat lagi le gamaknya...
Nasib menyebelahiku bila aku dibenarkan masuk tanpa mengikut gikiran,,,
Tuan haji Jamil : datang dari mana ni?
Aku : Kedah
Tuan Haji jamil : sakit apa?
Aku : ada batu dalam hempedu saya..
Seterusnya beliau melumur tangannya dengan sejenis lotion dan mengusap perut di bahagian kanan,.tiba-tiba diunjukkan aku dengan 2 butir batu...aku terkedu...
Aku dinasihatkan supaya tidak memakan daging..apa2 daging sekalipun...
Aku keluar dengan perasaan yang berbaur...batu itu aku bawa balik sebagai buah tangan yang paling mahal...kami balik semula ke Radzi Khai Homestay sambil membawa sarapan yang istimewa hehe...nasi lemak berlaukkan telor dadar nipis..semua yang makan nasi tu senyum dulu...
Terbaik...Homestay Radzi Khai di Taman Seri Wangi berdekatan lapangan terbang Batu Berendam sangat sesuai untuk didiami...sempurna servicenya..RM160 sehari. |
Hiasan dalaman yang menarik dan kemas membuat kami semua rasa nak posing sebagai kenangan.. |
Selepas puas merayau dan melawat serta posing di Bandar Hilir, kami terus menyelusuri laluan pantai berhampiran Klebang dengan harapan ada restoren untuk makan tengahari....
Helmi dengan hobinya...di Pantai Klebang.
Akhirnya setelah meronda mencari sesuap nasi, rezeki kami di sini..di Pantai Puteri..
Sebelum....hidangan tengahari di Pantai Puteri berhampiran Klebang...murah..RM41 untuk 5 orang..berbaloi2 dengan asam pedas kepala ikan stail Melaka
Tudia...selepas 30 minit...licin...hehe.
Perjalanan diteruskan untuk ke Kota Damansara Kuala Lumpur,..kembali membelah laluan ikut laluan ke Port Dikson sebelum masuk ke Lebuhraya Utara Selatan.
Hampir jam 6 petang kami sampai ke rumah adik di Taman Palma Indah, Kota Damansara untuk menginap malam itu...Malam itu kami makan maggi je..sedap juga sesekali...malas nak keluar..letihhh..bye..
No comments:
Post a Comment