Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.******Itulah hakikat sebenarnya...kita hanya sembahyang tanpa tahu hala tuju dan tanpa mengerti apa yg kita berucap di hadapaNya...manusia yg mengaku islam tapi hakikat sebenarnya mereka tidak mengenali Dia yg disembah...carilah diri anda dalam diri anda...Allah SWT sentiasa bersama orang yg mendampingiNya....jangan kita jadi manusia yg mengaku islam tapi semuanya lebih teruk dari orang yg dilaknati Allah SWT....carilah Allah SWT disebalik diri anda.************
3 comments:
Salam CT.
Memahami dan menghayati bacaan dalam solat di antara elemen menjuruskan kita ke alam khusyuk ketika bersolat.
Salam CT..
Sangat terkesan..terima kasih...
Selalu baca menyebabkan ibadah kita menjadi adat bukan lagi ibadah. Sebab tu adakalanya boleh terlupa rakaat solat (ingatan buat diri sendiri).
Terima kasih kerana berkongsi maklumat penting ini dan mengingatkan saya.
Post a Comment