Followers
Thursday, October 8, 2009
alahai bekas sekolah lama aku...SMKTJJ2
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (kiri) melihat kesan kebakaran di sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan PMR sambil diberi penerangan oleh pengetua sekolah, Meskam Masbor di SMK Johor Jaya 2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
Pelajar bakar dewan peperiksaan sekolah
JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.
Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.
Berikutan itu, seramai 75 pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut terpaksa menduduki peperiksaan hari pertama mereka di bilik kuarantin Influenza A (H1N1) di sekolah itu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kebakaran itu akibat perbuatan khianat.
Katanya, ini kerana siasatan pihaknya mengesan bau bahan bakar yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
“Kami akan dapatkan bantuan forensik untuk menyiasat perkara ini. Polis bagaimanapun belum dapat mengesahkan berapa ramai pelajar yang terlibat dalam perbuatan khianat itu,” katanya di sini hari ini.
Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran berkata, kebakaran kira-kira pukul 6 pagi itu melibatkan sebahagian kecil dewan tersebut termasuk peralatan pembelajaran.
Menurutnya, kejadian hanya disedari seorang pengawas peperiksaan yang datang ke sekolah pukul 6.25 pagi dan ketika itu api sudah hampir padam.
“Kami percaya kejadian ini perbuatan khianat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Malah, guru tersebut ternampak kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian.
“Perkara ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan kerugian dianggarkan berjumlah sekitar RM20,000,” katanya selepas meninjau kesan kebakaran di sekolah itu hari ini.
Markom berkata, perbuatan seperti itu jelas menyalahi undang-undang dan ia tidak sepatutnya berlaku.
“Ini merupakan kejadian kedua di sekolah ini selepas yang pertama dua tahun lepas,” katanya.
Beliau turut menasihati pelajar supaya tidak sesekali melakukan perbuatan provokatif seperti itu kerana ia merupakan tindakan salah di sisi undang-undang selain menyusahkan orang ramai.
Sementara itu, menurut Markom, seramai 58,185 pelajar menduduki PMR di 473 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini mulai hari ini.
Beliau berkata, setiap pelajar diambil suhu badan mereka sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan dan turut dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog ini untuk semua....
Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!
1 comment:
Ya allah. Walau kaget dengan berita ini, namun aku tak lah terkejut sangat sebab aku pernah mengajar di SMK Taman Johor Jaya 2 ni. Walau sempat 6 bulan je di situ...aku bersyukur kerana permohonan untuk kembali ke Kedah diperkenankan...aku simpati kepada rakan2 guru lain yang tidak bernasib baik mengajar di situ. Hanya guru yang benar2 guru saja mampu...dahsyat...
Post a Comment