Followers

Wednesday, October 27, 2010

Bukan untuk sesiapa

Blog ini bukan untuk orang lain, aku bebas tulis apa saja..mungkin ini harta milik generasiku nanti..ok ct..buat anak2 yg mungkin rindu apabila aku sudah tiada lagi disisi mereka..so blog ni mungkin wasiat kehidupanku..
Sepanjang minggu ni aktiviti di sekolah agak padat,...setiap hari ade je yang nak dikendalikan..belum siap satu tugasan, satu lagi datng bertandang...akhirnya sgalanya dapat diselesaikan dengan baik..alhamdulillah syukur kpd allah yang mempermudahkan segala urusan.




Di rumah pula sibuk dgn urusan binaan pagar..agak berselerak la keadaannya..dalam kelelehan di sekolah..sambung lagi tugasan di rumah..nasib baik juga dah tak de anak kecik..alahai kalau ade memang kesian le..

Wednesday, October 20, 2010

20-10-2010

cantik benar tarikh hari ini,...sekali dalam seribu tahun, namun tarikh cantik ini tidak banyak meninggalkan kesan pada diriku hari ini, macam rutin biasa..pergi sekolah, mengajar dan balik rumah jadi suri rumah..
cuma mungkin sesuatu yang tak pernah aku lakukan di sepanjang tempoh aku menjadi guru..ialah hari ini aku kena mengasuh...mengasuh siapa ye...macam ni ceritanya..
Minggu ini giliran aku bertugas,...dan minggu ini juga dah 2 kali guru-guru bermesyuarat,..so masa 1 dan 2 tak de la P&P yang dilangsungkan. Disebabkan aku bertugas hari ini jadi aku kena le menjaga bebudak tingkatan 1 dan 2 seramai lebih kurang 300 orang,..supaya mereka berada dalam keadaan terurus sementara cikgu lain bermeeting..
gelabah juga aku...memang gelabah betul..tak pernah pula aku mengawasi mereka sorang-sorang...so selepas semua berhimpun di anjung Mutiara, macam biasa aku kendalikan bacaan yasin yang menjadi bacaan rutin pelajar sekolahku stiap pagi. Selesai bacaan yasin, aku susun agar mereka habiskan masa dengan duduk dalam kiumpulan kecil dan siapkan semua kerja sekolah atau membaca mana-mana buku...puas juga le nak latih mereka diam dan tumpukan perhatian kepada buku mereka...
80 minit yang menyiksakan....he he itu je kelainan pada tarikh yang cantik ini,,namun aku puas sebab aku berjaya menjadi pengasuh..he he..

Tuesday, October 19, 2010

Kita akan sentiasa muda...

Betul,..sangat setuju..kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat!.,..tersirat makna yang amat mendalam...terkebil2 juga menafsir makna disebalik kata-kata ini...akhirnya aku arif sendiri..
beginilah apa yang aku faham...manusia sentiasa terdorong melakukan dosa...dalam apa juga keadaan melakukan dosa lebih mudah dari menjauhi dosa itu sendiri...contohnya sambil minum2 kopi sempat juga memandang yang enak dimata...walaupun sudah tahu..nak pandang setakat sekali je..jangan sampai berulang..tetapi..kerana asyiknya mata, sukanya hati..tak berkelip2 mata melihat..dah dosa tu..itu baru waktu minum...so aku rasa manusia amat terdedah untuk melakukan dosa..tetapi selagi ada usia..masih terbuka pintu taubat..sebab itu tidak pernah tua untuk bertaubat...boleh bila2 masa saja..
entahle..itu yang aku faham...betul ke tak ..tak tahu le..

Thursday, September 30, 2010

Jangan putus asa dengan rahmat Allah..

Dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang kita lalui saban hari sebenarnya adalah guru yang baik bagi menjadikan kita lebih menjadi manusia. Apatah lagi jika dugaan itu terasa berat dan sukar untuk dihadapi, semakin berat dugaan menimpa semakin banyaklah pengalaman yang diperolehi sekiranya dapat menyelesaikannya. Ramai yang terkandas dan merasa kecewa apabila menghadapi sesuatu bencana, ada yang kecewa sehingga sanggup mengambil nyawanya sendiri...tindakan yang amat mengecewakan! Sebagai umat Islam yang percayakan ketentuan aku jua terus dilambung pelbagai dugaan,..ada yang beralun dengan ombak yang besar dan kadangkala turut dihempas gelombang yang tinggi. Sakitnya tidak terkata apabila terhempas...dari segi fizikal mungkin hanya terlihat dengan penampilan yang kurang kemas dan berserabut tetapi kalau emosi memang terganggu habis.
Aku amat bersyukur kerana nilai iman yang ditanamkan oleh kedua ibu dan bapa masih membekas, sedikitpun tidak terdetik untuk menyalahkan sesiapa..apatah lagi takdir tuhan..semuanya ku selesaikan satu persatu dan alhamdulillah sehingga kini aku seolah-olah tidak percaya bahawa aku mampu berbuat seperti itu...
Aku cuba membandingkan lautan hidup yaang telah aku lalui dengan gelombang kecil yang diharungi oleh anak-anak masa kini...berbeza sekali...amat berbeza...lautan dalam yang penuh ranjau yang pernah ku tempuhi tidak sama gelombangnya..namun mengapa ramai generasi masa kini yang terus tenggelam di sekadar pinggiran badai...apakah nilai iman yang dibekalkan tidak cukup bagi mereka terus berkayuh semula ke pantai harapan...atau mereka sebenarnya terlalu dibelai dengan pelbagai kesenangan sehinggakan tidak mampu menongkah arus?
Buat para remaja,..berfikir dulu sebelum bertindak, jangan sampai ingin membunuh nyawa sendiri kalau putus cinta atau ditinggalkan kekasih hati...nanti kita yang akan mengharungi lautan api di neraka sedangkan si dia berseronok di dunia tanpa setitis pun airmata..malah tersenyum sinis mengenangkan kebodohan kita...sambil menghirup nafas lega kerana kehilangan suatu beban yang dulunya turut menghantuinya terlepas begitu sahaja.

Friday, September 17, 2010

Cuti raya dah habis...

selama 2 minggu sekolah bercuti,..maka aku pun turut meraikan percutian ini dengan pelbagai agenda lain..selain tugasan sekolah...Menyambut hari raya..agenda utama yang sudah selesai..alhamdulillah raya kali lebih bermakna...bagi diri ini..biarlah aku sendiri yang maklum...
Kenduri pun banyak juga...cuti yang agak lama ini boleh le diadakan kenduri,..macam2 jenis kenduri..kahwin, bertunang, dapat baby..open house...sampai tak mampu nak hadir..
agenda lain ialah kemaskan semula rumahtangga yang agak kelam kabut sebab pelbagai agenda..ada makan2 sekeluarga...pinggan mangkuk nak kena disimpan semuala...
Esok hari terakhir cuti...ahad..19 September bermula lah sesi baru sekolah setelah bercuti...akhir2 tahun ni ada banyak exam...dah mula le tugas sebagai seorang guru...apa2pun amat gembira...setelah cuti berlalu..dan agenda yang paling penting dalam hidup ialah mengimarahkan Syawal sebagaimana Ramadhan yang berlalu sudah..satu cabaran yang amat besar..ialah berpuasa 6 hari..maklum je..ramai yg tak puasa...kat rumah nak kena masak...apa2pun aku akan cuba mengajak anak2 berpuasa bersama...supaya mereka terbiasa dengan puasa 6...aku dulu masa kecik2 tak tahu pun apa puasa 6..soa aku kena terapkan pada generasiku supaya mereka lebih tahu..insyaallah.
Agenda hidup tak mungkin selesai..pasti silih berganti..harapanku aku reda dan bersedia melaksanakan apa sahaja agenda yang perlu sebagai insan ciptaan Allah..Amin.

Tuesday, September 7, 2010

Menjelang lebaran,..berakhir ramadhan..



Sendirian memikirkan betapa cepatnya masa berlalu...tinggal beberapa jam sahaja lagi nak sambut aidilfitri..
Muhasabah lah aku sendiri...terawih tak selalu pergi...al-quran pun tak khatam lagi...kuih muih sudah tersedia menanti...rumahtangga sudah berkemas rapi...
Ramadhan semakin menjauh..kini syawal makin menjelang...ramai yang sudah bergegas pulang ke tempat asal..bagi menyambut lebaran yang akan mendatang...cuti pun masih panjang..dapat le berjumpa sahabat taulan...saudara mara jauh dan dekat pun saling bertemu setelah masing-masing terpisah merantau jauh mencari kehidupan sendiri...
Aku yang masih terkedu..menahan rindu pada ramadhanku...
terasa tidak mahu ianya berlalu pergi...
biarkan ia sentiasa di sisiku...sepanjang tahun...
Aku yang masih mencari-cari
makna kesucian ramadhan...kerahmatan dan keampunan..

Shawal yang menjelang..datanglah bersama rahmatmu dan kebahagian..selimuti daku dari godaan iblis dan shaitan yang kembali bersorak riang...sedangkan ramadhanku tanpa tetamu laknat itupun masih kecundang dek hasutan nafsu yang tidak bertepi..maafkan aku Tuhan...ampuni aku Tuhan...terima amal ibadahku...terimalah sedikit amalanku..semoga aku sentiasa disisimu..walau ramadhan akan pergi..biarlah lebaran kali ini lebih membahagiakan...

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan...terimalah diriku kembali.

Ramadhan,
Saban tahun datangmu membawa khabar gembira,
datangmu dengan segala kerahmatan, keampunan dan keredhaan.
Kini tampilmu disisiku...membawa aku kembali,
setelah hampir saja kesesatan dirimba duniawi,
syukur aku tersedar jua..dari mimpi-mimpi kelekaan...
sedarku!
insafku!
maluku!
bertandang setelah Ramadhan semakin mengensot diri...

Nuzul Quran yang menjelang..
aku kini membilang semula sesuatu yang hilang...
dulunya pernah kugenggam...
alhamdulillah..aku masih bernafas disisimu Ramadhanku...
walau suatu waktu aku tertipu...
oleh gelora nafsu tak menentu..
Ramadhan..kian jauh ke penghujung...
semoga aku tidak lagi tersandung...amin..

Monday, August 9, 2010

Al-kisah seketul daging bernama hati..

SETIAP manusia dikurniakan Allah hati.

Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih (daripada kekotoran dosa) maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran dosa, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah agama.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari - 2/49)

Berdasarkan hadis itu, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan akan rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :

* Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
* Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
* Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
* Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
* Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
* Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
* Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih dan luhur membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Sebenarnya manusia menghadapi dua bisikan, iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat.

Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf: 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum atau terpelihara daripada dosa selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali sebagai seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran.

Friday, August 6, 2010

KECANTIKAN WANITA

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Thursday, August 5, 2010

Tangisan wanita

"Tangisan wanita lebih bertenaga dari senyumnya." Betul atau salah.

Tersenyum aku membaca kenyataan itu.

Jawapanku : Apapun kenyataan itu amat subjektif - terpulang pada keadaan kerana tangisan wanita punya pelbagai interpretasi.

Adakalanya tangisan wanita memberi kekuatan, melepaskan perasaan, membujuk diri, kecewa atau gembira. Tidak kurang juga tangisan itu melambangkan kelemahan pada sesetengah wanita. Tangisan boleh jadi senjata yang amat berguna dalam pelbagai keadaan. Kerana itulah TUHAN mencipta airmata untuk manusia terutama buat wanita.

Pada masa yang sama kekadang senyuman itu lebih bertenaga kerana gembira, terpaksa, membujuk atau menyindir.

Apapun padaku : jika wanita menangis tanpa airmata - lebih berbahaya dan kekuatannya amat luar biasa. Dan jika mereka senyum kerana terpaksa kekadang penuh racun berbisa atau mungkin terkandung sejuta rahsia. Sudah tentu kita tidak lupa pada senyuman MONALISA...

Oleh itu awas dengan tangisan dan senyuman wanita...

Apapun jika teman-teman di luar sana punya pandangan yang berbeza, silalah kongsi bersama.

Sunday, August 1, 2010

Aku, dia dan malam.


malamku bertemankan cetusan idea didada digitalmu,
mengungkap satu demi satu cerita duniaku.
menerobos satu persatu lelangit informasi.
mencari sesuatu yang kadangkala aku sendiri sukar mengerti..
Aku dia dan malam..adalah kisah tak bertepi..
boleh jadi memenuhi hasrat hati..
boleh juga menunaikan hajat insani..
mungkin juga kepuasan nurani sendiri..

Saturday, July 31, 2010

Tempe goreng membawa nostalgia sendu


Beberapa hari lalu aku menggoreng tempe bercampur cli padi dan ikan bilis, kuhidangkan bersama nasi panas. Ada lagi beberapa hidangan seperti kari dan sayur sawi. Kami sekeluarga pun makanlah selepas berdoa...dalam diam kuperhatikan Helmi mencedok tempe bertalu-talu...yang lain-lain tu buat tak tahu je..banyak betuk dia makan..aku senyum sendiri...bagus juga sebab ada orang selain aku yang suka makan tempe...

Aku dan tempe...di akhir tahun 2006 aku terposting ke JB...dengan berat hati aku gagahi dan menganggap semua ni dugaan dan cabaran setelah bergelar siswazah...apa tidaknya...aku bukan freshie yg baru bekerja..seorang guru lama yg belajar semula...sedih sangat namun mungkin semua itu pengalaman yang amat berharga...
ye betul..aku dan tempe mula rapat...maklum aku sendirian dirantauan..pergi sekolah balik sekolah jalan kaki je..tumpang sewapun dengan adik-adik cikgu yang belum kahwin..kekalutan ini menjadikan aku pasrah dan tidak mampu melangkah jauh..apa lagi saban hari laukku cuma tempe goreng bilis..itu yang paling mudah didapati...selebihnya ikut le..kadangkala sardin dan ikan kering...aku tak kisah kerana memang sudah biasa...
tetapi apa yang aku sedari..sejak itu aku sukakan tempe...pengalaman selama 5 bulan terposting di JB membuahkan cinta baru he he..tempe dan aku...itulah kenangan 4 tahun lalu...memori yang sendu namun ada rindu yang membuku di kalbu..terpahat dalam ingatan di sepanjang jalan kenangan. Aku dan tempe...bertemu di nostalgia sendu.

Monday, July 12, 2010

Monolog...pesanku pada hati..


Aduhai ct...alangkah baiknya...
Alangkah baiknya andai engkau sentiasa menghulurkan tangan, bersalaman dengan orang lain yang banyak menyakitkan hatimu...memohon keampunan biarpun pada perkiraan mindamu...engkau dipihak yang benar..
Alangkah baiknya andai engkau sedia memaafkan segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh pihak lain walaupun itu mengundang rasa pahit berpanjangan,..kosongkan segalanya dan biarkan ianya berlalu bagai angin lembayu yang membawa bersamanya sendumu...
Alangkah indahnya andai bebunga yang disirami saban hari kini, yang mekar mewangi jua dapat menerbitkan kuntuman yang bakal mewangikan hidup orang lain dipersekitaran...
Alangkah enaknya andai kata-kata yang mengasyikkan darimu yang lahir dari jiwa yang luhur juga dapat dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat,...
Apalah lagi aduhai ct...apalah lagi yang dapat kau berikan pada dunia ini,...hulurkan sementara sisanya masih berbaki untuk kau terokai...selepas itu ct, barulah kau sedari betapa indahnya hidup ini...oklah ct,..jangan lupa prinsip sendiri..hari ini lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini...ok ye ct..ingat tuuu.

Sunday, July 11, 2010

Kuatkan benteng keimananmu anak-anakku..

Sebenarnya aku tidak tahu nak menulis apa dalam entri kali ini, cuma aku teruja dengan persekitaran di sekolah, waktu makan-makan kat cafe..banyak juga cerita yang ku dengar, mungkin kisah biasa namun aku terpaksa merenung sejenak sebelum mengeluarkan sebarang kata penyedap rasa...
Kisah remaja, kisah gejala sosial..ramai kami yang berkeluh kesah..aku juga mengucap panjang bila membaca akhbar, pelbagai cerita dan kisah gejala sosial yang memnyesakkan dada..buatku terfikir,..macam2 yang terbayang..cuma aku memohon Allah jauhkan diri ini dari segala mara bahaya dunia mahupun akhirat..Apatah lagi anak-anak sendiri semuanya sudah bergelar remaja..
ok..aku ingin cuba membawa diri ini ke zaman kini, andainya aku kini seorang remaja,..apalah agaknya yang aku buat ye...dalam persekitaran global yg tiada sempadan, aku akan bebas mengakses sebarang bahan terlarang di internet, berkongsi dengan rakan2 sebaya yang begitu ghairah ingin tahunya,..aku insaf..bukan senang menjadi remaja zaman ini..penuh dengan dugaan..lantas aku selalu mencelah..."kalaulah kita berada ditempat remaja sekarang apa agaknya yang akan terjadi ye."...
Macam2 reaksi la ...antaranya"entah2 kita pun hanyuttt", ...(kurasakan inilah jawapan ikhlas)...aku akui..dalam usia begini pun kadang kala kita teruja dengan berbagai dimensi baru,..betapa ramai suami yang sibuk di internet dengan gadis-gadis muda, begitu juga betapa ramai isteri orang yang terpedaya,..apatah lagi yang tiada empunya...begitu banyak kisah yang terjadi..menjadikan aku begitu berhati-hati..cemburui apa-apa yang anak-anak remaja sekarang miliki,..buat aku jadi begitu pemerhati..memantau aktiviti keluarga sendiri..kerana yang pasti aku begitu takut...takut dengan bisa globalisasi yang semakin hampir..merobek benteng diri...semoga Allah lindungi generasi sekarang...dari terus hanyut dengan pelbvagai tarikan sementara ini...

Saturday, June 26, 2010

Mampukah aku?...

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering mengalami beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan semakin subur bersama kerana:

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi memerlukan proses yang panjang seperti usaha menajamkan besi,demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya,karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.Semua orang pasti mengimpikan sahabat sejati,namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi penghancur persahabatan antara lain :
1. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini pastinya dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.

Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

Wednesday, June 23, 2010

Ujian Allah, berbeza persoalan,,,jawapan tetap sama..

Dalam kehidupan kita sebagai manusia,..tidak mungkin terlepas dari menerima ujian...mungkin ujian seperti UPSR dan PMR yang nak dimansuhkan nanti ujian berbentuk akademik dalam hidup seorang pelajar..tetapi kita sering terlupa dengan ujian sebenarnya, entry ct kali ini akan memfokuskan ujian yang datang dalam hidup kita tanpa kita duga, juga yang tidak diminta tetapi perlu dihadapi dan diterima..ujian dari Allah Subhanahuwataala..
Allah juga telah menjanjikan kepada manusia bahawa harta, anak-anak dan kedudukan adalah ujian yg didatangkan untuk menguji tahap keimanan manusia..maka ct terasa semua kita akan diuji cuma melalui persoalan dan pengalaman yg berbeza namun menuntut satu jawapan yang sama...Redha terhadap ujian Allah dan bersabar. Malangnya walaupun menyedari hakikat jawapan itu, memahami bahawa itu saja yang mampu dilakukan, masih terdapat yg cuba engkar..ingin lari dari kenyataan..
Seorang isteri yang bersuamikan lelaki durjana akan menyalahkan nasibnya...begitu jua seorang suami yg beristerikan wanita derhaka akan mencari alasan menyalahkan isterinya...
seorang ibu yang berusaha mendidik anaknya sebaik-baiknya,...menjadi putus asa dan keciwa jika anaknya itu tidak menjadi...manakala ada anak2 yg mendapati ibu bapa mereka masih tercari-cari makna kehidupan walaupun berusia senja akan merintih dalam hatinya,..bertanya sendirian mengapa keduanya belum sibuk untuk mempersiapkan diri dengan amalan sebelum dijemput Allah...
Mengapa kita sering menyalahkan, jua saling menuding antara satu sama lain...merintih menangisi takdir?...semua ini adalah kerana kita terlupa setiap detik kehidupan kita adalah diuji...semuanya mempunyai hikmah agar manusia berfikir..supaya semuanya berserah kepada Allah di samping berusaha dengan penuh daya upaya disertai kesabaran...dan ketahuilahwalau tahap ujian yang kita lalui berbeza..ianya menuntut satu jawapan yang sama....bersabar...hanya manusia yang bersabar sahaja mampu meredah kehidupan dengan ketengan tanpa keluh kesah...kerana dirinya sedar..setiap ujian itu balasannya pahala yang berlipat ganda..
Jadi bagaimana untuk mendidik sifat sabar?...apatah lagi dalam dunia yang semakin haru biru dan runtuh nilai sosialnya..manusia semakin pendek akal dan juga hilang minda sihatnya sehingga begitu ramai manusia yang membunuh diri kerana kecewa dan putus asa..

p/s
ct jua masih tercari-cari bagaimana ingin sabar kerana biasanya ct akan mudah melatah jika diberi ujian oleh Allah..

Sunday, June 20, 2010

Wanita dan Sendu..

Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami

Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.
Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.
Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

p/s
Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.

Tuesday, June 15, 2010

Apa lagi yang dicari,...

Cuti persekolahan sudah hampir ke penghujungnya,..seperti biasa cuti membawa seribu cerita...suka dan duka silih berganti..riang ria bertemu ahli keluarga kadangkala diselitkan dengan cerita yang tidak menyenangkan..inilah kehidupan,.sukar dimengerti..
Kasih dan sayang yang antara makhluk seperti ada pasang surutnya...mungkin suatu masa kita terpesona kini sudah tidak bermakna..cinta kasih sesama manusia juga ada kembang kuncupnya..itulah pesona dunia yang selalu kita cari..hingga ke hujung dunia...
Seringkali kita tidak menyedari, disekeliling kita dipenuhi oleh pelbagai onak dan duri..kita jua tersalah tafsir mengenai kebahagian sehingga kita lelah dan letih mencari..cuma yang pasti..apabila akal dan kemahuan tidak seiring...kita pasti kecundang...
Cutiku kali ini penuh dengan pelbagai cerita, cerita sendiri yang biasa hinggalah cerita orang lain yang membawa pengertian...aku pasti semua ini adalah kerana Allah telah menjadikan nafsu yang tidak bertepi kepada manusia. Hanya akal dan keimanan sahaja dapat mencorak apa yang ingin dicari...samada kebahagian dan sengsara.

Saturday, May 15, 2010

A Teacher for All Seasons...happy teachers day


16 Mei tiba lagi, membawa bersamanya kekuatan baru sebagai bekalan hari-hari seterusnya buat guru-guru yang mesti terus berdiri hari ini, besok mahupun bila-bila saja sehingga ke saat terakhir hidupnya..buat semua guru...you are...

A Teacher for All Seasons

A teacher is like Spring,
Who nurtures new green sprouts,
Encourages and leads them,
Whenever they have doubts.
A teacher is like Summer,
Whose sunny temperament
Makes studying a pleasure,
Preventing discontent.

A teacher is like Fall,
With methods crisp and clear,
Lessons of bright colors
And a happy atmosphere.
A teacher is like Winter,
While it’s snowing hard outside,
Keeping students comfortable,
As a warm and helpful guide.

Teacher, you do all these things,
With a pleasant attitude;
You’re a teacher for all seasons,
And you have my gratitude!

Wednesday, May 12, 2010

Kejamnya Kanser....










Aku terpaku....terkedu bila mendapat tahu, satu demi satu..saudara mara, rakan-rakan dan jua ibu..kini menjadi musuh mu...
Kanser servik, kanser usus, payudara..ahhh kau menyerang segenap sudut...tadi seorang lagi kenalan memberitahu, virus itu telah singgah di payudaranya...aku semakin kaget..minggu lepas kawan lama semasa menuntut di maktab dalam keadaan tenat diserang diususnya...ibu baru saja berhenti pendarahan akibat kanser servik yang sudah kritikal...ramai juga yang sudah selamat menemuiNYA..al fatihah.
Tiada pilihan, kimoterapi, radioterapi dan operation itu saja..yang mungkin dapat melemahkan kekuatan virus ini...namun biasanya mampu bertahan sejenak,..akar-akar yang sudah mencengkam akan terusan hidup dan tumbuh subur, lagi dan lagi...ke pelbagai posisi lainnya...
Apa lagi..nak kukatakan, apa lagi nak kutangiskan...airmata takkan mampu menghambatnya jauh...tak mungkin..hanya aku bermohon agar sesiapa saja yang menjadi mangsa agar lebih tabah dan berperasangka baik dgn tuhan...insyaallah ada hikmahnya...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he