Followers

Wednesday, December 15, 2010

sesekali teruja juga...

Nak bercuti...memang sentiasa berhasrat begitu..apatah lagi sekian lama mengabdi diri mencari rezeki..teringin le juga nak merehatkan jiwa dan minda..cuti kali ini terasa nak melawat saudara mara di selangor dan Pahang sambil tu nak singgah le kat Cameron Highland dan Melaka. Hajat dihati besar sekali sayangnya ada sesuatu yang agak kecil..kenderaan le...sesekali teruja juga melihat orang lain berkereta besar melaram bersama keluarga...bukan nak berlagak..namun agak selesa le kalau berjalan jauh macam ni..namun aku menggigit jari le nampaknya..keretaku yang besar sikit dah lama usianya..tak berani nak dibawa berjalan so terpaksa la merayau dengan sikecil comel..he he..kecil-kecil cili padi ni..tahun lepas dah sampai ke Kelantan dah he he...

Apa pun yang berlaku..aku bersyukur kerana aku masih diberi kesempatan melihat-lihat tempat orang..walau tidak seselesa orang lain..sabar ye anak-anakku..insyaallah ada rezeki nanti dapat le kita berkereta besar kan..yang penting kita dapat bersama-sama menikmati percutian...semoga kali ini perjalanan akan selamat seperti sebelumnya..amin.

2 comments:

Mohamad said...

Salam ziarah,
Selamat bercuti... InsyaAllah ada niat dan azam Allah akan makbulkan..

siti ajar bt yaakob said...

terima kasih..dah selamat kembali...memang teruja dan diuja bila melihat kebanyakkan kereta yang naik cameron highland ni semuanya kereta besar..berbeza sangat dengan viva milik sendiri..apapun ct amat bersyukur..semuanya selamat...
sampai je kat rumah..dengarlah berita bas yang membawa pelancong siam kemalangan...bersyukur...

Blog ini untuk semua....

Mai la pakat sumbang bahan atau info ke...cerita ke, foto ke, resepi ke....sama-sama manafaatkan teknologi untuk kebaikan. welcome!

kucing pun pandai marah beb..he he