Followers

Saturday, March 23, 2013

Tersentuh hati...kasihannya kaum lelaki.


4 GOLONGAN LAKI-LAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

1. Ayahnya
Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.

2. Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.
Jika suami mempunyai isteri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, shalatnya dan puasanya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.
Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan isteri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah kenyataan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.

3. Saudara Lelakinya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (adik,abang, bapa saudara). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan dibiarkan saudaranya lalai dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.
Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak laki-laki tidak menasihati Ibunya tentang kebenaran dan tuntutan dalam Islam. Ditakuti jika ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, berzina, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.

Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peranan mereka dengan baik.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surat At Tahrim[66]: 6)

Monday, March 11, 2013

Mufliskah aku nanti..

Kuliah subuh di suatu pagi jumaat....menmgenai sebuah hadis nabi Muhammad s.a.w ...terfikir mungkinkah aku salah seorang darpadanya?...Mohon perlindunganMu Ya Allah....


Thursday, January 24, 2013

Hospital - sebuah laman duka

Sekiranya anda merasakan hati anda masih keras,..lawatlah hospital yang berdekatan dengan tempat anda,..jenguklah wajah2 pesakit yang sedang berada dalam wad,..bertanyalah kepada mereka tentang kesengsaraan yang sedang ditanggung,..dan yang lebih afdal,..lihatlah makanan yang boleh dimakan ketika itu,..tentu hati yang sekeras batu akan menjadi sendu...in syaa Allah.
Pengalaman menjadi pesakit dan berkenalan dengan ramai pesakit lain banyak memberikan aku pelajaran,,,,aku bersyukur amat,..mungkin sebelum datang ke daerah berdarah ini, aku hanya memikirkan kesakitanku sahaja,..rupanya sesakit dan menderita aku,..masih ada pesakit yang lain yang lagi teruk keadaannya...terima kasih Ya Allah.


Daerah duka itu,...
menyimpan beribu sendu..
dari wajah-wajah yang berkerut seibu.
menahan getaran yang ngilu dan sebu...
laman duka itu,..tetap tabah menerima tamu demi tamu,..
yang berpusu-pusu mencari penawar..sebuah kesakitan,
walau mungkin hanya untuk sementara...
Terima kasih Tuhan,.
kerana menyedarkan aku tentang nikmatmu...
yang mungkin kau pinjamkan seketika sahaja,
kemudian meragutnya kembali,..
untuk menguji sejauh mana ketabahan,
kesabaran dan kekuatan iman...
walau nampak pahit dan getir,..
telah gugurlah dosa-dosa kami..

Bye Bye Hempedu berbatu,...

Setelah semua prosedur untuk pengesahan dijalankan, pembedahan untuk membuang hempedu telah diatur tarikhnya,..pada pagi 12 januari 2013,.selamatlah aku menjalani pembedahan itu..kini aku telah kehilangan satu anugerah Allah terhadap jasadku..hempeduku kini sudah tiada..
Pembedahan secara laraskopi iaitu menebuk sedikit di bahagian abdomen untuk memasukkan segala peralatan seperti kamera, gunting, pisau dll. Aku sudah bersedia menerima takdir ini...kini fungsi untuk menapis lemak ditubuhku di ambil alih oleh organ hati...jadi aku mesti menjaga hatiku agar sentiasa sihat...Insya Allah..





Mungkin inilah gambaran kedudukan batu dalam hempedu...sebenarnya selepas operation doktor cuma memberiku satu bekas dan dalamnya berisi cuma 3 butir batu berwarna hitam..sebesar lada hitam...tidak banyak...namun kesakitan yang aku alami sangat mengazabkan...

Saturday, January 19, 2013

Yang ku takut,..tiba jua...

Sejak mengetahui hempeduku berbatu...dan disahkan oleh doktor pakar untuk menjalani pembedahan,..hidupku mula diselebungi ketakutan...telah dijadualkan untukku jalani pembedahan tu pada Februari 2014 nanti,..so masa yang masihujian  panjang itu telah kuusahakan dengan rawatan alternatif dengan harapan menggunung,..batu2 yang ada dalam hempedu akan ghaib tanpa pembedahan..http://ctajar.blogspot.com/2012/12/kisahku-di-durian-tunggal-melakabatu.html
.pelbagai makanan tambahan kuambil jua...namun segala yang kuharapkan itu tidak menjadi kenyataan...kisah sakit tiba-tiba diperut sebelah kanan kembali lagi dan tiba ke kemuncaknya apabila aku mula mengalami simpton kesakitan yang kronik sejak seminggu lalu...aku muntah2,..dan warna kencing dah menjadi seperti teh pekat,..

12 Januari 2013 - aku ke hospital,..bila jumpa doktor,.kes aku disahkan sudah agak kronik dan terus masuk wad....Ya Allah tak kuduga secepat ini...bermula hari sabtu aku kat wad...hari ahad dan Isnin,,,3 hari aku berkisah,...

Sabtu = 12 Januari
Selepas pemeriksaan doktor dan mendaftar wad, hari ni aku disuruh berpuasa terus,..sampai jam 3 petang aku di bawa ke makmal untuk dibuat scan,...doktor bertugas memaklumkan memang ada batu dalam hempedu aku,..sahlah aku dah tak boleh bertugas esok,..
Setelah itu aku dipindahkan ke wad Kenanga 4B, Hospital Sultanah Bahiyah,..

Ahad = 13 Januari 2013
Berpuasa lagi, hari ini aku dijadualkan untuk Endoskopi iaitu dalam bahasa yang lebih mudah,Doktor akan memasukkan kamera melalui mulut aku sampailah ke perut bagi memastikan tidak ada batu yang tersumbat di salur hempedu.
Jam 2.30 petang, aku disuapkan dengan pakaian putih,..disorong ke wad radiologi dan diberi bius,..aku cuma sedar setelah aku dibawa semula ke wad,..rasa loya dan terbatuk2,..maklum la..kamera masuk melalui kerongkong...


Isnin = 14 Januari 2013
Hari ini aku berpuasa lagi, kebetulan hari Isnin, aku pun berniat puasa sunat, sekurang2nya aku mendapat pahala, aku  di "standby" untuk dibedah bagi membuang hempedu,..aku semakin pasrah,..menerima sahaja apa yg akan dilakukan,..jiwaku semakin memikirkan kematian,..biasa la kan, nak dibedah,...sebelum ini aku banyak juga membaca mengenai pembedahan buang hempedu ni,..hanya 90 peratus berjaya,..
Tunggu punya tunggu, sampai 5.30 petang, aku masih di wad, tiada panggilan ke bilik operation...datang seorang misi suruh aku makan,..katanya operation aku ditunda sebab doktor tak cukup masa...apa lagi aku pun tak tunggu waktu berbuka dah,..perut sudahmeloya dan sebu,..makan la nasi hospital,..

inilah menu aku,...boleh ke aku makan macam ni,..sup ilan dengan rebus petola...hahaha memang kurus la lepas ni,
Selasa =15 Januari 2013
Pagi selasa, aku disuruh berpuasa lagi,..so 4 hari kat wad, 4 hari juga berpuasa,..jam 8.00 pagi,..satu rombongan doktor yang mengambil kes aku ni datang,,,kata mereka kes aku terpaksa ditunda ke hari khamis  nanti,..maksudnya 2 hari lagi,..banyak operation yang sedia menanti terpaksa didahulukan,,,aku akur je..ye lah nak kata apa kan,,aku dibenarkan balik ke rumah dan akan diberitahu nanti sekiranya jadi nak dioperate hari khamis,..
****** jam 9.30 pagi - masih di wad, menunggu misi buat surat discharge wad untuk balik ke rumah,..Cikgu Latipah,,sahabatku menalipon dari sekolah memaklumkan anak sahabatku juga Cikgu Haliza yang dirawat di ICU Kedah Medical Centre sudah meninggal...(akan ada entri nanti mengenai ahli shurga ini). Aku terdiam,.rupanya Najihah yang masih muda dan suci ini pergi dahulu...

Aku bercadang nak melawat, sampai ke rumah jam 12.30 tengahari,..masih sempat lagi,.tetapi keadaanku yang masih lemah dan pening menghalangnya,,so aku tak sempat melihat Najihah kali terakhir...
Itulah kisah sepanjang 4 hari 3 malam di wad dengan kisahku yang belum selesai...pengalaman berharga ini menjadikan aku insaf,..memang benarlah kata orang,..hospital adalah tempat untuk kita menilai siapa sebenarnya kita,...insan yang lemah...namun aku bershukur sesangat,..aku masih dalam kategori pesakit yang sederhana, terlalu ramai lagi yang sedang menderita...

Kenangan manis di wad bersama pesakit muda berbangsa cina...


Tuesday, January 15, 2013

Najihah Izzati - bagaikan puteri...

Sunday, January 6, 2013

Aku akan cuba bersabar...aku ingin jadi hebat..


Minggu pertama persekolahan memang jangka masa yang mencabar,..pelbagai data baru perlu dimasukkan,...sebagai guru tingkatan aku harus up to date dengan maklumat pelajar...yang menjadi sedikit masalah ialah kekangan waktu bersama pelajar kelas sendiri...maklum la aku cuma mengajar di kelas literasi komputer yang ambil masa 2 waktu seminggu...kemudian kena uruskan mereka setiap hari...fuhhh penat juga la...tambahan tugasan lain datang mencanak dan tak boleh dielak..apa2pun cikgu siti..tolong bersabar ye...buat yang terbaik dan ikhlas...jgn stress...aku berdoa semoga tahap kesabaran aku tahun ini lebih meningkat...In syaa allah.

Tuesday, January 1, 2013

2013.....semoga lebih berbahagia..


Ya Allah,..aku telah melalui tahun 2012 dengan selamatnya,..kini 2013 bertandang memaksaku melaluinya dengan lebih mencabar..banyak ranjau duri yang akan dilalui nanti...semoga dipermudahkan segala urusanku sebagai hambaMu. Mungkin banyak peristiwa dalam tahun 2012 yang sempat kurakamkan dalam entri di blog ini,..dan ada yang tak sempat tercatat...namun aku amat bersyukur Ya Allah...hidupku terasa sempurna dan berbahagia,...walaupun ada juga yang mengusik ketenangan minda namun Engkau telah memberiku jalan rahmat sebagai penyudahnya...amin.

Tahun baru Masihi 2013 akan kulalui...sebagai ibu, isteri, guru dan anak kepada kedua ibu bapaku yang sudah berusia dan sering sakit-sakit...aku amat mengharapkan pandanganMu Ya Allah,..berkatilah setiap langkahku...restuilah setiap niat baikku untuk lebih dekat denganMu Ya Allah. Istiqamahkan aku selalu dalam kebaikan...berilah aku kekuatan untuk lebih bermuhajadah ke jalan yang engkau redhai Ya Allah.

Inilah aku...izinkan aku....redhailah aku...
aku sebagai isteri dan teman hidup yang lebih baik untuk suamiku
aku sebagai ibu yang lebih sabar dan dan dapat menjadi idola untuk anak2ku..
aku sebagai guru yang senang didekati dan mudah difahami oleh anak didikku..
aku sebagai anak solehah yang mengambil berat kedua ibu bapaku..
aku sebagai insan yang bijak membuat pilihan dalam haluan hidup..
aku sebagai pengguna yang bijak dan tidak membazir
aku sebagai hambaMu yang istiqamah dalam amalan kebaikan
aku sebagai petugas yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab keranaMu Ya Allah.
aku sebagai sahabat sejati buat semua kenalanku..
aku sebagai pewaris roh yang bijak menjaga rohani dan fizikalku dari kezaliman nafsuku sendiri.. 

Izinkan aku Ya allah...sampaikan hajatku untuk bertemu denganMu,..menjejak sejarah rasulMu...permudahkan aku untuk sampai ke bumiMu yang mulia Ya Allah...semoga hidupku akan terus berbahagia dengan rahmatMu di 2013 ini...aminnn.

Wednesday, December 19, 2012

Kisahku di Durian Tunggal Melaka...Rawatan Batu Hempedu.

Pengalaman yang menarik ini ingin kukongsi bersama...rawatan alternatif untuk membuang batu hempedu..,samada nak percaya atau tidak terpulang la...namun bukti berupa 2 butir batu ada padaku...


Pagi 17 Disember 2012 - Selepas solat subuh aku dan suami bergegas ke rumah Haji Jamil. Anak-anak berehat je kat homestay. Bila sampai je jam 7.00 pagi,..dah ramai orang beratur menunggu giliran...aku terus ke kaunter untuk mengesahkan nombor giliran yang terlebih dulu diambil semalam. Bernasib baik,..10 minit menunggu aku dibenarkan masuk,.alhamdulillah.

Inilah kaunter tempat mengambil nombor giliran. Rawatan bermula jam 6.00 pagi.

Tuan haji Jamil bertanya masalahku,..lantas aku beritahu hempeduku berbatu...dia lantas meminta kebenaranku untuk memegang perutku di sebelah kanan,..disapunya sedikit lotion,,rasa sejuk dan pedih sedikit,...tiba-tiba dia memberiku 2 butir batu...haa..inilah rupa batunya...



Air jampi...kena minum banyak air.
Bayaran untuk rawatan ini,...sebenarnya agak mahal...namun kita mempunyai pilihan,.sekiranya ingin ubat ektra..kenalah bayar lebih sedikit..lebih kurang RM100 macam tu..namun macam aku..aku just ambil air je dan sedekahlah setakat keihklasan....

Info ke rumah Haji Jamil..

1.   BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA
Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit.
Bt 71/2, Kg Gangsa , 76100, Durian Tunggal Melaka
No Tel: 013 9990935, 013 6426663, 012 2658199
Buka (Selasa/Rabu/Satu/Ahad)
Tutup (Isnin/Khamis/Jumaat)
Waktu Operasi (6.00am - 2.00pm)
  
Kami sekeluarga ke rumah Tuan Haji  Jamil di Kg Gangsa , Durian Tunggal Melaka. Kami ikut lebuhraya Utara-Selatan. Kami keluar melalui exit 231 Ayer Keroh.  bayar tol ikut lorong kiri Exit ke Durian Tunggal nampak signboard Batu Berendam ambil kiri Masuk ke highway Batu Berendam. Sebelah kiri PLKN. Terus jumpa muzium automatif dan Pusat Simpanan Kenderaan Berat. Jalan terus nampak simpang empat ada lampu isyarat Ambil Lorong kanan ...bila lampu hijau rapat kiri Lebih kurang 100 meter akan nampak bus stop dan kedai nasi ayam Ada signboard Kampung Gangsa...masuk lorong tu ada akan nampak bungalow biru 2 tingkat Tak boleh masuk kereta yer...leh park kereta kat sebelah bungalow tu RM2 ajer Jalan masuk ke rumah tuan Hj Jamil lebih kurang 200 meter dan melalui celahan rumah penduduk...

Untuk yang bermasalah seperti aku,..bolehlah mencuba..samada berkesan atau tidak kenalah buat scan dulu..pada masa entri ini ditulis,,aku belum berkesempatan untuk membuat scan..namun aku berharap dan berdoa agar masalah aku sudah berakhir...in Syaa Allah....kita hanya berusaha.

PMR 2012...alhamdulillah...syukur...8A 1B..

19 Disember 2012,...jam 10 pagi...kami sudah sampai di sekolah tempatku mengajar...aku memahami perasaan adik..abang juga turut serta. Kami terus bergegas ke Dewan Iltizam untuk sama-sama menantikan keputusan yang akan diumumkan...aku pula terus ke pejabat...cikgu Rohana ucapkan tahniah...aku senyum dan tanya berapa...dia menjawab 8A dan 1B,..so aku tahulah adik memang dah tak boleh kekalkan rekod 9A abang tahun lepas...memang sudah kuduga...subjek Geografi adik mampu dapat gred B je...
Aku ke dewan untuk bersama waris lain...hari ini aku datang sebagai waris bukannya guru...


Tuan Pengetua, sempat berucap untuk mengalukan kedatangan pelajar dan waris.


Debaran menanti,...kelihatan abah dan abang tenang menanti keputusan adik diumumkan..


Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2012...bergambar bersama Tuan Pengetua Puan Hajah Dewi Rosnah, Pen Kanan Hem, Tuan Haji Azizan Bin Saud, Pen KananPuan Hajah Jamaliah dan Guru Kanan Bahasa Puan Rohana Yusuf.


Saat debaran seorang pelajar,..guru-guru bersedia untuk mengedarkan slip keputusan PMR 2012.


Anak-anakku,..Nur Helmi Izzat dan Nurain Athirah...mengambil PMR di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary tempatku bertugas,..semoga kecemerlangan mereka tidak berhenti di sini...


Terpancar kebahagian di wajah ibu dan anak...


 Anak-anak didikku,..semoga kalian akan terus mencapai kejayaan,..walaupun hari ini mungkin kecewa dengan keputusan yang diperolehi,..masa depan kalian masih panjang..asalkan terus berusaha..in syaa Allah..

Hari ke 6..Cameron Hihgland..

Bersarapan di gerai berdekatan hotel,..nak bertolak pulang ke rumah setelah kembara selama 6 hari...harga makanan agak mahal juga...

anak dara ni makan nasi berlaukkan ayam goreng dan sambal kerang...RM7.50

Anak teruna...sempat posing dengan mawar putih...mat bunga..
Kami sempat berposing ketika singgah ke sebuah nursery untuk membeli bunga haha...


harga sepasu pokok strawbery ni ialah RM12.00, ada buah yang masak ranum tapi malas nak beli...tau dah pokok tu tak mungkin hidup subur nanti..

Mama bunga....seronoknya dikelilingi bungaaaaaa..

Koleksi patriotik bertambah lagi 2 color...peach dan pink..menjadikan koleksi bunga raya kat rumah menjadi 8 color dah..

hidangan terakhir di hentian Gurun,...nasi dengan telor asin dan ikan parang masak kari serta sambal belacan...RM7,50...

Alat GPS yang banyak membantu perjalanan kembara kami,..berharga RM378. Memang berbaloi..

Pemandu yang hebat,...

Perjalanan selama 6 hari 5 malam yang berakhir pada jam 3.00 petang, selamat sampai ke rumah dengan perbatuan sejauh lebih kurang 2000 KM.

Sunday, December 16, 2012

Hari ke 4: 16 Disember

Aku bangun awal..fikiran resah menanti saat itu,..suatu kepastian atau kepalsuan?...
7.00 pagi: Setelah selesai bersolat subuh, aku dan suami bergegas ke rumah Ustaz Jamil yang terkenal seantero Malaysia. waktu aku sampai sudah ramai yang menunggu..rawatan bermula selepas solat subuh...no giliranku 47, ketika itu baru no 22...lambat lagi le gamaknya...
Nasib menyebelahiku bila aku dibenarkan masuk tanpa mengikut gikiran,,,

Tuan haji Jamil : datang dari mana ni?
Aku                 : Kedah
Tuan Haji jamil : sakit apa?
Aku                 : ada batu dalam hempedu saya..

Seterusnya beliau melumur tangannya dengan sejenis lotion dan mengusap perut di bahagian kanan,.tiba-tiba diunjukkan aku dengan 2 butir batu...aku terkedu...
Aku dinasihatkan supaya tidak memakan daging..apa2 daging sekalipun...
Aku keluar dengan perasaan yang berbaur...batu itu aku bawa balik sebagai buah tangan yang paling mahal...kami balik semula ke Radzi Khai Homestay sambil membawa sarapan yang istimewa hehe...nasi lemak berlaukkan telor dadar nipis..semua yang makan nasi tu senyum dulu...

Terbaik...Homestay Radzi Khai di Taman Seri Wangi berdekatan lapangan terbang Batu Berendam sangat sesuai untuk didiami...sempurna servicenya..RM160 sehari.

Hiasan dalaman yang menarik dan kemas membuat kami semua rasa nak posing sebagai kenangan..
Jam 10.00 pagi : Kami berangkat ke Bandar Hilir untuk bersantai di A Famosa...santai???...mana ada,.siap kami mendaki kota lama itu sampai berpeluh2..





Selepas puas merayau dan melawat serta posing di Bandar Hilir, kami terus menyelusuri laluan pantai berhampiran Klebang dengan harapan ada restoren untuk makan tengahari....

Helmi dengan hobinya...di Pantai Klebang.
Akhirnya setelah meronda mencari sesuap nasi, rezeki kami di sini..di Pantai Puteri..


Sebelum....hidangan tengahari di Pantai Puteri berhampiran Klebang...murah..RM41 untuk 5 orang..berbaloi2 dengan asam pedas kepala ikan stail Melaka

Tudia...selepas 30 minit...licin...hehe.

Perjalanan diteruskan untuk ke Kota Damansara Kuala Lumpur,..kembali membelah laluan ikut laluan ke Port Dikson sebelum masuk ke Lebuhraya Utara Selatan. 
Hampir jam 6 petang kami sampai ke rumah adik di Taman Palma Indah, Kota Damansara untuk menginap malam itu...Malam itu kami makan maggi je..sedap juga sesekali...malas nak keluar..letihhh..bye..

Saturday, December 15, 2012

Kembara Hari ke 3 : Meredah 4 Negeri..

catatan ini tidak bertujuan apa-apa sekadar bacaan sendiri..mungkin untuk ditatap anak cucu setelah ketiadaanku..atau sebagai rujukan untuk pengembara seperti aku...

Pagi yang hening,..terasa kedamaian menjelma di sanubari,..lokasi Kesedar Inn tempat kami bermalam di Gua Musang memberikan suasana yang nyaman dan segar..

Berdiri kat pintu masuk Kesedar INN...
8.00 pagi : Usai je solat subuh kami bergegas berkemas untuk meneruskan perjalanan..sebelum tu sempat juga aku berposing dengan anak bujang dan suami..

Melalui 25 tahun bersama..(Jubli Intan).


Inilah 2 orang lelaki dalam hidupku...sayang sangat,..puteri2 2 beradik tu masih sibuk mengemas barangan mereka di kereta...

Singgah sekejap makan dan sarapan di Hentian R&R Gua Musang...


9.15 pagi: Meneruskan perjalanan dari Gua Musang ke destinasi selanjutnya,..seumur hidup, kami tak pernah melalui jalan ini so sangat excited..masing-masing melayan perasaan hingga ada yang terlelap..dalam perjalanan di sepanjang laluan terdapat  banyak gerai buah-buahan..kami singgah di satu gerai berhampiran Raub...tak ingat nama tempat tu...tapi sebelum sampai Kuala Lipis..



kesian mak cik ni,..durian yang kami beli tu murah je..RM5.00 sebiji..nak beli banyak2 pun mana nak letak...
Keadaan jalanraya yang elok melancarkan perjalanan...kesian juga kat abang driver tapi nak tolong drive tak dibenarkannya,..so kerap la kami berhenti..
11.00 pagi : Kami sampai kat Pekan Kuala Lipis setelah melalui Felda Sungai Koyan...singgah minum kat gerai berhampiran Bazar Mara Kuala Lipis.


Setelah melalui Raub, kami pun sampai ke Bentong, sebuah pekan yang amat nostalgik...perasaanku semakin berdebar,.entah mengapa...
1.00 tengahari : Singgah bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Bentong..memori 22 tahun silam menjelma kembali..mencari-cari semula monumen yang mampu menggamit ingatan...


...dari Bentong kami melalui tempat "posting" pertama aku sebagai guru...aduhai rumah itu masih wujud namun kelihatan usang dan telah ditinggalkan...kami singgah sekejap..snap beberapa sudut kenangan yang masih ada..pernah menyewa di sini,..

Kami pernah tinggal di sini...menyewa bilik bersama tuan rumah selama sebulan sebelum mendapat rumah sewa sendiri..sayangnya penghuni rumah ini sudah berpindah..

Suamiku sedang memerhati keadaan persekitaran berhampiran rumah sewa kami dulu..

 Nurain Izzatie,..membesar dalam kandunganku di tempat ini, usianya kini genap 21 tahun...

Singgag sekejap di SMK Ketari,..sekolah pertamaku setelah tamat kursus pada 1990...mula mengajar di sini pada Januari 1991...setahun sahaja sebelum bertukar ke Kedah semula..selama 30 minit melayan memori di sini....

3.15 petang : Bukit tinggi.




Tepat jam 3.15 petang kami sampai ke sana...tempat yang cantik...namun suasana yang agak asing..maklum la bangunan2 yang didirikan adalah ilham dari sebuah tempat luar..
Walaupun namanya Bukit Tinggi,..namun cuacanya agak terik..panas...kami tak lama di sini...setelah menjamu mata dan menjamu selera dengan bekalan yang dibawa sendiri...kami turun dari puncak untuk meneruskan perjalanan ke Melaka..
Alat GPS disetkan ke Durian Tunggal, Melaka...maka berterusanlah KDJ 9566 membawa kami ke destinasi..melalui sempadan Selangor dan Negeri Sembilan melalui lebuh raya Utara selatan..
6.30 petang: Singgah di R&R Seremban...minum dan makan..kali ini mengikut selera orang muda...KFC...kalau ikut aku..tak selera nak makan...

happy le dapat KFC..
Selepas itu kami teruskan perjalanan...
9.00 malam: kami sampai ke Kampung Gangsa..Durian Tunggal..Melaka...ayuhai..setelah meredah 4 negeri...nak sampai sini pun kena tanya orang...GPS tu cuma dapat cari Kampung Gangsa..kebetulan dstinasi kami tiada bernombor..susah sikit...akhirnya kami dapat juga menjejakinya...kami terus ke rumah Tuan Haji jamil...dan mengambil nombor giliran..no 47!...
Tujuan kami ke sini?...nantilah aku ceritakan...sabar...


10.30 malam: setelah mengalami sedikit kesukaran untuk mencari penginapan,..kami ditemukan dengan satu iklan penginapan...homestay..maka menginaplah kami di sini di Radzi Khai Homestay...sangat bagus dan cantik...sebuah rumah dengan 3 bilik dilengkapi peralatan memasak dan lain-lain kemudahan...

Hari ini perjalanan kami agak jauh,,memenatkan...esok menanti penuh debarannn....

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he