Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.
Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.
Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...
Air jampi...kena minum banyak air. |
Info ke rumah Haji Jamil..
1. BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar
Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel:
013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
Kami sekeluarga ke
rumah Tuan Haji Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya
Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh. bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak
signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri
PLKN. Terus jumpa muzium
automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak
simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan
...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100
meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard
Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk
kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke
rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...
Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.