Followers

Friday, December 31, 2010

2010 menghilang,..2011 menanti.


Hari terakhir 2010, tidak banyak aktiviti hari ini,..sekadar mengemaskinikan bahan-bahan bekalan untuk 2011 esok hari. Bermula dengan subuh berjemaah di masjid berhampiran, kuliah pagi Jumaat..bersantai di tanah sekangkang kera yang ku panggil garden...
Hari ini aku tidak ke dapur..sengaja melihat kreativiti anak daraku...boleh tahan sedap masakannya..terima kasih anakku. Selebihnya hanya aktiviti biasa..merenung semula perancangan sepanjang tahun ini...menilai kekuatan dan kelemahan diri...dan mungkin sedikit berazam untuk berjimat di 2011 nanti...bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi keluarga..insyaallah.
Sesungguhnya aku bermohon kepada Allah agar memberikan aku nikmat kesihatan yang kebanyakan sudah hilang sedikit demi sedikit...dengan bekalan itu bakal kuharungi gelombang 2011 yang semakin berombak ganas...jujurnya mentalku sedikit bimbang dengan pelbagai cabaran menanti..harapanku..2011 yang kian menghampiri memberiku sedikit ruang kelegaan...amin.

No comments:

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he