Followers

Saturday, May 15, 2010

A Teacher for All Seasons...happy teachers day


16 Mei tiba lagi, membawa bersamanya kekuatan baru sebagai bekalan hari-hari seterusnya buat guru-guru yang mesti terus berdiri hari ini, besok mahupun bila-bila saja sehingga ke saat terakhir hidupnya..buat semua guru...you are...

A Teacher for All Seasons

A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.

A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.

Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!

Wednesday, May 12, 2010

Kejamnya Kanser....










Aku terpaku....terkedu bila mendapat tahu, satu demi satu..saudara mara, rakan-rakan dan jua ibu..kini menjadi musuh mu...
Kanser servik, kanser usus, payudara..ahhh kau menyerang segenap sudut...tadi seorang lagi kenalan memberitahu, virus itu telah singgah di payudaranya...aku semakin kaget..minggu lepas kawan lama semasa menuntut di maktab dalam keadaan tenat diserang diususnya...ibu baru saja berhenti pendarahan akibat kanser servik yang sudah kritikal...ramai juga yang sudah selamat menemuiNYA..al fatihah.
Tiada pilihan, kimoterapi, radioterapi dan operation itu saja..yang mungkin dapat melemahkan kekuatan virus ini...namun biasanya mampu bertahan sejenak,..akar-akar yang sudah mencengkam akan terusan hidup dan tumbuh subur, lagi dan lagi...ke pelbagai posisi lainnya...
Apa lagi..nak kukatakan, apa lagi nak kutangiskan...airmata takkan mampu menghambatnya jauh...tak mungkin..hanya aku bermohon agar sesiapa saja yang menjadi mangsa agar lebih tabah dan berperasangka baik dgn tuhan...insyaallah ada hikmahnya...

Monday, May 10, 2010

Ibu, rupanya dukamu masih panjang...

Di saat kita merayakan hari ibu, di saat kita menerima ucapan pada hari ibu, hati ini tersentuh dngan pelbagai berita dan kisah mengenai seorang ibu...
* ada ibu tunggal yang mampu menjadi ibu dan ayah sekali gus..mendidik anak-anak dgn susah payah dan...
* ad ibu tunggal yang menjadikan dirinya sebagai modal untuk mendapatkan rezeki buat anak-anaknya....
* ada isteri yang bergelar ibu lari mengikut orang lain..
* ada ibu yang melacurkan diri dan anak-anaknya untuk mengejar kemewahan..
Kisah yang sama tapi berbeza jalan cerita...
Hari ni ada cerita ibu tunggal yang merogol pemandu lori, hehhh aku senyum dan sinis membaca cerita tu...
setiap hari ada je cerita mengenai ibu...yang baik dan buruk...namun hati kecilku tertanya2 di mana tempat ibu buat anak2 sekarang...dengan pelbagai kebobrokan yang melanda, dengan segala kisah yang kontras dengan naluri keibuan..buang bayi, berzina ngan dgn orang lain...melacur,..dll..di mana...aku terkesima dan malu untuk menjadi ibu...

Sempena hari ibu...aku mendoakan semoga bondaku semakin sihat, dan ditenangkan hati untuk melalui episod dukanya...yang tak kunjung padam...apalah yang dapat ku perbuat lagi untukmu bonda..hanya doa mengiringimu saban masa...


Salam sejahtera buat ibu, maafkan anakmu ini kerana masih tidak mampu membahagiaknmu...
ku sangka kesakitanmu sudah pulih, namun kini kau masih dihimpit lagi dengan kesakitan lain...apa dayaku ibu..

Wednesday, April 28, 2010

yang jingga dan kelabu...hari selasa.


Bersama ustaz hadi yang banyak membantu..tq ustaz..

Pagi selasa (27 April 2010)
pagi ni raptai penuh, aku antara yang terlibat sepenuhnya..alhamdulillah perjalanan raptai berjalan lancar. Jam 10.00 pagi..raptai tamat...aku sempat juga menambah mana yang kurang untuk presentation...
Jam 12.00 tengahari, raptai nak diadakan sekali lagi...waktu ini aku terdengar deringan handset...berlari keluar dewan untuk meredaka telinga dengan bingitan sound sistem yang memenuhi dewan...apa yang aku dengar...suamiku terlibat kemalangan dan kini dalam wad kecemasan..ya allah...macam mana ni...aku termenung sejenak..lantas kuambil keputusan sendiri, shutdown laptop dan mencari anakku ain untuk kehospital...hanya sempat beritahu beberepa orag kawan,..aku pun bergegas...
Sampai je kat wad kecemasan,,,aku bertanya pd petugas dan dibenarkan masuk..ahhh sedih nya hati melihat suami terlantar...ku genggam tangannya, mohon kemaafan..sebenarnya aku terkilan kerana panggilan telefon memaklumkan kemalangan itu sudah ada sejak jam sembilan lagi, cuma aku tak mendengarnya....kulihat airmata suamiku bergelinangan...ahhh tragedi kelabu dalam hari selasa...



Pada masa yang sama pagi tadi, semasa raptai.anakku helmi melangkah bergaya dipentas menerima anugerah kecemerlangannya...dialah paling banyak menerima anugerah..sembilan hadiah semuanya.satu lagi peristiwa...namun berwarna jingga yang ceria di pagi selasa...kelabu dan jingga seringkali silih berganti menemani disepanjang perjalanan hidup kita..

Saturday, April 24, 2010

Anugerah yang dipinta...alhamdulillah.



Baru seminggu lepas aku berkata seandainya aku mempunyai masa dan wang yang lebih akan kubelikan anak kucing untuk dibela...namun kelmarin aku bersyukur kerana apa yang kuhajati nampaknya ditunaikan oleh Allah yang maha mengetahui...tidak perlu beli kerana wajah2 comel tu muncul sendiri....
3 ekor kitten di belakang dapurku, bukan kucing biasa tapi memang berketurunan yang aku suka...

Thursday, April 22, 2010

Bila agaknya...


Arwah Kamarul rakan sekelas..muda lagi, namun sudah dijemput ilahi..semoga tenang dalam keabadianmu di sana.

Terasa sebak di hati bila dapat tahu kawan2 yang pernah kita gauli dan kenali sudah kembali ke sana, sedih dan terpaku seketika..baru2 ni ada kawan lama maklumkan kematian rakan sekelas semasa kat kolej.(kak nab), tadi ada juga kawan selitkan gambar sorang lagi arwah..rakan sekelas juga semasa buat degree...rasanya kenangan bersama mereka adalah nostalgia yang masih menghijau diingatanku...
tertanya pada diri bila agaknya giliran sendiri...

Tuesday, April 20, 2010

MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI ?.



RAMAI ORANG MENGEJAR KEKAYAAN, HARTA, PANGKAT DAN DARJAT.
" Tetapi mengapa ramai yang tak mengejar untuk hidup Sihat dan gembira ?. " serta mendapat ketenangan jiwa diwaktu hari-hari tua nanti jika dianugerahkan Allah umur yang panjang.

Pagi petang, siang dan malam, berkerja lintang pukang. Meeting sana dan sini, Bincang itu dan ini, target dan sasaran, strategi dan perancangan. Semuanya kerana harta, pangkat dan darjat. Dah dapat yang dicari, Badan pun lembik, sakit itu dan ini. Makan itu tak boleh, makan ini tak boleh. ' MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI ?.

SEBABNYA....

Mudah sahaja jawapannya. Kerana kita terlupa, kerana kita lalai. Pengaruh kekayaan hidup telah merajai fikiran. Otak dirasuk dan dipengaruhi sepenuhnya oleh emosi. Sedangkan kesihatan yang menjadi punca segala-galanya, untuk kita mampu berjuang, berkerja dan berusaha siang dan malam tidak diambil peduli.

Orang dah dapat banyak duit senang je falsafahnya. Beli obat mahal-mahal beratus-ratus ringgit untuk menjaga kesihatan, tetapi itu bila setelah penyakit mengundang tiba. . " OOHHH....TERLAMBAT "
Obat yang bernilai ratusan ringgit malahan ribuan ringgit pun kadang-kadang tak mampu menebus kesihatan yang mulai tercalar dek kelalaian peribadi .

UNTUK SIHAT DAN GEMBIRA dan menentukan ketenangan Jiwa dan kebahagiaan hidup, seimbangkanlah usaha mengejar kekayaan, harta, pangkat dan darjat dengan disiplin menjaga kesihatan serta sering-sering klik online dengan Allah s.w.t dan muhasabah diri, Jika tidak sesampainya anda kepenghujung cita-cita kebanyakannya sudah berpenyakit. Kegembiraan tidak akan muncul, tetapi duka nestapa yang datang. Gundah gulanalah jiwa. Hanya Alam tersenyum melihat kita mengeluh dan kegelisahan, kerana Falsafahnya - " Dari Alam untuk manusia, dari manusia kepada Alam ".

Selamat bermuhasabah diri tentang kesihatan dan kegembiraan hidup menjelang hari tua. Bukan harta, pangkat dan darjat yang mampu mengembirakan kita, tetapi keberkatan, kesihatan dan amal kebaikan yang kita imarahkan semasa muda dalam perjalanan kehari tua.

Sunday, April 11, 2010

kadangkala...



kadangkala,...
kita tersilap menafsir kehijauan belantara..
dengan ketenangan yang singgah di mata...
sehingga ingin saja kita menyelinap ke dalamnya...
tanpa disedari...di situ jua ada mara bahaya...

kadangkala...
kita alpa dengan kejernihan dan kristal air yang mengalir,
sehingga kita terlupa di arusnya ada jua baktiria yang menerjah nyawa..
bagaimana pula angin sepoi yang bertiup tenang bersama lenggok dedaun kelapa..
membelai tari di jiwa...menyapa kenangan sehingga menyebak di dada...

Itulah kita...atau mungkin hanya aku sahaja..sering tertipu
dek kesegaran udara pagi di pinggiran tanah tinggi..
namun tiba2 menjerit lantang kerana di celahan jari kaki ada titisan darah digigit pacat yang entah bila menjelma...
alahai akukah yang seringkali terleka..
sehingga kadangkala ingin lari dari kesibukan dan kebisingan kota...kesebuah desa indah yang tiada indahnya...
mungkin jua...kita seringkali escapism..ingin dan ingin apa yang jauh dari kita...
kadangkala...aku bertanya...mahu ke mana?
entah...apa jawabnya...memangnya kita tak mungkin puas selagi bernama manusia..

Saturday, March 27, 2010

Aku dan KONVO


Hari ini tercatat lagi sejarah dalam hidupku...konvokesyen untuk pengajian peringkat sarjana...mungkin agak terlewat namun belum terlambat...itulah perkiraanku..semoga ini mampu membakar semangat anak-anak dan pelajarku di sekolah...

Sesi 1 dalam Konvokesyen ke 23 UUM...Anugerah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang merupakan Canselor Universiti Utara Malaysia.
Banyak juga cerita yang berlaku hari ini,..juga menjadi memori untukku nanti,:
1. Tidak semena-mena di saat akhir untuk taklimat dalam dewan, kain sahabatku Hazidah terkoyak!..apalagi aku menjadi tukang jahit..kesian Hazidah,nasib baik settle..., fuhhh berpeluh kami berdua...nasib baik lagi kerana Hazidah membawa peralatan menjahit...kalau tak hahhh tak tahu la nak buat macam mana namun alhamdulillah..

2. Konvokesyen kali ini turut melibatkan aktor filem melayu iaitu Datuk Jins Shamsudin yang menerima ijazah kedoktorannya (PHD)..tahniah datuk..sayang sekali tak sempat bergambar.
3. Konvokesyen yang agak sedih sebab berlakunya peristiwa tragis yang melibatkan kematian juruterbang TUDM yang membuat pertunjukkan..di saat kami semua gembira dan berbangga dengan ijazah msing2..ada hati2 yang terluka..(keluarga juruterbang) yang menangisi kematian arwah bapanya..al fatihah..semoga rohnya ditempatkan bersama para shuhada..amin.
Sebenarnya banyak juga la cerita lain, biar aku sendiri yang simpan, coretan ini sekadar menjadi ingatan dan catatan peninggalanku nanti. Yang pasti aku merasa sebak kerana ibu dan ayah tidak dapat bersama.,,tidak seperti konvoku peringkat ijazah 3 tahun lepas,..dalam keletihan pun ibu sanggup menemaniku..hari ini ibu tidak bersama kerana faktor kesihatan...terima kasih mak..dan ayah..inilah hadiah untuk kalian.
Aku dan zarina...rakan sekonvo,...meriah dengan sambutan anak buahnya..


Mugkin orang lain menerima hadiah yang meriah dari sanak saudara, namun aku tetap berbangga dengan pemberian orang2 tersayang, (sebuah handbag dan kuntuman mawarmawar segar yang harum)...terimakasih all my loving person...

Friday, March 12, 2010

HUJAN YANG DINANTI...


alhamdulillah, setelah kekeringan sekian lama, setelah bumi yang kian gersang dilanda kepanasan, hujan rahmat kembali menyapa alam...bersyukur sangat ketika hujan mencurah lebat petang tadi....Allah masih menyayangi kita hambanya walaupun kita selalu mengingkari dan menderhaka....cuaca panas selama ini mungkin ujian Allah buat kita semua.bagiku...walau sekejap namun hujan ini membawa seribu rahmat, pohon di laman yang hampir layu mula segar kembali..umpama musafir yang kehausan mendapat segelas minuman...

Hujan penghapus noda...membawa bersamanya debu-debu yang kian melata di maya ini...semoga hujan semalam mampu menyedarkan kita...petani yang kegelisahan disebabkan tanaman yang kekeringan supaya kembali menunaikan zakatnya, nelayan yang kehilangan sumber airnya kembali mensyukuri rezekinya...dan aku manusia yang selalu alpa dan berdosa menghisab dirinya...hujan datanglah lagi...kerana rahmatNya ada bersamamu.

Wednesday, March 3, 2010

Jasa bonda..

Wednesday, February 24, 2010

berdoalah setiap saat..

berdoalah kita kerana doa adalah cita-cita, doa adalah vision. doa adalah senjata... ini ada kisah tentng doa..sama2 kita hayatinya...

  • Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"..........
  nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
  • Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
  • Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa
  (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua
   kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
  • Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan,
   kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
   InsyaAllah

Sunday, February 21, 2010

Selamat Pengantin Baru Hidayat Fahmi

Kelmari 21 Februari anak saudaraku Hidayat fahmi (anak kakak sulong), kak ton melangsungkan perkahwinannya.

Tuesday, January 26, 2010

Happy Birthday sayang...

Esok akan genaplah usia anak lelakiku yang sorang ni,  dahpun 14 tahun...so aku pun cari la sedikit info tentang bulan kelahiran ....maka beginilah info tentang bulan Januari..



  • Bercita-cita tinggi
  • Suka mendidik dan dididik
  • Mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif dan befikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu
  • Daya tumpuan yang agak tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah di serang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  • Cukup sayang kepada kanak-kanak
  • Suka duduk di rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • Cemburu yang sangat tinggi

Banyak jugalah persamaan ciri-ciri di atas dengan Helmi,...walaubagaimanapun masih ada juga ciri-ciri yang bertentangan...apa2pun aku mengharapkan Helmi akan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..

"Sayang,…inilah ciri-ciri manusia yang dilahirkan dalam bulan Januari. Abang adalah salah seorang darinya. Anakku, dalam meniti usia remaja ini...bersabarlah kerana zaman ini adalah zaman ujian. Gunakan akal fikiran dalam setiap pertimbangan dalam menilai baik dan buruk sesuatu perbuatan Abang manusia istimewa. Mak bangga melahirkan abang...jika terkadang mak dan abah memarahimu, itulah tanda kami menyayangimu..tiada harta yang bakal kami tinggalkan untukmu kecuali ilmu dan iman. Belajarlah
menjadi sebaik-baik manusia. Didiklah jiwa dan minda kearah kecemerlangan...

Selamat Hari lahir sayang...selamat ulangtahun ke 14. selamat menjadi remaja yang berwawasan.
Sayang selalu dari seluruh isi keluarga,."...

Sunday, January 10, 2010

nak makan apa ye?

Kadang-kadang aku rasa macam tak tahu nak kata pa, bukan setakat tak tahu nak berkata2 tetapi memang tak terkata. Soalnya terlalu banyak berita melalui media dan emel yang mengkabarkan pelbagai makanan yang memang menjadi makanan rutin orang islam sengaja dicampurkan bahan-bahan haram...
1. sardin dicampurkan dengan daging katak,
2. milo ada campuran cacing,
3. roti ada campuran lelemak khinzir,..
4. ayam Tesco tak disembelih ...
5. biskut ada gelatin,...
6. KFC pula direndam arak,...
7. MC Donald hidang ayam berulat,...
8. Hot dog pula termasuk sosej babi...
9. Ubat gigi...pun ada organ babi...
10...bla...bla..

Kalau nak senaraikan banyak le lagi...ni yang buat aku terfikir,...mana la orang Islam sekarang nak cari benda makanan yang betul2 halal walaupun tinggal di negara Islam dan makanan atau benda tu ada logo Halal. Kepada siapa nak mengadu ni,...atau aku kena buat sendiri semua tu?...Macam nak lari je kat hutan,...makan pucuk2 kayu...tapi mana ada lagi hutan sekarang?...bengang sungguh..
Masalahnya bila kita dah tahu berita ni tentulah kita akan merasa was-was kan,...ini dah kira subahat, dan bila subahat hampir kepada haram...Ya Allah..tolonglah kami...kepada pengusaha makanan Islam, tolongla proaktif terhadap masalah ini...kepada pihak berkuasa...jalankan tugas anda dengan niat ikhlas...janganlah hitamkan hati-hati generasi kami dengan makanan yang HALAL tetapi tidak halal...

Tuesday, January 5, 2010

dimanakah sahabat kita?


Bagi saya seorang sahabat memiliki  makna  dalam 3 hal, membahagiakan, menggembirakan dan menyenangkan. Jika kehidupan selalu silih berganti akan datanglah  kebahagiaan dan penderitaan,  namun seorang sahabat yang hadir dalam makna diatas menjadikan hidup ini menjadi indah.

Sebagai seorang sabahat. Walaupun tak sempat bertegur sapa, susah di hubungi, terkadang malas juga jawab email, yang pasti tak mungkin kita  luput dari berbuat kesalahan dan dosa. Justeru dengan segenap kerendahan hati, saya mengucapkan mohon maaf lahir batin jika ada kekurangan ataupun kesalahan. Keberadaan anda sebagai sahabat telah membuatkan saya bahagia, gembira dan mennyenangkan hidup ini.



Thursday, December 31, 2009

muhasabah


Ini ada satu artikel tulisan Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin, dari IKIM mengenai sambutan tahun baru masihi. Bacalah semoga dapat ambil pengajaran daripadanya.
selamat-tahun-baru-2010

Muhasabah diri sambut tahun baru lebih digalak

SETIAP kali tiba 1 Januari, soalan apakah sikap kita sebagai umat Islam dalam menyambutnya sering ditanya dan selalunya, ia akan dijawab dengan beberapa jawapan atau maklum balas segera yang biasa didengar selama ini.
Antaranya ialah haram menyambut kedatangan tahun baru Masihi yang bukan tahun Islam.
Tulisan ini sama sekali tidak bertujuan membincang atau mempertikaikan maklum balas berkenaan tetapi sekadar mengajak pembaca bermuhasabah mengenai hal yang berlegar di sekitar kita seharian.
Bukanlah menjadi suatu kesalahan sekiranya kita memperingati kedatangan 1 Januari daripada sudut pergerakan dan peredaran masa.
Tuntutan supaya mengambil berat mengenai masa jelas disebut dalam al- Quran sehingga salah satu surah dinamakan al-Asr yang bererti masa.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al Ashr, ayat 1 hingga 3).
Begitulah firman Allah yang menuntut manusia sentiasa berhati-hati dalam meniti masa hidup mereka.
Semuanya memerlukan nilai pengisian yang tinggi (amal soleh) supaya tidak mengalami kerugian.
Tuntutan bermuhasabah amat jelas dalam surah yang ringkas dan padat ini. Sebenarnya, wujud jalinan hubungan istimewa antara perkiraan tahun Masihi dan Hijri (Hijrah) kepada umat Islam.
Tahun Masihi dikira menurut `peredaran’ matahari (tarikh as-Syamsi) sementara perkiraan tahun Hijri pula berdasarkan peredaran bulan (tarikh al-Qamari).

Islam tidak menolak salah satu perkiraan tarikh berkenaan dalam kehidupan manusia. Perkiraan tarikh as-syamsi untuk menentukan musim kerja atau aktiviti manusia.
Daripada tarikh inilah manusia mengenal peredaran musim panas, sejuk, menyemai atau menuai sementara tarikh al-Qamari pula menentukan masa ibadat.
Peredaran yang tidak sama antara tarikh as-Syamsi dan al-Qamari menyebabkan umat Islam dapat merasai musim berbeza setiap kali menunaikan ibadat tertentu. Contohnya musim haji dan puasa.
Mungkin pada tahun ini, umat Islam berpuasa atau menunaikan haji dalam musim sejuk tetapi beberapa tahun kemudian pula dalam musim panas.
Hal ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka ketika menunaikan ibadat berkenaan. Di sinilah terserlah cabaran jihad ketika menunaikan ibadat.
Kepentingan menghitung tarikh as-Syamsi terserlah dalam al-Quran melalui cerita Nabi Yusuf ketika membuat tafsiran mimpi raja Mesir.
Al-Quran menerusi ayat 46 hingga 49 Surah Yusuf menceritakan kisah berkenaan sebagai: “(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): `Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku, moga mereka dapat mengetahui tafsirannya’. Yusuf menjawab: `Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai- tangkainya; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya).”
Kepentingan memerhati perubahan musim seperti yang diceritakan dalam ayat di atas berdasarkan tarikh as-Syamsi iaitu mengenal pasti perubahan cuaca untuk memudahkan aktiviti pertanian selepas mendapat isyarat daripada mimpi raja.
Menyambut tahun baru ini dengan ibadat, itulah yang dapat dikatakan sebagai jawapan kepada soalan awal tadi. Ibadat yang dimaksudkan ialah muhasabah.
Muhasabah harus bermula daripada diri sendiri, menilai dan memerhatikan segala aktiviti hidup yang sudah dilakukan sama ada berjaya atau sebaliknya dapat meningkatkan kualiti diri.
Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti yang setara dengan apa yang Allah tetapkan standardnya iaitu amal soleh.
Amal soleh yang dimaksudkan bukan sekadar amalan berbentuk ritual seperti sembahyang, puasa atau haji, sebaliknya semua aktiviti dan amalan harian termasuk cara berhubung dengan ahli keluarga, masyarakat, cara menilai atau mena’kul sesuatu perkara.
Setiap kali tiba tahun baru kita menanam azam yang bukan sedikit. Ada yang tidak sabar menunggu kiraan detik akhir menjelang tahun baru, mengadakan pesta, konsert dan sebagainya khusus untuk menyambut tahun baru.
Tidak ramai sedar atau terfikir untuk menganjurkan majlis muhasabah bagi menilai semula aktiviti atau produktiviti selama setahun berlalu.
Mungkin majlis seperti ini boleh dianjurkan pada peringkat organisasi, masyarakat setempat sehinggalah ke peringkat keluarga.
Sekiranya dilakukan majlis muhasabah di peringkat organisasi perniagaan atau keluarga, salah satu agenda yang patut dibincangkan ialah pengiraan zakat.
Seelok-eloknya akhiri pertemuan muhasabah ini dengan doa selamat atau tahlil atau boleh juga dilakukan solat hajat memohon diberi rezeki yang lebih dalam musim yang akan datang.
Suasana ibadat dan ukhuwah akan terserlah daripada amalan seperti ini.
Sumber artikel : IKIM

Thursday, December 24, 2009

Semoga sujudku ikhlas keranaMu ya Allah..


SUJUD SAJADAH


سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ،
بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)
Solat subuh pagi ini aku bersama anak2 ain, athirah dan helmi ke masjid,...lama benar dok tangguh nak buat...memang berat  nak kejutkkan anak2 waktu subuh...so aku dah pesan siap2 kat depa supaya berniat untuk bangun awal sebelum tidur..aku memandu sendiri kerana  hubby aku tak sihat...sampai kat masjid terasa lega sebab hajat aku dah sampai...memang dah lama berhajat nak bawa akeluarga setiap subuh Junmaat supaya dapat merebut apahala berjemaah serta bersujud sejadah..alhamdulillah.  Aku beriltizam..semoga hijrahku pada Jumaat penghujung Disember 2009 ini membawa makna yang sangat bermakna. Insyaallah. Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku petik dari desertasi ustaz Iskandar Zulkarnain mengenainya.
"Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah."
Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.
Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.


Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.
Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan: 
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar
.
"
Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah ini. Semasa di Madinah dan juga di Mekah, iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma'mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah. Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.
Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang ssudah tahu, kenalah buat.

Tuesday, December 22, 2009

Banyak manfaatnya...jom kita laksanakan.


Rahsia Solat Di Awal Waktu

dipindahkan dari  By: PakarHowTo Category: Rahsia
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sujud menyembah yang Masa Esa
Sujud menyembah yang Masa Esa

  • Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


  • Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

  • Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

  • Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

  • Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he